Monday, March 24, 2014

Gerila Puisi : Buat..

kedu..
sungguhnya aku terkedu..
malam ini sungguh pilu..
kehadiran berita yang ditunggu-tunggu,
menjawab segala penantian berminggu..

kedu,
berita ini sungguh ngilu,
perasaan ini sungguh sendu,
walau aku bukan ada pertalian namun tetap aku kaku.

aku ini juga manusia
yang punya rasa,
tahu apa itu perit hilang nyawa
nyawa yang kita cinta
engkau juga pikir aku punya rasa,
tapi kenapa?
aku tanya kenapa?
dimabukkan oleh politik dunia,
konspirasi segala?
apa hati kau buta?
apa kau mahu sebenarnya wahai manusia?
sungguh aku pelik tertanya-tanya..

mohon, aku mohon..
hentikan segala benda yang tidak masuk akal ini,
sekalipun kau yakin dengan apa jua pegangan anutan dan teori gila kau
aku mohon, berhenti seketika..senyap cuma aku pinta..
yang di atas pesawat itu manusia, punya keluarga,
keluarga yang punya rasa..
kau faham apa maksud rasa wahai manusia?

sekalipun kau bijak pandai, punya ijazah dan pangkat yang berkilat dijilat,
tapi sepatah ayat sudah bisa buat kau dilaknat,
peduli apa jika kau mahu jatuh hukum,
kerana kau sendiri tak reti nak tunjuk simpati..
seolah kau tak mengerti apa yang terjadi..
aku pelik, pelik, jelik dengan perangai ini.

ahh, buat apa aku nak ambil kisah,
buat hati ini resah
pikirkan kau seperti masalah..

dan buat jiwa-jiwa..
terbang dan damailah kau disana

Gerila Puisi : Melakar

Melakar sesuatu untuk jadi sesuatu.
Dan jadinya apa tiadalah aku tahu,
kerana aku buat mengikut hati,
bukan ikut perintah membuta tuli,
aku buat dengan rela dan tanpa paksa,
Dan bila hasilnya nanti pada aku cukup sempurna,
tidak semestinya pula pada mereka semua..
Terus terusan aku memikir jika itu jadinya,
namun lakaran masih belum aku mula..
mengelamun rupanya, celaka.

Terus aku conteng ikut suka.

Saturday, March 22, 2014

Separuh masih disini

Untuk dua ke tiga hari ini..
separuh dari fokus aku sudah lari..
kejap-kejap aku mencari..

ini betul gila..

Thursday, March 20, 2014

Gerila Puisi : Buat seorang lelaki bernama Suami

Khas untuk Sahabat bernama Ajeem

Rusuk kiri yang dipinjam akan dipertemukan dengan sebuah ikatan,
Dua insan di akad dengan salam pernikahan,
Moga mempelai dikurnia dengan sebuah ikatan,
Yang diberkati hingga hujung kehidupan,
Buat Suami..
Lindungi Sang isteri dengan penuh kasih dan sayang yang abadi,
Pimpinlah dia ke Jalan yang diredhai,
Semoga tuhan Melindungi kalian suami dan isteri,
Insyaallah, Mudah-mudahan Tuhan memakbulkan doa ini..

Amin.

#Ajeemjangankaku

Wednesday, March 19, 2014

Gerila Puisi : Cubaan

percubaan..
untuk bermain dengan satu benda bernama perasaan..
cubaan 1,2,3 cubaan..
pertama kali,
jika ada silap anggaplah kegagalan itu pengajaran..

jangan ambil hati

Gerila Puisi : Bayangkan ini yang terjadi


dan secara tiba-tiba masa itu terhenti, sunyi sehingga degupan jantung jelas kedengaran berbunyi..makin lama ritmanya makin tak sekata..


******

sehinggalah munculnya satu cahaya..maka jasad itu tahu masanya sudah tiba..lalu roh perlahan bangkit meninggalkan jasad kulai tidak bermaya

Gerila Puisi : Huraikan..perihal rasa

perlahankan segala rasa yang menyentak,
kerana degup jantung tidak mampu mengikut rentak..

Gerila Puisi : Bisikan

kadangnya di hati terlintas sesuatu,

malangnya keliru samada bisikkan syaitan yang sedang memburu,

atau malaikat yang mahu membantu..

Gerila Puisi : Perasaan atau perasan?

ianya bermula dengan..

bila ketikanya kita tahu, kita saling memerlukan?

dan ia menjadi satu persoalan yang panjang..seperti dibawah :-

mungkin saya terperasan sendiri..mungkin
perasaan yang perasan..

dan berlarutan menjadi..

siapa cakap fantasi itu indah?? kejam tahu kejam, sebab dia buat kau tak dapat terima realiti dan membiarkan kau hidup dalam tipu daya..

dahlah kena tipu dengan imaginasi sendiri, lepastu nak kata orang duk menipu kau..walhal kau yang menipu

jadi, berjaga-jagalah dengan perbezaan kau punya perasaan dan kau punya perasan..jangan malukan diri kau terang-terangan

perasan yang kau ada perasaan atau perasaan kau yang perasan..

lebih kurang macam mindtrick..psikologi..at least buat kau berfikir sebelum bertindak, bukan dah jadi baru nak.."i wish i don't do that"

Gerila Puisi : betulkah?

minda ini sedang bergolak tentang kesasihan maklumat..

segala idealogi yang masuk dicerna lumat..

namun tiada satu pun yang melekat..

keluar menjadi tahi bulat bulat.

