Wednesday, September 05, 2012

Esok

7.03 a.m
Hari ini aku bangun dengan kemalasan yang paling menebal..aku pun tak tahu kenapa, dan kenapa aku tulis ayat skemarama ni..ini tidak boleh diterima langsung..usai bangkit kemalasan, aku mengambil botol mineral lantas kugogok rakus sambil berselawat..fuhh kelegaan..aku capai kain sal dan menuju ke bilik air..

"Malas.." hatiku berkata saat melihat kepala shower..tangan masih di pili sambil kepala mengisar sedikit pendapatan samada mahu buka atau tunggu sekejap..badan masih tak sedia nak menerima tujahan air sejuk di pagi ini..ahh, aku lilit tuala di pinggang keluar dari bilik air..masuk balik ke bilik dan mencapai kotak rokok..

"Tinggal ni je?.." aku berbisik, tiga batang..

aku menyalakan sebatang sambil bersidai di anjung bilik, dari anjung ini aku melihat panorama belakang rumah, walaupun tak seindah mana pemandangan..tapi cukup menyegarkan, aroma udara pagi sungguh mengasyikkan diserta dengan kicauan burung pipit dan spesis lain yang aku tak ketahui kumpulan famili nya..Tanjung arang hari ini sedikit mendung..sudah tiga hari cuaca sebegini, mendung tanpa hujan..suram seakan mengetahui perasaan hati..

sedar-sedar rokok di tangan dah hampir habis..ku tarik dalam dan ketis keluar rumah..aku masuk semula kebilik air..fast forward..

Aku usap muka sambil menghela nafas lesu..ku tilik wajah di cermin.."kenapa tak bermaya ni?" aku soal diri sendiri..seakan satu perasaan yang membelenggu diri, tapi aku tak tahu apa perasaan itu..aku sandar ke sofa single seat warna merah..aku seluk poket seluar lantas mengeluarkan handphone nokia baling anjing..satu mesej diterima, aku membaca..ahhh, sial..

Aku tanggalkan semula baju dan seluar..aku sarung track suit tiga suku dan berlenggeng..aku rebahkan semula badan ke katil.."jilaka betul" aku gumam sendirian.."penat aku siap-siap pepagi ni"..sambil aku mengherdik dan memaki hamun..aku tidak sedar bila masanya aku terlelap..

8.10 p.m
Kucapai kotak rokok..sambil tak mahu melihat isi dalam walaupun aku tahu jika aku hisap sebatang maka tinggal yang terakhir..aku capai jua lantas kunyalakan..seharian 2 batang dan satu batang terakhir..aku lihat jam Everlast yang tak long lasting langsung tali nya.. jam bernilai RM 250.00 tersadai di atas meja, aku sempat pakai selama sebulan sebelum talinya putus direntap lahanat mana entah.."malas betul nak keluar beli.." aku kerling semula kotak rokok yang hampir renyuk..Esok..ya esok sahaja aku beli..

ketika aku menaip entri ini..aku telah melunaskan rokok yang terakhir dan sekarang aku kesangapan yang teramat..

Esok..

ahhh kejadah nak tunggu esok..aku capai kunci motor dan ku publish kan entri ini tanpa berfikir panjang..ahahaha..

No comments: