Saturday, December 15, 2012

si pujangga memujuk si suri hati

pertembungan aksara bermula..

semalam..

Di lewat malam..aku kirimkan kata pada sang penjaga mimpi,
tebarkan cerita indah dalam lena si dia..
moga hilang segala gundah,
juga khabarkan yang aku menunggu sampai ke hujung waktu..
agar dia tahu dia yang terakhir di hatiku,
meski ceriteraku sendiri berulam sendu..
aku rela demi dia yang aku puja..

Hari ini..

dia..

Cinta itu akan lebih indah jika kita saling memahami..

aku..

dan akan lebih indah jika saling memaafi..

dia..

Tiada pengajaran jika terlalu mudah..

aku..

Tiada pengalaman kalau taknak menempuh susah..

-Fin-


menahan sesuatu yang gila agar tidak menggilakan

Hanya harap, kurenung hujung pena..kurenung hujung nota,
tak bisa diri ungkap kata hati, hanya aksara jadi pengganti..
ku hantar kata pada puisi, mana tahu syair ini bisa mencuri hatimu..
rindu, cinta, rasa ini menjadi satu, inginku kata mesra kepadamu..

aku kagum denganmu, sungguh setiap hari hanya engkau di dalam hati..
aku tak kenal kau, malah namamu pun aku tak tahu,
aku bahagia..seperti orang gila..
kau memang hebat..aku tak tahu apa yang aku tulis, benar..
andai aku punya kuasa, aku cuma ingin melihat senyuman kau yang mesra..

Kehangatanmu, terasa hangat saat bersama, menebarkan segala pesona..
membuatkan aku tahu ini cinta, di dalam jiwa yang gembira,
di hatiku hanya kau selamanya..

Hanya lelap..ku tulis serangkap puisi, puisi tentang mu..
berharap agar kau sentiasa di sisi, dalam lena mimpi serta dunia realiti..
moga harapan ini menjadi kenyataan pada suatu hari nanti..

Tuesday, December 11, 2012

*tiada tajuk

*aku kata..

Sepi dan gelap malam sesepi dan gelapnya hati ini..
kerana tiada bulan cinta kau menyinari..
tiada bintang rindu yang menghiasi..
yang ada..hanya awan mendung yang mencurahkan hujan resah..
membekukan rasa dalam jiwa..
dimanakah awan harapan yang membawa diriku terbang di awangan?..
khabarkan padanya aku perlukan dia..

*******

*dia kata..

Cuma rindu..
rasa nak disayangi..
tempat bermanja..
tempat meluah..
walau saya menyepi..
tak bermaksud saya melupai atau membenci..

********

*aku kata lagi..

Di kaki langit..
sang awan bercahaya bersama sinar mentari pagi..
bila melihat..
rasa tenang di jiwa..
wahai cahaya mega..
titipkan ucap kata selamat pagi cinta pada si dia..

Monday, December 10, 2012

*isikan tajuk disini

Wahai angin malam...
sampaikan rasa rinduku pada sang suri cinta hati..
buat menemani lena nya sehingga muncul mentari pagi..
titipkan rasa cintaku pada dia..
agar dia tersenyum sentiasa..

*******
Hari ini aku melihat cermin..
dan aku bertanya..
siapakha yang mencintaiku..
lantas wajahmu muncul di bias kaca sambil tersenyum..
dan aku terasa semnagatmu meresap ke dalam jiwa..

*******
Hari ini aku melihat cermin..
di balik wajah sugul aku berkata..
mana dia si cinta hati..
lalu kau menjelmakan diri..
seperti selalu..
kau masih tersenyum..
leka aku perhati..
tiba tiba mata ku terhenti pada senyuman mu..
ada sesuatu yang janggal..
retak cerminan kaca mencacatkan sedikit mekar senyum mu..
sedaya upaya aku membetulkan rekahan..
malang jemari ku terluka..
dalam menusuk jiwa..
masihkah kau dengan senyuman itu saat aku melangu lesu?
senyumlah kembali wahai suri hati..aku rindu

Saturday, November 17, 2012

bersamamu..

Saat bersamamu..waktu itu umpama kelajuan cahaya..
seperti pengembaraan merentas masa..
kau bawaku merata, hingga aku lupa dimensi yang nyata..

kini ia berputar perlahan, aku terperangkap antara dua dimensi..
cuba berdiri pada realiti sedangkan jiwaku ,melekap kejap pada fantasi..

saat kau pergi..kau bawa sama segala waktu dan aku disini diam terpaku..

Terima apa saja..

Saat mentari bersinar,
aku silau dalam terangnya..
di puing-puing kota batu,
aku sembunyi dalam lindungan bebayang..

Lalu mata ku tertancap pada satu susuk separuh abad..
langkahnya perlahan dalam menerjah arus kehidupan,
kilauan terik mentari dibiarkan..

ahh, aku keluar dari bebayang..kembali menghadap mentari,
teruskanlah sianaran itu..aku masih mampu menongkah silaumu..

Thursday, November 08, 2012

Nota dan Pena : Bab 3

Sup Daging dan Nasihat seorang Sahabat ke Sahabat

Pertama-tama sekali aku nak memohon maaf kepada kecik sebab buat dia meredah hujan demi meneman aku makan sup daging..kakaka, dah la budak tu demam..tau aku follow je dia makan cekodok takde lah dia redah hujan..dekat atas motor, aku dah tergelak gelak kan si kecik..tahukah engkorang sebab apa aku nak makan sup daging?..sebab terbaikk bak hang..kena pulak hujan..perghhh lagi masyukk menceceh air liur woi!!..

Tengah sedap melantak tu..sesambil layan cerita apa ntah kedai tu pasang, tapi agak menarik juga pasal Ayat Kursi..aku pun bantai lah bukak cerita sendiri berkaitan agama, tetiba adalah minah sorang yang dikenen kenen kan dengan aku ni call..nak join sekali..aku pun orderlah untuk beliau sup juga..lepas tu datang lagi sorang rakan sekerja yang baru repair tayar kereta..duduklah empat sekawan mengadap sup ditemani hujan..kenyang..

Selepas mengerjakan sup daging tu..kitorang pun berborak lah pasal semua benda termasuk hal hal kerja..dan menasihati seorang rakan ni..pada aku dah sampai nasihat gitu, aku panggil sahabat kot..punya lah prihatin kitorang ke dia, kalau tak mau buat tak tau je dengan karenah beliau..tengah tengah nasihat tu sempat lagi dia mengenakan aku tu dengan minah ni...jilaka betei..nak aje aku order sup daging lagi satu..

Bercerita pasal nasihat ke orang ni, aku pun bukan lah bagus sangat..tapi setakat bagi iktibar pada beliau pun cukuplah..nak aje aku ceritakan kisah sedih aku ke beliau, tapi takpelah..aku simpan dulu..pada aku masalah dia takde lah besar mana..cuma pada diri dia sendiri..kalau dia sendiri boleh fikir kitorang nasihat untuk kebaikkan dia, dia terima lah..buat lah untuk diri kita sendiri kalau taknak buat untuk sebab sebab yang lain..takde masalah yang tak boleh diselesaikan andai kita sendiri nak hadapi..bukan mengelak dengan berbagai alasan atau lari dari kenyataan..nak aje aku tarik dia pergi table lain buat man to man talk..kang ada yang menangis pulak nanti..

usai makan makan..borak borak..apa lagi balik lah..dan amat sadis bila atas highway hujan lebat sampai ke PD..memang terbaik malam ni..sebab apa aku sanggup redah?..manalah tahu kalau kalau malam ni Gadis polka muncul..kekekeke..aku nak kabo aku rindu ke dia..dan nak tanya dia rindu ke aku ke tidak..

Tuesday, November 06, 2012

Nota dan Pena : Puisi gila pada mulanya

sebarkan segala rasa duka agar tak menjadi kerak sisa di jiwa..terus kan maki jangan menjadi daki..kahkahkah ketawa selagi kau mampu, menangis bila kau mahu..selagi bernama insan jangan simpan perasaan..suka?cinta?biarkan ianya terpendam takut tak berbalas menjadi dendam..perlahan kau menyulam semangat benci yang menjadi nadi dosa dosa keji..

Monday, November 05, 2012

Nota dan Pena : Bab 2

Tiba-tiba

Sejak 2 ke 3 minggu ni..mungkin lebih..aku tak tahu macam mana aku boleh ada kaitan dengan budak sorang ni..kekadang aku terpikir tang mana yang boleh aku dikaitkan dengan beliau..kalau ikut kan ke aku..takde pulak aku cerita atau cakap pasal dia dekat orang lain..tak tau lah pulak kalau beliau ada cerita atau cakap pasal aku ke orang lain..

Kalau sekali dua tu boleh la dikira gurauan..tapi kalau dah dekat sebulan gini mahu sakit jiwa juga kalau aku atau beliau tak dapat terima..pada aku, it is okay..wah kemain gua speaking..nyenyenye..tak lah, pada aku yang berpikiran relevan dan boleh terima apa saja takde masalah lah..tapi kalau pada beliau..apa pulak tanggapan beliau ke gua nanti, entah-entah beliau pikir gua pulak yang syok ke dia, woi malu woi..mau nanti gua lari lelaju sambil sliding melanggar dinding..

Masalahnya sekarang..kalau setakat nak bergurau dekat gua sensorang je boleh la tahan..tapi kalau dah depan beliau dengan aku ada sekali..segan kot, gua nak pandang muka dia pun muka gua dah takde darah..kena pulak masa nak bercakap, aku macam terpaksa menggunakan komunikasi secara formal..mati lah gua yang pemalu ni..

Tiba-tiba gua merasakan segan pula ke beliau sebab kan kes kenen-kenen kan orang gini..aku yang gentlemen ini perlu melakukan sesuatu..ceh ceh..yelah, takkan nak senyum je bila kena gurauan sebegini ye dak..kang aku tackle beliau nanti kang lagi lah lain cerita nya..kakaka..macam haram je..

Sedang masa gua menantikan kehadiran Gadis Polka gua ni..takde benda lain yang gua pikir selain tu..benda-benda lain dah tak penting pada gua..ini dah masuk minggu keberapa ntah ni tanpa kelibat beliau..aish..susah kalau gini..kang ada yang gua cari beliau nanti kang..atau pun gua mengundur diri bagi insan lain..kakakaka..ini lagi macam haram..sudah lah..nak cerita lebih kang, serupa takde function pulak nota gua ni..yang pasal budak sorang ni pulak..gua anggap beliau ibarat awan mendung yang bakal berlalu pergi jelah..bagi gua bermain dalam hujan beliau ni..paling kuat pun gua demam je..

Monday, October 29, 2012

Nota dan Pena : Bab 1

Lari dari kebiasaan ke luar biasaan

Rasanya dah cukup bahan bahan letupan yang aku kumpul sejak kali terakhir aku menaip tak tentu hala dekat sini..jadi sekarang tiba masanya aku singkap sedikit dan kongsikan apa yang tercatit di dalam nota buku tiga lima bersama pena kilometrico aku ni selain daripada kisah gadis polka yang masih belum ada penyudah jitu yang mampu merobek jiwa raga korang yang baca..kakakaka, maka siap siaga lah mata dan konsentrasi korang membaca apa yang aku taip ni..ok sudah-sudah, perenggan satu ni je dah panjang berjela..


Khamis,

Aku pun tak tahu apa yang aku fikir masa buat keputusan ni..lebih kepada merajuk dengan hati sendiri mungkin..atau mahu menjauhkan diri dari bola bola kristal gadis polka yang makin membesar tapi tak tahu bila akan diserahkan..jadi aku contact mak aku yang bakal menjadi orang terakhir yang aku hubungi sehingga sekarang...ya, aku mahu menjauhkan diri dari teknologi seboleh mungkin(konon)..menjauhkan diri dari semua orang..balik dari kerja aku sandang bag yang dah aku siap kemas sebelum datang opis..bekal baju selama tiga hari..aku mahu merantau sendiri sempena raya haji ni..aku terus pecut pegi Ktm seremban, dari situ aku memulakan perjalanan menuju ke Kl sentral..sampai disana dah nak masuk isyak..berbekal kan sistem organisasi teratur dan sistematik..macam sama je bunyi, ah lantaklah..aku sebenarnya dah standby seminggu awal kot semua ni, hal-hal tiket,nak kemana dan bila, makanya destinasi pertama ialah Arau, Perlis..Perlis oi!! sensorang je kot..gila ah, tak pernah dibuat diri sendiri ni..aku berani tak berani je..last-last aku bulat kan hati..redah je..dalam train, aktiviti aku lebih kepada recharge energy..tido sampai lesu..wikikiki

Jumaat

Setengah hari perjalanan..pergi malam sampai pagi..akhirnya sampai ke destinasi..dan tak lupa juga orang dah ramai dekat masjid nak sembahyang raya haji..meruntun jugak lah jiwa dengar takbir bergema..ni apa pesen berirama ayat aku ni..ciss..aku teruskan langkah..biar kaki menunjuk arah..oi lagi sekali berirama ni..puii..skip-skip

dari Arau aku naik bas ke kangar..patah balik ke arau..hahaha, macam dah takde kerja sebenarnya..lebih kepada berjalan-jalan tengok pemandangan, sebenarnya kalut jugak sebab terkejar-kejar masa, takut lambat samapi balik kat stesen ktm..aku catit serba sedikit tempat-tempat yang best, boleh ajak bebudak aku bagpackers dekat sini nanti, lama juga aku dekat kangar, sampai menggigil kaki ni berjalan kaki, dah puas aku cari bas balik.tapi terawal pulak timing aku..ciss..sementara tunggu train, aku jenjalan dekat kawasan sekitar..aku cari kedai makan..lagi tiga jam sebelum berlepas..masa tengah minam minam dekat kedai tu..ntah macammana boleh tergerak hati aku pergi tanya tuan kedai, ada kerja yang aku boleh tolong ke tak?..kahkahkah..last-last, aku jadi pencuci pinggan mangkuk..upahnya?..jengjengjeng..bekalan nasi goreng beserta air der..pakej makan malam..jimat sikit duit, kalau nak harap beli makanan dalam train..mintak kena tendang keluar je nanti tak cukup duit..mahal oi..tapi best jugak layan pakcik tu..aku pun tak tahu menda apa aku borak dengan dia..banyak gelak je dari cakap..

Sabtu,
KL Sentral

Aku terjaga dari mimpikan gadis polka..agak paise juga muka aku sebab kena kacau..abang konduktor tu main goyang-goyang badan kejut aku..nak marah kang aku kena marah balik..sia-sia je..rupa-rupanya dah sampai..sama juga jalan cerita pergi malam balik pagi..aku mandi manda dekat toilet dalam Kl sentral tu..boleh tahan sejuk air nya..macam mandi air perigi..dah segar bugar , aku cari sarapan..neskepi tin dan roti coklat bersama side dish winston light..kekekeke..dan tunggu lagi train ke ipoh..yang ni aku nebes sikit sebab naik ets..ntah mende ets tu pun aku masih terkial-kial nak hafal..yang aku tau, dia laju sikit dan mahal banyak..bahaha..takat 2jam lebih je dah biasa sangat aku naik train 2-3jam ni..macam seremban balik kluang..lepas tu sambung naik bas ke lumut 2jam lebih juga..sampai lumut..aku naik feri ke pangkor..dekat pangkor, aku kena pula menapak mencari chalet untuk berjumpa famili aku yang sememangnya tengah bercuti dekat sini..dah jumpa tu apalagi..terjun lah kelaut..hari hari ngadap air laut tanjung arang pun jemu juga..masin dia lain macam..kakakaka..aku bantai snorkling lepas tu terjun tiruk yang menyebabkan kaki aku terseliuh..bak kata orang, gembira biar berpada nanti merana..dan inilah akibatnya..sampai sekarang bengkak masih tak surut..aktiviti aku terus terbantut..banyak duduk je..nak berjalan tak mampu dah..

Ahad

dengan kaki yang terincut incut ni..aku gagahkan diri untuk terus berkelana sorang..rugi oi tiket dah beli semua..famili aku gerak balik dulu..aku menghabiskan sisa-sisa cuti dengan berjalan sekeliling pulau..nak teroka habis mau muntah hijau oi..takat mana yang mampu je..kendian balik ke tanah besar, naik bas, naik train dan naik train lagi sampai ke seremban..

Malam Isnin

jiwa aku macam tak tentu arah..dah lama rasanya tak nampak kelibat taipan si gadis polka di susur masa kicau burung aku ni..lantas aku capai nota dan pena..satu muka surat, satu perkataan..rindu..aku sisip helaian seterusnya..ah, apa yang harus aku tulis..mahu lari tapi kembali, heh!..seperti biasa aku terus menunggu sang cinta..di mana dia, sedarkah dia, tahukah dia, mahukah dia..aku terus bermonolog mempersoal kesan perbuatan diri sendiri..mampukah aku dan sampai bilakah?..

Friday, October 05, 2012

Tiga cerita

satu hari..sebuah kampung ingin mengadakan sembahyang hajat untuk hujan..pada hari yang ditetapkan..semua penduduk kampung datang dan hanya ada seorang budak yang datang membawa payung.. - itulah keimanan

jika anda melambung bayi kecil di udara..dia hanya tersenyum tawa kerana tahu anda akan menangkap nya kembali.. - itulah kepercayaan

setiap hari apabila kita masuk tidur..tiada ketentuan bahawasanya kita akan bangkit kembali pada hari esok, namun kita masih tetap mengunci jam bagi mengejutkan kita keesokkan hari nya.. - itulah harapan

Wednesday, October 03, 2012

Distraction

untuk dua minggu dari sekarang..aku perlu alihkan ingatan aku pada benda lain selain gadis polka..tak mahu menganggu dia kalau boleh..ceh..dah terang terang aku ni memang gangguan dia..wakakaka..ahh, tak tahu lah boleh ke tidak..tapi perlu dan mesti..sudah lah..aku mahu siram air dekat kepala bagi segar sikit otak ni untuk berpikir..paling kuat pun aku ngigau beliau memalam nanti..dan distraction bermula dari, satu..dua tiga..sekarang!!

babai gadis polka :')
Goodluck untuk final beliau..

Saturday, September 29, 2012

Gadis Polka vs Gadis Magenta

bleghhh..tajuk entri kemain gempak..aku tak tahu sebenarnya nak taip apa, tapi hati, jari jemari ini membuak-buak semangatnya hendak menulis..jadi aku akan taip apa yang sedang bermain dan terlintas difikiran aku je..baca lah engkorang..

Seharian..eh masuk hari ini jika dia masih tiada..bermakna sudah dua hari aku tidak bertempur dengan keyboard bersama Gadis Polka..dan dua hari itu juga aku jadi tak tenang walaupun aku cuba berfikiran positif..tapi hasilnya macam haram..kejap-kejap aku stalk beliau..dan makin gelisah bila tiada apa yang berkaitan  boleh menenangkan hati aku..mana lah beliau menghilang ni..atau beliau sibuk dengan sesi pembelajaran dan persediaan final beliau..masuk akal juga tu..tapi aku masih tak berpuas hati jika dia sendiri tak bagitahu dekat aku..

sedang sibuk aku memikirkan tentang perihal Gadis polka..tiba tiba sahaja muncul sisa sisa cerita gadis magenta..pada aku takde lah menganggu sangat cerita beliau..tapi plot penceritaan tentang gadis magenta itu ada kena mengena sedikit dengan gadis polka..di tengah-tengah kemelut gua hadir tanpa diduga..menjadi penyelamat serta pemusnah pada masa yang sama..penyelamat untuk diri nya dan pemusnah pada diri aku sendiri..harapan yang aku sebarkan memakan seluruh jiwa raga..tapi atas dasar keihklasan..aku merelakan segala galanya walau dihati sedikit kecewa..tapi asalkan mereka bahagia..itu sudah cukup..sehingga kini, aku masih membantu kedua-duanya.dan akan terus membantu selagi mampu dan terdaya..

Buat Gadis Magenta..semoga engkau berbahagia denganya..

pada Gadis Polka..saya rindu awak :'(

Monday, September 24, 2012

Persediaan..

Hari ni aku ke hulur ke hilir mengambil kesempatan cuti..memandangkan aku dah tukar jadual cuti aku pada hari ahad dan isnin supaya memudahkan aku hendak berurusan dengan mana-mana jabatan kerajan mahupun swasta..

Perkara pertama pagi tadi aku settle kan urusan bank..jenuh juga lah nak beratur, dengan prepare dokumen semua bagai..terasa baru nak jadi orang sekejap tadi pagi..kalau tak aku tak pernah terfikir pun pasal saving ape semua bagai ni..kakaka, ade lah dekat 2 jam lebih aku berkampung dekat bank..disebabkan simpanan yang ada sebelum ni sudah makin surut, aku mengambil tindakan drastik dengan buat loan Asb..perit juga rasa nak buat kira-kira ni..tapi aku layankan juga..dah settle semua aku rasa lega..sekurang-kurangnya kalau aku takde lagi nanti adalah juga peninggalan buat waris aku..

Siap-siap dekat bank..aku pergi Jpn..tukar alamat dan cip ic yang macam haram tak boleh nak baca..sumpah seranah juga masa dekat bank tadi..dia boleh buat hal pulak, dah la sekarang ni urusan semua nak kena pakai mykad..bila cip rosak dah jadi satu masalah..lepas siapkan ic..aku gerak pergi Kwsp..cek penyata dan update dokumen..Nasib aku dah betulkan mykad..jadi aku tak payah susah payah beratur pepanjang..

