Thursday, September 20, 2012

The Feeling

cewahh..tajuk kemain mat saleh...wikikiki

semalaman aku mendengar sebuah muzik yang di luar lingkungan arus perdana masa kini..band band indie yang betul-betul underground..tiada publisiti melampau daripada mana mana media massa atau media cetak, cuma menggunakan saluran laman sosial dan kebergantungan pada internetsitasi semata..ternyata, kualiti muzik dan lirik-lirik mereka sangat di luar jangkauan aku, kadang-kadang cukup dengan lantunan instrumen mereka, aku sudah terbuai dalam imaginasi bunyi yang disampaikan..turun naik nota muzik yang mendebarkan dan menusuk ke seluruh jiwa..itu belum lirik-lirik yang mengguna pakai bahasa-bahasa tinggi lagi tu..makna kata yang cukup padat tepat dan sampai terus walaupun kadang-kadang ada sesetengah perkataan tu aku harus rujuk pada kamus..nampak tak impak dia, sampai aku sanggup selak kamus tu..dan kalau nak di bandingkan dengan muzik2 yang mainstream sekarang..aku rasa bertiang lampu dia tinggalkan, aku pun tak faham pada penulis lirik serta komposer masa kini, adakah mereka lebih cenderung menghasilkan muzik demi keuntungan atau kepuasan mereka sendiri? kadang-kadang lagu tu langsung takde makna dan boleh berdarah terlinga kalau dengar..

takde point pun aku buat entri ni sebenarnya..cuma untuk kepuasan diri sendiri..seperti mana aku dengar muzik ni..memuaskan hati sendiri itu jauh lebih bermakna dari puas kan hati orang lain dalam terpaksa..sampai satu tahap tu, orang boleh terima dengan apa yang kita buat sebab jauh lebih ikhlas daripada di buat-buat..

engko orang nak tahu lagu apa? carilah sendiri..sebab bila kita berusaha untuk mencari yang terbaik, kepuasannya tak dapat digambarkan dengan kata-kata..umpama lagu itu milik kita seorang..nyinyinyinyi

sesambil dengar muzik ni..aku mengilap gilap bebola kristal..sampai pada suatu hari nanti, aku akan golekkan ke gadis polka untuk dia miliki.. :)

si ahli falsafah jalanan bermain dengan kata katanya..menjadi senandung irama meruntun jiwa

boleh bagi definisi perkataan ni tak dan bina ayat dengan nya? : polysyllabic, modicum, fragmented, luminosity ..terasa tak termampu aku nak gunakan dalam percakapan seharian..

ah, terasa betapa sampah dan pasar nya bahasa aku :'(

21 comments:

Anonymous said...

amende tue?

sukehatisaye said...

ape yang "amende" nya?

Anonymous said...

entry terlampau bersastera

**tang mananya nak paham.

sukehatisaye said...

kakaka..sastera la sangat..macam satira pun ada gayanya..

Anonymous said...

japjap
satira tue ape erh?
aku pernak gak baca zine satira tapi dah lupa amende satira nie
hewhew -..-

tapi serius doe bahasa kau tue mmg aku tak paham
bahasa kelas pertama, maybe
haha ;)

sukehatisaye said...

satira tu macam menyindir la..hadoila hai..

sebenarnya bukan tak faham, tapi kita jarang dengar..tu yang susah nak faham, padahal perkataan tu dah lama wujud..tapi sebab prosa kata dia agak sukar untuk disebut dan ada prosa lain yang lagi mudah untuk digantikan dengan makna yang sama..

Anonymous said...

owh
sarkasis aku tau la
siap aku layan lagi blog dy
haha ;)
serius best.

owh yeke.aku bab-bab bahasa yang berpusing-pusing nie aku kurang sket. hehe^^ kurang minat kot. kalau kau bagi aku baca buku cerita aku layanlah.

by the way, nice info. terer gak kau bahasa-bahasa nie.

sukehatisaye said...

sama dengan la tu..tu lah masalahnya bila perkataan inggeris di melayu kan..sindiran, satira, sarcasm kan makna kata sama..kenapa tak guna perkataan melayu sendiri?..

hamboi, memalam buta gua emo pulak pasal bahasa..kakaka

aku takdelah hebat mana, aku cuma suka membaca je..

Anonymous said...

ngehngehngeh^^
nak buek cemano haa.den bukannye amek kos bahasa nie yop.bahasa inggeris apatah lagi.den tak goma pon haa.hancur!kuikuikui

aku pon taktau longhat mana ntah aku tibai. hewhew -..-

tapi kalau hlovate punye ayat pusing-pusing aku paham tau.kena ngn jiwa aku kot.haha^^

ntah kau.apa mimpi berbahasa pujangga pepagi buta nie?

sukehatisaye said...

punah ranah bahaso nogori ekau guno..puii..

lu minat hlovate? kalau lu boleh faham hlovate, macam mana lu tak boleh nak digest entri aku..bleghhh..antara aku dgn hlovate lagi susah nak faham cerita dia kot..btw, gua pun minat karya hlovate

Anonymous said...

ahh hlovate gua paham maybe gua nak berubah ke arah yg lebih baik.
ag pon firasat gua kata dy pompuan. but donno la an.
fuhh!

tapi gua tak boleh blah sket kalau dy dah bukak kitab-kitab instrument dy. hampeh satu pon gua taktau mende. wahahah ;)

sukehatisaye said...

haha..nampak tak cara dia bukak bab2 muzik dan instrumen2 dia..gua syak dia lelaki la..

Anonymous said...

tak jugak.
macam mana dia boleh paham hati pompuan?pompuan skg dah advance tau. blum bab-bab skate, deck segala bagai.
aku tabik spring woihh!
terpakse bukak kitab sebab semua tue tau.
belum cara dy masak lagi dalam 5 tahun 5 bulan.
versus? bab-bab aurat. fuhh!

sukehatisaye said...

firasat aku je la mengatakan dia lelaki, hahaha..yang lain2 tu boleh research, survey..kot la..

Anonymous said...

iyeeeeke.
haha^^
masing-masing ad pendapat sendirik.

ye dok?

sukehatisaye said...

iyelah iye..hahaha

Anonymous said...

dah malas nak layan la tue
haha

next entry please

sukehatisaye said...

gua ngantuk semalam..lu ape tau

tak menyabar betei..ingat gua ni mesin taip ke..tunggulah..

Unknown said...

Bela la lu.. Online je keje kau kat tempat keje. HAHA.

Anonymous said...

ada org marah

takutnya ;(

haha ;)

sukehatisaye said...

fak u..kakaka..