Friday, December 27, 2013

#ARTWORK1


MENGGAMIT NOSTALGIA GADIS POLKA DAN GADIS MAGENTA

seperti mana bintik-bintik polka itu
seperti itu juga aku.
banyak serta bertaburan.
banyaknya rasa yang aku pendam pada nya
bertaburan fikiran memikirkan tentang dia
dua warna kontra jadi beza
begitu juga antara kita
polka..seringkali ada dari mereka bertanya
kenapa polka?? kenapa..
sudah puas aku perjelaskan
hingga kini masih aku bertahan
sabar untuk bercerita
dan masih mahu berbicara
masih menunggu setia
walau tiada penghujung yang nyata.

kerana ini hikayat si Gadis Polka.
ada nostalgia yang pernah tercipta.

Apa penyudah pada Gadis Magenta?
seperti sebelumnya yang telah aku bicara
Gadis magenta hanya muncul sekali-sekala
seperti saat warnanya menjelma di kaki langit
dia hanya watak yang menjadi pengait
antara satu cerita pada cerita yang lainya

Tiada lagi Gadis Magenta
ceritanya lama sudah aku tamatkan
pengakhirannya juga telah ku jelaskan
dia kini sudah berbahagia.
dan akan terus menjadi nostalgia.

Thursday, December 26, 2013

BUAT PEREMPUAN BERJIWA LANGIT

Luas, tinggi.
kadangnya nyaman tenteram, adakalanya bergolak ribut dan taufan,
di hujung hujungnya ia akan reda
dan mentari kembali bersinar dibalik awan-awan yang kembali memutih.
bersama-sama membawa sang pelangi yang mucul buat seketika.
disiangnya terkebil-kebil kau melihat kedada langit,
dimalam hari kau tenung dalam-dalam memerhati bintang bekerdip
biar seterik mana dan segelap mana langit itu
masih kau mendongak memerhati pada langit yang satu

sepertimana langit itu yang maha luas dan tidak tergapai akan dek ketinggian
begitu jua dengan satu jiwa yang bernama perempuan.

-Misteri

buat perempuan berjiwa langit



*Puisi yang terilham dari salah seorang follower. Kredit untuk beliau

HAIKU YANG TERPERAM

Wahai cermin, terima kasih sudi tersenyum kembali saat aku bersedih dihadapanmu.
Walau aku tahu Cuma sekadar menipu, sekurangnya kau jujur tanpa selindung.
Dari watak nyata yang sekadar omong kosong. Celaka.

Pada sang pari pari mimpi. Adakah kau masih belum serik? Datang dalam mimpiku meracik racik,
Lunyai kau kerjakan segalanya sehinggalah  aku celik!

Lima, Tujuh, Lima

1.
Di tepi Tingkap,
Awan berat merangkak,
Hujan di hati.

2.
Lama menunggu,
Penat memikirkanya,
Hari berganti.

3.
Suka dan duka,
Hati terus direnyuk,
Mati bicara.

4.
Lafaz bismillah,
Terus kaki melangkah,
Masa terhenti.

5.
Lupakah dia,
Aku ini siapa?,
Bayang sahaja?.

6.
Bila bermula,
Bulatan kehidupan?
Cepat berakhir.





7.
Hidup nan gelap,
Alah pada silauan,
Focus dan mara.

8.
Tak tahu apa,
Berlegar tiap waktu,
Pedih dan ngilu.



9.
Semua takdir,
Tiada kebetulan,
Walau celaka.

10.
di ufuk senja,
gelap hadirkan diri,
itu magenta!

11.
Degilah hati,
Mengalah itu akal,
Asyik berdangkal.

12.
Waktu tersunyi,
Terbayang macam macam,
Riuh semacam.

13.
Ikut sahaja,
Dan janganglah membentak,
nanti kau ngerti.

14.
Bingit dan bising,
Terus aku berpaling,
Mereka diam.

15.
Pintu tertolak,
Hanya angin menerpa,
Tertulis tarik!

16.
Bayangan hitam,
Kilau mata merenung,
Nyawa diracik.


17.
Penat dan bosan,
Jiwa dan benak sebu,
sedut nikortin.

18.
Gelak dan tawa,
Cukup untuk sekejap,
Bahagianya!

19.
Amboi jelingan,
Buat jantan tertawan,
Ditangan pisau.

20.
Sikit lagi hoi!
Jeritan dari jauh,
Lain dimensi.












Haiku

i.
Cinta ku satu,
Pada si awan terbang,
Pemukau jiwa.

ii.
Kadang kadang je,
Buat aku terasa,
Diam membatu.

iii.
Pedulikan lah,
biar aku sahaja,
rasa seksanya!.

24.
Kepada malam,
Sejuk kau menggigit tau!
Seperti rindu.

25.
Rindu mendatang,
Kala malam berlabuh,
Tahukah dia?

26.
Syukur nikmatNya,
Segalanya sempurna,
Terima kasih!

27.
Berakhir cepat!
Aku dah tak tertanggung
Bunuh sahaja.


Bahagia itu engkau yang punya..peduli apa orang kata. Mereka tu yang buta apa maksud bahagia.

28.
Malasnya diri,
Bila subuh memanggil,
Pekakkan hati.

29.
Cik adik manis,
Senyuman mu menawan,
Tapi kau buta.

30.
Rancang tak laku,
Serahkan pada takdir,
Laku tak rancang.

31.
Bukan mahu mu,
Hanya apa kau perlu,
Serahkan padaNya.

32.
Kau mahu pergi,
Tanpa ku merelakan,
Terduduk diam.


ANUGERAH

PROLOG

Di atas longgokan batu batu besar yang terdampar di Tanjung Arang, kelihatan seorang pemuda sedang duduk termenung jauh kearah selat Melaka, kejadian yang menimpa kepada dirinya malam semalam masih menghantui dan meresahkan kotak pemikiranya. Seketika dia bangkit sambil melihat tanganya, di buka jemari tangan kanan lalu di acu kepada sebuah bongkah batu sebesar peti ais bersaiz sederhana. Seluruh permukaan batu bergetar perlahan dan semakin kuat apabila dia memaksa seluruh cakranya untuk mengalihkan batu tersebut. Terapung, bongkah batu tersebut perlahan-lahan terangkat dari kedudukan asal dan mengapung di awangan, kemudian statik di antara jarak dua kaki dari tanah. Fared melihat ke arah batu tersebut dan digenggam jemari nya menjadi penumbuk. ”brukkk” berderai batu itu apabila Fared menggunakan kuasa cakranya. Dia mendepakan tanganya kearah laut selat Melaka yang terbungkam dihadapan lalu menjerit, untuk apa dan pada siapa hanya Fared saja yang mengetahui.

Tanjung Arang, September 2013.
Sekembalinya Fared ke Tanjung Arang dari kehidupan kota metropolitan setelah peristiwa antara dia, hana dan hani berlalu lebih kurang dua minggu, masanya banyak dihabiskan dengan cuba untuk menghadam dan merungkai kejadian kejadian yang menimpa dirinya sepanjang perkenalan antara mereka bertiga. Fared gumam. Segala kejadian itu di luar kemampuan dan batas norma manusia sepertinya, manusia di seluruh dunia. Sejak dari kejadian itu juga Fared lebih gemar bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan membuat research yang berkaitan. Di dalam bilik dirumah peninggalan orang tuanya, Fared menghamburkan badan keatas katil, cuba untuk pejamkan mata setelah mengharungi perjalanan selama dua jam. Makin lama, kelopak matanya mulai rapat dan kejap. Fared terlelap begitu saja.

“Setiap dari kita ini di anugerahkan dengan kemampuan yang luar biasa, samada kita sedar atau tidak Fared” perlahan Hana menghilang menjadi kabus beterbangan di pekat malam itu. Fared terbaring lesu di permukaan jalan yang masih belum diturap. Di tengah hutan yang dia sendiri tidak tahu dimana. Kedengaran jeritan sayup dari jauh memanggil namanya. “Hani!” bentak Fared, dia cuba mengumpul segala daya yang tersisa untuk bangkit. Perlahan dia memaksa kudratnya untuk memapah jasad sendiri untuk bangun, Fared terbongkok sedikit sambil mengesat mulut dan hidungnya yang mengalir darah. Dia mendorong kaki melangkah kehadapan, setapak dua lemah, tiga empat tapak mula tampak gagah lima enam Fared laju mara ke satu arah. Dia perlu pantas, “Hani!!!” jeritan padu dari Fared mengegak gempitakan seluruh kawasan belukar berhampiran nya, segala ungas dan mamalia berhampiran bertempik dengan kejutan. “zapp” satu cahaya terang benderang muncul di sekitar Fared atau lebih tepat dari Fared sendiri. Sepantas kilat Fared hilang dari kawasan itu sambil halo cahaya masih kekal menandakan Fared telah ter teleportasi ke tempat lain.


Bersambung...





*Patutnya cerita ini kesinambungan setelah habis/tamatnya hikayat Gadis polka vs Gadis Magenta..tapi tangan dan akal gatal jugak nak menulis padahal cerita GPVSGM tak habis lagi. so sedikit draft yg aku taip agar aku nampak sedikit jalan cerita yang bakal aku buat. mungkinlah..sebab dah start malas sebenarnya*

PT 4 : HIKAYAT GADIS POLKA VS GADIS MAGENTA

PT 6 : Hikayat Gadis Polka Vs Gadis Magenta

Aku bangun dengan kepala yang paling berat sekali setelah dikejutkan oleh penggera yang berbunyi memekik daripada telefon bimbit. Teraba-raba aku mencari di mana letaknya telefon tersebut. Jumpa, tekan punat dismiss. Lega. Perghh, apa punya mimpi lah malam tadi, alamak!! Dah pukul 7 lebih. Laju aku bangkit dari pembaringan menuju ke bilik air, sambil jalan, aku tanggal kan semua, telanjang. Masuk ke bilik air.
Bismillah, aku teguk air kopi berusia dua hari lepas dari dalam peti sejuk. Segar tekak, aku nyalakan rokok dan sedut dalam-dalam, hari isnin dan mood nak pergi kerja tu rasa macam kimak. Berjalan aku menuju ke muka pintu rumah sambil belek telefon bimbit, 7 miscall dan 3 mesej dari hana, aku buka mesej pertama, ”awak, saya dah sampai stesen sri aman, awak dekat mana ni?”. mesej kedua ”awak!! Mana ni? Angkat lah telefon tu?” dan mesej terakhir  ”buang masa betul tolong orang macam awak ni!”.
Aku tahu salah aku sebab tertidur mati petang semalam masa tengah baca buku hani, dan mimpi, ya. Tersangat lah seperti kejadian sebenar mimpi aku tu semalam. Pantas aku tekan punat dail semula dan buat panggilan kepada hana. Sekali, dua kali, tiga kali. Arghhh, buat hal betul budak sekor ni. Keluar, kunci pintu. Pantas aku berjalan menuju ke stesen sri aman.
Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja menaiki lrt, aku membelek buku pemberian hani di tempat duduk, kusyuk. ”hai, ed!” tegur seseorang. Aku pandang ke atas, ”eh, hani!” aku senyum. ”kusyuk baca?” dia bertanya. ”buku orang bagi, haruslah” balas aku segan. ”dah jumpa dompet awak?” tanya dia ”dah, tapi belum dapat, ada dekat sorang budak ni” jawab aku ”oh lagi satu aku nak tanya ni, macam mana kau jumpa aku semalam? Dan Kau ke penulis buku ni? Awanterbang?” soal aku.
Ting!.
”sori ed, lain kali lah persoalan tu hani jawab ye. Dah sampai?” selamba je dia jawab sambil bergerak keluar. Lagi sekali aku pandang dia hilang dari pandangan di balik cermin monorel, dai lambai tangan senyum. Aku terpinga-pinga. Tersangat misteri lah perangai si hani ni. Dimana-mana aku ada pasti akan terjumpa dia, samada dia jumpa aku atau dia memang kaki stalker. Bertambah persoalan dalam benak minda aku sekarang ni berkeaitan hani. Oh hana!, aku seluk telefon bimbit dari dalam saku, dail.
Beberapa kali juga aku cuba call dia sebelum panggilan diangkat, ting! Pintu monorel terbuka, aku melangkah keluar, ”hello, hana?. Sori pasal semalam, aku tertidur.” jawab aku, nak juga aku sambung cakap yang aku mimpi dia, tapi aku batalkan niat sebelum dia pikir aku ni yang bukan-bukan. ”amboi senang betul ye jawab tertidur?” nyaring suaranya di hujung talian ”brrr, rilek la, sori sangat-sangat, so macam mana kau nak bagi dompet aku ni?” –”mau tak marah! Petang nanti kita jumpa,tapi ada syarat, awak kena belanja sebab saya dah jumpa dan tolong simpankan untuk awak.” –“err, petang ni? Okay-okay. Nanti kau halo aku lah” –”orait, okaylah. Hana nak masuk kerja ni, apa-apa nanti hana inform ye, asalamualikum ed” –”okay,salam” toot. Aku melintas di hadapan  kedai dimana kejadian aku terlanggar hana minggu lepas, berhenti. Aku mengundur setapak dua, buat lencongan masuk kedalam kedai tersebut. Aku gapai dua bar cokelat berbungkus biru, “bos, berapa?” aku hulur sekeping not kuning. Ambil baki, berjalan pergi. Aku lihat jam di lengan. 8.59 a.m, lari!.
Di depan monitor dalam kubikel kerja aku.
Aku sandar kepala atas meja. Sambil jemari melakar-lakar di atas sekeping kertas bewarna putih. Cari idea, arghh. Tension. Aku hempas pensil. Bangun. Jenguk kubikel sebelah, ”topek!”
-”sup?” topek masih tenang memerhati screen lcd monitor.
“sap kok jom?” pelawa aku.
Dia balas dengan tangan buddha. Talk to the hand. Ahh, tengah lasso lah tu.
“fak u” aku tinggalkan topek dengan dimaki selepas aku tekan papan kekunci dia. Lumrah bagi designer kalau tengah guna lasso, pantang dikacau.
Aku tolak pintu rintangan api menuju ke tepi tingkap di ruangan tangga. Aku buka sedikit cermin kaca bagi melepaskan asap rokok dan bagi udara masuk. Luas pemandangan luar. Segar seketika walau pada dasarnya cuaca agak gelap dan bakal hujan di tambah dengan hiruk pikuk kesesakan jalan diluar. Tapi cukup buat aku tenang selepas kepala otak penat memerah idea sejak dari pagi lagi. Sampaikan lunch pun menghadap monitor. Satu jam lagi sebelum balik. ”janganlah hujan” pinta aku tanpa tuju pada sesiapa atau apa. ”bak kok tang!!” terkujat aku di jerkah topek dari belakang, hampir-hampir jatuh lah rokok yang aku sisip dekat bibir, ”babi kau” sambil aku hulur kotak rokok pada dia. Borak apa yang boleh.
”mungkin jodoh kot?” ujar topek dihujung hujung perbualan aku dengan dia sedari tadi sebelum dia meninggalkan aku dan masuk semula ke ruang kerja. Habis semua aku cerita pada dia kisah yang terjadi pada aku sebelum ni. Hmmm, jauh aku renung ke luar tingkap semula. Aku tarik dalam-dalam asap rokok sebelum puntungnya aku jentik ke luar. Tutup tingkap, kembali ke kubikel kerja.
”yibaa!! Balik” jerit topek dari kubikel sebelah.
”ed, aku chow! Papehal halo lah kalau nak lepak” dia melangkah tuju ke pantri, mungkin nak rembat stok air 3 in 1 atau instant mee.
“orait bro” jerit aku sambil mengemas ruang kerja dan menutup plug. Aku silang beg sandang.
Tet! Tett!! Bunyi mesej masuk, aku gapai telefon dari atas meja. Baca ”A’kum ed, hana tunggu dekat tempat ed langgar hana ye, 6.30 ni and make sure yang ed datang, kalau tak hana buang je dompet ed ni!”. aku kerling jam di dinding ofis, 6.15 p.m
Bergegas aku berlari menuruni anak tangga walhal boleh menggunakan lif, tapi disebabkan tak mau membuang masa menunggu aku gagahkan jua turun 4 tingkat bangunan, sampai ke ground floor, buka pintu. BERDENTUM!! Bunyi guruh dan menderu hujan turun selebat-lebat. Arghh,celaka!!
Aku usha keliling. Tiada sesiapa yang aku kenal nak tumpang ataupun pinjam payung. Aku lihat jam di tangan. 6.20 p.m.  aku capai telefon bimbit, taip. ”hana, aku lambat sikit ye, hujan lah!”  selang lima saat –”no! be there or beware!” balas dia, arghh pompuan ni. Entah kenapa lah pulak aku rasa cuak bila dia mesej macam tu, apa je dia nak buat kalau aku lambat sekalipun. Tapi disebakan perasaan takut tu aku nekad kan diri meredah hujan lebat ni, basah pun basah lah asalkan tak kena marah. Eh? Apahal pulak, patutnya aku risaukan dompet aku dari kena marah dengan si hana ni, ah sudah. Aku berlari dan lari dan basah. Agak tak selesa di celahan kelengkang.
Sampai di stesen, basah. Celaka lah, macam mana aku nak naik lrt basah-basah macam ni. Sial. Marah aku pada diri sendiri.
Aku lihat jam, 6.37 p.m
-”hai ed!” aku toleh ke arah si pemanggil.
”ha, mana dompet aku?” jerkah aku pada hana. –”eh, janganlah marah” jawab dia
”ni, puas?” aku tunjuk diri aku yang basah pada dia.
-”yang pergi redah buat apa?” senang dia jawab.
”dah kau yang jugak mesej, be there or beware.”
-“bagus betul ikut cakap orang, nah amik ni lap rambut” balas dia sambil menghulurkan sehelai kain kepada aku. Capai.
-“hana saja je cakap macam tu,kan hana dah mesej balik  lepas tu, ed ad abaca tak?”
Aku tengok pada inbox telefon bimbit, satu mesej diterima, buka. Ahh, setan betul. Aku diam sambil keringkan apa yang patut. Hana memandang aku sambil tersenyum.
-”kesian dia, nah dompet awak” dia hulur, aku gapai. “jom lah kita keringkan pakaian awak tu.dekat surau rasanya ada kain pelikat.” Ujar dia sedikit tergelak. “kejap” pinta aku pada dia. Aku bergerak ke tandas awam. Salin baju, dah menjadi kebiasaan pada aku membawa baju dan seluar lebih ketika keluar rumah, tabiat sejak dari dulu lagi sebab aku ni kaki travel dan jarang balik rumah dulu. Kalau beg aku ni orang rompak, mungkin orang akan menyangka yang mereka terompak almari pakaian yag lengkap dengan segala mala nya, dari pada ubat gigi sampai ke seluar kecik semua ada. Siap, aku sembur wangian ke seluruh badan, ahh.segar. pakaian basah aku sumbat kedalam beg plastic termasuk kain hana kedalam beg. Keluar.
“wah? Dah bertukar?” terkejut hana bila aku tukar baju semua.
“hiker and backpacker rules” jawab aku.
“wah, lasak lah kiranya ni?” Tanya dia.
“well said” aku balas sambil bahu terjungkit sikit.
“ceh berlagak” dia jelak. “kita maghrib dulu lepas tu kita pergi makan eh?, hana laparlah. Ed belanja kan?” soal dia.
”okay” pantas aku pusing membelakangkan dia. Berjalan. ”hei!! tunggu” jerit hana.
Mari lah kita solat, marilah menuju kejayaan.
**
IKUTKAN SAHAJA RENTAK DAN JANGAN MEMBENTAK!

**

Tuesday, December 24, 2013

SUNGKUR

Jatuh, tersungkur..apa sahaja perkataan yang seangkatan kau khabarkan.

makna nya sama..sebabnya berbeda, siapa, dimana, mengapa, bila..
kadang-kadang tak payah tuding jari pada orang lain..kerana punca nya datang dari kita sendiri.
Ya kau!!..kau yang menjadi puncanya..kegagalan datang dari kita sendiri, yang lain  itu cuma sebagai penambah rasa pada kegagalan kau..renungkan kembali bagaimana ianya bermula..tanpa kau sendiri yang mulakan segala apa yang kau gagalkan itu tak akan berlaku, takkan bila berjaya kau hanya berbangga pada diri sendiri tidak mahu menuding pada orang lain yang bersama-sama ada saat kau berjaya, bahagia..kau hanya mahu semua orang tahu itu hanya hasil usaha kau seorang sahaja?? tapi saat gagal kau tak mahu tanggung sendiri, malah kau heret sama semua orang sekali dalam episod kegagalan kau?? kenapa?

sebab tu aku kata "Kadang-kadang, kita sendiri punca tersungkur.."

malah aku kini betul-betul tersungkur atas sikap aku sendiri..

Sunday, December 22, 2013

SATU


Satu nama yang akan aku ingat sampai bila-bila..
segala suka-duka..susah senang, kau selalu ada
saat aku menyakiti disakiti..kau masih disisi

kau pernah pergi, hilang..dan kau kembali pulang
pulang kau memimpin aku, mengangkat aku..

dulu kita satu..kini masih satu
cuma tidak seperti dulu

selamat berbahagia "kawan"..
kau bilang mahu aku sentiasa ada walau suasana berbeza
kau mahu aku janji aku juga harus ada
tapi cukup cukuplah..kau harus bahagia..
aku harus pergi sejauh-jauhnya

dan hari itu,
aku ucap kata selamat,
aku amat bangga.
melihat senyuman di bibir kau kembali tersemat..

Tahniah!! moga jodoh kau dipanjangkan sehingga sampai ke kata pengikat..amin



DIAM

Diam..dan biar mereka berbicara,
diam bukan maksud kau tak tahu apa-apa
bukan makna kau malu pada mereka
bukan kerana tiada apa yang kau mahu kata

tapi mereka lagi petah, mereka lagi cerdik maha bijaksana
sedang pandangan kau pada mereka langsung tak ada guna

diam..diam

diam, aku lebih rela diam dari berkata apa yang aku rasa
jika luah itu hanya memburukkan suasana
mencipta satu sengketa
membuat mereka rasa bodoh dan pendusta..

diam..
kunci rapat semua pengalaman
tanam dalam semua ilmu dan pengetahuan.
sebab mereka tak peduli semua yang kau punya
mereka mereka itu kan lebih mengenali dunia

mahu cerita apa pengalaman, apa pengetahuan
cerita pada mereka yang sama sama diam..
diam mereka itu diam berisi
jika kau cerita padanya mereka juga sudi berkongsi

yang bising-bising tadi? kau usah peduli
mereka tu tuli..masih belum erti
mengerti satu pepatah asli,
yang diam ubi itu berisi.

Saturday, December 14, 2013

SATU PERTEMUAN

Pertemuan..satu benda yang paling bermisteri bagi aku, kita takkan tahu, bila, dimana, siapa atau dengan apa yang kita akan bertemu..

Ya, itulah yang terjadi kepada aku..satu pertemuan yang masanya, tempatnya dan orangnya yang paling aku tak jangka, perasaan dia pun tak dapat nak digambarkan atau diluahkan, rasanya bercampur-campur. Nak dijadikan satu cerita..

Ceritanya bermula begini..

 Jam menunjukkan Pukul 5.30 petang dan sudah sampai masanya untuk aku balik, tepat jarum minit ke angka 31, cepat-cepat aku angkat kaki dan pegi thumb print. Tujuannya sebab aku nak pergi cari port tengok Bola pasukan cap ayam lawan cap (Insert jenama berkualiti tinggi), dan aku seperti mereka mereka yang lain, tetaplah juga dengan menyokong cap ayam ni walau dah berbakul bakul kata caci maki diberi, nak buat macam mana..kononya Tanah tumpahnya darahku menjadi panji. Okay lupakan benda ni, aku taip ni pun dah boleh buat sakit hati mengenangkan liku-liku team ni.

Sambil menonton perlawanan, aku pun selingkan dengan makan serta minum, yelah..pergi stadium pun kunyah-kunyah bro, lu chant 90minit game pun ada rest masa first half, lepas makan aku sedut rokok berbatang batang sebagai melunas rasa keras setelah tak hisap rokok 8 jam waktu bekerja.

Ahh skip skip lah cerita makan bola tu..habis je game, aku terus memandu pulang ke rumah, dan di sini lah kisahnya menjadi semakin menarik. Aku kerja di KL dan setiap hujung minggu aku akan pulang ke rumah keluarga aku di PD, so faham faham lah engkorang dengan macam mananya keadaan trafik masa tu. Punya lah slow dan menyakitkan hati, dengan mana degilnya sikap sesetengah manusia yang agaknya dalam kepala otak dia, Dia paling cepat nak kena sampai rumah. Suka suka hati dia je nak selit sana, potong sini..fak! dan punyalah heavy jammed dia sampai aku rasa kalau main game gta, kau dah boleh complete mission aku rasa, kahkahkah.

Aku ni dha lah drive sensorang, so apa yang aku praktikkan selalu saat melalui benda benda sesak ni, aku akan buka lagu-lagu pilihan dan nyanyi seperti di dalam bilik karoake. Kena pulak time tu aku dengar lagu Ziana zain, Madah berhelah..perghhh sampailah tang High Note tu, sekali aku tarik, tiba-tiba usus perut aku tertarik sekali sampai buat aku rasa nak tercirit, ah sudah..jahanam..efek roti banjir kuah kari tambah neskepi tadi dah mula memberi kesan mendalam. Aku start gelabah dah, yelah..dahlah jammed, aku tengok sign untuk rest stop jauh lagi, dan yang paling berhampiran pun lebih kurang 1.5km iaitu stesyen Minyak. Makin gelabah aku.

Trafik masih bergerak perlahan tapi mulut aku makin laju menyumpah seranah sambil perut hebat melakukan ritualnya. Aku terpaksa melakukan petua-petua kuno dan cakap "Kepala,lutut" berulang-ulang kali dalam skala yang laju. Hasilnya, pergi jahanam dengan penipuan ni, makin menjadi-jadi dia punya nak terkeluar tu. Dah dihujung-hujung kepala bak kata orang.

Lebih kurang 10minit aku menahan dan meredah dengan amarah jammed tadi, akhirnya aku tiba ke destinasi yang memberikan seribu sinar dan impian. Aku park secara membuta tuli, tarik handbreak, matikan enjin, keluar, tekan punat kunci dan berlari ke bilik air. Engkorang faham faham lah situasi bilik air dengan pam minyak ni macam mana rupa dia, Dengan keluasan yang tak seberapa, hanya ada Tiga jamban, Dua jamban duduk satu lagi cangkung, dua tempat kencing berdiri, dan satu singki air. Sampai sahaja di muka pintu bilik air ni, aku terus pulas tombol pintu dengan kuat tanpa melihat apa-apa sign pun sebab aku yakin simbol dekat luar tu satu mahkluk tak pakai skirt. Disebabkan kelajuan dan kegopohan aku pulas pintu, satu bunyi kuat terhasil kerana engsel pintu tu dah jahanam, dan pada masa yang sama kedengaran bunyi terkejut dari dalam bilik air lagi satu. Katanya "Hoi!"..aku buat tak tahu, cepat-cepat aku masuk jambam, kunci pintu, tanggal seluar dan.....(segala perilaku di dalam jamban terpaksa di potong atas nama menghormati privasi)

Okay, sedang aku layan feel membuang ni, kedengaran di dalam jamban sebelah suara seseorang mengeluh, aku tak ambil pusing, aku keluarkan rokok dan nyalakan, baru lah makin ada feel. Tiba-tiba orang sebelah bersuara, "oi"..aku buat bodoh lagi..takde maknanya aku nak layan..tapi dia tak berputus asa, masih memanggil-maggil sambil ketuk ketuk partition yang memisahkan ruang antara aku dan dia, kalau takde partition ni, kami mungkin sedang duduk berdua-duan sebelah menyebelah..mesti rasa janggal yang amatkan?. Aku dah start menyampah dah, aku balas ketukkan sebelah, Dia ketuk-ketuk lagi sambil berkata "Bro!", aku balas - "Ye apehal" aku yakin dia melayu sebab cara panggil bro dia tu bro jawa. "Bro, dalam bilik air kau ada tisu ke? baldi air ke? ada tak bro?." Soal dia.

Di hati kecil aku mula terdetik perasaan tidak sedap, aku perati sekeliling susun atur jamban yang aku sedang pakai ni, aku guna jamban cangkung. Yang ada dalam jamban ni tiada yang lain hanya ada satu kepala paip dan getah paip semata-mata. "Takdelah bro! kenapa??" aku balas..dan masa itulah aku terdengar satu ayat yang paling celaka sekali dalam masa setahun untuk tahun ini. kata brader sebelah tu.. "Bro kau tahu tak, bilik air ni takde air bro!!" ..FUCKKKKKKKK.

Kami sama-sama terdiam, aku termenung akan masa depan aku sambil brader sebelah ni cuba untuk memeriahkan sedikit suasana yang muram ni dengan flashback lawak-lawak celaka MLMega minggu lepas. aku ketawa paksa sambil tangan meraba-raba poket seluar atau baju, mana tahu ada cebis cebis tisu yang aku simpan, namun hanya tinggal satu harapan yang tak berkunjung tiba.

dan part yang paling best masa tu ialah. Sedang aku dan brader ni cuba menyelesaikan masalah kami berdua, kedengaran seseorang membuka pintu dari luar, aku cepat cepat jerit, "Bro, uncle!!" namun hanya disahut dengan bunyi pintu tertutup dari bilik air sebelah aku pula, perlahan je brader tu jawab dari sebelah. "Kau nak aku cakap ke, kau nak cakap sendiri??"

Aku balas, "Biarkan dulu..lambat-laun dia sendiri akan cakap dengan kita".

-TAMAT-

;Penyudah cerita ini ialah, kami bertiga terpaksa terperuk lebih kurang 20Minit dalam jamban itu sebelum ditemui oleh pekerja pam minyak dalam keadaan meyayat hati dan dia sudi menghulurkan bantuan meringankan beban kami. Saat itu, aku bersyukur di atas pertemuan kami dan saling bantu membantu satu sama lain di saat-saat yang paling getir.

Selesai sahaja insiden itu, aku bertemu lagi dengan brader tersebut di R&R seterusnya dan kemudianya kami menjadi lebih akrab. yang sorang lagi tu?? aku dah tak jumpa sebab dia paling lambat keluar.


Friday, December 06, 2013

?

Persoalanya :
- samada hari ini ialah hari yang paling tua untuk aku jalani
atau yang paling muda pernah aku rasai??

BOLA KRISTAL

Bola..
bergolek-golek ke kaki..
kristal..
berkelip-kelip sinarnya..

terus aku gapai dan genggam erat-erat

datang seorang wanita..
"maaf, ini bola kristal saya.."

terkebil-kebil bertentang mata..
-"boleh tak kita kongsi bersama?"

SESI BERCAKAP DENGAN CERMIN

ada satu hari itu segala apa kau buat tidak menjadi,
kalau boleh semua kau mahu maki, caci, keji..
sini, aku ada solusi..
hadap ke cermin, kau bilang "PADAN MUKA!"
nah..sekarang kau maki lah diri sendiri puas-puas
tiada siapa pun akan membidas..

APA MAHU MU?

sekejap sekejap kau jeling,
dia pandang kau paling..
kejap karang kau jeling lagi..
dia pandang kau paling..
sampai bila mahu begini?
katakan yang jujur itu perlu berani
khabarkan yang bohong itu hanya ilusi yang kau berani..
katakan saja..

SOMETIME, WE NEED TO PUT THE GLASS DOWN..

Lupakan sekejap semua masalah kau
atau masalah orang yang kau sibuk ambil kisah
atau masalah dunia yang kau letak pada bahu kau
lupakan..
makin kau fikir..
makin ia jadi beban..
makin ia jadi masalah..
yang buat kau kalah..

ANGAN

sering aku berangan
mungkin mereka mereka juga sering berangan
tak kisah lah apa saja angan itu..
angan yang buat kau lupa seketika pada dunia

sering aku berangan
tapi tetaplah cuma angan-angan
masih tak mampu gapai impian
masih tetap aku berangan

sering aku berangan..

PUISI PAGI

puisi pagi

bersama secangkir kopi,
sang burung kicau bernyanyi,
menunggu terbitnya sang mentari..

hirup, tiup, hirup, tiup..
kopi masih panas
keluarkan sepuntung nikotin,
sedut sampai puas..

satu hari lagi sudah tiba,
sudah sediakah untuk hari ini?
lakukan apa yang kau rencana..
atau duduk sahaja sepanjang hari?
tanpa buat apa-apa?

hirup, hirup, hirup..
kopi sudah sejuk
rokok sudah lunyai dipijak
aku masih duduk tidak berganjak..

sang mentari lewat sikit hari ini
hirup, hirup..kopi tiada berbaki
aku capai towel tuju bilik mandi

apa motif puisi pagi ni? buang masa..
engkau cuma tahu cari motif sahaja..
tau tak makna cari mood? jangan sampai aku "shoot"

Sunday, November 10, 2013

CINTA ITU BUTA

Masa aku dok bertuit..

aku tertaip rangkap ayat ni "cinta itu buta" klise kan..tapi masa ni aku terkeliru sikit tentang persoalan yang diajukan, soalan nya "apa perasaan bila bercinta dengan orang yang tua dari kita?" lebih kurang macam tu lah soalan dia, dan aku jawap, "tak ada beza, cinta tu kan buta, kononya terima apa saja..sama" mana yang terangkan tentang perasaan? - mana aku nak tau penerangan perasaan bercinta dengan orang yang muda atau lebih tua pada orang lain..semua rasa lain-lain kot, sebab tu mungkin aku terjawap cinta itu buta, untuk describe secara keseluruhan..cinta tu memang buta, yang buta itu cinta, yang bercinta itu tak, celik..buta sebab kita akan ada perasaan pada apa, sesiapa, bila, dan dimana saja..kan? so bila kita dah cinta apa atau sesiapa tu cara perlaksanaan makna cinta tu yang bezakan buta nya cinta kita pada apa atau sesiapa dengan celiknya cara kita mencintai cinta itu. Dapat tak??

So perasaan, susah nak jelaskan perasaan ni, lain lah kalau nak jelaskan beza bercinta org muda dari kita dengan tua dari kita, yang muda ni gedik sikit ke, yang tua ni degil ke "contohnyalah"..kan senang nak bagitau beza..kalau perasaan..hmm Muda, tua atau berumur lebih dari kita..aku dah rasa dua dua, dan ada perbezaan pada rasa mencintai atau dicintai itu, tapi tidak ada beza pada rasa cinta itu..amboi kemain..susah betul nak jelaskan benda ni..senang cerita sapa sapa yang soal benda ni pergi lah bercinta sendiri..senang..aku bukan pandai sangat pun, diri sendiri pun tak betul..

"Allah s.w.t maha mencintai"

Suasana

secara tiba tiba..


suasana sekarang agak tenang selepas hujan di Tanjung arang..tenang dan sunyi..yelah pagi kot, pagi buta atau lebih tepat saat aku menaip ni 4.17 a.m..



so kalau dah suasana nya macam tu, tambahan pula kau sorang dan takde benda apa nak dibuat..macam macam lah kau akan berimaginasi dalam bahasa indah nya atau berangan..kepala otak aku ni mula flashback suasana suasana yang agak bertepatan dengan keadaan sekarang dan boleh pulak dia pilih satu moment ni yang buat aku sengih sengih sambil dok tuit..aku nak berpuisi sebenarnya..tapi dah macam aku quote imaginasi aku je gaya..so lantaklah..



"Kadang-kadang kita rindu, bukan pada orangnya tapi pada suasananya..iya aku rindu suasana itu, Masih ingat waktu mula-mula kita bertegur sapa? Di mana aku kena paksa tolong start motor kau sampai lenguh kaki aku..masih terasa lenguh tu, Oh itu bukan yang mulanya..mulanya kita bersebelahan meja..segala kata janggal terasa, nak panggil kau? Awak? Aku? Saya? Bukan mula lagi? Ada lagi awal katanya? Masa mata bertentangan, kau aku terpaku seketika?..kaget, pantas mengalih pandang, aku senyum sorang, Aku rindu..rasa suasana itu.."


bila aku dah menaip satu phrase tu makin lama dia develop secara detail keadaan tu..aku nak gambarkan suasana tu dan rasa nya bagaimana..amboi dah macam kupas puisi sendiri dah gayanya.. pedulikan..aku cuma nak ingat rasa suasana tu, masa start motor, suasana dia ber angin, waktu petang..dan rasa terpaksa, aku macam kaget tak tahu nak buat apa, rasa macam robot..masa duduk bersebelahan suasana dia tenang, luaran..tapi dalaman macam ribut, suasana masa bertentang mata, masa tu aku belum tegur sesiapa dan aku nampak dia..time tu memang gila awkward..


faham ke tak ni apa aku nak sampai..kadang-kadang memang kita lebih rindukan suasana saat itu, bukan orang di dalam suasana itu walaupun benda tu faktor utama..dan buat kita rasa nak ulang balik, dan rasa nak ulang balik tu mungkin buat kita rasa hidup..dengan orang lain mungkin tak sama, dengan orang yang sama mungkin tak akan terjadi dan segalanya mungkin..banyak lagi sebenarnya suasana yang aku rindu..suasana masa kanak-kanak terutamanya..



Saturday, November 09, 2013

PERASAAN

PERASAAN

pada aku..bila orang bertanya

Perasaan susah nak describe kan?, - yup..betul
Perasaan tu apa? - kau
Perasaan tu macam mana? - macam air

kenapa? - kau haus? - yup
kau rasa hauskan?- yup - kau minum
kau rasa panas? - yup - kau mandilah, minum air sejuk
kau rasa sejuk? - yup - ni aku ada air panas, minumlah, taknak minum? wap panas? heater?

bila kau sedih kau nangis? - yup - keluar airmata kan?
bila kau gembira? airmata kegembiraan? paling tidak pun mata kau bergenang..

kau suka orang, kau marah orang, kau benci, kau geli, kau seram, takut dan apa-apalah..berpeluh tak?tertelan air liur tak?

perasaan ni macam air sebab, kita ada banyak jenis perasaan yang kadang-kadang kita tak tahu nak describe kan rasa itu sendiri, datang tak semena mena entah bila, dimana, apa, dengan siapa waima sekalipun..dan perasaan tu cepat-cepat akan selubung kau, cepat cepat memenuhi segala rongga dan organ kau..penuh sampai padat sampai kau tak tertahan..bila kau luah hasilnya? merembes? terpancut? terkencing? takut sampai nangis? ketawa sampai berairmata?..70% dari badan..dari sel..air..perasaan kau, kau terhasil pun dari mana air apa?

mari minum? kau belanja..boleh, aku ada perasaan yang nak dikongsi ni

AKU RASA..MASA SILAM..

Masa silam..

silam/lepas/sudah/lama benda yang memang kau takkan dapat balik. Aku sangat sangat tak suka orang yang asik berkisar pasal silam dia, asik nak hidup dalam dunia lama dia yang kadang-kadang tu melampau-lampau..kalau benda mendatangkan kebaikan tu takpelah juga, tapi kalau menyusahkan diri sendiri, boleh menyebabkan kemurungan, rendah diri, rasa terasing nak buat apa, apa yang kau heboh sangat nak kenang masa silam kau tu..okaylah kalau kau nak cakap masa silam tu banyak mengajar atau bagi kau satu layer of protection..hey, sedar tak benda yang kononya benda yang mengajar kau tu ajar supaya tak berulang dan bukan buat kau rasa benda tu akan berulang..kau terlalu peduli kan atau takut benda tu berulang kau sendiri yang buat benda tu faham?..kau sendiri yang cipta benda tu, kau berimaginasi dan kau zahirkan dia dalam satu bentuk nyata yang kau mungkin tak sedar dan kau anggap orang lain buat benda tu dekat kau..tapi kau langsung tak nampak.

percayalah, memang susah nak lupa masa silam, tapi faham tak erti kata benda dah jadi? apa kau ada sifat yang boleh predict benda ni akan berulang ke? ya mungkin akan..habis tu kau nak duduk diam tak buat apa-apa atau buat sesuatu yang annoying supaya benda ni takkan berlaku lagi ke? kalau macam tu baik kau tak payah hidup untuk hari esok kalau hari ini kau hidup mengenangkan cerita semalam..

kau jatuh semalam supaya hari ini kau bangun agar esok hari kau akan kuat berlari..

takkan ada hari ini kalau semalam kau mati dan esok apatah lagi..kau pilih jalan hidup kau sendiri

teruskan lah dengan cerita silam kau kalau kau sendiri pilih..aku tak mati, orang lain takkan mengerti..cuma meluat dengan gerak geri kau yang tak sudah sudah, memang tak menyusahkan, tapi kau bukan hidup sorang diri. memang tak payah ambil tahu pasal orang, tak payah peduli apa orang nak kata, tapi dalam ramai-ramai tu, ada yang peduli, ada yang ambil tahu..orang tu tak minta apa-apa..asal tahu kau boleh hidup gembira je, tu dah cukup..

simpan dalam dalam kisah yang lepas ,buka ruang baru luas-luas..

untuk satu lagi cerita baru yang akan lengkapkan kau..

Monday, October 07, 2013

CELIK DAN PEJAM

Setiap kali pejam mata,
akan terfikir bisakah akan celik semula..

Setiap kali celik mata,
terfikir pula bilakah akan pejam selamanya..

dan di saat mata itu terpejam,
apakah sudah aku bersedia dari segalanya?
atau aku kan pergi dengan sia-sia?

moga dapat aku melunaskan segalanya..
moga pergiku nanti dalam tenang tanpa siksa..

pejam

celik

pejam

celik

waktu terus berdetik

MENAIP SELAGI MAHU

Bukan mengharap, cuma itu yang aku rasa.
Mungkin kau juga pernah alaminya, dan kau fikir sendiri kesannya pada aku pula..
kekal dan selamanya.

Selagi mampu menunggu, selagi hati ini membatu..

selagi itu aku mahu.

SEMUANYA TENTANG KAU

Kau pandang

kau senyum

kau sapa

kau cakap

kau suka

kau tertawa

kau datang

kau sayang

kau cinta

kau rasa

kau bahagia

kau sedih

kau menjauh

kau berubah

kau mengalah

kau marah

kau maki

kau benci

kau pergi

dan kau hilang..

aku?

masih disini mengharap agar kau kembali..

ulang semula, cuma itu sahaja.

SERANGKAP PUISI

Serangkap puisi yang tak bisa di ungkap,
hanya hela nafas lemah keluar mencungap,
di sudut hati yang paling gelap mengharap,
pada sang cinta agar jiwa ini di dakap,
moga disana kau masih belum mahu melupa,
dan selagi itu aku masih ada,
hanya kau penguat jasad ini,
agar tidak pernah lari dari realiti,
lindung aku dengan redupmu,
reda kan resahku dengan hujan rahmatmu,
moga awan itu sentiasa ada,
agar terik tidak bisa membinasa.

Tuesday, June 11, 2013

PT 3 : HIKAYAT GADIS POLKA VS GADIS MAGENTA

PT 4 : Hikayat Gadis Polka vs Gadis Magenta.

Fuuuu..apalah nasib aku hari ni, kehilangan dompet, kimak. Duit tu takdehal sangat lah, last yang aku tau ada dalam tiga puluh ringgit enam puluh sen je tadi. Yang penting i.c , lesen dengan kad bank tu. Perghh, nak kena buat report bagai. Aku masih pantas berjalan pergi kedai mamak balik, mana tau nasib aku baik, mamak tu tolong jagakan dompet aku, yelahkan, regular customer kot, itu pun kalau dia jumpa, kalau orang lain? Ahh, masak masak..makin pantas aku berjalan sambil kepala pikir bukan bukan dan mulut menyumpah seranah.
Sampai. Aku perhatikan sekeliling dulu tanpa buat apa-apa, rapat ke kaunter bayaran.
”Uncle, you ada nampak apa-apa cicir ka dekat kedai u ni tadi?”
Uncle kedai jerit pada ane, ane jerit pada tukang buat air, tukang buat air tanya tukang tebar roti, tukang tebar roti cakap ”Roti telur siap!”, aku garu kepala, ane geleng geleng kepala, uncle kedai cakap balik dekat aku yang tukang lap meja kata ada sorang budak perempuan kutip dompet aku, dan dia cuba panggil aku tapi aku menonong laju keluar. ARGHHHHH!!!! GADIS POLKA TU!!!
Aku duduk dekat bus stop berdekatan dengan kedai mamak tadi memikirkan apa harus aku buat sekarang ni. Hmmm, agak lama juga aku mengalamun hingga aku ambil keputusan balik jalan kaki ke rumah. Stress pulak rasanya kehilangan dompet ni dan buat aku tak boleh berfikiran waras. Nak buat report rasa malas. Lagipun dekat rumah ada lah duit sikit dalam tabung, esok lusa aku pi lah buat repot semua tu, Cuma harap-harap tak kena tahan polis discaj pendatanga sing sudahlah. Bangun, jalan perlahan. Celaka haus!!
Sepanjang-panjang deretan kaki lima yang aku lalui untuk sampai ke rumah sewa aku sudah beberapa kali aku bertembung dengan kedai jual air kelapa, air soya, air mata kucing dan budak budak togok air depan aku, telan air liur rasanya. Ah dugaan dugaan, pejam mata.  Berhenti.
”awak, awak!!”
Toleh, siapa? Mana?
“awak, sini-sini!!” pandang seberang jalan, dia! Gadis magenta.
Eh, macam mana lah asik terserempak dengan dia ni, dan macam mana lah pulak dia perasan aku, stalk aku ke?.
Lintas, pin-pin! Aku pandang kerek kereta yang hon aku, apehal! Getus hati kecil.
”apa?” soal aku rapat ke cermin kereta dia.
”awak nak kemana ni?” soal dia pula, ”balik” jawab aku ringkas.
”nak tumpang? Duduk mana? Jom saya hantarkan?” ajak dia
Dah kenapa pulak dia ni nak buat baik dekat aku, tak takut ke kalau kalau aku ni jantan psiko yang nak rompak dia atau culik dan paling ganas rogol mahupun bunuh walau aku tahu aku tak sejahat itu, takat nakal nak usha usha pompuan tu adalah sikit.
”eh takpelah, tak jauh pun, tak payah susah susah, lagipun tak takut ke kalau kalau saya ni orang jahat?” hekeleh ayat aku, klise sangat.
”okay lah kalau macam tu, bye!” dia tekan pedal minyak bergerak kehadapan sedikit. Brek!
Hulur kepala keluar tingkap, “cepatlah!!” amboi dia ni, paksa paksa aku pulak dah kenapa?
Lari aku pergi ke pintu tempat duduk penumpang, bukak, masuk, duduk, tutup pintu.
“awak!!!” –“ye? Apahal lagi?” “duduk depan lah! Ingat teksi ke?”
Loh? Apa perangai aku ni, cepat cepat aku keluar balik pergi ke depan.
”terima kasih” ucap aku segan, kalih pandangan ke arah lain.
”sama sama” ujar dia. Lirik mata pandang aku.
”awak duduk mana?” –”aku duduk sebelah kau lah” selamba aku jawab
”ish, main main, awak tinggal dekat mana? Rumah awak?” balas dia balik.
“soalan tu clear sikit lah, aku duduk flat aman makmur, empat blok dari sini, tau?”
-”oh flat aman makmur, tau-tau..jauhnya awak jalan dari mall dan balik rumah, jalan kaki?”
”naik lrt masa pergi, naik kaki masa balik, dompet hilang, lupa?”
-”oh, sori-sori, so jumpa tak dompet awak?”
”jumpa, tapi bukan aku, orang lain..”
”orang lain? Siapa?”
”gadis pollllll...err, entah, kenal tapi tak tahu siapa”
-”eh, macam tu pun boleh? So dah buat report?”
Diam, aku tak tahu nak jawab macam mana. “nantilah, malas” ringkas. Aku tak betah bicara sekarang ni.
Dan entah kenapa lah dia ni baik sangat dan banyak mulut pulak tu, aish, cepat cepatlah sampai rumah!
Brek, “terima kasih, susah kan kau je.” ujar aku sambil keluar dari kereta.
”sama-sama, by the way..saya hani, awak?” –“ed, panggil aku ed je”
“ok ed, jumpa lagi kalau ada rezeki, dan jangan sombong sangat ye, jangan lambat sangat buat report dompet hilang tu..dan nah, untuk awak” di hulurkan satu bungkusan kepada aku. Ambil.
“apa ni?” –“dari penulis sendiri” ujar dia selamba, hairan. Aku pandang hingga hilang kenderaan nya dari mata aku.  Pelik. Macam ni punya orang pun ada ke?.
Aku buka perlahan bungkusan plastik tu. Keras.
-puisiku untukmu- karya awanterbang
Buku ni!! Aku selak cover muka depan, ada sebaris aksara tulisan tangan ”ganti balik cokelat saya kalau saya jumpa awak lagi nanti! – signature, awanterbang” wah!! Dia? Penulis? Biar betul!! Arghhh mimpi ke aku sekarang ni, aku tersenyum sorang sorang depan flat sambil orang perati lalu lalang. Ah pedulikan. Diorang tahu apa pasal perasaan aku sekarang ni. Dan aku hampir terlupa hendak bertanya pada dia macam mana boleh jumpa aku tadi dan kenapa dia baik hati nak tumpang kan aku dan kenapa dia belikan buku ni dan kenapa ada sekeping not lima puluh ringgit dan kenapa banyak sangat soalan ada dalam kepala otak aku sekarang ni dannnn.. pin!!!!! ”hoi gila ke diri tengah jalan!!” jerkah seorang pemandu van yang di halang laluan nya oleh aku, senyum sambil angkat tangan, ”sori bro!” jerit aku pada dia. Aku terlupa sekejap pada masalah kehilangan dompet aku. Pantas aku panjat anak tangga menuju ke rumah sewa. Hairan dan girang pada masa sama. Lantaklah, takdir tuhan itu kadang-kadang penuh misteri.
Buk!, aku jatuhkan diri pada empuk tilam katil bujang. Lega, setelah aku menogok air sejuk dari dalam peti ais, di tiup pula dengan kipas siling yang tanpa jemu menghembus kan bayu ke seluruh bilik aku. Nyaman dan tenang di dalam, kecuali di luar, hiruk pikuk tetangga itu bagi aku Cuma bunyian latar halwa telinga. Aku gapai buku pemberian hani tadi, hmmm..hani, tak sangka pula si gadis magenta itu awanterbang dan tak sangka pula si awan terbang itu hani. Aku selak muka surat pertama, serangkap puisi ”awan magenta” tajuknya.
**
LARAT AWAN TERBANG DI UFUK SENJA, MEGA CAHAYA BERCAMPUR WARNA.
SAAT SURIA MENGINTAI DI BALIK AWAN, SATU CAHAYA MULA KELIHATAN,
SEKEJAP, MASIH MAMPU KORNEA MENANGKAP. HILANG, CANTIK TANPA SEMPAT DIKENANG.
LARAT AWAN TERBANG PERGI DENGAN CAHAYA, HILANG SUDAH WARNA MAGENTA!
**
FUUUUU deep woi! Kusyuk. Terus membaca, terpegun dan hilang dalam puisi dia.

PT 5 : Hikayat gadis polka vs gadis magenta

**
KAU KENANG MASA SILAM, KAU LUPA TENTANG ADANYA MASA DEPAN,
KAU TETAP KENANG WALAU HANYA PILU YANG KAU LALU
 KAU TOLAK YANG AKAN DATANG MAHU MEMBANTU.
DEGIL ITU HATI, MENGALAH ITU AKAL
 MANA MUNGKIN AKAN BERSATU MALAH ASYIK BERDANGKAL
**
Tet tett! Tet tettttt! Gema bunyi tanda mesej masuk dari telefon bimbit aku, argghhh, siapa pulak yang mengacau aku ahad ahad ni. Aku lipat sedikit hujung buku, buat tanda sampai mana aku baca, letak di tepi birai katil.
Slide to unlock. Click’ . buka inbox, satu mesej diterima, baca. “Assalamualaikum fared, awak dekat mana ni?” ahh, siapa pulak ni, no. aku tak kenal siap panggil nama aku fared lagi ni, setahu aku hanya budak-budak kampong je tahu nama aku. Kalau orang kota panggil aku ed je waima satu tempat kerja sekalipun kalau ada yang mesej. Reply, ”rumah,siapa?” send. 45 saat kemudian, tet! Tetetete! Buka, baca. ”saya hana, kalau awak kenal lah, tapi rasa kenal kot sebab awak pijak cokelat saya.” hana? Maksud dia hani ke? ”kenal, kenapa?” balas aku was was tentang hani. ”awak tercicir dompetkan? Saya jumpa masa awak terlanggar mamak dekat kedai tengahari tadi, sekarang saya pegang, sori selongkar dompet awak,nak cari apa yang patut untuk hubungi awak, mujur jumpa bisnes kad awak” gadis polka!! Hana! Amboi nama, dekat dekat dengan nama hani si gadis magenta!. ”oh thanks, kau dekat mana ni? Nanti aku datang collect” send. ”saya tunggu dekat stesen lrt sri aman boleh? Follow alamat awak ni?” ”ok cun, dekat sikit aku dengan area aku” send. Aku kerling jam di dinding, 5.47 p.m , Bingkas bangun dari katil, aku sarung slack, sarung hoodie, sarung chuck taylor.keluar.kunci pintu.klak!.
Fuh nasib lah dia ni yang jumpa, memang nasib aku berganda ganda baik hari ni. Thanks to god!
Sampai, aku perhati keliling. ”aku dekat tepi kaunter tiket.” send. Lima minit, sepuluh minit,setengah jam. ”woi,hana..kau dekat mana ni?” send. Satu jam kemudian. ”engkau datang karang taulah nasib engkau!” send.satujam lima belas minit lebih kurang,  Amarah aku memuncak, kesabaran aku dah tak boleh dibendung lagi. ”kimak lah kau!”send. Sial, samada hana ni game aku atau aku ni bodoh sangat percaya ada orang nak pulangkan balik dompet yang diorang jumpa. Celaka!. aku nyalakan rokok. Fuhhh, melangkah. Buk!.
”oi buta ke?!!” bentak aku lepas geram sebab tunggu orang. Pandang atas. Takda orang?
Aku perhatikan sekeliling kawasan stesen sri aman, lengang, hanya ada aku sahaja dan beberapa kelibat manusia yang kedudukan mereka agak jauh dari aku. Aku kerling jam, maghrib! Astaga! Aku cepat-cepat langkah tuju ke surau di stesen itu. Selesai ambil wudhuk aku kerjakan solat maghrib.
Usai solat, aku duduk di kerusi kayu yang terletak dihadapn bilik surau, aku gapai chuck taylor di bawah kerusi, eh? Apa ni! Aku jenguk kebawah, dompet aku!! Aku perhatikan keliling mana tahu kalau kalau kelibat hana ada dekat situ, memnag aku maki dia kalau betul ada! Tapi hampa, masih lengang sambil sebuah komuter melintas dihadapan aku. Menderu angin tujahan komuter menerpa aku, meremang naik bulu roma! Seram. Cepat cepat aku sarung kasut. Blah!
Sebelum naik ke atas rumah sewa di tingkat tiga paling atas, aku singgah di kedai burger yang terletak di bawah flat aman makmur, ada dua tiga pemuda sedang melepak bersama jaki si pembuat burger merangkap mat lepak flat aman makmur paling unggul sejak sekian lama flat ini gah berdiri.
”ed! Mana?” tegur jaki. ”jalan ki, daging satu, sayur tok se” ujar aku lembut sambil nyala rokok. Duduk atas motor seorang budak motor member jaki. Mereka sedang rancak berbual, aku malas ambil port, sambil leka sedut asap rokok, aku terkesima kejap dengan topik perbualan mereka, ”nang, engko tau tak, semalam aku mimpikan arwah si mengka ko tau!” ”dia datang jumpa aku mintak tolong” rancak nang bercerita pada rakan dia yang lain bahawasanya arwah si mengka datang mintak tolong si nanang, masa eksiden tengah beracing tu cincin bakal tunang mengka tercicir, so mengka minta tolong nanang carikan dekat dekat area dia eksiden tu, kalu jumpa bagi dekat bakal tunang tak jadi dia. Aku tersenyum, bullshit betul, sah nanang stone weed masa tengok cerita misteri nusantara ni, ”kau high ke nang?” ujar jaki. ”butoh ki, aku cakap betul ni, engko jangan sampai arwah mengka datang jumpa engko nanti” ujar nanang selamba. ”berapa ki?” soal aku selepas jaki serahkan bungkusan burger yang sudah siap pada aku, ”dua ringgit je la ed,brohood punya price” aku serahkan dua ringgit pada jaki sambil senyum. Dia terima sambil kenyit mata. Caya lu bro!
Klak! Bunyi pintu dikunci, aku campak gugusan kunci atas meja makan. Aku rebahkan jubo atas sofa tiga seat di ruang tamu, nyalakan tv. Seluk celah celah sofa cari remote astro. On. Walaupun aku baru kerja dua bulan di kota ini, hasil simpanan duit gaji yang munasabah dengan jawatan aku sebagai designer, membolehkan aku hidup serba selesa sebagai bujang dengan kelengkapan rumah yang hampir lengkap. Set katil bujang, sofa tiga seat, tivi flat screen second hand 24in, astrok pakej Rm 48 sebulan, peti ais cabuk, dapur gas dan meja makan pemberian ikhlas jiran depan rumah cukup selesa bagi aku. Bulan depan dah boleh berangan bayar muka beli motor.
Perlahan aku buka balutan kemas burger jaki, bismillah.. aku sua kan ke mulut. Tap!! Blackout. Ah sudah. Aku meraba raba dalam gelap mencari handphone, jumpa. Dengan bantuan cahaya malap itu, aku berjalan perlahan serupa orang buta pergi ke kotak suis utama, ketak! Aku tolak tombol suis, ting! Lampu menyala kembali.  Di kaca tivi terpasang klip video kau, aku dan waktu nyanyian izzue islam dalam cerita bunga merah punya di tv9 suatu ketika dahulu.  Sambil mengunyah terhentak hentak kaki aku mengikut irama muzik tersebut sehinggalah part  ”Tuhan tolonglah, aku pinta Cuma satu nyawa, agar dapat aku, sebut namamu..”
”fared!”
Terdiam aku dari hentakkan kaki, mulut aku berhenti dari mengunyah! Arwah mengka!
Tersembul peluh jantan dekat dahi aku, kimak betul nasib. Takkan jumpa hantu kot. Menggigil aku ketakutan. Aku pejam mata rapat –rapat. ”fared!!” makin kuat, aku campak burger dan tutup telinga sambil mulut terkumat kamit baca doa makan yang aku terlupa tadi. Mungkin arwah mengka datang nak warning aku pasal doa makan tadi. Tapi..”hei  fared zulfadli!” hamboi hantu mengka ni, siap tahu nama penuh aku pulak, tapi sejak bila hanu mengka ni suara perempuan dan aku pun bukan pernah kenal dengan mengka ni, aku kuat kan semangat, perlahan-lahan aku buka mata, sebelah, celik. Dua belah, celik. Aku pandang keliling, hening, terdengar bunyian motor berlumba dari luar rumash sayup sayup. Di bahagian runag tamu masih lengang. Sehingga aku toleh ke belakang.
”arhgggggghhhhh..!!!!” gedebuk. Hitam, gelap.
------------celik perlahan----------------
Silau------celik lagi------gelap---------
Pang! Arghh!! Terkejut aku dari mimpi apabila ditampar, fuhh nasib mimpi.
Eh kejap? Siapa tampar, aku toleh ke sebelah kanan!! Arghhh, bukan mimpi!!
Bingkas aku bangun dari lantai lari masuk kedalam bilik. Kelekak! Kunci!
”apa kau nak haaaa!” ”macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku ni?”
”kau tau tak aku ni lelaki, kau tu perempuan, bukan muhrim..karang kena tangkap basah sia sia je”
Alamak, apa aku nak cakap ke orang kampung ni ke emak aku kalau kalau JAIS buat raid selepas dapat aduan dari tetangga aku berdua duaan dengan perempuan.
”wei hana!, kau blah la. Cokelat kau tu baru dua ringgit lapan puluh sen, duit aku dalam dompet dekat depan atas meja makan tu, ada tiga puluh ringgit enam puluh sen, kau amik tiga puluh je, lepas tu kau blah!”
Haish, macam mana lah si hana ni boleh masuk dalam rumah aku. Gila punya perempuan. Psiko nak mati!
Diam. Diam. Diam.
Pelik, dah keluar gamaknya perempuan sekor ni. Aku buka pintu perlahan lahan, jenguk ke ruang tamu, alamak, tak blah lagi si hana ni, ”woi!, kau makan burger aku apahal!” cepat aku ke ruang tamu, hana selamba bedal baki burger aku sambil tengok chefterulung selebriti musim ke dua dan ketawa berdekah dekah macam tengok hulubalang lawak musim ke tujuh. Aku berdiri tegak depan dia, hadang dari tivi. Dia gerak kan sikit kepala ke kiri, aku kalih ke kiri, dia geleng ke kanan aku gerak ke kanan. Dia pandang aku, aku tenung dia. Seram sejuk tiba tiba. ”awak, tepi sikit boleh?” pintanya. ”kau berambus boleh?” jawab aku. Dia hanya senyum ”amboi garang nya” balas dia selamba. ”aku cakap kau keluar, keluar lah dari rumah aku ni, kau nak bagi dompet kan? Ni kau dah bagi, nak suruh aku ganti cokelat kau? Nah duit, dan tolonglah keluar, karang datang jkkk buat raid karang kau nak ke kawen free? Aku nak!!” selamba aku cakap. Dia hanya pandang aku senyum senyum gila. ”awak tepi sikit lah, saya nak tengok tivi ni” lembut dia menjawab. ”blah!” tengking aku sambil buat gaya tangan tunjuk arah pintu. ”okay” dia menjawab, bangun perlahan. Pling!!! Hilang!!
Wadefakkkkk! Pitam.
**
SAAT PALING SUNYI, KAU MULA BERKHAYAL TENTANG MACAM MACAM,
SEDANGKAN BILA RIUH KAU MULA BERPERANGAI SEMACAM.

**

Monday, June 10, 2013

PT2 : HIKAYAT GADIS POLKA VS GADIS MAGENTA

PT2 : Hikayat Gadis Polka vs Gadis Magenta
ARGHHHHHH..FAK FAK, bangun. Mandi.
8.15 a.m
gedegang!! Klik” berdentum aku tutup pintu rumah, kunci.
Kucar kacir aku sarung chuck taylor pada kaki. Lari.
Walaupun pada dasarnya aku lewat, tapi kalau ikut hukum kerelatifan masa aku masih awal jika sampai di ofis nanti sebab mesin punch card tu masa dia lambat lima minit. Tapi disebabkan taknak bersesak sesak naik lrt. Aku pantaskan sikit langkah kaki ni, peluh mula memercik di dahi, sedikit panas.aku longgarkan sikit zip hoodie. Nasib, ngam-ngam sampai stesen, lrt pun sampai. Berhimpit himpit aku masuk kedalam pintu. Ting!
Celaka betullah!
Sedang aku berhimpit-himpit masuk tadi, entah celah mana ada sekor manusia ni nak keluar. Disebabkan ruang yang hampir tiada untuk dia keluar, aku terpaksa mengundurkan sikit badan kebelakang. Dia berusaha untuk keluar dan tertolak sedikit badan aku, akibat tidak stabil dan tak sempat nak pegang handle bar, aku terbabas sedikit ke belakang, dan terhuyung balik ke depan menghantuk kan kepala aku pada seseorang.
aduhhhh “ toleh.
Aku usap dahi.sakit.
-“maaf, maaf” aku tunduk sedikit kepala. Sambil anak mata perhatikan susuk tubuh di depan aku. Berblaus magenta tudung litup. Anggun.
takpe-takpe” dia bersuara sambil mengusap kepala juga, tapi mata nya melilau ke bawah lantai mencari sesuatu.
-”sori..err, Cari apa??”
Diam.
-”ehem, sori ye..dan kau cari apa tu?” aku kuatkan sikit pertanyaan tadi.
”Takda apa..it’s okay, lrt right. common”
ish, malang betul lah..” ujar dia perlahan. Sambil menjarakkan sikit diri dari aku.
Masih mampu aku mendengar. Entah apa yang malang entah.
Samada dia malang atau aku si pembawa malang. Ralit aku perhatikan dia yang sedang tercari-cari sesuatu di atas lantai. Malas aku nak tanya banyak kali cari apa, sedangkan yang pertama tadi pun jawab acuh tak acuh je yang penting aku dah minta maaf, aku rapat kan diri ke pintu. Setapak kaki kebelakang.
Pijak. Lembik. Ah sudah, apa ni. Aku pandang ke bawah.
Cokelat!!
awak!!” perlahan dia menjerit selepas pencarian sesuatu dia tadi membawa ke arah diri aku balik, belum sempat dia bersuara, aku dah terpijak cokelat dia.
Alamak, takkanlah lagi sekali..
-”alamak, maaf lagi sekali..” kali ni aku sedikit segan.
Entah apa nasib dua hari ni, semalam langgar, pijak cokelat orang. Hari ni pun sama jugak. Nasib je lah orang nya tak sama. Oh ya! Pasal Semalam.
Pantas reflek tangan aku menyeluk beg sandang mencari sesuatu.
Pandangan mata dia masih tertancap pada aku, samada pelik dengan tingkah aku yang mencari sesuatu atau kesal dengan cokelat yang lunyai aku pijak.
Jumpa!. Aku melangkah dua tapak rapat ke arah dia, hulur.
-”nah, Cokelat kau” spontan aku hulur bar cokelat pada dia
Apa ni??”
-”amiklah, sebagai ganti cokelat kau yang aku terpijak ni”
oh takpe, bukan awak sengaja pun, tapi kalau nak ganti agak-agaklah!!”
-”apesal pulak?”
takpelah, lupakan”
Ting! Dia keluar setelah sampai di stesen berikut, tinggalkan aku terpingga-pingga
-”woii!!”
Wahhhh. Demand ke sombong makwe sekor ni??. Aku nak ganti balik coklat dia pun taknak.
Bergerak. Aku rapatkan kepala aku ke cermin, Aku perhatikan dia sambil lrt bergerak meninggalkan stesen. Dia mengerakkan tangan ke kepala. Keluar jari telunjuk, dekatkan ke tepi dahi dan membuat pergerakkan bulatan beberapa kali. Sewel!
-”Cis!! Dasar kerek punya pompuan, siap sempat buat isyarat cakap aku gila pulak tu” aku hempas bar cokelat ke telapak tangan.
Eh?! Apa ni?
-”Lahhh, padanlah dia taknak. Dah terbukak rupanya..”
Aku lupa masa berlari ke stesen tadi aku pergi kokah sikit cokelat ni, disebabkan lambat bangun dan tak sempat nak bersarapan, cokelat yang kononya aku simpan nak ganti pada orang yang sepatutnya jadi gantian.. Hadoi!
Ting!
Melangkah keluar. Aku seluk balik cokelat bar tadi ke dalam poket. Keluarkan rokok, nyala. Lighter baru.
Gadis magenta.
Senyum.
**
AKU TAK TAHU APA DIA, TAPI RASA ITU BERLEGAR-LEGAR DI SEKITAR RUANG MASA.
KADANG-KADANG RASA ITU MENJERUT PERASAAN BUAT HATI INI HIBA.
**
PT3 : Hikayat Gadis Polka vs Gadis Magenta
Ahad bagi sesetengah orang amat amat lah menyeronokkan, tapi..ia adalah satu hari di mana bosan itu berganda ganda bagi aku. Keseorangan itu sial.
Aku kerling jam dekat dinding, 11.36 a.m.
Malas aku bangkit, perlahan. Menuju ke bilik air.
Usai siap secara ala kadar. Aku sembur perfume gatsby cool seluruh badan, wangi. Tujuan, ke kedai mamak bersarapan.
Sesampai sahaja di kedai mamak yang selalu aku pergi, aku mencari port yang selalu aku duduk, paling hujung di dalam kedai itu, dari tempat yang aku duduk aku boleh melihat keseluruhan suasana di dalam kedai mamak itu.
”Nescafe tarik satu, roti kosong banjir ayam beriani peha..” pinta ku pada ane yang datang ambil order. Dia mengangguk. Aku seluk xperia miro dalam poket seluar. Aku tekan icon burung biru, keluar timeline. Scroll ke bawah, naik atas, bawah semula.
”ane, ais kosong satu” aku meinta pada ane selepas dia menghantar makanan dan air yang aku order sebelumnya. Mengangguk lagi serupa robot.
“Bismillah..” suap.
Ralit aku menyuap kan roti kari banjir cicah ayam beriani, datang sekujur tubuh duduk bersebelahan dengan meja aku.
Toleh.
Aku hirup Nescafe tarik perlahan, kejap. Macam kenal, Aku toleh buat kali kedua, Dia!! Polka!
Asalamualaikum..” perlahan aku ucap.
-”Walaikumsalam, ya?” dia jawap
”Ingat aku tak?”
-“siapa?”
Lrt? Langgar, cokelat? Ingat?”
-”oh awak!..dah langgar orang blah macam tu je kan?”
bila masaa...” terhenti
Datang pula seorang lelaki duduk berhadapan dia. ”Kenal ke?”
-”kenal, tapi..”
Sori lah pasal hari tu, aku bukan blah macam tu je..aku pegi kedai beli cokelat nak gantikan cokelat kau yang aku pijak tu, tapi bila aku datang balik, kau dah blah..” laju aku potong perbualan mereka.
Terpinga sekejap mamat depan dia tak faham apa yang kami bualkan.
-”takpelah, lupakan je” cepat-cepat dia matikan perbualan. Borak.
okay” ujar aku. Biarkan mereka. Aku teruskan sesi suapan, entah kenapa tiba-tiba rasa menyampah pulak duduk sebelah dua orang ni. Cepat makan!.
Dikaunter, aku masih perhatikan gelagat si gadis polka tadi dengan teman dia. Bayar, aku melangkah keluar. Berhenti.
Aku rapat ke kaunter balik, aku capai satu bar cokelat berbungkus biru, bayar. Laju aku melangkah ke meja mereka.
Nah” perlahan aku letakkan cokelat bar di atas meja. Berlalu laju aku dari situ.
-”Eh? Awak!” dia memanggil
Aku cepatkan langkah. Kaget, bertembung dengan ane kedai mamak, buk! Ane mengangguk maaf, aku pandang ane, ah lantaklah, cepat keluar dari kedai ni. Laju lagi.
Dia memandang aku terpinga-pinga. Hilang
**
PERASAAN ITU CELAKA, PADA APA DAN PADA SIAPA TAK KIRA DIMANA DAN MASANYA
SUKA, HAMPA, HIBA BERCAMPUR CAMPUR MENYESAK DADA
**
“Entah apa lah yang aku pikirkan tadi, dah dia cakap lupakan yang aku gatal-gatal nak beli apahal?”
Aku mempersoalkan tindakkan aku sebentar tadi, dan dah kenapa mesti aku kelam kabut pun aku tak tahu, entahlah. Aku melangkah lagi. Niat mahu pergi kedai buku.
ting tong!” bising bunyi alarm tanda orang masuk. Meliar mata aku cari rak letaknya buku buku novel fiksi. Belek dan belek, dah ada, dah ada, dah ada..aha! ni takda. Getus hati bila jumpa buku yang baru direleasekan. Kegilaan apakah tentang buku novel fiksi keluaran publisher publisher indi ni pun aku tak tahu, mungkin kerana gaya penulisan, cerita mereka jauh lari dari norma norma novel mainstream yang lain mungkin, lebih telus, jujur dan dekat dengan jiwa barangkali. Aku gapai novel tersebut, tuju ke kaunter. Beratur.
Walau tak panjang mereka yang beratur di kaunter pembayaran, sedikit lama juga nak menunggu giliran aku sampai. Sabar.
Sampai giliran aku. Gadis di kaunter senyum. Aku serah buku, dia scan, ”tett” bunyi scanner, “RM 19.90 bang, ada kad ahli? Jika ada, diskaun 15% akan diberikan” ujar nya lancar. Aku senyum,”ada, sekejap ye”
Seluk poket belakang, seluk, seluk..bangsat!!
Menggagau aku seluk poket depan belakang kiri kanan, mana pulak dompet aku ni.
Kejap ye” ujar aku pada gadis kaunter. Aku dah tak tentu arah, dompet aku takda pada tempat yang sepatutnya. Gusar, bimbang, malu bercampur-campur. Ahhh..sudah, confirm hilang!
err, maaf, dompet saya hilanglah..tak jadi, sori” ujar aku, ”okay” balas gadis kaunter.
-”kenapa ni?” terdengar satu suara dari belakang. Aku toleh.
Dia!! Magenta!
”eh kau!..how come?..err, Takde apa, dompet aku hilang”
-”apa kau??, tak sangka..oh yeke, so bad..dekat mana hilang?”
tak taulah..sori pasal hal dalam lrt haritu.”
-“hmm takpe, sori cakap awak ni (sambil buat jari dekat dahi)..rileks, dan cuba ingat balik, kalau gelabah susah nak ingat”
its okay, my bad also dan..oh ya!” belum sempat aku bercakap hal cokelat sebelum tu tiba-tiba aku teringat ane tadi, ya, mungkin akibat terlanggar ane tu, dompet aku cicir..aku mahu cepat ke kedai mamak tu balik.
thanks, aku dah ingat dekat mana!” aku berlalu pantas tinggalkan dia, lari lagi.
-“so kay awak….” tak habis bicara. ”hmm, clumsy guy”
dia nak beli apa tadi?” bertanya gadis magenta pada gadis kaunter. ”Ni” diangkat sedikit buku tu.
Senyum. -Puisi ku untukmu- karya : awanterbang
**
SETIAP APA YANG BERLAKU ITU TAKDIR, TERIMANYA DAN LALUINYA DENGAN SABAR WALAU GETIR

**