Lepas tu aku pegi survey aset-aset yang harus aku ada..yang ni aku lebih banyak mendengar dan berfikir, kalau ikut cakap salesman ni memang lah senang..hati gua dah berbelah bagi..lepas je dengar, aku terus cakap bagi aku masa sikit..nanti-nanti aku datang balik..kepala aku dah pening dah..rupanya dah dekat pukul 2, aku tak makan lagi rupanya..lepas makan aku lepak dengan member aku kejap..sambil melepak tu, gua buat kira kira bajet..cehh, ye ye je..

huh..akhirnya settle semua..kalau tak, rasa tak tenang jiwa..tak payah gua nak risau pape jadi lepas ni..sebenarnya malam sebelum tu mak gua bising-bising..kekekeke, kalau bising pasal aku je tak kisah lagi..tapi kalau tetiba dah masuk bab kahwin,anak bini..mana aku nak larat..ceh.."buat persediaan tu dulu.." cakap mak aku..

Gadis Polka : Teman

sejak beberapa hari ni..malam-malam ku bertarung dengan hati, jiwa dan jemari di papan kekunci bagi mentafsirkan kata-kata menjadi aksara yang membentuk prosa..komunikasi di alam maya bersama gadis polka..

tapi yang tak best nya gua kadang-kadang terpaksa mempercepatkan ending perbualan sebab kondisi waktu tidur gua yang tak mengizinkan kerana perlu kerja keesokkan harinya..gua tak merasa puas dengan keadaan itu..dah la gua borak ntah pape je..jari ni pun satu..lain yang otak gua fikir, lain pula yang di taip..ciss

ish..gua rasa kalau orang nampak gelagat gua masa menaip ketika berbicara dengan beliau, orang mesti syak gua gila sebab senyum sensorang..ahh lantaklah..janji gua bahagia..kekekeke

"Teman"..bleghhh..gua meloncat kot saat baca taipan beliau ni..

harap-harap esok gua dapat teman beliau lagi..

ok dah..pipi gua dah krem ni senyum sejak dari tadi..gua nak mimpi gadis polka..babai~~

Wangi..kau lalu

Langkah ku terhenti..Bau wangian itu menusuk hidung ku..bau yang amat-amat aku kenal dan ingat..ya, bau wangian si Dia yang suatu ketika dulu pernah mengisi segenap ruang hidupku..bau yang selama lima tahun aku hidu..

Walaupun sekali imbas..aku memang cam sangat itu bau dia..lantas aku menoleh semula dari mana datang arah bau itu..aku perhatikan sekeliling di kawasan pusat beli belah itu..mata ku meliar mencari sang kelibat empunya bau badan..

Lovillea sweet floral bewarna purple..

tiba tiba mata aku berhenti dari mencari dan fokus kepada satu pasangan di penjuru restoran yang terdapat di dalam kawasan mall..kurang lima meter dari tempat aku berdiri..tegak aku menyaksikan gelagat mereka..gembira..itu memang Dia

Pandangan mata ku beralih semula dek panggilan seorang rakan.."wei, kau tengok apa?..jom lah gerak.."

"Ok-ok..kejap" aku toleh semula pandangan pada pasangan itu tadi..aku tersenyum..segala kenangan lama mula bermain di kotak fikiran ku..dadaku terasa sebak seketika, aku berdehem melepaskan benak di jiwa..

"Ejat..singgah watson kejap..aku nak beli barang.." pinta ku pada Ejat..

sampai di Watson..aku terus ke rak wangian..

"Tadi aku nampak dia masa kita lalu depan mekdi tu..kau okay?" ejat bersuara ketika menurun kan aku di depan pintu rumah..

Aku lemparkan satu senyuman pada ejat.. "okay je"

Sunday, September 23, 2012

<< Rewind . Stop > Play

Haikal rebah ke bumi..terasa berat dan panas kepalanya..sesekali terasa nyawanya ditarik..dia mengerang kesakitan..pandangan mata nya semakin kabur..terbaring di sebelahnya jasad seorang wanita yang amat dikenali, di genggaman tangan nya tersemat sejambak bunga ros merah..sudah tidak bernyawa..darah membuak-buak keluar dari kerongkong akibat kesan kelaran..air panas mengalir jatuh dari kelopak matanya dan mengalir perlahan di pipi Haikal, tangan Haikal bergerak lemah ingin mencapai sesuatu dari poket, sambil pandangan Haikal masih kejap pada wajah wanita itu, semakin lama semakin kelam..gelap!


***************************************************************

Jam lonceng mengejutkan lena Haikal pagi itu..seperti seminggu sebelumnya..celik mata sahaja, sudah tersedia sarapan dan baju yang harus dipakai olehnya hari ini..Haikal bangun dengan senyuman yang meleret..dia mengambil bingkai gambar yang diletak di atas meja tepi sudut katil..tersenyum Haikal merenung wajah wanita berbaju polka dot hitam, merah jambu dan bertudung bawal di dalam gambar itu..dia kembali mengambil sesuatu di atas meja..kotak yang dibaluti baldu rona merah itu di buka..sebuah cincin silver bertahkta batu permata di tilik..dia menutup kembali dan menarik nafas panjang..lekas-lekas dia bangun sambil mencapai tuala menuju ke bilik air..

Haikal merenung bias wajah dirinya di cermin..seakan mengatakan sesuatu kepada dirinya sendiri..seperti sudah puas hati, beliau terus menuju ke muka pintu bilik sebelum berhenti seketika..ahh, dia pusing kembali..terlupa sesuatu..di ambil kotak baldu berona merah itu lalu di sisip ke dalam poket seluar..tap! tap!,  telapak tangan nya menepuk nepuk poket kembali..


***************************************************************


Zulaikha menaip sesuatu di telefon bimbit nya..kepalanya berdenyut pening..kalau tidak kerana rindu, tak sanggup rasanya untuk keluar esok hari, tapi kerana Haikal mendesak membuat kan dia mengalah..lagipun sudah lama rasanya dia tidak bertemu dengan kekasih hatinya itu sejak Haikal mula bekerja di KL...terasa kasihan pula dia hendak menolak permintaan untuk berjumpa, Haikal mengambil cuti untuk balik ke rumah Ibunya di seremban..dan kata Haikal lagi..ada sesuatu yang ingin diperkatakannya..Zulaikha masih meneka neka..


..Haikal membuka pintu kereta untuk Zulaikha..selepas mengambil Zulaikha di rumah tadi, mereka berdua bersarapan di sebuah kedai bersama sama, setelah itu, dia membawa Zulaikha ke Dataran Seremban..betul-betul di tengah bandar Seremban..dia mengarahkan Zulaikha menunggu di salah sebuah kerusi taman di kawasan tersebut..tanpa bertanya Zulaikha terus mencari tempat duduk, kepalanya masih pening sedikit...dia merebahkan punggung ke kerusi di bawah teduhan Pokok yang merimbun..tidak berapa lama, dia melihat Haikal menuju ke situ sambil tangan nya tersembunyi di belakang badan..

"Untuk awak.." Haikal menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Zulaikha..

Zulaikha mencapai bunga itu sambil tersenyum.."Terima kasih awak.."

Haikal mengambil tempat duduk di sebelah Zulaikha.. " Saya..err, saya ingat.." tergagap-gagap Haikal melontar kata.. " Saya nak jadikan awak isteri saya.." sekali nafas Haikal bercakap..

Muka Zulaikha pucat..kejadian berlaku terlalu pantas, satu hayunan kayu tepat hinggap di kepala Haikal..kata-kata terakhir dari mulut Haikal masih membekas di telinga nya sedang dia belum sempat membalas pertanyaan itu sebelum beg tangan diragut oleh dua lelaki yang datang dari arah depan Zulaikha..Haikal cuba melawan sebelum dia rebah akibat pukulan kayu itu..Zulaikha menjerit meminta pertolongan..tindakannya itu memburukkan lagi keadaan, dek kerana terkejut dengan jeritan Zulaikha, salah seorang peragut itu mengeluarkan pisau lipat dan terus menerkam Zulaikha dan mengelar lehernya tanpa prejudis..

Tudung bawal yang melilit kepala Zulaikha beterbangan ditiup angin..Haikal cuba untuk bangun tapi kesan pukulan itu menyebabkan dia tidak berdaya..tatkala pandangan matanya melihat Zulaikha dikelar dan dua peragut itu melarikan diri..Haikal terasa dunia nya bergerak perlahan..dia sedaya upaya bangun menuju ke arah Zulaikha..setapak dua Haikal termampu..Di mendongak ke langit..cahaya matahari tepat memancar ke matanya..pejam!

***************************************************************



Tegak Haikal berdiri....

Seketika Haikal seakan-akan lupa dimana dia berada..di pandang sekelilingnya..deretan kereta yang bergerak perlahan serta bingit hon akibat kesesakkan di dataran Seremban sedikit menggangu dirinya..Haikal menggenggam kepala..terasa berat dan berdenyut..fikiran nya kosong..jiwa nya tiada

"Haikal..jom balik"..puan Hani memanggil anaknya..sejak dari tadi dia mengikut Haikal..sudah seminggu  puan Hani mengikut Haikal dari jauh berulang dari rumah ke situ setiap pagi sejak Haikal tersedar dari koma selama sebulan di Hospital..dan setelah Haikal berdiri beberapa ketika di situ, dia hanya akan memerhati sekeliling seperti cuba mengingat sesuatu..

puan Hani mengesat air mata nya..dia mengimbas seketika

"Mak..Haikal nak jumpa Zulaikha kejap lagi..doakan orang ye.."

"Hati-hati tu kal..goodluck!"..tersenyum puan Hani..baru sahaja sampai semalam di rumah dari KL, Haikal terus menceritakan yang dia mahu melamar Zulaikha..

Thursday, September 20, 2012

The Feeling

cewahh..tajuk kemain mat saleh...wikikiki

semalaman aku mendengar sebuah muzik yang di luar lingkungan arus perdana masa kini..band band indie yang betul-betul underground..tiada publisiti melampau daripada mana mana media massa atau media cetak, cuma menggunakan saluran laman sosial dan kebergantungan pada internetsitasi semata..ternyata, kualiti muzik dan lirik-lirik mereka sangat di luar jangkauan aku, kadang-kadang cukup dengan lantunan instrumen mereka, aku sudah terbuai dalam imaginasi bunyi yang disampaikan..turun naik nota muzik yang mendebarkan dan menusuk ke seluruh jiwa..itu belum lirik-lirik yang mengguna pakai bahasa-bahasa tinggi lagi tu..makna kata yang cukup padat tepat dan sampai terus walaupun kadang-kadang ada sesetengah perkataan tu aku harus rujuk pada kamus..nampak tak impak dia, sampai aku sanggup selak kamus tu..dan kalau nak di bandingkan dengan muzik2 yang mainstream sekarang..aku rasa bertiang lampu dia tinggalkan, aku pun tak faham pada penulis lirik serta komposer masa kini, adakah mereka lebih cenderung menghasilkan muzik demi keuntungan atau kepuasan mereka sendiri? kadang-kadang lagu tu langsung takde makna dan boleh berdarah terlinga kalau dengar..

takde point pun aku buat entri ni sebenarnya..cuma untuk kepuasan diri sendiri..seperti mana aku dengar muzik ni..memuaskan hati sendiri itu jauh lebih bermakna dari puas kan hati orang lain dalam terpaksa..sampai satu tahap tu, orang boleh terima dengan apa yang kita buat sebab jauh lebih ikhlas daripada di buat-buat..

engko orang nak tahu lagu apa? carilah sendiri..sebab bila kita berusaha untuk mencari yang terbaik, kepuasannya tak dapat digambarkan dengan kata-kata..umpama lagu itu milik kita seorang..nyinyinyinyi

sesambil dengar muzik ni..aku mengilap gilap bebola kristal..sampai pada suatu hari nanti, aku akan golekkan ke gadis polka untuk dia miliki.. :)

si ahli falsafah jalanan bermain dengan kata katanya..menjadi senandung irama meruntun jiwa

boleh bagi definisi perkataan ni tak dan bina ayat dengan nya? : polysyllabic, modicum, fragmented, luminosity ..terasa tak termampu aku nak gunakan dalam percakapan seharian..

ah, terasa betapa sampah dan pasar nya bahasa aku :'(

Tuesday, September 18, 2012

kecelaruan

Ye..hari ni hari aku merasakan tahap kecelaruan yang amat2 sangat..

