Tuesday, September 11, 2012

Mimpi

Entri ni aku taip lebih kurang sepuluh minit selepas sebaik aku tersedar dari tidur..

MIMPI

Hari ini..aku mimpi..bayangan wajah yang selalu hadir melatari segenap ruang lenaku..aku berjalan seorang diri di persisiran pantai, air laut bewarna ungu..ombak nya tidak menggulung tetapi melambai..ufuk horizon nya bewarna biru lembut..di dada langit beterbangan unggas-unggas yang aneh bentuk nya..aku duduk menghadap ke laut..aku merasakan air panas mengalir di pipi..aku kesat perlahan, ya aku mengalirkan air mata tanpa mengetahui apa punca..

Di saat aku mahu berjalan terus masuk ke dalam air bewarna unggu..dari belakang tangan ku digapai..tersentak dengan itu aku menoleh kebelakang, terkedu aku melihat wajah yang amat ku kenal..susuk tubuhnya seakan bercahaya, berkabus dan telus..umpama bayang-bayang yang jelas kelihatan..dia menarik ku kembali ke pantai sambil tersenyum..mata ku masih tidak berkedip melihat wajah itu..

Dia melepaskan genggamannya..sambil tangan nya menunjukkan sesuatu lohong kosong di bahagian dada nya..ia nya seakan-akan lutsinar dan boleh nampak apa yang berada di belakang..seperti ingin menyampaikan sesuatu..aku masih tertanya-tanya tanpa sebarang jawapan..saat aku cuba untuk menutup lohong itu..angin bertiup..lantas aku cuba melindungi dirinya yang bersifat seakan kabus itu..aku depakan tangan menahan kencang angin..seluruh tubuhku tersentak dan menggigil dengan angin yang menggila itu..aku pejamkan mata dan bertahan..di saat aku mahu rebah itu..aku dapat merasakan dia memegang bahu ku dan ada sesuatu yang di perkatakannya tapi kurang jelas..aku cuba toleh kebelakang..perlahan ku buka kelopak mata..dan

Aku tersedar dari mimpi..dan muka ku betul betul menghadap tingkap yang terbuka..di luar angin kencang seakan mahu hujan..diri ku masih cuba membezakan realiti dan mimpi saat terbangun itu..aku masih dapat merasa lekit air di bawah mata dan pipi..mata ku berair..aku tadah telapak tangan dan berdoa..lantas kuraup kemuka..Astagfirullah..pukul enam..

mengapa aku masih mimpi kan dikau..mengapa mesti engkau..

9 comments:

Anonymous said...

test for u la bro.

HE want u remember HIM a lot but ...

*sambunglah ayt tue sendirik

sukehatisaye said...

but he also want to show me something that i didnt notice..mungkin ianya satu ujian, atau mungkin sebaliknya..siapa tahu..

Anonymous said...

yang paling penting semua yang jadi ada hikmahnya

**jgn nak down sgtlah. ;) hewhew

sukehatisaye said...

ye..aku tau..tapi nak down jugak T_T

Anonymous said...

owh apakah?
kata dah bersaedia dgn semua perkara.
just handle with your care.
benda nie bukannya penghujung hidup kau pon.
alaahai.

sukehatisaye said...

entahlah..kadang-kadang perasaan tak boleh nak describe dengan kata kata..kadang-kadang kita tak bersedia dengan apa yang menimpa, even kita dah sedia pun, belum tentu kita mampu nak harungi..memang bukan penghujung..tapi mungkin permulaan bagi sesuatu..

Anonymous said...

entah.
gua tak pernah plak la rasa ap yg lu rasa.
gua takdak perasaan pon nak berjiwang mcm lu nie.
hewhewhew!
lu dah takdak benda lain erh nak dipikirkan?

sukehatisaye said...

untung lah kau tak rasa apa yang aku rasa..dan aku harap kau tak akan rasa seperti apa yang aku rasa..apa itu jiwang?kau tahu makna jiwang? kalau orang luahkan rasa kepada kau kau nak cakap dia jiwang?..haha, lawak betul la kau ni..takde kot..aku hanya memikirkan diri aku dan kerja..selain itu takde..

Anonymous said...

hee.
maaf.
aku tak pandai baca hati org.
nway, jaga diri leklok.