Monday, May 25, 2015

MAAF

Kadang kala setiap kata yang aku bicara
selalunya akan menyebab sengketa

setiap bait patah aku
bisa buat jiwa kau pilu

dan setiap akhir ayat itu
mahu melihat kau sakit sepertimana yang aku mahu

Aku sedar kau dambakan aku sempurna mungkin
tapi kau perlu sedar, aku ini tak seperti mana kau imagin

Laju, segalanya berputar deras
tak tahu bila ia akan terhabis pulas

segalanya tampak seperti mahu runtuh
dan ia membuatkan jiwa aku roboh

aku insan yang penuh amarah dari sejarah
jadi terusik sikit akan aku luah segala resah

segalanya aku lepas lunas pada dirimu
sedangkan tak patut aku begitu

maafkan segala khilaf buat kau kecewa
jangan diharap padaku erti sempurna..

maka lepaskan saja..kau berhak menerima lebih dari sekadar aku yang berpura pura.

Lucunya Telatah Manusia.

Manusia tersia sia dalam masa
cukup sedikit bahas bahasa
dia lupa segala gala
digula gula mudah sahaja

Lucunya manusia disua sua
dengan segala harta benda
tidak punya sudah mendabik dada
sudah punya lupa diri itu siapa

Manusia itu bodoh dalam pandai
pandai dalam bodoh
yang pandai memperbodoh
yang bodoh memandai mandai
bebal angkuh bijak angkuh
lucu sekali manusia ini
aduh aduh aduh

Lucunya telatah manusia
percaya sahaja
jangan diusul periksa
dengar sahaja
jangan betah mencela!
fahamkan sahaja
kerna belajar itu buang masa
anggukkan saja kepala manusia
geleng  hanya bila dipaksa terpaksa

Manusia mudah ditipu
cukup sekadar meniup lembut nafsu
tak perlu iblis syaitan datang menggangu
terus manusia lari hala tuju

Bertopeng syaitan manusia
bukan syaitan yang mengadu domba
menyesatkan itu kerja dia
melagakan lagakan itu usaha kita

terus lalai lalalalalalalaiiiii
terus leka kakakakakakakakakaka
manusia sia sia sia sia sia
tersia sia dimuka dunia
salam ketemu syaitan dineraka.

Thursday, May 14, 2015

Menangis terus

Kesat airmata itu,

jangan, jangan.. biar, biar..
biar ia mengalir terus..
biar kau tahu, biar kau rasa..
hangat alir airmata yang sebenar benar telus.

bukti nyata,
tentang apa kau rasa,
apa sebenar kau punya.

Kau punya hati perasaan?
yang selalu mereka mereka katakan,
jadi apa salah, apa malu bila airmata kamu
jatuh bertalu talu
mengenang segala apa yang berlaku,
merintih meratap setiap momen yang berlalu.

Sudah, kesat airmata itu.
puas? masih belum?

sedarlah, kau akan menangis lagi nanti..
cuma masanya bukan sekarang.
Jadi, tak salah jika tika ini kau ketawa riang.

Epilog

Sebuah catatan ringkas penghujung bahagian dua puluh enam.

Kalau dulu, dilewat bahagian dua puluh ke dua puluh dua..
aku selalu, malah kerap memasang angan dan juga impian,
Menjadikan dunia sesempurna dalam kotak fikiran,.
sehingga realiti keras menghentam segala harapan..
lalu aku terduduk menahan segala sakit berseorangan.
saat itu, aku tiada sesiapa, malah tidak punya apa apa kecuali tekad,
tekad yang menyusur kesegenap ruang diri,
hati bahawa dunia yakni realiti itu sebangsat bangsatnya.
Aku lalu menyendiri selama mana aku mahu,
hidup aku ketika itu, hanya berteraskan hari ini
tanpa mengharapkan keesokkan hari untuk menjelma kembali.
Segalanya aku pandang sepi,
hambar..aku tebar kebencian, dendam kesumat terhadap imaginasi..
aku simpan dalam dalam segala harapan yang dulu memberi sedikit sinar buat motivasi,
aku tak peduli.

Sehingga lewat dua puluh tiga,
ketika mana aku masih berterusan tidak peduli pada imaginasi,
Sekali lagi realiti datang menghentam,
kali ini biarpun dari segenap ruang,
aku sudah pasrah.
malah pasrah aku dalam redha
dan lebih bersedia menerima segala celaka yang menimpa.
Aku kembali menongkah hidup satu persatu,
mengangkat kembali tiang runtuhan imaginasi yang dulu
aku hayunkan benci sehingga tersungkur rebah jatuh kebumi..
perlahan lahan biar beratnya tak tertanggung dek kudrat yang aku punya..
masih aku mahu, tabah dalam pilu.

Iya, benar realiti itu bangsat celaka segala,
tapi itu mengajar aku menjadi manusia..
biar masih tidak sempurna
dan malah bukan sempurna yang aku pinta,
Sekurang-kurangnya aku lebih bersedia dari sebelumnya,
dilewat dua puluh lima 
sekali lagi realiti menghiris perlahan jiwa sanubari..
aku terus terima dengan rela hati, pergi mati, aku tak peduli..
hirislah perlahan lahan realiti, sehingga kau puas permainkan diri ini.

Kerna diketika ini, taburlah segala cuka garam resam kehidupan,
aku mampu tahan biar kadang rasa ingin melawan,
kadang rasa ingin berteriak mahu minta dihentikan!
sedarlah, diketika ini, tiang imaginasi aku sudah tegak berdiri
berpaksi pada tekad yang masih tersisa untuk aku harung dunia,
hidup aku diatas muka bumi atas kerana dia
malah dia yang punya segala,
bukan kau realiti babi!
ini imaginasi manusia! 
yang tak mungkin mampu kau melawan kerana ini yang membezakan..
imaginasi manusia tiada terkawal..
aku punya impi, dicampur aduk harap dan tekad, aku terus jadi kuat..

Tak mahu aku biarkan mereka disekeliling,
kalah dalam percaturan kau.
Kerna selagi hidup aku,
bernyawa dan disetiap hembus nafas yang aku hela..
akan aku pastikan mereka mereka yang aku cinta 
takkan pernah untuk merasa apa yang aku rasa.
Iya, biar aku maki sendiri maki mereka, biar aku sendiri buat mereka luka,
kerna biar mereka dapat salahkan pada sesuatu yang nyata!
bukan seperti aku, mana hala mahu menuding pada semua yang telah berlaku?
mahu menuding kelangit?? aku tidak mahu.

....realiti.
Imaginasi..

epilog ini akan kudendang pada awal dua puluh tujuh nanti

Thursday, May 07, 2015

IMPAK

Nah sebuah puisi untuk kamu
Anggap ini cuma sebahagian luahan rasa hati
Jangan cepat kamu buat konklusi
Lambat laun segalanya kau akan rasai
Apabila kelak kita bersama nanti

Kehadapan kekasih hati
Harusnya aku beritahu
Apa yang tersurat mahupun tersirat
Ingatkah pada mula kita berjumpa?
Rasa itu hadir bersama saat pertama
Impak dari waktu itu
Nampaknya sudah merebak jauh
Aku telah hanyut bersama cinta kamu..

lirik yang terlupa..

Lemah jiwa ku meniti hari
Tanpa sang bidadari disisi
muncullah kau didalam mimpi
Menenami ku sehingga pagi.

Kejutlah tika kubermimpi ngeri
Tenangkanlah rasa resah dihati
ku harapkan kau selalu ada disini
Titipkan senyuman mu dikala pagi.

Eskapism dalam belenggu.

Eskapism dalam makna pemahaman aku
satu pelan lain untuk lari dari belenggu
jadi adakah aku ini sekadar eskapism kamu?
Jika begitu maaf, aku tidak mahu..

Selisih kita aturan dia, dalam pencarian makna,
kaku kerna tidak mahu terima apa yang nyata..
jadi jawab aku tanya, jangan diam seribu bahasa..

Apa aku ingin, mungkin sama,
sama dengan apa keinginanmu,
tidak lebih tidak bahagia dan sempurna,
dalam segala apa yang berlaku..

jadi hentikan segala fantasi kerna mana mungkin,
manusia seperti aku menjadi lebih dari realiti dan kau harus yakin!

Jadi sedar sayang, yang lalu itu biarkan
sekadar intip jadi tauladan, itu bak kata pepatah
bukan menjadi satu penghalang buat kau berubah..

meski engkau seorang,
bukan bermakna yang lain menghilang,
pimpin tangan aku bukan kerna ada sesuatu,
tapi lebih dari sekadar ingin kau tahu..

Takdir tuhan itu adalah sempurna sebenarnya,
cuma kita, sekadar pelaku yang perlu berusaha..

iya, aku tak suka bersendirian,
jadi aku tak ingin yang lain turut kesepian,
jadi aku mahu mengajak kita sama berjalan,
menuju ke lain bahagian..
sebuah tempat yang dipanggil impian,
meski ketika itu, aku bukan lagi yang memimpin tangan.

dulu, itu semua dahulu,
sekarang pun begitu,
jika kau masih duduk ditempat yang kau mahu.

tak mahukah kau bangkit mendongak langit?
memandang sinar mentari, menggamit kerdip bintang dilangit?

Kau : insan yang keliru
Aku : Insan yang masih mencari "aku"

Dahulu

Diperselisihan aku
mencari makna kaku
diam seribu bahasa membisu
eskapisme membelenggu
terus membatu membuntu

apa yang sebenarnya diingini
rupa harta atau iman di hati
yang tak mungkin dapat dicari gali
yang mustahil untuk dijual dan dibeli
mungkin aku tiada apa yang diimpi

lalu terimbau kenangan lalu
kisah aku yang terus di situ
dia lihat aku keseorangan
lalu aku dia hampiri hulurkan tangan
tanda bermulanya salam perkenalan
ohh indah aturan Tuhan
jauh di lubuk hatinya
tak ingin dibiarkan aku terus bersendirian
pesannya ayuh kita berpimpin tangan
menuju jalan kebenaran

tapi.. itu semua dulu

dia : insan yang aku rindu
aku : insan yang kini dia dia campak berjuta batu

Tuesday, May 05, 2015

HATI PEREMPUAN

Tentang satu dunia penuh misteri,
yang kuberi nama; hati,
empunya pemilik pada satu ciptaan,
Yang kita kenali sebagai; perempuan..

Jika hati Perempuan itu langit,
berlapis lapis tingkat harus kau tembus,
Jika hati perempuan itu tanah,
berkaki dalam harus kau gali..
sampai disuatu tahap, kau akan terkambus.

Kerana apa?
Setiap tingkat langit yang kau sampai,
setiap kaki dalam tanah yang kau gali,
kau seakan masuk ke lain dimensi,
tak kau sedar mana satu fantasi atau realiti..

Perempuan;
yang kau nampak cuma permukaan,
sedang dasarnya jauh tak terlangkau dek pemikiran,
sepertimananya aku bilang,
ianya seperti satu dunia lain,
yang tak pernah dijejak mana mana kudrat yang ada sekarang.

Kau lelaki takkan pernah faham,
setiap gerak geri, gemersik tona suara,
yang kau nampak, dengar hanya sebahagian saja..
sedang sebenar benar maksud,
perempuan itu sendiri terjerut..
mahu luah, pendam harus dihitung bilang,
samada luah makan hati atau pendam membunuh diri..
bukan secara zahir..tetapi batin.

Bukan maksud aku mahu menjunjung julang,
pada susuk ciptaan maha esa bernama perempuan,
tapi lebih kepada hormatnya pada kekomplekskan terbina..
hati perempuan yang jika mahu dibicara,
dikupas diselidik, jamin aku ini takkan ada kesudahannya.

Raikan saja setiap detik,
pastikan ada walau hanya sekejap saja..
ucapkan kata bukan sekadar bicara,
tetapi beserta gerak laku yang nyata..
tak perlu faham,
kerna sehabis waktu kau takkan dapat hadam..

Hargai, cukup pada aku ini sebagai lelaki..
untuk bisa sedikit memahami..pada misteri sebuah hati,

Terima kasih perempuan,
kerna itu saja yang bisa buat lelaki rasa,
kami belum cukup mahir pada semua benda didunia..