Tuesday, December 06, 2016

Sa-dar

Merebahkan diri seketika,
bangkit di-tarik masa.

Menghela nafas dunia,
diam aku tersalah ketika.

Sedar di tepuk diri yang dua..

Ra-sa

Melata seluruh tanah,
terhantuk pokok tertunduk,
ketawa bersama angin,
menangis bersama air,
memerhati dengan hati,
menafsir dengar akal,
melontar dengan jiwa..



biar semua rasa.

Wednesday, March 09, 2016

MARCH

KEEP ON MARCHING

Sedikit sahaja lagi..terus bertahan meski kadang rasa berbelah bahagi..

Pasak hati pada illahi.

Thursday, February 11, 2016

SISI

Dalam masa yang berlalu, aku terkhayal dengan bayang senyummu
yang selalu memerhati gerak geri tingkah laku ku.
Lantas aku tersengih sendiri malu-malu jika ada mata-mata perasankan ku.
terus laju jemari menaip setiap patah kata untuk ku luah rasa cinta
terhadap kekasih yang dekat tapi jauh terasa.
meski baru saja bersua rindu itu meruap resap ke seluruh jiwa.
Apakah rasa ini sebenarnya? dapatkah kau rasa seperti ku jua?
mahu saja aku mencipta sebuah mesin masa,
menghentikan gerak waktu yang deras memusing dunia
biar waktu saat kita bertemu terhenti,
agar bisa aku melihat sepuas-puas wajah kekasih hati.
tak mahu aku waktu berjalan kerana aku mahu kau sentiasa meneman.
dapatkah akan terus aku berada atau kau sentiasa disisi ini cinta?
sampai bilakah kita tetap akan bersama kerna terus terang aku tak mahu
ajal jemput aku atau kamu biar kita tetap bersama.

aku rindu semuanya tentang kamu. aku mahu terus merindu walau saat
itu kau telah berada disisi ku.

Tuesday, January 19, 2016

Jalan Terus

Manusia. 

Merancang cuma,
segala ketentuan telah pun diatur sempurna oleh yang Maha kuasa.
Jarang mahu menulis apa-apa sejak beberapa bulan yang lalu sebagai langkah untuk aku muhasabah dan melihat kembali sisi lama aku yang penuh liku-liku dan segala baik buruk cerita.

Sedar akan kekurangan dan kelemahan, aku mengambil langkah untuk berdiam diri dan sembunyi pada satu sudut yang kecil tapi luas dan jelas sudut pandang. Ada ketika terasa diri dikejar dosa-dosa lama, ada ketika aku dapat merasa yang masa itu benar benar pergi meninggalkan aku jauh tidak terkejar.

Aku manusia yang bersalah pada manusia serta pencipta.

Maaf, maaf, maaf..

Hidup ini perlu terus, selagi nyawa masih ada, cerita baru aku terima seadanya.

Menanti untuk beberapa bulan mendatang.




Menunggu hari yang itu tiba. antara jodoh dan maut mana satu akan aku ketemu dahulu.