Sunday, March 16, 2014

Gerila Puisi : Gila

kalau dah nama suka..

walau sebaris ayat sahaja,

sudah buat aku rasa teruja..

gila.

Friday, March 14, 2014

Gerila Puisi : Menanti dan ternanti

terbang kau gah membelah awan..
terbang kau gah bersama deruman..
hilang kau di balik awan awanan..
hilang kau senyap kesepian..

di langit mana sekarang kau mengapung?
di laut mana kau sedang berdayung?
di darat mana telah kau terkepung..

muncullah wahai si burung besi,
jika hadirmu elok, syukur ke atasNya kerana masih lagi mengasihi,
jika tiada, tetaplah kau muncul dalam apa jua rupa agar bisa di kebumi,
agar ada tempat untuk aku melawati,
jangan kau hilang menyepi dan biar yang tercinta meratapi..

tak pernah aku menolak, persoal segala Kudrat..
dan aku jua masih tidak akan putus semangat,
hilang kau membuat aku beringat,
yang kita ini cuma selemah lemah umat..

Ya Rabbi..padaMu jua kami meminta,
berikanlah kami satu petunjuk nyata,
berikan lah kami satu arah,
agar hati ini tidak gundah resah gelisah..

wahai si burung besi..
kami mohon kau kembali..
yang sedang menanti,
yang sentiasa merindui..

-Sukehatisaye, Tanjung Arang, 12.19 a.m

#NeverLoseHope #PrayForMH370 #DoautkMH370 #MalaysiaAirlines

Thursday, March 13, 2014

Gerila Puisi : Sebuah Puisi Pendek

Adakalanya aku terfikirkan seseorang
Leka aku dengan segala imaginasi terbayang
Intuisi diri mengatakan dia akan datang
Yakin aku menunggu di alam maya seorang
Adakah si dia tahu apa yang sedang aku...err, ini semua wayang.

tapi aku yakin, jika seseorang itu baca..dia akan faham apa yang aku sedang canang

Gerila Puisi : aku kau satu..bayang


Dan disetiap derap kaki, setiap hela nafas ini..aku menjejak setiap langkah mu..mana kau tuju, situ destinasi aku.
dan aku itu kamu "si bayang bayang"..
hilangnya aku bila kau di ambang kegelapan..
aku tuju ke arah kegelapan bukan mahu lari dari bayang aku, tetapi mahu lari dari bayangan mu..

Thursday, March 06, 2014

KAKU





KAKU

Sebuah Mini Teater Dari Buku Jalanan Waghih

Lelaki : Sukehatisaye
Wanita : Anna Feera
Si Gila : Aden Mohtar
Lagu/Lirik/Muzik Latar : Ajeem & Jebat (Duo Pendeta)
Narator Lelaki : Hafiz Ibrahim
Narator Wanita : Zirah Hersheys
Penampilan Khas : Anak-Anak Gagal
Stage Manager : Akif
Cameraman : Muhaimin Hassim
Kredit to : Waghih Buku Jalanan Waghih (BJS, BJN, BJPD)

Mini teater KAKU ini di garap dari lagu KAKU yang dicipta berdasarkan kisah sebenar, dimana sepasang kekasih yang hanyut dalam dunia percintaan kemudianya didatangi seseorang yang pada pandangan mata kasar bolehlah dianggap gila, tetapi melalui jasad ini, sang arjuna mendapat Hidayah untuk kembali ke jalan kebenaran hingga meninggalkan si Dara terus hanyut dengan dunianya sendiri..kesudahan cerita ini masih menjadi misteri, semisterinya apa yang bakal berlaku pada kita keesokkan harinya..

Gerila Puisi : KAKU : sebuah adaptasi dari Teater KAKU


Terkaku dengan lenggok gemalai
gerak badanmu serta belai
jemari halus membuat nafsuku rakus,
terpana dek tentangan mata hingga lupa dunia

Bergelumang dengan cinta pada dunia
hingga alpa tentang pencipta,
kaku diri ini mengenang segala dosa kita bersama..
aku kian hampir di gerbang neraka

Dan disetiap langkah seterusnya,
aku hitung segala dosa pahala,
tiada terdaya diri ini hingga
kaku berteleku di hadapan Mu,
tertunduk malu

Kaku Langkah ini pergi
untuk jauh dari bahang neraka,
jauh dari seksa jiwa,
pergi ini untuk kembali mengejar syurga
dan bukan dunia
  • Reply
  • Retweet
  • Favorite
  • Delete

Gerila Puisi : bayangan..



Gadis polka?..

Bila kau sudah jadi sebahagian di kotak pemikiran..
hal hal yang lain sudah tak kuhiraukan..
leka aku dengan angan. -Berangan

Berlatar angin malam berjerebu suram..
muncul bayangan seseorang yang dulunya
aku kosongkan satu ruang dalam hati untuknya bersemi - gelihati

Kala dulu, diwaktu begini..
taipan aksara antara aku dan dia bersilih ganti..
kala itu, itu dulu..

Kala dulu..dia bilang, tunggu hingga aku lelap,
baru matanya turut tutup kejap,
bilangnya lagi..mimpi manis bila kata kata sudah habis.

Satu patah perkataan yang masih melekat kuat dalam ingatan..
"teman".. Dan di setiap malam aku menunggu tanpa bosan.

Sekian..sebuah hikayat gadis polka..hahaha.