Mana tidaknya..aku rasakan tido aku malam semalam umpama tidur lima saat dan bermimpi tiga hari..terasa mimpi tu sangat lama dan sangat sangat tak masuk akal mimpi aku..dah nama pun mimpi kan..kekompem la tak masuk akal..tapi tu lah..mimpi yang real..langsung takde kena mengena dengan apa yang aku hajatkan sebelum tidur..aku malas nak story pasal mimpi tu..skip sampai terjaga..bila dah terjaga tu, kepuasan tidur memang takde langsung..perasaan mimpi tu terbawa sehingga tersedar..dan aku dah lambat..

Kalau ikutkan,hari masih awal..tapi lambat untuk perjalanan aku..so sebab nak catch up time perjalanan tu, aku sesiap mana yang patut dan aku togok neskepi semalam, nasib baik elok lagi..kelam kabut juga lah pagi aku semalam, dengan cuti 3hari tetiba kena masuk mod kerja, bleghhhhh..semamai mamai jiwa aku..masa atas motor pun ntah pape ntah aku pikir,sedar-sedar dah sampai..terasa pelik dan lagi pelik, aku sampai 20 minit awal..mak oi, terkejut juga sebab kalau ikutkan kerelitifan hukum masa..aku sepatutnya sampai lewat 5 minit lepas pukul sembilan..sesambil terasa pelik tu, aku langkah kan kaki menuju ke kedai makan di tepi Opis..sambil nyalakn rokok pertama untuk hari tu, aku pun order lah "Air Nes' O + Roti Kosong banjir" dan yang sampai air "Nes'Lo dan roti telur..dem, aku salah order atau yang amek order tu salah dengar?..aku tak banyak soal dan bedal dengan rasa kecelaruan bertambah..

Dan semakin bertambah bila mana, aku ditugaskan dalam bahagian latihan dan marketing yang sememangnya amat2 aku tak suka dan tak gemar untuk ajar mahu pun tunjuk ajar orang..sebab kalau orang lambat pick up apa yang aku tunjuk, aku boleh naik hangin..sesapa yang dulu aku jadi instruktor untuk LI tahulah perangai aku macam mana..belum habis lagi, tambah lagi tahap celaru tu..memang best kalau tengah sesedap rasa design, komputer anda rosak..ye ROSAK!!...arghh stress woi..

Melegakan sikit tahap stress dan kecelaruan otak memikir bila makan free hari ni..sesambil cuci mata dekat gegadis, borak2 kosong..huha sana huha sini dan berasap..

Ok sambung celaru lagi..masa balik, dan semenjak dua menjak ni, aku asik terjumpa wajah2 manusia yang sememangnya aku tak pernah jumpa mahupun kenal apantah lagi berkawan..datang tegur aku siap tau nama aku semua..wadeheee is happen to my memories u scumbag brain!!! aku langsung tak boleh ingat siapa mereka yang tegur aku tu..tadi masa balik, adelah 2-3 ekor mamat naik superbike ducati weii, tegur aku..memula cuak jugak brader motor ni apehal pelahan sebelah gua siap fullface helmet..kejap lagi hulur tangan salam aku..perghhh terasa pemes amos kejap..siap kenal aku tu tak leh tahan..

sampai rumah aku dah capai segelas neskepi panas dan panadol activfast..kepala aku dah start berpinar dah..tak leh nak brain apa yang terjadi hari ni..dan tadi tengah sedap buat skecth idea untuk kerja esok, mak aku boleh tegur pulak.."engko ni kerja ngadap komuter, balik ngadap komputer..tak keluar ke dgn awek?" warghhhh T_T..ibu, masa cek tak kerja ibu bising suh cari kerja, jangan asik melanguk tak tentu hala..ni cek dah kerja baik punya ibu sekolahkan cek pulak pasai awek..wuuuu sedeh betei..mana nak cekau marka ni?ah lantak lah..gua nak tunggu gadis polka gua jugak..no dakwa dakwi atau kenen kenen..k lah babai, gua nak kurangkan rasa celaru dengan stalk wajah kesayangan gua..come to my heart gadis polka..

ahh lega dapat mengarut..lantak korang lah baca ke tak..kekekeke

Friday, September 14, 2012

Beautiful sadness

I love life

Huh? but you just got dumped..

well yeah, and i'm sad

But at the same time , i feel happy that something can make me feel that way..
Its like, it makes me feel alive, you know?

It makes me feel human. The only way i can feel this sad now, is if i felt something really good before.
So i have to take the bad with the good. So i guess what i'm feeling is like a beautiful sadness.

-Southpark

Thursday, September 13, 2012

live the life..

There could be a beauty in tragedy..

ye..aku takrifkan 3 hari aku sebelum ni sebagai tragedi..terasa takde life at all..bangun pukul 6, usai solat bersiap dan breakfast..aku gerak pergi kerja..perjalanan yang agak jauh sedikit membebankan..di dalam perjalanan, pelbagai benda yang aku fikirkan atau terfikir, bayang wajah kerinduan juga turut hadir..sambil berzikir..

Perjalanan sejam disusuli meredah sesak trafik pun kadang-kadang menguji diri untuk bersabar..adakala aku memerhati kemalangan, mengajar untuk aku lebih berhati-hati..

Sampai di Ofis..memerah otak pula untuk mencari segenap idea, so far tiada tekanan di tempat kerja, aku masih cuba untuk membiasakan diri..dah lah aku ni jenis kalau baru baru kenal pendiam nak mati..sekarang aku jadi orang yang kalau boleh cuba mengelak dari berbual..nasib2 je la kalau staff lain dapat borak dengan aku, habis kalau dah kerja ngadap komputer mana aku nak pandang benda lain..masa aku untuk melepak pula ketika lunch dan solat..

petang dalam pukul 6 aku gerak balik..dan sama dengan cerita masa perjalanan pergi..fikiran aku terlalu jauh menerawang..hati aku masih membibit zikrullah..

sampai rumah je magrhib..jadi lepas mandi dan solat, samada aku rehatkan diri atau makan..badan toksah cerita lah penat dia, bekerja, memerah otak, meredah perjalanan..letih..kemungkinan untuk aku tertidur ketika baring adalah sangat tinggi..nak keluar melepak memang dah takde semangat langsung...

makna kata aku takde contact orang langsung masa sekarang..jadual harian aku total berubah..bangun, kerja, balik, tidur..dan pagi tadi aku terasa sunyi yang teramat dengan gaya hidup aku sekarang secara tiba tiba..bagi aku satu tragedi..

Tapi aku masih mampu tersenyum ketika ini..
cukup sekadar melihat gambar dan berinteraksi dengan si gadis polka dan cukup sekadar aku mengadu nasib pada sang Pencipta..

Moga ada keindahan dihujung-hujung hidup aku..

Tuesday, September 11, 2012

Ku pendam sebuah duka..

6.58 p.m

Aku baru balik dari kerja..penat meredah perjalanan sejauh lebih kurang 50km..

Laci meja study aku buka..tangan meraba raba mencari sebiji android..
aku tekan punat untuk menyalakannya..

Aku dapat satu voice note..dari seseorang rakan..konon nya nak menceriakan..

"Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimpi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan..."

"selamat gagal kali keberapa dah ni woi..wakakaka..jom karok, aku belanja"

menyesal aku berkongsi rasa dengan dia..ingat dapat tolong..
dan sekarang..perasaan aku macam sial !! sial !! dan sial !!

Mimpi

Entri ni aku taip lebih kurang sepuluh minit selepas sebaik aku tersedar dari tidur..

MIMPI

Hari ini..aku mimpi..bayangan wajah yang selalu hadir melatari segenap ruang lenaku..aku berjalan seorang diri di persisiran pantai, air laut bewarna ungu..ombak nya tidak menggulung tetapi melambai..ufuk horizon nya bewarna biru lembut..di dada langit beterbangan unggas-unggas yang aneh bentuk nya..aku duduk menghadap ke laut..aku merasakan air panas mengalir di pipi..aku kesat perlahan, ya aku mengalirkan air mata tanpa mengetahui apa punca..

Di saat aku mahu berjalan terus masuk ke dalam air bewarna unggu..dari belakang tangan ku digapai..tersentak dengan itu aku menoleh kebelakang, terkedu aku melihat wajah yang amat ku kenal..susuk tubuhnya seakan bercahaya, berkabus dan telus..umpama bayang-bayang yang jelas kelihatan..dia menarik ku kembali ke pantai sambil tersenyum..mata ku masih tidak berkedip melihat wajah itu..

Dia melepaskan genggamannya..sambil tangan nya menunjukkan sesuatu lohong kosong di bahagian dada nya..ia nya seakan-akan lutsinar dan boleh nampak apa yang berada di belakang..seperti ingin menyampaikan sesuatu..aku masih tertanya-tanya tanpa sebarang jawapan..saat aku cuba untuk menutup lohong itu..angin bertiup..lantas aku cuba melindungi dirinya yang bersifat seakan kabus itu..aku depakan tangan menahan kencang angin..seluruh tubuhku tersentak dan menggigil dengan angin yang menggila itu..aku pejamkan mata dan bertahan..di saat aku mahu rebah itu..aku dapat merasakan dia memegang bahu ku dan ada sesuatu yang di perkatakannya tapi kurang jelas..aku cuba toleh kebelakang..perlahan ku buka kelopak mata..dan

Aku tersedar dari mimpi..dan muka ku betul betul menghadap tingkap yang terbuka..di luar angin kencang seakan mahu hujan..diri ku masih cuba membezakan realiti dan mimpi saat terbangun itu..aku masih dapat merasa lekit air di bawah mata dan pipi..mata ku berair..aku tadah telapak tangan dan berdoa..lantas kuraup kemuka..Astagfirullah..pukul enam..

mengapa aku masih mimpi kan dikau..mengapa mesti engkau..

Monday, September 10, 2012

Aku yang tersakiti



Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkan ku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Demi Hati

"demi hati..aku tak mahu berterusan sepi sendiri meratapi si dia yang tak mengerti.."

mungkin ada benda yang harus aku biarkan..meski aku tak sanggup..biarlah aku meruntun sendiri..lagipun, aku datang tanpa di undang, jadi tiada masalah aku pergi tanpa di ratapi..dan bukan nya dia sedar pun akan kehadiran aku..semoga dia bahagia sentiasa..

Kerja

Hari ini hari pertama kerja di tempat Baru..

yup..aku dah jadi orang yang bekerjaya tetap kembali..walaupun aku cuba lari dari bidang yang aku minat..tapi akhirnya aku terpaksa bersemuka semula..mungkin rezeki aku memang dah ditetapkan dalam bidang design ni..maka aku terima seadanya..tapi, ya ada tapi nya..barulah cerita melayu..ahaha

Tapi itu ialah..keadaan kali ni agak berbeza..pertama-tama nya..aku tak mintak kerja ni, dan aku tak jangka dapat kerja ni..kedua, jarak tempat kerja dan rumah yang agak jauh..sejam perjalanan, ketiga, waktu bekerja, ya..waktu kerja yang teramat fleksibel bagi seorang designer..untuk sebulan ni, aku perlu check in dekat ofis, mungkin sesi penyesuaian diri dan suai kenal..selepas sebulan, aku boleh bekerja terus dari rumah dan datang ofis hanya bila diperlukan..perghh, freetime betul tu..lepas tu, kerja lima hari, ahad dah memang tentu cuti dan satu hari lagi aku boleh pilih enam hari yang lain dalam seminggu..heaven!..gaji Alhamdulillah, boleh la tahan..lagi ke berapa ek?, kejap aku cek balik..oh ke empat..Segala idea dan masa menjadi hak milik mutlak aku..dalam erti kata lain, aku bebas untuk mencurahkan apa yang aku mahu demi kepuasan..ini yang aku impikan dari dulu lagi dalam jadi seorang designer..dan aku juga bebas mengkritik apa jua ketidak puas hatian dalam berkarya..wehooooo..seronok beronok ronok..

Aku tidak pernah menjangkakan apa yang bakal aku hadapi sehingga kini..

Hurmmm..apa yang aku dapat pelajari apa yang aku lalui sehingga hari ini ialah..selagi kita bersyukur dengan apa yang kita ada, bersabar dalam mengharungi sesuatu benda, redha dengan apa yang berlaku dan jangan sesekali berputus asa..dan sentiasa berdoa kepadaNya..percayalah..Dia sentiasa mendengar dan akan membantu Hamba Nya..sekali lagi aku bersyukur..Alhamdulillah..

Makanya..aku perlu menormalkan kembali waktu tidur aku..sekurang kurangnya untuk sebulan ini..dan perlukan ketahanan badan untuk mengharungi perjalanan jarak jauh..

Kali ini aku akan kembali dengan Lebih yakin dan Fokus..kalau dulu aku mengeluh..kali ini aku akan berikan segala apa yang telah aku pelajari sebelumnya..Demi untuk diri sendiri dan masa depanku..

Sunday, September 09, 2012

Cerita Dia




Sempurna...
Cerita yang tak sempurna..
Apakah alasannya..
Siapakah di hatinya...

Bahasaku...
Mungkin tidak seindah..
Lafaz kata pujangga..
Namun ku bersumpah...

Rela ku tunggu..
Jawapanmu...
Masihkah aku ada..
Di hatimu...saat ini..

Biar tubuhku kan terpaku..
Biar jasadku..
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...

Semangat!!

there is always a light at the end of the tunnel..

Gadis Polka : visi

Mata nya..mempesona, senyuman nya..manis sempurna
wajah yang sentiasa berlegar di alam nyata dan meneman lena..

Budak perosak parti!

Naif sungguh tajuk entri aku kali ni..hewhewhew..masuk hari ni empat hari sudah berlalu sejak kali terakhir aku merasa umur 23..sedih..dan kesedihan itu terubat sedikit pada hari semalam..meh sini meh dengar aku cerita..bawa bertenang dan mari berjoget..

Hari sabtu..aku takde aktiviti yang hendak dibuat..cuma petang sahaja mahu pergi berkaraoke bersama rakan rakan..kalau pergi berdua tu boleh guna rakan rakan tak?..apa apa je lah..so sementara nak menunggu petang tu..aku menghabiskan masa tengok tv dengan family aku..cerita Thor..walaupun tv dah menayangkan cerita tu pada mereka..aku tetap menjadi narrator pada jalan cerita tersebut..makna kata, aku memang tak boleh fokus nak layan cerita tu..

Sebabkan dah kebosanan nak menunggu kawan aku datang, aku amek keputusan untuk menerjah beliau di rumah dia..takde lah awal sangat pun aku pergi, dalam 10 minit dari masa yang dijanjikan..aku pun gerak lah dengan takde rasa bersalah masa tu..

Sebelum sampai ke rumah dia, aku amek keputusan untuk singgah kedai beli rokok..lepas tu tergerak hati nak call dia..call punya call tak diangkat..punya lah payah nak becakap dengan mamat ni macam nak date dengan presiden je gaya..tiba tiba mata aku dapat menangkap body solid kereta kawan aku..so dengan gaya penyiasat pencen, aku follow dia dari belakang..dalam hati berkira mungkin dia nak pergi rumah aku kot..tapi jangkaan firasat hati aku nyata meleset..hamboi, berbahasa aku ye..haha, okay fokus, kereta dia menuju ke mekdi tepi laut dekat tanjung arang..aish, aku dah suspek mamat ni mesti pegi dating ni, ciss dasar jantan..awek punya pasal kau lupakan aku ye..rasa sedikit kecewa aku masa tu..disebabkan dah sampai mekdi tu, kebetulan perut mengidam Mcflurry..aku pun pergi lah masuk dalam mekdi tu..

Masa masuk tu, aku dah rasa kelainan..ada dua tiga kelibat lain yang aku kenal..eh, ni kebetulan ke berjanji ni..hati aku berkata lagi, oi hati..kalau kau nak cerita..kau handle je la blog ni malas dah aku, asik nak celah je..okay la okay..engko sambung la cerita, bisik hati..tau pun takut, bisik aku..bahahahaha..

So disebabkan dah ada member yang lain, aku pun bebuat la tegur diorang..masa tegur tu, muka sekor sekor macam terkejut tengok kecomelan aku..haish, susah jadi warga comel ni..lepas tu memasing menggelabah seperti keli..ahaha, perumpamaan baru aku belajar hari ni..masa diorang menggelabah dekat kaunter tu..datang member aku yang memula tadi dengan bawak kek sambil cakap.."eh, cepat betul kau datang?, aku mesej kau baru 3 minit tadi.."tanya dia pada aku.."yeke? aku atas motor la tadi tak perasan.." jawap aku selamba sambil ada brader tu jeling kat aku..oh aku termasuk que rupanya..maap maap, sengih aku pada brader tadi..

"Kata nak amek aku?" soal aku pula..

"Memang nak amek kau, tapi aku tertinggal kek kau dekat rumah ni tadi..tunggu kau datang, lepas tu nak prank kau" jawap dia selamba..

Member member yang lain dah tepuk dahi.."yang kau pegi cakap buat apa mangkuk!!" bidas remi..

"Cakap apa ni?" tanya aku kepelikkan..langsung tak terpikir prank tu untuk aku..

time tu keadaan menjadi sedikit awkward..member aku yang tengah pegang kek tu pun masih steady cool..dia pergi dekat kaunter sambil cakap sesuatu dekat pekerja mekdi..

aku yang masih tak dapat tangkap apa yang sedang berlaku pun buat-buat cool..lepas tu ramai-ramai beratur dekat kaunter untuk amek order..sampai turn kitorang, memasing pun order lah makan sendiri..sambil tunggu..masa order dah siap tu..semua pekerja mekdi datang kearah grop aku sambil bawak order sorok sorok..kemudian..

Pada masa lagu Happy birthday tu berkumandang..masa tu jugak lah handphone aku berbunyi dan dengan tindakan refleks aku yang cepat aku jawap call tadi sambil cakap.. "Diam woi diam..mak aku call!!"..

"HEKELEHHHHHHHHHH, BOOOOOO" serentak rakan-rakan aku dan seluruh pekerja mekdi bersuara..

Hahahaha..lepas jawap call, kitorang buat lagi sekali..tapi dalam suasana takde thrill langsung..yep, aku menjadi party crasher untuk party aku sendiri..cooliawww weyyy!! bukan selalu dapat..achievement unlocked..

p/s : Tiramisu yang paling tak sedap pernah aku makan..thanks kawan..

Friday, September 07, 2012

Rindu

Seperti selalu..

Selang sehari tanpa bayangan dan taipan
Gadis polka.. Gusar dan gundah jiwa terasa..


..Rindu

Awek 7e

Selepas sahaja salam kedua..aku menadah tangan memanjatkan doa kepada sang pencipta..terkumat kamit mulut aku membaca sedikit doa berbahasa arab diiringi segala apa yang terbuku dihati dalam bahasa rumi..lantas kuraup telapak tangan ke muka..amin

Berpusu-pusu manusia keluar dari rumah ibadat usai melakukan ibadah solat Jumaat..ramai, seperti aku..kebanyakkan mereka tidak menunggu lama untuk mebiarkan imam menghabiskan doa..tak tahulah mengapa, mungkin mereka ada tujuan lain dan harus lekas..aku pula? aku sakit perut sebab masa dengar khutbah sebelum tadi, aku menyibukkan mulut dengan mengunyah pisang..entah berapa biji yang aku telan tadi..memulas mulas perut..memang pelawas yang jitu betei pisang ni..

Lengang..perkarangan masjid hanya tinggal mereka yang veteran atau pemandu kereta yang park paling dalam..susah nak keluar..sebaik melepaskan hajat, aku terus ke garaj motor..ku pulas tombol seat untuk mengambil kotak rokok..ciss, hampa betul bila melihat tiada isi di dalam, yang tinggal hanya sisa sisa tembakau..perasaan hampa tu ibarat di dumb oleh awek yang dah lama kita minat..aku menggerutu dalam hati, bila masa pulak habis pun aku tak tahu..puas aku monolog dalam hati baru aku teringat rokok aku di pow oleh jaga Majlis..

Aku tekan elektrik starter ego Lc yang berusia enam bulan ni..senyap dan mantap bunyinya..motor ni pernah beat kancil tahu dekat atas highway..jangan main-main..dan aku tetapkan pendirian untuk singgah ke 7e..ku seluk poket seluar bagi memastikan duit mencukupi..sebab tadi aku tak bawak wallet mahupun handset..ngam ngam sepuluh ringgit, tadi dua ringgit dah aku masukkan dalam tabung derma..

Aku berhenti kan motor di kaki lima betul betul berhadapan pintu masuk..7e ini kerap aku singgah sebab tak ramai yang datang..aku pun tak tahu sebab apa, tapi aku suka suasana yang macam ni..aku jeling kedalam kedai, seperti biasa tiada pelanggan lain mahupun pekerja..yang aku heran pasal 7e ni satu ialah sebab pekerja mereka tak pernah tetap, kalau minggu ni aku pergi orang lain..tiga hari kemudian jumpa orang lain, nak kata shift tak juga sebab siang malam aku selalu datang..dan aku tak pernah sempat nak kenal sorang pun dari pekerja kedai ni..hahaha, macam takde kerja pulak nak kenal orang ye dak? tapi apa salahnya mencari rakan baru..

Aku masuk diselang dengan bunyi paling biasa kita akan dengar kalau masuk mana mana kedai 7e..aku terus ke kaunter untuk beli rokok..tiada orang, aku perhatikan sekeliling sambil memanggil "Enibadi hom?"..perghh speaking katanya..tiba-tiba, mata aku tertumpu pada satu susuk tubuh kecil molek yang datang dari belakang kedai..suasana dan masa bertukar pada efek slow motion..langkah susuk tubuh genit itu dihiasi dengan angin yang sayup sayup dan gemilau cahaya mengasyikkan..aku seakan terpana dengan efek tersebut..

Kecil molek, senyuman nya menggoda..matanya memukau Bundar tapi galak..tak tau lah kalau dia pakai lens, anak matanya sedikit bewarna..aku terpaku sekejap..lupa apa tujuan datang ke situ..sambil awek tu bertanya aku nak beli apa, mulut ni telah mengeluarkan suara itik mengawan..nyaring..ciss fail betei kotak suara ni depan awek..aku berdehem sekali sambil berkata "Winston light"..sambil tersengih kerang..awek ni pun membalas sebaik mungkin senyum buatan aku tu..fuhh, mengucap sekejap aku tengok dia senyum..

Di hulurkan pada aku kotak rokok..aku sambut dan dibalas dengan not sepuluh ringgit..jemari mulus nya melakukan contact pada jemari aku..halus dan lembut kurasa..serta merta bulu roma di bahagian tengkuk meremang..ah sudah..dan secara kebetulan mata kami bertentang..Masa terhenti selama tiga saat..satu..dua..tiga..

Aku rentap tangan aku dan mula gerak menggelabah ke muka pintu..Tolak, masa naik motor, aku sempat melempiaskan pandang beserta senyuman paling ikhlas yang termampu kuberikan..kemudian, awek tersebut turut membalas senyuman sambil melambai kan tangan..ahhh, dunia terasa seperti aku yang punya..girang hati sambil bernyanyi..aku bawak motor sambil tersengih sorang sorang..

sampai dekat rumah..aku seluk poket untuk mencari kunci rumah..tetapi ada sedikit kepelikan.."aik, mana pulak pergi duit aku ni?.." aku mempersoalkan diri, tadi ada sepuluh, beli rokok lapan ringgit setengah..mana baki nya?..dan saat itu juga aku tersedar akan lambaian awek 7e tadi..

"jilaka, aku lupa ambil belen!!"

tunggu tiga hari kemudian sebelum aku pergi balik ke 7e tersebut..harap-harap dah tukar pekerja..

Malu

Harapan #2


"Malam ini hanya satu harapan saya..
 ..agar semua impian awak akan jadi kenyataan.
Walau dalam impian itu adanya saya atau tidak wujudnya saya.."

"Harapan awak kedengaran seperti awak tidak mampu menyimpan harapan?"

"Kalaulah kita mampu meramal masa depan,
seperti kita mampu meramal kedatangan gerhana bulan,
saya takkan pernah berhenti berharap. Walau satu detik."

baca lebih lanjut di sini >> - Gadis Masa Depan 

sumber : bilamentolmenyala

Perli atau Puji

"Aku salute dengan orang yang banyak kali tukar kerja. They got many experienced and faced many people to handled.."

aku terdiam sejenak..

berfikir.

Sedikit cuma #3

Harapan

Biarkan aku terus hidup dengan kegilaan. andai di situ terletaknya harapan dan impian

Thursday, September 06, 2012

Sedikit cuma #2

KOMITMEN

Komitmen?

"dengan Tuhan pun komitmen aku bersepah tak tentu arah..ini kan pula aku nak cerita komitmen pada sesama manusia..ceh"

kata-kata seorang rakan ketika aku tanya perihal hujung cinta beliau dengan kekasih hati..

Sedikit cuma #1

andai aku disamakan dengan bintang bintang yang bertaburan di dada langit malam..aku mungkin bintang yang paling kerdil dan malap, hinggakan pada saat kau sedar akan kehadiran cahaya ku..aku sudah pun lama terpadam dan hancur dek letusan supernova cinta yang memakan diri..

Rezeki

Hari ini aku terpaksa buat kira-kira hasil pendapatan..

Jumlah masuk lebih sedikit dari jumlah yang akan keluar nanti..

Hadoilahai..macam mana aku nak pinang gadis polka ni..

Kerja seminggu dapatlah menampung hidup aku untuk tiga minggu yang akan datang..itu pun setelah ditolak dan dibendung sedikit keinginan yang bukan bukan seperti mentekadarah di Restoran kapitalis, nak pergi legoland, nak..ahh pendek kata macam macam la benda aku nak yang pada dasarnya bukan keperluan, tapi kemahuan..aku muhasabah diri kejap..dahulukan benda yang penting..simpanan harus ada, roadtax harus dihidupkan *time duit masuk, time tu la beliau nak expired* , rokok itu kewajipan..haaa, keinginan yang ni aku memang tak dapat nak bendung, puas aku fikir macam mana, lantas aku buat buat tak nampak je dekat lejar aku selit kan rokok dalam kolum peruntukkan liabiliti..ahahaha parah betul kalau sekolah dulu amek aliran akaun..

"undilah diri sendiri untuk menjadi pemerintah yang sewajarnya !!" 
- masa buat kira-kira tadi, sempat lah juga aku mendesignkan potrait ala2 poster mengundi ni..
takde kaitan dengan entri sebenarnya..ahohoho.. 
aih la rezeki..punya susah untuk dicari..dan senang senang ia pergi..

Sepatah Dua Kata

Aku masih leka membelek kertas kerja yang aku usulkan dua hari lepas..walaupun hari tu cuma Briefing khas sempena tamatnya projek usahasama aku dengan salah satu Hotel di Tanjung Arang..konsentrasi aku sebenarnya sedikit terganggu gara-gara Breifing yang dimulakan awal pagi tanpa aku bersarapan..makanya perut mula mengambil alih peranan berfikir secara waras..serba tak senang duduk dibuatnya..aku cuba kembali fokus..namun disebabkan ruang tempat kami Breifing ini agak terbuka, ialah buat dekat Lounge Hotel..mata aku lebih tertarik pada gelagat manusia manusia yang berjalan mundar mandir di situ..aku cuba mengintai sedikit ruang untuk melepaskan diri sekejap..so aku ambil keputusan dengan menyatakan yang aku mahu ke tandas..

Aku berjalan di kaki lima Hotel mencari Rest room..tapi tujuan utamanya ialah nak mencari makan..aku langkah kan kaki aku ke Restoran Hotel..fuhhhh, bersepah makanan yang tersaji, tanpa fikir panjang..aku meneruskan misi mengisi perut..

Aku perhatikan dari jauh para committe yang sedang leka bermesyuwarah..asap berkepul keluar dari mulut aku..bila perut dah kenyang ni, hati mula lah senang..sambil sambil aku bertwitter..usai habis sebatang rokok..aku kembali masuk ke Breifing pagi itu..pada aku tak kisah pun apa yang aku terlepas..kerja sudah selesai semuanya..takde aku nak pening-pening, lepas dengar apa semua ni..aku cuma perlu sain beberapa kertas dan ambil payment..hati mula mencongak congak apa nak buat dengan duit tersebut..hahaha, tiba - tiba..

"Kami ingin mempersilakan orang yang bertanggungjawab dalam mengusulkan idea dan menafsirkan ia menjadi realiti..di persilakan Encik Faiz untuk memberi sepatah dua kata.."

Aku masih berkhayal dan terasa seperti mereka sedang bergurau..Speech? apa benda yang aku nak cakap? gila betul..tak bagitahu aku pun yang aku kena buat ucapan..hati aku mula tak sedap, ah sudah..kalau ajak borak pasal bola ke apa ke boleh la jugak, tak pun kalau yang didepan aku ni semua kawan-kawan, mampu lagi aku nak goreng ayat..aku masih berkata di dalam hati sambil kaki dengan berat cuba untuk berdiri..

Walaupun tak berapa ramai, dalam lingkungan lapan ke sepuluh orang aku dah lupa..tapi agak gugup juga bila nak buka mulut..Dah rasa macam leader group MLM pula..ahaha, aku gagahkan diri..dan mula membuka mulut..maka..

15 Minit telah berlalu..aku seperti tidak percaya bahawa aku mampu untuk melakukan ucapan yang pada dasar nya aku pun tak tahu isi-isi di dalam nya..lebih banyak kemengarutan dan punchline lawak yang aku hidang kan..rasa baru lepas habis buat show maharaja lawak pulak..hahaha..baru aku tahu betapa berhantunya istilah "Sepatah dua kata" tersebut..selama ni kalau time sekolah ke, kolej ke..aku bukan main angin lagi kalau Cikgu mahupun moderator membebel dengan kononnya nak cakap sepatah dua sahaja..bila dah kena batang hidung, baru aku sedar..

percayalah..tiada pembohongan yang paling hebat selain Sepatah dua kata..entri ni pun seakan satu pembohongan pada diri aku, kononnya tak nak buat lebih dari tiga perenggan..hahaha, korang tabahkan jelah hati baca ye dak?..itu lah sahaja sepatah dua kata dari aku, kalau aku nak selit kan apa yang aku cakap masa Breifing tadi, makanya entri ini akan menjadi entri yang berEpisod..so baik aku lupakan sebab aku kasihan pada pembaca pembaca yang lebih gemarkan bahan bacaan santai..

sekali bercakap..susah berhenti

Setahun lagi

12.00 a.m
6 September 2012

Hari ini aku melihat cermin..

Selamat Hari Kelahiran!

bias kaca mengukir senyuman..

umur meningkat setahun lagi..masih tiada kedutan..itu sudah cukup..seperti tahun-yahun sebelumnya..tiada sambutan yang dibuat..cukup dengan sekadar ucapan dari mereka yang mengetahui..aku tak berapa kisah sebenarnya..yang aku kisah kan perancangan yang aku buat..tinggal lagi setahun sebelum rancangan itu berakhir..gaya gaya kegagalan semakin terserlah..dan tinggal lagi setahun sebelum masuk ke suku abad kehidupan..gaya bercakap seolah aku bakal hidup seratus tahun pulak..hahaha..wallahualam siapa tahu..

aku kembali melihat cermin..hidup perlu diteruskan.."berikanlah yang terbaik pada orang lain andai kau tidak mampu berikan untuk diri sendiri..apa legasi yang kau bakal tinggalkan? "..

"aku tahu kau mampu.." lalu bias kaca itu menghilang..

Lamunan aku terhenti saat telefon berbunyi..

Satu mesej diterima..

Ahhh..Dia

si Dia yang tak pernah lupa dan gagal untuk sama meraikannya..selama lima tahun dan sehingga kini..walaupun tiada apa lagi ikatan antara aku dan dia..Terima kasih..

dan pada bonda.. sama ada itu ucapan atau bebelan yang berbekas dekat jiwa..aku terima seadanya..haha, pandai orang tua punya perli..

dan jika kebiasaan orang lain menyalakan lilin di kek dan meniupnya tanda simbolik..aku menyalakan rokok dan menghisapnya dengan selamba..fuhhh ini baru nikmat..

Wednesday, September 05, 2012

Esok

7.03 a.m
Hari ini aku bangun dengan kemalasan yang paling menebal..aku pun tak tahu kenapa, dan kenapa aku tulis ayat skemarama ni..ini tidak boleh diterima langsung..usai bangkit kemalasan, aku mengambil botol mineral lantas kugogok rakus sambil berselawat..fuhh kelegaan..aku capai kain sal dan menuju ke bilik air..

"Malas.." hatiku berkata saat melihat kepala shower..tangan masih di pili sambil kepala mengisar sedikit pendapatan samada mahu buka atau tunggu sekejap..badan masih tak sedia nak menerima tujahan air sejuk di pagi ini..ahh, aku lilit tuala di pinggang keluar dari bilik air..masuk balik ke bilik dan mencapai kotak rokok..

"Tinggal ni je?.." aku berbisik, tiga batang..

aku menyalakan sebatang sambil bersidai di anjung bilik, dari anjung ini aku melihat panorama belakang rumah, walaupun tak seindah mana pemandangan..tapi cukup menyegarkan, aroma udara pagi sungguh mengasyikkan diserta dengan kicauan burung pipit dan spesis lain yang aku tak ketahui kumpulan famili nya..Tanjung arang hari ini sedikit mendung..sudah tiga hari cuaca sebegini, mendung tanpa hujan..suram seakan mengetahui perasaan hati..

sedar-sedar rokok di tangan dah hampir habis..ku tarik dalam dan ketis keluar rumah..aku masuk semula kebilik air..fast forward..

Aku usap muka sambil menghela nafas lesu..ku tilik wajah di cermin.."kenapa tak bermaya ni?" aku soal diri sendiri..seakan satu perasaan yang membelenggu diri, tapi aku tak tahu apa perasaan itu..aku sandar ke sofa single seat warna merah..aku seluk poket seluar lantas mengeluarkan handphone nokia baling anjing..satu mesej diterima, aku membaca..ahhh, sial..

Aku tanggalkan semula baju dan seluar..aku sarung track suit tiga suku dan berlenggeng..aku rebahkan semula badan ke katil.."jilaka betul" aku gumam sendirian.."penat aku siap-siap pepagi ni"..sambil aku mengherdik dan memaki hamun..aku tidak sedar bila masanya aku terlelap..

8.10 p.m
Kucapai kotak rokok..sambil tak mahu melihat isi dalam walaupun aku tahu jika aku hisap sebatang maka tinggal yang terakhir..aku capai jua lantas kunyalakan..seharian 2 batang dan satu batang terakhir..aku lihat jam Everlast yang tak long lasting langsung tali nya.. jam bernilai RM 250.00 tersadai di atas meja, aku sempat pakai selama sebulan sebelum talinya putus direntap lahanat mana entah.."malas betul nak keluar beli.." aku kerling semula kotak rokok yang hampir renyuk..Esok..ya esok sahaja aku beli..

ketika aku menaip entri ini..aku telah melunaskan rokok yang terakhir dan sekarang aku kesangapan yang teramat..

Esok..

ahhh kejadah nak tunggu esok..aku capai kunci motor dan ku publish kan entri ini tanpa berfikir panjang..ahahaha..

Jatuh cinta

Mari kongsi rasa..

Pernah jatuh cinta? jika pernah..pernah tak pula Putus cinta ? ok..aku tak nak cerita pasal putus..mari kita jatuh cinta bersama hari ini..ahohoho..

Jika anda manusia tulen, bukan Klon mahupun robotik..maka nya engko orang punya hati dan perasaan..ada rasa kan?..dan secara tak langsung korang ada rasa suka dan lain lain elemen tentang rasa..aku tak payah nak intro panjang-panjang..mari kita berkongsi rasa, aku nak kongsi kan bagaimana rasa jatuh cinta sesama manusia yang tiada pertalian darah dan berlainan jantina mengikut norma alam..yang geng geng LGBT atau sumbang mahram tak tahu lah pulak aku..lantok keme la..

Disaat ini aku baru jatuh cinta dengan gadis polka..walaupun baru putus..tapi rasa hati itu tak boleh dibendung..terasa kali ini paling cepat untuk aku Move On..mungkin hasil dari kebangkitan aku kot..

Bila dah jatuh cinta pada seseorang tu..mulah lah asik nak dok bayang je wajah kesayangan kan..secara tak langsung, kita tanpa sedar menjadi seorang psyko dan mental..boleh jadi senyum sorang sorang..asik nak stalk orang yang kita suka..seboleh bolehnya kita nak tahu apa yang terjadi dalam kehidupan seharian mereka..dan begitulah yang aku alami sekarang..aku telah menjadi si psykopat cinta..

Setiap hari, hari aku dimulakan dengan menatap gambar beliau..kemudian diteruskan dengan sesi melawat laman sesawang seperti facebek dan tuitjer gadis polka..atau istilah manja muda mudi sekarang ialah stalker..aku memang dah takde kerja lain selain ini..dan kalau ada kerja pun aku sanggup abaikan demi melihat apa yang beliau buat..itulah bahana jatuh cinta..itu baru rasa..belum declare lagi kan..bahaya betul bermain cinta ni..ahohoho..

Tapi tulah..sebab kan belum declare..Title stalker dan psykopat cinta ni seakan menghantui diri aku..jika tak tengok apa-apa saja yang berkaitan beliau, Hari aku jadi tak lengkap..gundah gulana gitu..tu jelah kot yang aku nak kongsikan pasal jatuh cinta ni..engko orang rasa camne? taknak kongsi? jatuh cinta tak dengan entri ni? baik cakap jatuh..kalau tak aku tolak engko kasi jatuh nanti..ahahaha

Haish..Gadis polka..bila awak nak jatuh cinta dengan saya ni..


Putus cinta

Mari berkongsi rasa..

Sementara aku masih diberikan ilham untuk menaip entri ni..aku nak Taip dua entri sekaligus, topik lagi satu ialah Jatuh cinta , engko orang klik je situ..tu pun kalau berjaya dilaksanakan..hari ni aku kepagian, mungkin kerana aku tidur tak ikhlas kot..semalam selesema, lantas aku mengambil keputusan makan ubat lalu terus membongkang..bila kesan nya dah habis, resultnya haruslah terjaga ye dak?..tu yang tak best tu..tidur aku kosong sekosong kosong nya..amboi banyak betei kosong..ok dah, takyah nak cerita banyak..tadi masa bangun je, aku terasa nak mengongsi kan..ahaha, lain macam bunyi perkataan tu..lantok le..aku nak kongsi pengalaman aku Putus cinta..Rasa putus itu dan bagaimana aku handle kejatuhan empayar cinta aku..chewah..yang engko orang baca je kalau nak, kalau taknak pun aku tak pedulik..aku nak cerita jugak.

Bila sebut Putus cinta, ianya bermakna kegagalan dalam suatu perhubungan kan..macam mana nak putus kalau tak bertaut..ketika sekarang ini kalau aku putus cinta, ianya dah jadi seakan aku menghisap rokok..dah habis tu habis lah walaupun rasa macam nak hisap lagi..paham tak? tak paham takpe..diamkan je..makna kata aku tak berapa ambil kisah, rokok lain masih lagi ada..ahohoho..paling aku terasa ialah saat aku putus tunang, ia..putus tunang dan putus cinta tu lebih kurang kot? pada aku..sakitnya tuhan saja yang tahu, kecewa, hilang semangat..terasa nyawa direntap saat itu..aku pun tak tahu bagaimana ianya berakhir dengan kegagalan..setelah bertahun lama aku memberikan prestasi yang konsisten malahan maksima..hampir kepada garisan penamat, aku kecundang..mungkin kerana faktor alam semesta dimana berlaku pelanggaran kosmik-kosmik yang tidak kita jangka..impak nya bertebaran kemerata..

Kesan dari kegagalan itu membuatkan aku cuba lari dari kenyataan..aku mengasingkan diri dari dunia nyata, aku mencipta dunia aku sendiri..segala-galanya berputar 360 darjah..agak lama, makan aku tidak kira masa, tidur tak tidur aku tak ambil kisah..kesihatan diri terjejas..ahh, perasaan dia memang sangat jilaka ketika itu..aku hilang punca..ibarat free fall dari ketinggian 20 000 kaki..cuma menunggu masa tersembam ke bumi..putus harap untuk terus hidup..lebih kurang 3 bulan lamanya aku menghadapai kecelaruan diri..hampir 5 bulan aku menyepi..dan setahun untuk aku pulih sepenuhnya..bayangkan setahun aku menyeksa diri sendiri akibat dari kegagalan itu..itulah kali pertama dan terakhir aku kalah dalam menghandle masalah diri..dicampur dengan kegagalan kerjaya..itu yang buatkan aku rasa nak tarik nyawa..bukan literal, tapi perumpamaan..harap maklum

Selama setahun itu..aku berterima kasih pada Tuhan, kawan kawan..keluarga?..hurmm, aku tak pernah babitkan masalah aku dengan mereka..selepas setahun itu baru aku berani buka mulut bagitahu masalah aku..sebab aku taknak mereka tengok aku ini lemah..dan jenis aku memang tak pernah nak cerita dekat siapa-siapa kalau aku ada masalah..cuma saat itu, pada tuhan saja aku mampu bicara..kawan kawan pun hanya perasan sebab aku jarang keluar rumah..maka mereka terpaksa datang mencari aku..nasib baik time tu aku duduk menyewa, kalau duduk rumah sendiri, macam mana nak sorok dari famili..

Perlahan-lahan aku bangkit..aku belajar kembali cara bergaul..aku belajar cara bertutur, aku belajar macam mana hendak bergelak ketawa, iya pada kawan kawan, mereka mungkin menganggap aku ni jenis kelakar, sentiasa buat orang ketawa..takkan aku nak buat diorang mennagis pulak kan?..mau kena penyepak nanti..aku berjaya pendamkan masalah..mungkin sebab terlalu lama aku pendam..ianya sudah menjadi kerak yang sukar ditanggalkan..makanya nya bila aku gagal bendung, ianya menjadi penyakit pada diri sendiri..bila aku bangkit dari kegagalan itu.aku menjadi lebih matang dalam berfikir, segala apa yang terjadi itu ada sebab dan hikmah tersendiri..

Kini, jika bercerita tentang kegagalan itu..ianya hanya mendatangkan senyuman kepada ku..ia, langsung tidak menjadi bekas dan kesan dalam hati..sampai bila harus aku kenang jika aku mampu untuk hadapi kisah baru..itu yang aku rasa apabila putus cinta, engko orang punya rasa? pernah putus cinta?..cubalah dan rasalah..tapi kesan nya tanggung sendiri..ahahaha

saat aku menaip entri ni..aku baru lepas putus cinta untuk kesekian kalinya..rasanya? rabak? sikitlah..tapi hendak taknak terima apa saja..pada bekas tunang, PerMysuriku dan juga bekas kekasih gadis lolipop saya..terima kasih atas segalanya..anda adalah hal yang terindah masa lalu..bukan masa sekarang atau masa depan saya..itu cerita lain..jika rindu atau terkenang..ianya hanya pada suasana nya..bukan orangnya..

Bagaimana aku bangkit?

begini..

Bangkit..

Sedikit cuma

SUSAH

Mana lebih susah?

lupakan masa silam..

atau

hadapi masa depan..


PILIHAN

Ketawa kerana sedang bersedih

atau

Sedih di ketewakan kan

kau pilih yang mana?

KEPUTUSAN

mahukah kau berundur setapak kebelakang

untuk

Kau mara beribu langkah kehadapan..

CAKAP

cakap memang senang

nak buat tu yang susah..

benda yang buat kita jadi rajin dan malas pada masa yang sama..CAKAP

rajin Bercakap, malas melakukan..

Bintang

takkan kerana tiada bulan kelihatan,
kau tidak mahu memandang ke langit?..

percayalah..
masih ada sinar bintang kelihatan di atas sana untukmu

Gadis polka

"..Gadis polka.."

Nama timangan yang aku berikan pada gadis bayangan..bukan gadis imaginasi illusi aku ya..beliau wujud in real life..sampai hati pada mulut-mulut kepochi di luar sana yang mendakwa aku berkhayal LSD mahupun marijuana..sangat berdosa besar fitnah kalian..sebab mengapkah gadis polka?siapa beliau?apa gadis polka? dan berbagai bagai persoalan yang merogol telinga aku sejak dua menjak ini..iya siapa gadis polka? adakah gadis polka itu sedar bahawasanya beliau lah gadis polka yang dimaksudkan?..crush aku? entah lah..aku sendiri gusar dan gundah nak menjawap segala galanya..mari aku cerita sedikit..

Hari tu aku tidur seperti kebiasaan hari hari yang lain..bersama boxer sahaja aku beradu..mungkin aku penat sangat hari tu..elok je aku baring atas katil seminit dua aku terus masuk ke alam tidur..dah alang-alang tidur tu, tak salah rasanya kalau aku bermimpi sepam dua..adakah aku sendiri mereka mimpi imaginasi aku?entah lah..sebab selama ini aku memang tak pernah terfikirkan pun akan wajah seorang gadis bergelar gadis polka ini..kawan? kalau sekadar jumpa, senyum dan cakap sepatah dua itu dikira kawan..mungkin..crush?..cehh, sejak dari mula dia bukan gadis yang menjadi pilihan aku, walaupun wajahnya manis, matanya bundar dan senyuman nya..aduh cair bak hang kalau tengok..tapi memang tak dinafikan, tiada sekelumit perasaan pun aku dekat beliau sebelum sebelum ini..sehinggalah..

Kalau sekali dua, ataupun jarang..boleh juga aku terima..tapi kalau dalam seminggu 3hari berturut turut..sebulan berapa kali?cuba korang kira kekerapan aku berjumpa dia di dalam mimpi..walau seboleh-bolehnya aku taknak mimpi dia..aku seakan tak boleh lari dengan mimpi aku..aku takut untuk tidur..chewahh..tapi serius buat kan jiwa aku gundah..aku perlu lakukan sesuatu..dan Gadis polka itu harus tahu..Dia mungkin tahu..

"Mungkin kita tak pernah bersama di alam nyata..tapi percayalah..kita selalu berjumpa di alam lena" ini ayat yang kalau boleh aku nak kabo kan ke Gadis polka in real life kalau ada peluang..tapi tu lah, Peluang nya entah bila..tapi aku pernah cakap ayat selain itu dekat Gadis polka..hmmm entah la apa kata putusnya..sehingga kini, aku masih bermimpi dia..sehingga kini, aku masih mengharap dan menanti akan kehadiran nya di alam nyata..

izinkan saya mencuri hati awak..

Aku yang asing Bab 1

Bab 1


Tidur aku hari ni diganggu apabila ada orang masuk ke bilik dan membuka lampu..ya, aku pantang betul kalau belum ready nak bangun orang terjah bilik ni..tapi nak buat macam mana, rumah dia kan..aku ni je yang macam orang takde rumah..semalam lepas melepak main pes..aku ambil keputusan terus stay dekat rumah Daus..malas aku nak balik rumah..kalau balik pun jawapan nya aku tak jumpa matahari lah hari tu..aku masih terbaring di atas katil, terasa berat anak mata nak buka..aku kerling Daus..dia tengah on the phone..awek mana pun aku tak tahu lah..

Malas-malas aku bangkit, aku tengok jam..ciss bukan main pagi lagi..baru pukul lapan, mamat ni tak reti tido ke? bisik ku dalam hati..sambil tangan meraba bawah katil mencari rokok dan lighter..belum sempat aku nyalakan..otak berputar ligat..ahh, aku lupa petua orang tuaku..sebaik bangkit, ku bersila menghadap kiblat, bersyukur pada yang esa dan berselawat ke atas nabi..aku bangun menuju ke dapur kemudian..mencari botol air masak..aku teguk rakus dalam lingkungan 3 gelas..inilah dia petua orang tuaku..mulakan hari dengan bersyukur, minum air masak sebaik bangkit..aku amalkan sehingga kini..

aku menuju ke ruang tamu..daus masih bergayut..ah lantaklah, aku nyalakan rokok dan masuk ke bilik tidur..semalam aku bantai call skype dengan Mira..sampai tertidur barangkali..entah apa aku bualkan pun aku tak tahu..tengah aku mengelamun..Daus masuk kebilik, "kau balik rumah tak kejap lagi?" soal Daus.. "balik lah, masuk hari ni je dah tiga hari aku tak balik.." jawabku malas..

"tak payah baliklah, kejap lagi teman kan aku jom.." balas Daus

"gi mana je?" soal ku

"Jumpa orang kejap..orang jauh" daus menjawab sambil menghidupkan rokok..dihembus asap keudara..

"awek eh?..kalau awek aku laju je..ada makan makan tak? aku lapar gila ni.."selorohku..

"Kau ikut je la..kau siap-siap lah..aku jumpa Arep kejap.." pintas Daus sambil berlalu pergi..

Aku membontoti dia sampai ke pagar luar rumah..aku berlenggeng selamba..dari jauh aku perhatikan daus bersemuka dengan Arep.. "Woi!! maksiat ke?" jerit amy gemuk kuat sambil menunggang Rxz merah dia.. "Cilaka lah kau!!" Jerit aku..sederet rumah ni semua adalah rakan rakan kami semua..sekepala..

***************************************

Mata aku dah macam panda bila melihat cermin sisi kereta..mengantuk, aku melihat cermin sambil diperhatikan Arep..bukan main segak lagi mamat sekor ni..aku rileks je pakai seluar jeans tiga suku..yang mamat dua ekor ni macam nak pegi pavi dah gaya..tak rebel la, sebagai anak jati kluang..aku pernah masuk KM pakai kain pelikat tau..ini baru jantan..

Aku berjalan lesu masuk ke dalam kereta..kejap apa model kereta ni?..ahh, malas aku nak fikir..yang penting cukup luas untuk menampung lapan sekeluarga..ahahaha..aku duduk belakang dan menyandarkan kerusi..aku perlu lelap sekejap..Daus memandu sambil arep duduk di sebelahnya..takkan nak suruh aku pangku dia pulakkan?..

***************************************

Iyla masih dengan telefon bimbitnya sedari tadi..usai bercakap..di bersiap-siap..ada tetamu yang penting akan datang ke rumah makcik dia hari ini..sebelum pulang ke ibu kota..Iyla berharap sekali untuk bertemu dia..seseorang yang kini dirasakan penting bagi dia..baru baru ini..ahh, bila bercakap soal perasaan..ia bisa berubah bila bila masa ataupun mungkin kekal selamanya..siapa jangka..sambil membelek wajah di cermin..sempurna..

Telefon bimbit Iyla berdering..

"Hello.."

Tuesday, September 04, 2012

Amira

Amira Atiqah Zulaikha

Dua belas tahun yang lepas..

aku ingat lagi kali pertama bersua..wajah putih kemerah merahan..lembut, pandangan mata nya redup..seperti kacukan cina, ia baka ibunya juga ada kacukan cina..sejak dari pertemuan pertama kali itu..aku selalu bersama..ia, boleh dikatakan aku yang selalu bersamanya..hinggalah satu hari yang tidak disangka..

ketika itu aku baru pulang dari sekolah..ku lihat didepan rumah penuh dengan orang ramai..ku dengar tangisan dari suara yang amat ku kenal..Amira..dia menangis semahu mahunya..aku seakan terpana dengan kejadian itu..tapi apa yang mampu aku lakukan..dia dibawa pergi jauh dari kehidupan ku..sangat jauh

sembilan tahun kemudian..

Aku masih bertemu Amira..tapi terasa diri ini bukan siapa siapa padanya..hendak bertanya khabar pun seakan tidak mampu..kadang kadang, aku hanya mampu melihat dia dari jauh..dan itu jugalah pertemuan kali terakhir..aku masih ingat saat itu..kutatap dan kurenung puas wajahnya..aku tersenyum dengan kelatahnya..riang

Tiga tahun sebelum hari ini..

Masih jauh..
Aku ingat lagi ketika itu aku baru selesai membeli barang harian di sebuah supermarket..seminggu sebelum aku telah dikhabarkan dengan berita yang agak mengejut, aku diminta pulang segera..tapi aku masih berdalih..dan berharap agar semua baik baik saja..aku cuba kalihkan perasaan yang bukan bukan..selesai berbelanja aku gerak pulang..ya aku harus pulang segera..

aku memberhentikan motor di persimpangan kerana lampu isyarat bertukar merah, ketika itu..perasaan mula membelenggu, tak sedap hati,aku harus cepat ke kampung halaman, tiba tiba..Handphone ku berdering..aku sambut suara di hujung talian..dan saat itu dunia seakan gelap gelita..kakiku longlai, aku tidak dapat menampung beban motor lalu rebah ke atas jalan..saat itu terasa diri ini lemah..air mata mengalir membasahi pipi..seorang pemandu kereta yang sedar dengan keadaan aku turun membantu aku..di angkat nya aku ke tepi jalan..sekali lagi aku rebah..

"Faiz, adik..adik, dia dah meninggal.." sayup kedengaran suara itu..perlahan seakan menarik semangat ku pergi

"Inna Lillah wainnalillah hirojiun"..balasku..hampir pitam

Amira Atiqah Zulaikha..walau hanya seketika, walau bukan seibu sebapa..kau tetap adik aku..aku tetap merindukan mu..aku yang mendodoikan engkau lena disaat kau masih bayi..moga engkau tenang disana adikku.. Al-Fatihah

-Arwah mengalami demam panas yang berlarutan selama 3 minggu..seminggu sebelum dia pergi..doktor mengesyaki ada ketumbuhan di dalam kepala nya..dan disaat itu segalanya sudah terlambat..arwah pergi disamping ahli keluarga yang lain kecuali aku..satu satu abangnya..