Monday, August 24, 2015

Suara Sumbang atau menyumbang kritikan?

Suara Sumbang atau Menyumbang Kritikan


Jangan keliru dengan kedua penyataan diatas, bukan sekadar mencari kesalahan tapi memberi kritikan walau pedas, tentang kenyataan yang kau tak nampak, orang lain taknak kau nampak  dan apa yang aku mahu kau nampak. Sebenarnya aku boleh je taknak ambil peduli dengan apa yang sesetengah orang buat, boleh je aku cakap, ah lantak kaulah sana, dah besar patutnya boleh fikir apa yang sedang kau buat, dah macam attention whore pulak, semurah itukah kau? tidak bukan? jadi dengar..bebal ke aku? ye aku bebal kalau biar kau terus macam tu. Sebab dah besarlah patutnya aku menegur dan bukan sekali dua, tapi berkali-kali juga aku tegur tentang perkara ini, kira sia-sialah malam tu aku bercerita tentang segala apa yang aku rasa tentang sebuah seni kalau kau ambil jalan mudah. Aku bukan sekadar beromong kosong. Ini tentang dedikasi aku pada satu benda yang kau anggap sekadar mencari ke"populariti"an

Dengar sini, aku belajar art, aku ambil jurusan/bidang yang memang aku akan dedikasikan masa hadapan aku dengan art dan sekarang aku bekerja dengan art, setiap bulan gaji aku itu hasil dari art, bukan sekadar minat atau hobi masa lapang, atau sekadar trend ikut ikutan yang sedang berlaku lambakkan sekarang. Jadi aku ada hak walau secebis untuk aku mempertahankan seni yang aku juangkan ini.

Iya seni itu tersangat universal, hidup ini pun satu seni, seni itu halus..tiada maksud seni itu sampah, tapi yang menyampahkan seni itu ialah kau sendiri. Cari balik dimana kehalusan seni tersebut tak kisahlah dari segi apa yang kau anggap seni, menipu itu juga seni..dan kalau nak menipu sekali pun tukarlah, janganlah dicedok 100%,50% atau 0.26% peratus pun hasil orang lain, kau cuma boleh "mencuri" idea atau dalam kata halus, terinspirasi idea dari hasil orang lain, buat kau punya sendiri dan pastikan itu memang hasil kau. Sebab apa aku bilang begitu? sebab aku tahu betapa jerihnya mahu memerah kepala otak ni nak cari idea, betapa berkorbannya seseorang dalam memberi masa, tumpuan bila mula menjadikan idea mereka itu sesuatu yang nyata. Ini kau senang-senang tak sampai lima minit kopipes dan claim itu kau punya tanpa sekelumit pun rasa bersalah dan menyesal, atleast bagilah disclaimer, kredit atau pun hint-hint darimana datang karya kau tu, bukan jadikan ia milik kau. Sebab aku belajar dahulu, kami pinjam idea dari orang pun kami tulis "idea bersama"

Jadi salahkah aku memberi kritikan meskipun aku memaki hamun sedang ini tentang seni yang aku jadikan sebagai sumber periuk nasi aku. Bukan kau yang baru jumpa jalan, baru terbuka mata apa itu seni? semurah itukah seni pada pandangan mata kau? Maaf kalau terkasar. Ini antara sebab mengapa aku berkasar.

Bila kau paparkan sebuah karya kau pada orang, sebenarnya apa kau mahu dari itu? penipuan atau kejujuran..ia memang seni itu salah satu alat eskapisma kau. Tapi kau bereskapisma sebab kau mahu menjadi jujur tentang rasa, jadi begitu juga aku, kalau sekadar mahu memuji, sepuluh dari orang yang memuji kau, belum tentu dari sepuluh itu memberi pandangan yang jujur. Dan maki itu sudah pasti jujur, sebab kau akan tahu dia tak suka, dan jangan fikir dia tak suka, tapi fikir "kenapa"?


Ingat..suara aku memang sumbang, suara aku sumbang sesuatu. Ini tentang hidup aku, seni itu masa hadapan aku..cita-cita aku sedari kecil..aku menyumbang hidup aku untuk seni.

Thursday, August 13, 2015

Disclaimer

Nak membebel.

Sebenarnya, setiap apa yang terjadi..berlaku atas kehendak Nya. Tu kalau konsep percaya Tuhan, kalau tak percaya pulak, setiap yang berlaku..ada punca > punca datang dari “Kuasa” atau force dan kuasa itu pula adalah sesuatu yang tidak dicipta, kerana kuasa itu memang ada, telah ada dan hanya perlu punca/sedikit trigger untuk kuasa itu meletus dan bergerak pada trajactile yang tak boleh dijangka, walau dalam konsep chaostic sekali pun kerana banyak keberangkalian yang perlu diambil kira dalam menafsir dan membuat analisis tepat tentang pergerakkan kuasa tersebut, kemana, dimana dan apa kesan akibatnya pula.

So kembali semula pada Setiap apa yang terjadi.

Tak kisahlah kau percaya atau tidak pada Qada dan Qadar Tuhan iaitu Takdir yang telah ditetapkan sebelum kelahiran kita diatas mukabumi ketika kita berada di alam Roh. Ataupun kau seorang yang realis, percaya pada fakta dan nyata.

Benda kalau nak jadi, akan terjadi dan tetap terjadi..kau cuma boleh kenang, tafsir apa yang dah terjadi, kau takkan mampu nak ulang balik sekalipun kau mampu untuk melakukannya buat kali kedua. Mesti akan ada satu aspek yang kau akan tertinggal, yang takkan terjadi dua kali sama. Kau hanya mampu mengubah kejadian tersebut dalam akal fikiran kau je. bukan dalam realiti kehidupan.

Berhenti.

Kau perlu berhenti. Tak perlu sebut, cerita, kenang..atau mungkin kau tak mampu untuk berhenti, tapi
lambat laun kau perlu..jangan guna/habiskan masa dan tenaga kau pada benda yang dah jadi dan sia-sia.

Kau perlu jadi relevan dalam berusaha. Jangan buta-buta ikut “Gagal sekali, bukan bermakna gagal selamanya.” Ia kebenaran pada ayat tersebut, tapi kau perlu relevan dalam menggunapakai konsep ayat tersebut pada sesuatu yang masuk akal..Pada aku, ayat tersebut lebih cenderung pada sesuatu “Benda”  dan bukan manusia kerana manusia adalah entiti luar kawalan, kau tak mampu nak kawal manusia atau lebih tepat, makhluk bernyawa, kerana mereka ada naluri untuk survive.

Berbalik kepada benda yang dah jadi. Berhentilah. Bukan kau seorang yang lalui, ada 7 billion manusia dalam dunia ni dan masing-masing ada masalah tersendiri, aku tak menyalahkan kau nak meratap sedih dengan kehidupan kau, tapi biarlah bertempat dan betul cara serta pada siapa kau meratap tu..sejak dari mula sampailah harini,  memang jelas nampak hidup kau asik nak meratap semua benda tak kena, itulah inilah. Menyampah tahu tak?.

Apa memang setiap hari kau bermasalah? takde sekelumit pun kebahagian ke dalam hidup kau? jadi apa guna kau hidup asik nak mengeluh susah sedih? Ke gila perhatian? nak semua tertumpu pada kau? maaf, aku mengorbitkan diri pada matahari macam mana bumi berputar pada paksi dan bulan yang tetap pada haluan selari bumi serta mentari. Setiap hari berlalu, setiap hari itu hari baru dalam hidup aku, aku pun dah puas nak kenang masa lepas dan nak kejar benda yang takkan mampu aku kejar.

Percaya pada takdir, redha, tawakal..kau bukan akan sentiasa dapat apa yang kau nak, kau hanya akan dapat apa yang kau perlukan sahaja..Kalau dah takdir kata sesuatu tu bukan hak kau, usahalah sampai titisan darah terakhir sekalipun hilang suara berteriak sedih marah. Takkan kau dapat. Dan sebaliknya, kalau dah memang hak kau, duduk diam je pun tau tau dah datang dalam genggam.


Okay, dah bye..salam damai. Senyum terus lalui hari-hari mendatang..may the force be with you.

Akan datang satu hari yang indah.

Wednesday, August 05, 2015

Sang Pemimpi

Simfoni malam berharmoni sepi
sekadar ekspresi lagu berbunyi sunyi.
Larat awan berarak menyelimuti bulan tidak bercahaya
sedang bintang ditelan langit gelap gelita..
Dan seorang insan teraba-raba diatas tilam kecewa
mencari sekelumit mimpi indah buat berbantal lena.

Tuesday, August 04, 2015

Mantera beradu

Pelan-pelan awan berat menitis semangat.
Menyegar harap kering kontang dek kemarau usaha tersejat.

Menderu rakus angin sejuk menenang jiwa malam gelita..
roma naik pinta diulit mimpi bidadari jelita.

Benak.

Baik berganjak sebelum dipijak.

Terhentak nafsu disentak dek kehendak
langsung terus terpijak nyata senak hilang rentak.
yang dipijak membentak rakus lunak.

Teratak kuasa bakalan retak..

Hulubalang didalam balang
hilang taring tidak berbayang,
pendekar terikat berakar
segala bunga hilang mekar.
Jurus hilang bagai kabus.

Dayang disayang
gundik bergoyang
patik bersembah hamba terngadah.
Duli maha beradu lena di singgahsana
jelata merana derhaka dimurka.

Kuli yang maha mulia menyusur selinap
bakal berentap dalam senyap..