Wednesday, January 29, 2014

RABUN

Kenal ku denganya..
tiada terduga..
omong ku,
hanya kosong belaka,
kias sana, kias sini..
aku perhati..
sepertinya dia anak kecil
yang baru kenal dunia
baru tempuh satu fasa
iaitu remaja.
belum dia keluar dari zon selesa
aku perhatikan lagi dia..
kau tahu kain putih?
suci bersih..
tiada calit kotor tentang dunia penuh tipu daya,
tiada juga dia duga tentang satu lagi fasa
di mana ada jalan jalan nya nanti penuh liku
penuh duri yang meracik racik jiwa.
harap dia kuat, harap dia tahu itu
yang dunia ini, tidak seperti apa yang matanya nampak
dunia ini perlukan hatinya untuk di setiap tapak
aku tak mahu bercerita tentang dunia,
kerana itu dari apa yang aku rasa,
hanya aku yang dapat membeza apa mimpi apa nyata,
biarkan dia belajar sendiri,
suapaya nanti dia tidak menuding jari,
aku? tetap akan perhatikan dia..
andai suatu hari, langkah nya tempang
aku mungkin datang untuk menopang
supaya jalan nya nanti tidak menyimpang.
terus aku perhati..
dia tersenyum melihat aku mengelamun dari tadi..

RASA

Dalam, tinggi, luas tidak terperi..apa itu?

Sepertinya satu ruang..

tapi bukan jurang..

ianya aku panggil rasa..

Dalamnya tiada penamat,

tingginya tidak tergapai..

luasnya sejauh mata melihat..

Ku isi segala benda dalamnya..

tapi rasa itu masih tidak puas..

mungkin aku kufur nikmat..mungkin

Maka dilewat malam ini,

samalah kita muhasabah diri,

adakah hari ini kau jadi manusia yg taqwa??

Atau hanya jasad tidak berjiwa?

Aku tinggalkan sebentar dunia malam ini,

moga esoknya roh datang kembali ya rabbi..

Saturday, January 25, 2014

Kisah suatu malam

Di balik tirai dalam cahaya samar,
muncul jelmaan yang sepertinya tiada berjasad,
hanya kabus bertebar di sekitarnya..
mata tertancap tiada berkelip
 terpukau seketika
 tanpa sedar jelma itu melingkar keseluruh tubuh yang sedang ralit
kaku,
dalam samar cahaya,
dalam sunyi pekat malam..
seluruh tubuh mula di hadam oleh jelmaan kabus
tekak ini meronta tapi tiada apa yang keluar dari kotak suara,
 hanya erangan dan getaran tubuh menyatakan jasad itu sedang tersiksa
bergetar seluruh ruangan dalam bilik..
lolongan anjing kedengaran sayup dari kejauhan..
tiada lagi kedengaran suara anjing mahu pun tuan empunya badan
dan malam itu, 
satu lagi jiwa mati dibawa pergi oleh sang pari-pari mimpi..

Friday, January 24, 2014

DAN TERUSKAN..

sebab apa satu pengharapan itu hanya masih tetap harapan?

sebab kau terlalu mengharap mungkin?
atau kau tak berusaha dengan harapan kau?
atau dah memang takdir nya kau akan terus mengharap..

jadi teruskan berharap..
selagi harapan itu kau usahakan,
 kerana takdir akan jadi penentuan..
bukan harapan namanya kalau kau tak berharap

DEMOKRONI



Dalam diam,
Engkau ditindas,
Mereka pijak henyak,
Orang-orang dibawah,
Kebebasan kau dalam senyap dirantai..
Rasa-rasa kau sedar tak?
Acapkali bila kau bersuara disuruh diam dan keluar kalau tidak suka?
Siapa mereka?
Insan yang lupa pada janji janji

sekarang kau susun tiap baris ayat,
di huruf pertama kau akan jumpa apa yang dimaksudkan.
dan kau akan cakap,

bullshit!

Saturday, January 18, 2014

PADA SUATU PETANG, SEDIKIT BUAL BICARA

Aku belek handphone petang tadi,
eh? bila masa ada misscall ni?
nombor tak dikenali
aku cuba untuk hubungi..

panggilan disambungkan..
bersama satu suara dihujung talian.

Assalamualaikum,
dah lama tak berbicara,
macam mana?
sihat? makin bahagia?
maaf kiranya menganggu,
cuma mahu beritahu sesuatu,
yang saya akan mulakan suatu cerita baru,
bersama dengan seseorang yang sudi bersatu.
jika tidak keberatan dan kelapangan,
mahu menjemput datang kenduri yang bakal dilangsungkan.


diam......diam
aku tarik nafas dalam-dalam

okay, tahniah!

laju laju aku tekan button end call, sekian sahaja.
moga kau berbahagia hendaknya.

TENTANG

Malam tadi punya cerita
ramai-ramai duduk semeja
aku perhati kan dia,
aku perhatikan pulak kawan sebelah.
hmmm..

balik hantar kawan,
mula-mula bual biasa
hujung-hujung aku kena bahan
dah kenapa..

"aku perasan, kejap-kejap kau pandang dia,
kejap-kejap dia pandang kau" bilang kawan tadi..

"bullshit, aku pandang tv dekat belakang lah setan!
dah siapa suruh dia duduk bertentang dengan aku.."

eh silap, aku yang duduk bertentang dia..
habis mana lagi aku nak pandang kalau bukan ke depan..kan?

Wednesday, January 15, 2014

CARI APA?

Sedarlah kau,

Jika kau datang ke mari
untuk melihat beberapa rangkap puisi
jujurnya aku sudah habis idea
mahu buat apa.

idea yang puas aku cari
tapi tak pernah muncul setiap kali
aku cuba-cuba hingga satu ketika
aku termenung sahaja

buntu, kosong, menyampah
aku mula letih dan rasa susah
nak menaip setiap aksara bagi melengkap satu prosa
segalanya jadi serba tak kena bila aku mula

setiap kali aku menaip, kebanyakkan rasa itu datang dari silam
datang dari satu bayang bersusuk, berwajah
tapi segala silam itu mula semakin kelam
bayang bersusuk, berwajah itu mula pergi, hilang

pinta ku, hanya mahu membina kembali suatu kenangan
hanya mahu melihat kembali satu bayang bersusuk serta berwajah
supaya ada puisi yang dapat aku karang
ada satu nyawa yang bisa aku julang, sayang

Thursday, January 09, 2014

BANGKIT!

Bangkit, aku bilang bangkit!
apa yang terduduk lagi, bangkit dan tahan sakit!
kita anak muda yang kata mereka punya kudrat yang meronta.
kita anak muda yang kata mereka punya darah yang membara
bangkit, jalan mara ke depan meski kau terjingkit jingkit.

anak muda seperti kau, aku, kamu kita semua
genggam, pimpin tangan komrad mu bangkit semula
tetap langkah, derap kaki bersama, pikul lengan bahunya
jalan seiring sehati dan sejiwa.

jika hanya aku terpekik meronta macam orang gila
mereka itu hanya tertawa dan anggap aku tiada guna,
tapi jika kita jerit bersama, padu suara
mereka gentar dengan ronta, pekik, lolong, sama nada
bukan hilang adab serta budaya, bukan wahai orang tua
cuma mahu suara jiwa muda ini merintih didengar dan dirasa

cukup sekadar kau faham dan hati apa mahu kami
cukup sekadar kau selami hati budi ini
kami hanya mahu hak yang kedap kau penjara dengan segala ilusi
hak kami sebagai anak muda yang juga punya cinta pada ibu pertiwi

ayuh bangkit, jerit kata sakti ini anak muda
kita belia sehati sejiwa!!
sehati sejiwa!!

Monday, January 06, 2014

TERIMA KASIH

langkah ini aku mula dengan bismillah..
langkah aku ini di pimpin oleh mereka mereka yang sama falsafah,
mula langkah ini untuk capai satu arah,
moga langkah ini mendapat barakah.

Terima kasih pada mereka yang membantu,
demi kerana jiwa yang sama mereka kini bersatu,
perjuangan ini bukan hanya aku,
tapi dia, mereka dan seluruh jiwa jiwa serta kamu!

mulanya dari jalanan..
mulanya satu impian..

Saturday, January 04, 2014

Bicara yang tertangguh..

Boleh saya bicara sesuatu?

-ya? bicara apa?

bicara tentang perasaan aku pada kamu..

itu pun jika kau sudi diskusi bersama tanpa paksa dan dengan rela

masih kah kau mahu bicara dengan aku?

BAGAIMANA JIKA..

Sejuk angin malam
awan mendung berarak
di hiruk pikuk manusia
entah mengapa terdetik

Bagaimana jika suatu hari
aku hilang semua deria
bagaimana aku mahu gambarkan suasana
luah apa yang aku rasa?

JANJI YANG KAU LUPA



Sejauh mana,langkah ku disana,aku melupakan mu....

Jalan berliku tanpa ada sempadan,

tanah tandus ditimbun dedaunan,

hamba yg kebuntuan tiada arah tuju.

Dimana,jiwa aku yg meruncing...

Atau mungkin,aku yg bersalah.

Takbur ketika berjaya,megah bila dipuja.

Sugul,tiada noktah.

Hanya kembali menyembah bila diduga

Angkuh bila berjaya.

Adakah ini norma kehidupan mainan ciptaan manusia ?

Hitung dosa,tolak pahala,hanya kerana sekelumit dunia.

Dunia yg penuh tipu daya,dunia yg penuh dengan sandiwara.

Dunia yg sementara dikejar,akhirat selamanya terbiar.

Bagus anak muda,bagus.

Tatkala engkau bangga dengan kejayaanmu,

syaitan gembira tidak terperi.

Apa kau lupa dengan perjanjianmu dulu ?

Perjanjian yg hanya kau dan Dia ketahui.

Mungkin,telah lama kau lupakan.

Tapi,bukan Dia.

Bukan Dia.

PUISI MEJA MAKAN

Nak makan apa?

-makan hati bang - darah lebih - masin air mata kurang - lebihkan kasih sayang

Nak minum apa?
-hmm, kebetulan sy dahaga perhatian. bagi lah mata air sorang
-Berapa semua sekali ni bang?
Mahal ni dik, nilai dia seluruh hidup kau..mampu?