Monday, September 03, 2012

Kembalilah kepadanya


mahukah kamu mencium ku?

sebab ciuman adalah bukti kepada cinta...

kau terikat pada ku kerana wajah ku,

maka dia meminta bibirku untuk kau cium...

tetapi jika hati ini yang membawa cintaku kepada mu

maka kau pun harus mencium hati ku jua...

pilih yang mana?

kembalilah kepada Al-Quran yang suci,

lalu kembalilah kau kepada ku dengan seluruh cinta mu..

insya-allah aku akan menunggu mu...

Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

No comments: