Thursday, November 06, 2014

Antara aku dan Pencipta

Jarak antara aku dan Dia
boleh diibarat hanya sekelip mata
Tidak kira dimana
Bila dan bagaimana caranya.

Sejujurnya masa sudah dekat untuk ku
Untuk pulang..kembali pada yang Satu
untuk dituntut janji yang telah aku lupa dulu.

Moga kepulangan itu nanti cukup segala bekal,
agar kelak aku tidak sesal,
agar yang ditinggal terus cekal.

Sesungguhnya juga tidak pernah aku bersedia,
belum cukup segala-galanya.

Sunday, November 02, 2014

Konversasi II

Aku perlu sedar tentang sesuatu.

Tentang peribahasa..bertepuk sebelah tangan.

Segala konversasi berteraskan rasa yang tidak terlunas malah tidak bertuntas.

Konversasi yang datang dari sebelah pihak mendesak menghentak..jangan sampai timbul rasa semak di sebelah lain pihak. mohon aku ingat dibenak.

Maafkan aku jika selalu menganggu. sedang itu bukan niat utama ku.
aku cuma mahu ada di setiap kamu.

Cuma pinta satu, mahu kamu tahu yang aku ini sifatnya juga toleransi mahu faham isi hati. Aku ini sifatnya mudah andai engkau luah apa yang mahu madah.

Jika rasa semak khabar nada lunak, jika rasa sangsi beritahu isi hati, jika mata mahu rebah bilang agar bisa aku bibit kata indah.

Iya kadangnya kelihatan aku memaksa, kadangnya aku berkonversasi penuh rasa tidak kira, gurau, marah, suka. tapi kamu juga bisa bilang agar aku berpada pada dalam setiapnya.

contohnya seperti..jika aku mahu marah, bilang..awak jangan marah sangat. iya akan aku beringat. jika kamu kantuk bilang, awak saya mahu lelap mata..masakan aku mahu paksa kamu berjaga.

selalu aku risau akan hal ini bakalan terjadi. malah sudah terjadi pada tidak sedarnya. Sungguh aku khilaf dalam konversasi..cuba untuk aku jaga agar tidak ada terasa. maaf maaf maaf.

Sekali lagi harus aku sedar rasa ini bertepuk sebelah tangan..salah aku akan bisa buat kehilangan sedang itu sedaya upaya aku elakkan..

maaf maaf maaf disetiap ucap kata taipan aksara dalam konversasi kita.

Aku cuba dan masih baiki segalanya agar hubungan dalam kesempatan ini baik baik saja.

Tetap jua aku pinta maaf buat gadis polka.

Thursday, September 25, 2014

Riddle On you

Negatif mimpi menjadi mainan,
Untuk sekian kali bermain di celik kehidupan,
Rindu kian menebal dalam fikiran,

Setiap saat, detik waktu
Yakinku kepada doa menjadi catu
Apakah dimimpi itu kamu?
Imagin susuk yang memanggil manggil
Debar nadi tersedar menggigil
Adakah petanda yang dihantar?
Tuhan, ku mohon biar jelas jangan samar.
Untuk terakhir kalinya
Lepaskan aku kepada yang nyata

Ambisiku kepada mu,
Lantas aku membiarkan hati dibelenggu,
Lemas didalam bayangan rindu..
Imiginasi terusan menghentak jiwa,
Yang sering mengintai setiap ruang yang ada,
Akhirnya aku menyerah segala rasa.
Hanya kepadaNya aku meminta.



Permudahkanlah.

Sunday, September 07, 2014

9

Dear September.

Selamat kembali buat kali ke dua puluh enam.
Dan siapa tahu, jika ini kali yang terakhir kita bertemu. :)

Buat diri sendiri..

Selama dua puluh enam tahun lamanya..bermacam yang telah aku lalui
segala perasaan bercampur gaul aku alami.
Teruskan melangkah menongkah arus kehidupan walau selalunya kau terjatuh.
Cari tujuan kehidupan..sebab mengapa masih kau bernafas sehingga kini?
Tidak salah bermimpi terbang kelangit andai kau sedar mana tempat kau berpijak.

Sedikit pesanan untuk aku.

Erti makna "kehidupan".

Untuk Melihat dunia, lalui apa jua rintangan yang mendatang,
melihat disebalik setiap yang berlaku, melihat dengan lebih dekat,
untuk mencari "kau" dan menghayati setiap momen momen itu..

"Tiup lilin.."

FIN.

Tribute to my all time favorite Movie. - Forrest Gump & The secret Life of Walter Mitty.

RAP-E

Sering kau berangan angan
segala terjadi sempurna dipandangan
sedang itu cuma khayal bayangan
tapi masih setia kau mengharapkan
Takut pada ketidaksempurnaan
tak mahu buruk cela diperkatakan
terus kau mula membuat andaian
yang kau manusia sempurna luar dalaman
dijentik setiap cela
kau menempik menggila
membabikan orang buta buta
jadi kau sama sepertimana mereka
Apa yang sebenarnya cuba kau jadi
diri sendiri atau aristrokasi
mahu dipuja disayangi
dijunjung melangit sehingga kau tuli?
sedar sedar mana ruang kau terbang
mana tanah kau menghinjak julang
jangan tinggi sampai lupa diri
takut jatuh mati hati mati diri
Tak salah mahu jadi agung
tapi salah cara jika macam panggung
cantik sempurna hanya dicanggung
tapi luar nyata kau masih berak cangkung
Busuk busuk baja masih tetap berguna
sedang kau busuk hati pada apa pada siapa
mengapa kata nista hanya mahu jadi sempurna
sedang jujur itu lebih tajam dari kata kata
Bidas segala balas
biar diam diri jangan ada rasa was was
aku cakap bernas kata kata aku berkias
baru engkau diam tidak tahu mahu caras
Cergas cergas lupakan segala silap
kita manusia kadang alpa kadang khilaf
itu tujuan kata maaf yang tersingkap
supaya kita saling lengkap melengkap

MEDIUM KONVERSASI

Berkaitan tajuk.

(Disebabkan ini penulisan, Maka Imaginasi seseorang perlu dikawal. sila baca entri ini dalam intonasi nada yang tenang dan mendatar,
bayangkan anda berada di Depan orang tua anda sambil tersenyum menikmati minum petang.
Ini hanyalah penulisan picisan dan pendapat seorang insan biasa sahaja, beliau bukan malaikat. Tak semuanya betul)

Samada medium seperti laman sosial, blog dan yang berkaitan.
adakah sesuai untuk berkonversasi secara yang konon konon "ilmiah", tentang perasaan atau sekadar (lebih banyak) mengarut?
itu tertakluk kepada kebergantungan pada capaian pengguna dan cara penyampaian yang digunakan.

Pada aku.(Pendapat aku)

Setiap apa entri yang aku taip, ianya cerminan kepada diri aku sendiri dalam meluahkan ekspresi perasaan.
soalnya? perlukah? wajibkah? (At least aku tak cerita pasal teori jadah apa, politik dunia, fahaman ideologikal mengarut pasal agama,
gossip artis apa benda yang langsung takda faedah dan sebagainya)

Hmmm..susah untuk dijawap kalau medium yang digunakan untuk membidas benda ni pun masih sama.(sebab bila berbahas, lebih elok bersemuka)
Pada aku perlu, tapi dalam konteks yang berkaitan (Tajuk).

Seperti mana ada yang berkata, "ada jenis orang" yang tak jadikan "benda ni" (apa benda ni?) medium,
simpan..pendam dalam dalam..just follow the flow. Katanya.
right..but till when and till then? tapi pada "siapa" pun aku bukan state kan "siapa". aku just gunakan nama panggilan
Kemudian..if simpan dan pendam and just follow the flow, which result do u expect? will everything gonna be fine? hell no!(maaf)
semua benda perlukan pencetus. takda maknanya makanan akan tersuap jika kita rasa lapar tapi kita diamkan.

kebanyakkan entri aku pun, aku lebih kepada ekspresi puisi urban metafora kan dari apa yang berlaku pada aku sekeliling, seharian.
dan aku anggap seni dalam perbahasaan. dan capaian aku kepada yang membaca samada terasa itu juga salah satu
keberjayaan aku dalam mennyampaikan.

dan untuk "play safe" lagi..gunakan ayat ini "lain orang lain perangai(pandangan)".

yes.

Maafkan aku sedikit berkaitan entri ini sebab, mari aku simpulkan secara "umum".

Blog aku ini UMUM, Tak perlu aku invite, tak perlu klik LIKE button bangang untuk orang yang baca.
dan jika ada orang yang baca. Peratusan untuk orang yang membaca ialah orang perseorangan yang berulang.
Dan setiap (Kebanykkan) Entri aku juga UMUM yang ditaip berdasarkan ekpresi perasaan dalam konteks puisi Urban tanpa melibatkan
mana mana nama yang boleh mengaitkan pada seseorang secara langsung atau tidak langsung melainkan orang itu ada kaitan dan tahu serta kenal aku secara langsung juga.
jika iya sekali pun..Then why still use anonymous?? kannnnn? hehehe

Dan kesimpulanya..seperti yang ada orang tu khabarkan (Terima kasih sudi membaca), lain orang lain perangai..so this is my perangai (Maafkan perangai saya ini).
Aku juga biasa pendam, biasa simpan. aku juga biasa follow the flow. Tapi till when?
and till then u will burts and explode with your perasaan terpendam dan terlepas sesuatu sebab diamkan apa yang kau rasa.
dan paling haru bila kau punyalah follow the flow sampai satu tahap flow tu melemaskan kau secara zahir dan batin. Trust me. aku dah rasa.

Aku tahu kadang apa yang aku taip ni kadangnya terlalu obvious (ke?). But this is me, ini adalah cara penulisan aku(Hamboi). Secara jujurnya aku..Untuk bercerita kepada
manusia yang lainnya? kau tahu banyak benda yang boleh "Membunuh" manusia yang lainnya? salah satu jawapan dia ialah manusia sendiri. "Cakap Belakang".(Pernah Kena)

"Tak semua benda blalalalala.." Yes u got a very good point (indeed). tapi bukan semua benda yang jadi pada aku aku type dekat sini, dekat medium ni.
Ada batasan Aku dan medium aku gunakan ni.(yang aku tak nampak tapi orang lain nampak) sebab yang melihat lebih mengetahui.(maafkan jika terlepas pandang)


Dan cuba kau semua anggap. entri ini sambungan kepada entri "konversasi" aku sebelum ni, "banyak kali aku type..banyak kali aku padam..aku rasa okay.
aku klik post. Kau semua baca..hambar, walau sehambar mana post aku, kau orang masih tetap datang baca dan terus baca dan itu bisa buat aku gembira?"

see..aku huraikan dalam bentuk UMUM. Mudah, tak perlu susahkan sesuatu yang mudah. Suka cakap suka, Tak suka cakap Tak suka. yang merupakan benda paling susah orang nak cakap.

FIN.

*Terima Kasih atas sokongan anda kerana membaca blog saya selama ini. Maafkan jika ada kekurangan/Kesilapan di setiap entri yang pernah saya taip.
*Saya akan cuba memperbaiki dan menerima setiap kritikan, pandangan serta pendapat yang anda komen di blog ini. Terima Kasih sekali lagi. :)

Wednesday, August 06, 2014

KONVERSASI

Taip, padam..
Taip..hmmm okay.
hantar.

Kadangnya kelakar
tapi lebihnya hambar

..andai aku mampu berkata
yang bisa buat kau gembira sentiasa..
yang buat kau terus teruja..
kan bagus..

haha. tapi kau tetap juga mahu berkonversasi juga
jadi harus aku peduli apa.

buat masa ini, mungkin tiada apa yang dapat kita cerita,
esok lusa siapa tahu..kita mengarang cerita sendiri,
yang jalan kisahnya penuh warna warni.

jadi.
terima kasih.
untuk konversasi hambar ini :)

Monday, August 04, 2014

Dan hari-hari terus Berlalu..

Dan sepertinya masa yang sentiasa berputar.
sepertinya bumi yang setia mengelilingi mentari.
sepertinya siang berganti malam dan berulang.
Maka hari hari terus berlalu..

Masa.
Kesabaran.

kini, aku mahu tambah kesetiaan.

Setia menunggu hari esok.

apa jua yang berlaku semalam.
yang menimpa hari ini.
tetap jua aku teguh menempuh hari esok.

sebabnya..

Dia. yang di Atas sana. dan juga..
Dia. yang didalam hati.

Harapku cuma..biarlah dia saja.
yang terakhir..

samada bisa jadi nyata atau cuma seketika selagi bernyawa.
Tetapkan lah dia saja.

Monday, March 24, 2014

Gerila Puisi : Buat..

kedu..
sungguhnya aku terkedu..
malam ini sungguh pilu..
kehadiran berita yang ditunggu-tunggu,
menjawab segala penantian berminggu..

kedu,
berita ini sungguh ngilu,
perasaan ini sungguh sendu,
walau aku bukan ada pertalian namun tetap aku kaku.

aku ini juga manusia
yang punya rasa,
tahu apa itu perit hilang nyawa
nyawa yang kita cinta
engkau juga pikir aku punya rasa,
tapi kenapa?
aku tanya kenapa?
dimabukkan oleh politik dunia,
konspirasi segala?
apa hati kau buta?
apa kau mahu sebenarnya wahai manusia?
sungguh aku pelik tertanya-tanya..

mohon, aku mohon..
hentikan segala benda yang tidak masuk akal ini,
sekalipun kau yakin dengan apa jua pegangan anutan dan teori gila kau
aku mohon, berhenti seketika..senyap cuma aku pinta..
yang di atas pesawat itu manusia, punya keluarga,
keluarga yang punya rasa..
kau faham apa maksud rasa wahai manusia?

sekalipun kau bijak pandai, punya ijazah dan pangkat yang berkilat dijilat,
tapi sepatah ayat sudah bisa buat kau dilaknat,
peduli apa jika kau mahu jatuh hukum,
kerana kau sendiri tak reti nak tunjuk simpati..
seolah kau tak mengerti apa yang terjadi..
aku pelik, pelik, jelik dengan perangai ini.

ahh, buat apa aku nak ambil kisah,
buat hati ini resah
pikirkan kau seperti masalah..

dan buat jiwa-jiwa..
terbang dan damailah kau disana

Gerila Puisi : Melakar

Melakar sesuatu untuk jadi sesuatu.
Dan jadinya apa tiadalah aku tahu,
kerana aku buat mengikut hati,
bukan ikut perintah membuta tuli,
aku buat dengan rela dan tanpa paksa,
Dan bila hasilnya nanti pada aku cukup sempurna,
tidak semestinya pula pada mereka semua..
Terus terusan aku memikir jika itu jadinya,
namun lakaran masih belum aku mula..
mengelamun rupanya, celaka.

Terus aku conteng ikut suka.

Saturday, March 22, 2014

Separuh masih disini

Untuk dua ke tiga hari ini..
separuh dari fokus aku sudah lari..
kejap-kejap aku mencari..

ini betul gila..

Thursday, March 20, 2014

Gerila Puisi : Buat seorang lelaki bernama Suami

Khas untuk Sahabat bernama Ajeem

Rusuk kiri yang dipinjam akan dipertemukan dengan sebuah ikatan,
Dua insan di akad dengan salam pernikahan,
Moga mempelai dikurnia dengan sebuah ikatan,
Yang diberkati hingga hujung kehidupan,
Buat Suami..
Lindungi Sang isteri dengan penuh kasih dan sayang yang abadi,
Pimpinlah dia ke Jalan yang diredhai,
Semoga tuhan Melindungi kalian suami dan isteri,
Insyaallah, Mudah-mudahan Tuhan memakbulkan doa ini..

Amin.

#Ajeemjangankaku

Wednesday, March 19, 2014

Gerila Puisi : Cubaan

percubaan..
untuk bermain dengan satu benda bernama perasaan..
cubaan 1,2,3 cubaan..
pertama kali,
jika ada silap anggaplah kegagalan itu pengajaran..

jangan ambil hati

Gerila Puisi : Bayangkan ini yang terjadi


dan secara tiba-tiba masa itu terhenti, sunyi sehingga degupan jantung jelas kedengaran berbunyi..makin lama ritmanya makin tak sekata..


******

sehinggalah munculnya satu cahaya..maka jasad itu tahu masanya sudah tiba..lalu roh perlahan bangkit meninggalkan jasad kulai tidak bermaya

Gerila Puisi : Huraikan..perihal rasa

perlahankan segala rasa yang menyentak,
kerana degup jantung tidak mampu mengikut rentak..

Gerila Puisi : Bisikan

kadangnya di hati terlintas sesuatu,

malangnya keliru samada bisikkan syaitan yang sedang memburu,

atau malaikat yang mahu membantu..

Gerila Puisi : Perasaan atau perasan?

ianya bermula dengan..

bila ketikanya kita tahu, kita saling memerlukan?

dan ia menjadi satu persoalan yang panjang..seperti dibawah :-

mungkin saya terperasan sendiri..mungkin
perasaan yang perasan..

dan berlarutan menjadi..

siapa cakap fantasi itu indah?? kejam tahu kejam, sebab dia buat kau tak dapat terima realiti dan membiarkan kau hidup dalam tipu daya..

dahlah kena tipu dengan imaginasi sendiri, lepastu nak kata orang duk menipu kau..walhal kau yang menipu

jadi, berjaga-jagalah dengan perbezaan kau punya perasaan dan kau punya perasan..jangan malukan diri kau terang-terangan

perasan yang kau ada perasaan atau perasaan kau yang perasan..

lebih kurang macam mindtrick..psikologi..at least buat kau berfikir sebelum bertindak, bukan dah jadi baru nak.."i wish i don't do that"

Gerila Puisi : betulkah?

minda ini sedang bergolak tentang kesasihan maklumat..

segala idealogi yang masuk dicerna lumat..

namun tiada satu pun yang melekat..

keluar menjadi tahi bulat bulat.

Sunday, March 16, 2014

Gerila Puisi : Gila

kalau dah nama suka..

walau sebaris ayat sahaja,

sudah buat aku rasa teruja..

gila.

Friday, March 14, 2014

Gerila Puisi : Menanti dan ternanti

terbang kau gah membelah awan..
terbang kau gah bersama deruman..
hilang kau di balik awan awanan..
hilang kau senyap kesepian..

di langit mana sekarang kau mengapung?
di laut mana kau sedang berdayung?
di darat mana telah kau terkepung..

muncullah wahai si burung besi,
jika hadirmu elok, syukur ke atasNya kerana masih lagi mengasihi,
jika tiada, tetaplah kau muncul dalam apa jua rupa agar bisa di kebumi,
agar ada tempat untuk aku melawati,
jangan kau hilang menyepi dan biar yang tercinta meratapi..

tak pernah aku menolak, persoal segala Kudrat..
dan aku jua masih tidak akan putus semangat,
hilang kau membuat aku beringat,
yang kita ini cuma selemah lemah umat..

Ya Rabbi..padaMu jua kami meminta,
berikanlah kami satu petunjuk nyata,
berikan lah kami satu arah,
agar hati ini tidak gundah resah gelisah..

wahai si burung besi..
kami mohon kau kembali..
yang sedang menanti,
yang sentiasa merindui..

-Sukehatisaye, Tanjung Arang, 12.19 a.m

#NeverLoseHope #PrayForMH370 #DoautkMH370 #MalaysiaAirlines

Thursday, March 13, 2014

Gerila Puisi : Sebuah Puisi Pendek

Adakalanya aku terfikirkan seseorang
Leka aku dengan segala imaginasi terbayang
Intuisi diri mengatakan dia akan datang
Yakin aku menunggu di alam maya seorang
Adakah si dia tahu apa yang sedang aku...err, ini semua wayang.

tapi aku yakin, jika seseorang itu baca..dia akan faham apa yang aku sedang canang

Gerila Puisi : aku kau satu..bayang


Dan disetiap derap kaki, setiap hela nafas ini..aku menjejak setiap langkah mu..mana kau tuju, situ destinasi aku.
dan aku itu kamu "si bayang bayang"..
hilangnya aku bila kau di ambang kegelapan..
aku tuju ke arah kegelapan bukan mahu lari dari bayang aku, tetapi mahu lari dari bayangan mu..

Thursday, March 06, 2014

KAKU





KAKU

Sebuah Mini Teater Dari Buku Jalanan Waghih

Lelaki : Sukehatisaye
Wanita : Anna Feera
Si Gila : Aden Mohtar
Lagu/Lirik/Muzik Latar : Ajeem & Jebat (Duo Pendeta)
Narator Lelaki : Hafiz Ibrahim
Narator Wanita : Zirah Hersheys
Penampilan Khas : Anak-Anak Gagal
Stage Manager : Akif
Cameraman : Muhaimin Hassim
Kredit to : Waghih Buku Jalanan Waghih (BJS, BJN, BJPD)

Mini teater KAKU ini di garap dari lagu KAKU yang dicipta berdasarkan kisah sebenar, dimana sepasang kekasih yang hanyut dalam dunia percintaan kemudianya didatangi seseorang yang pada pandangan mata kasar bolehlah dianggap gila, tetapi melalui jasad ini, sang arjuna mendapat Hidayah untuk kembali ke jalan kebenaran hingga meninggalkan si Dara terus hanyut dengan dunianya sendiri..kesudahan cerita ini masih menjadi misteri, semisterinya apa yang bakal berlaku pada kita keesokkan harinya..

Gerila Puisi : KAKU : sebuah adaptasi dari Teater KAKU


Terkaku dengan lenggok gemalai
gerak badanmu serta belai
jemari halus membuat nafsuku rakus,
terpana dek tentangan mata hingga lupa dunia

Bergelumang dengan cinta pada dunia
hingga alpa tentang pencipta,
kaku diri ini mengenang segala dosa kita bersama..
aku kian hampir di gerbang neraka

Dan disetiap langkah seterusnya,
aku hitung segala dosa pahala,
tiada terdaya diri ini hingga
kaku berteleku di hadapan Mu,
tertunduk malu

Kaku Langkah ini pergi
untuk jauh dari bahang neraka,
jauh dari seksa jiwa,
pergi ini untuk kembali mengejar syurga
dan bukan dunia
  • Reply
  • Retweet
  • Favorite
  • Delete

Gerila Puisi : bayangan..



Gadis polka?..

Bila kau sudah jadi sebahagian di kotak pemikiran..
hal hal yang lain sudah tak kuhiraukan..
leka aku dengan angan. -Berangan

Berlatar angin malam berjerebu suram..
muncul bayangan seseorang yang dulunya
aku kosongkan satu ruang dalam hati untuknya bersemi - gelihati

Kala dulu, diwaktu begini..
taipan aksara antara aku dan dia bersilih ganti..
kala itu, itu dulu..

Kala dulu..dia bilang, tunggu hingga aku lelap,
baru matanya turut tutup kejap,
bilangnya lagi..mimpi manis bila kata kata sudah habis.

Satu patah perkataan yang masih melekat kuat dalam ingatan..
"teman".. Dan di setiap malam aku menunggu tanpa bosan.

Sekian..sebuah hikayat gadis polka..hahaha.

Sunday, February 23, 2014

Teater "KAKU" by Buku Jalanan Waghih

Scene 1

Pergi.

Pelakon lelaki bangun sambil memandang kekasih hati dengan penuh penyesalan akibat tersedar dari kesilapan diri selama ini yang bergelumang dengan dosa.

berjalan kehadapan.

: "Syaitan,
Selama ini aku ingat,
kau yang memimpin
setiap jalan yang aku pergi
aku sentiasa mengikut telunjuk mu

Rupanya tidak,
bukan kau,
tapi aku..sang nafsu
nafsu yang rakus
menarik aku ke lembah durjana
lembah yang membuat aku leka

Sudah,
Aku mahu pergi,
mencari diri sendiri,
diri yang dulunya,
tidak gila pada dunia,
diri yang dulunya,
sentiasa ingat pada pencipta!

****************************

Scene 3

kembali

Lelaki ini yang telah berubah ke jalan kebenaran terserempak kembali dengan kekasih lama yang masih tidak berubah dan sentiasa menunggunya, dengan rasa berat hati, dia melangkah ke arah bekas kekasihnya untuk mengajak ke jalan yang benar

berjalan ke arah kekasih sambil memandang..

:"Telah mengerti dua jiwa,
kontang akan amalan,
yang dicatat di bahu kanan
bila dahulu atas jalan
khayal dalam bayangan,
hingga tersadai di pinggir kayangan
hampir di bakar panas jahanam
harus apa untuk bersama
jika akhirnya neraka
sedang bahagia dicita sampai syurga
akan sayang yang tercipta
atas nama cinta pada manusia
pulang pada tuhan
serta cinta menambah iman!

Wednesday, February 19, 2014

Buku Jalanan Waghih

Apa itu Buku Jalanan Waghih..ni den nak kabor..Hasil dari pada gabungan tiga Buku Jalanan yang bertapak di Nogori Sombilan ini iaitu Buku Jalanan Seremban, Buku Jalanan Nilai dan Juga Buku Jalanan Port Dickson..Kini mereka berpayung di bawah satu bumbung! ayuh kita menyokong..terus menyala, terus membara!!



nah..nak tau lagi detail, moh kito jumpo dopan-dopan..kek KOMBES paroi pada 1 dan 2 mac 2014 ini..paling best sekali ada special perfomance dari komrad komrad Buku Jalanan Waghih sendiri..nak lagi best, ekau join kitorang sekali, banyak pekdah ea dapek..

Tuesday, February 18, 2014

Gerila Puisi : Aku terlajak

aku yang terlupa
aku yang terleka
Setiap masa kau sentiasa mengingat
kepada aku pada satu kiblat

jiwa dan hati ini berat menyahut seruan
diri ini senang untuk aku lupakan
maafkan hambaMu in ya Tuhan
tunjukan aku jalan kebenaran

Saturday, February 15, 2014

Gerila Puisi : Lagi kisah pasal Cahaya



Datang sepertinya cahaya,
terangnya sekejap,
bahangnya melekap,

just go and run,
leave the negativity behind

Gerila Puisi : Persimpangan

Satu jalan panjang lurus nan terbentang
kau sampai di satu simpang..

arah mana yang akan kau mahu
yang membawa kau ke arah yang kau sendiri tak tahu

kanan, kiri..itu jika kau hadap ke depan,
kau pusing ke belakang, jadi kiri, kanan,

sabar dulu, usah terburu..
masa memang tidak menunggu
tapi hati dan akal kau itu tahu apa kau mahu

cuma perlu tenang
jangan goyang

nah, hisap dulu rokok sebatang..
kemudian, pilih jalan dan jangan toleh belakang

Thursday, February 13, 2014

Gerila Puisi : Andai

andai aku punya satu permintaan..
aku ingin kembali ke masa dulu,
bukan untuk ubah kesilapan lalu
tapi untuk meneman diri aku pada saat yang paling sepi dan pilu
bukan kerana masa kini aku bahagia,
bukan..

tapi kerana diri ini sudah bisa kuat
untuk hadap segala apa celaka yang pernah
terjadi suatu masa

Tuesday, February 11, 2014

PARI-PARI MIMPI

berdiri di tepi birai katil umpama di atas gunung, perlahan tapi nyaring aku melaung, sebenarnya lebih pada melolong..

apa sedang aku buat? menjerit menyeru si pari pari mimpi yang sudah lama diam menyepi..tidak tahukah dia lena ku kosong semata-mata?

perlahan dia datang dengan sayap hampir lunyai di kerjakan sang pemimpi sial..hanya mimpi tentang nafsu dunia, kasihan aku melihat

aku papah dia, perlahan aku sandarkan pada dinding, ku usap ubunnya perlahan..dia tersenyum tawar menahan sakit yang tidak nampak pada zahir

dan lantas ku katakan, "tidak mengapa jika lena nanti kosong tanpa mimpi, biarlah aku rasa sepi dari berimaginasi tapi menyeksa hati"

Gerila Puisi : uang

bicara aku bukan pada lidah,
yang sepanjang masa asik meludah,
dan menyumpah liur liur sampah..
bicara aku ikhlas,
tiada beralas,
malah jelas dengan segala nas nas,
yang tidak bisa kau bidas,
aku berlagak seperti si bodoh,
agar kau tidak rasa mahu angkuh,
tapi silap bila kepala ini kau tonyoh-tonyoh,
tergelak aku kenang,
apa yang sedang aku juang,
tapi kau tak habis habis buat kerana mahu di julang,
penat aku mahu ulang..
penat aku mahu pulang..

Gerila Puisi : Ah ah ah

lemah langkah,
henti melepas lelah,
perlahan kembali menongkah..
dan disetiap langkah,
datang beribu masalah,
musuh menerjah,
puas setiap satu diri meningkah,
dan di setiap langkah,
hati gundah,
jiwa resah,
menanti sudah,
harap cepat masa berubah,
atau maut datang menjengah,
diri ini sudah pasrah,
dunia ini sudah parah,
segalanya penuh musibah,
segalanya penuh tipu helah,
oleh jiwa yang rakus menjamah,
nyawa nyawa yang lemah.

Gerila Puisi : Cahaya

Cahaya itu satu kurniaan,
cahaya..
Tanpanya kita akan teraba-raba dalam kegelapan,
tanpanya bulan tidak akan kelihatan,
bintang tidak begemerlapan,
cahaya..
teruskanlah kau bernyala,
masih ada jiwa yang mahu mara!

Thursday, February 06, 2014

GERILA PUISI : BILA MATA TIDAK MAHU PEJAM

mata ini masih tidak mahu tertutup

jika mata tidak mahu lelap,
janganlah biarkan hati ini sedih menyingkap..
segala kenangan lama yang masih lagi melekap.

jika mata masih tidak mahu pejam,
biarkan hati ini tenteram..
berimaginasi tentang keindahan alam

merenung jauh sang bulan,
yang cahaya nya balam balam kelihatan,
memerhati si bintang yang berkelip-kelip gagah di langit gelap

bila sang pari mimpi datang menyinggah..
jangan kau sergah,
mungkin dihujung-hujung ada kata indah..mungkin
atau mungkin bukan benda yg indah,
tapi seribu satu masalah,
kau sergah atau kau diam tidak kisah?

Saturday, February 01, 2014

LINDUNG

Di tempat itu

Letih, penat, lelah, kalah.
Perlahan dan tiada maya aku langkah.
mencari tempat berteduh
tempat untuk aku menghempas tubuh.

Gembira, ketawa, senyum, girang.
laju langkah melayang-layang
mencari tempat untuk bersorak riang.
tempat untuk berkongsi menang.

di tempat itu.
segalanya lengkap serba satu
tiada kurang walau dari apa sudut pandang
bagi aku, disitu satu syurga untuk aku seorang

di tempat itu.
segala kenangan, segalanya
pahit, manis, suka, duka
kau bilang apa sahaja
kalau bisa
di situ aku mahu semua bermula
kalau bisa
di situ juga aku mahu berakhir segala cerita

setia melindung
satu jiwa, satu nyawa
dari badai, terik, lebatnya cuaca
setia menanti
dari mulanya hari hingga kelam dinihari

di tempat itu.
bisa jadi syurga,
bisa jadi neraka duniaku.
tapi tetap aku mahu
kerana ia rumahku.

TAJUKNYA? KAU BACA DAN KAU SENDIRI BERI

Ketika waktu remaja dulu
Entah kenapa aku
Nak sangat keluar dari tempat itu
Aku rasa dipenjara
Pemikiran aku meronta mahu keluar segera
Acap kali aku bilang "aku menyampah!, aku bosan!"

Sehingga kini
Aku rasa bodoh dan bangang
Yelah, tak pernah aku terfikir waktu dulu
Aku ni remaja yang hanya ikut nafsu semata

Sekarang
Untuk sekian lama
Kembali aku ke tempat itu
Aku pulang dengan rasa rindu

Redup, tenang, tenteram
Umpama satu pelukan hangat
Membuat segala sebak di dada pergi tanpa tersisa
Alangkah indah rasa ini
Hingga tanpa sedar air mata aku menitis

Seluruh isi tempat ini menyambut mesra
Anak yang dulu asyik meronta mahu pergi
Yang dulu cukup benci dan asyik mahu lari
Akhirnya kembali semula ke rumah ini

Wednesday, January 29, 2014

RABUN

Kenal ku denganya..
tiada terduga..
omong ku,
hanya kosong belaka,
kias sana, kias sini..
aku perhati..
sepertinya dia anak kecil
yang baru kenal dunia
baru tempuh satu fasa
iaitu remaja.
belum dia keluar dari zon selesa
aku perhatikan lagi dia..
kau tahu kain putih?
suci bersih..
tiada calit kotor tentang dunia penuh tipu daya,
tiada juga dia duga tentang satu lagi fasa
di mana ada jalan jalan nya nanti penuh liku
penuh duri yang meracik racik jiwa.
harap dia kuat, harap dia tahu itu
yang dunia ini, tidak seperti apa yang matanya nampak
dunia ini perlukan hatinya untuk di setiap tapak
aku tak mahu bercerita tentang dunia,
kerana itu dari apa yang aku rasa,
hanya aku yang dapat membeza apa mimpi apa nyata,
biarkan dia belajar sendiri,
suapaya nanti dia tidak menuding jari,
aku? tetap akan perhatikan dia..
andai suatu hari, langkah nya tempang
aku mungkin datang untuk menopang
supaya jalan nya nanti tidak menyimpang.
terus aku perhati..
dia tersenyum melihat aku mengelamun dari tadi..

RASA

Dalam, tinggi, luas tidak terperi..apa itu?

Sepertinya satu ruang..

tapi bukan jurang..

ianya aku panggil rasa..

Dalamnya tiada penamat,

tingginya tidak tergapai..

luasnya sejauh mata melihat..

Ku isi segala benda dalamnya..

tapi rasa itu masih tidak puas..

mungkin aku kufur nikmat..mungkin

Maka dilewat malam ini,

samalah kita muhasabah diri,

adakah hari ini kau jadi manusia yg taqwa??

Atau hanya jasad tidak berjiwa?

Aku tinggalkan sebentar dunia malam ini,

moga esoknya roh datang kembali ya rabbi..

Saturday, January 25, 2014

Kisah suatu malam

Di balik tirai dalam cahaya samar,
muncul jelmaan yang sepertinya tiada berjasad,
hanya kabus bertebar di sekitarnya..
mata tertancap tiada berkelip
 terpukau seketika
 tanpa sedar jelma itu melingkar keseluruh tubuh yang sedang ralit
kaku,
dalam samar cahaya,
dalam sunyi pekat malam..
seluruh tubuh mula di hadam oleh jelmaan kabus
tekak ini meronta tapi tiada apa yang keluar dari kotak suara,
 hanya erangan dan getaran tubuh menyatakan jasad itu sedang tersiksa
bergetar seluruh ruangan dalam bilik..
lolongan anjing kedengaran sayup dari kejauhan..
tiada lagi kedengaran suara anjing mahu pun tuan empunya badan
dan malam itu, 
satu lagi jiwa mati dibawa pergi oleh sang pari-pari mimpi..

Friday, January 24, 2014

DAN TERUSKAN..

sebab apa satu pengharapan itu hanya masih tetap harapan?

sebab kau terlalu mengharap mungkin?
atau kau tak berusaha dengan harapan kau?
atau dah memang takdir nya kau akan terus mengharap..

jadi teruskan berharap..
selagi harapan itu kau usahakan,
 kerana takdir akan jadi penentuan..
bukan harapan namanya kalau kau tak berharap

DEMOKRONI



Dalam diam,
Engkau ditindas,
Mereka pijak henyak,
Orang-orang dibawah,
Kebebasan kau dalam senyap dirantai..
Rasa-rasa kau sedar tak?
Acapkali bila kau bersuara disuruh diam dan keluar kalau tidak suka?
Siapa mereka?
Insan yang lupa pada janji janji

sekarang kau susun tiap baris ayat,
di huruf pertama kau akan jumpa apa yang dimaksudkan.
dan kau akan cakap,

bullshit!

Saturday, January 18, 2014

PADA SUATU PETANG, SEDIKIT BUAL BICARA

Aku belek handphone petang tadi,
eh? bila masa ada misscall ni?
nombor tak dikenali
aku cuba untuk hubungi..

panggilan disambungkan..
bersama satu suara dihujung talian.

Assalamualaikum,
dah lama tak berbicara,
macam mana?
sihat? makin bahagia?
maaf kiranya menganggu,
cuma mahu beritahu sesuatu,
yang saya akan mulakan suatu cerita baru,
bersama dengan seseorang yang sudi bersatu.
jika tidak keberatan dan kelapangan,
mahu menjemput datang kenduri yang bakal dilangsungkan.


diam......diam
aku tarik nafas dalam-dalam

okay, tahniah!

laju laju aku tekan button end call, sekian sahaja.
moga kau berbahagia hendaknya.

TENTANG

Malam tadi punya cerita
ramai-ramai duduk semeja
aku perhati kan dia,
aku perhatikan pulak kawan sebelah.
hmmm..

balik hantar kawan,
mula-mula bual biasa
hujung-hujung aku kena bahan
dah kenapa..

"aku perasan, kejap-kejap kau pandang dia,
kejap-kejap dia pandang kau" bilang kawan tadi..

"bullshit, aku pandang tv dekat belakang lah setan!
dah siapa suruh dia duduk bertentang dengan aku.."

eh silap, aku yang duduk bertentang dia..
habis mana lagi aku nak pandang kalau bukan ke depan..kan?

Wednesday, January 15, 2014

CARI APA?

Sedarlah kau,

Jika kau datang ke mari
untuk melihat beberapa rangkap puisi
jujurnya aku sudah habis idea
mahu buat apa.

idea yang puas aku cari
tapi tak pernah muncul setiap kali
aku cuba-cuba hingga satu ketika
aku termenung sahaja

buntu, kosong, menyampah
aku mula letih dan rasa susah
nak menaip setiap aksara bagi melengkap satu prosa
segalanya jadi serba tak kena bila aku mula

setiap kali aku menaip, kebanyakkan rasa itu datang dari silam
datang dari satu bayang bersusuk, berwajah
tapi segala silam itu mula semakin kelam
bayang bersusuk, berwajah itu mula pergi, hilang

pinta ku, hanya mahu membina kembali suatu kenangan
hanya mahu melihat kembali satu bayang bersusuk serta berwajah
supaya ada puisi yang dapat aku karang
ada satu nyawa yang bisa aku julang, sayang

Thursday, January 09, 2014

BANGKIT!

Bangkit, aku bilang bangkit!
apa yang terduduk lagi, bangkit dan tahan sakit!
kita anak muda yang kata mereka punya kudrat yang meronta.
kita anak muda yang kata mereka punya darah yang membara
bangkit, jalan mara ke depan meski kau terjingkit jingkit.

anak muda seperti kau, aku, kamu kita semua
genggam, pimpin tangan komrad mu bangkit semula
tetap langkah, derap kaki bersama, pikul lengan bahunya
jalan seiring sehati dan sejiwa.

jika hanya aku terpekik meronta macam orang gila
mereka itu hanya tertawa dan anggap aku tiada guna,
tapi jika kita jerit bersama, padu suara
mereka gentar dengan ronta, pekik, lolong, sama nada
bukan hilang adab serta budaya, bukan wahai orang tua
cuma mahu suara jiwa muda ini merintih didengar dan dirasa

cukup sekadar kau faham dan hati apa mahu kami
cukup sekadar kau selami hati budi ini
kami hanya mahu hak yang kedap kau penjara dengan segala ilusi
hak kami sebagai anak muda yang juga punya cinta pada ibu pertiwi

ayuh bangkit, jerit kata sakti ini anak muda
kita belia sehati sejiwa!!
sehati sejiwa!!

Monday, January 06, 2014

TERIMA KASIH

langkah ini aku mula dengan bismillah..
langkah aku ini di pimpin oleh mereka mereka yang sama falsafah,
mula langkah ini untuk capai satu arah,
moga langkah ini mendapat barakah.

Terima kasih pada mereka yang membantu,
demi kerana jiwa yang sama mereka kini bersatu,
perjuangan ini bukan hanya aku,
tapi dia, mereka dan seluruh jiwa jiwa serta kamu!

mulanya dari jalanan..
mulanya satu impian..

Saturday, January 04, 2014

Bicara yang tertangguh..

Boleh saya bicara sesuatu?

-ya? bicara apa?

bicara tentang perasaan aku pada kamu..

itu pun jika kau sudi diskusi bersama tanpa paksa dan dengan rela

masih kah kau mahu bicara dengan aku?

BAGAIMANA JIKA..

Sejuk angin malam
awan mendung berarak
di hiruk pikuk manusia
entah mengapa terdetik

Bagaimana jika suatu hari
aku hilang semua deria
bagaimana aku mahu gambarkan suasana
luah apa yang aku rasa?

JANJI YANG KAU LUPA



Sejauh mana,langkah ku disana,aku melupakan mu....

Jalan berliku tanpa ada sempadan,

tanah tandus ditimbun dedaunan,

hamba yg kebuntuan tiada arah tuju.

Dimana,jiwa aku yg meruncing...

Atau mungkin,aku yg bersalah.

Takbur ketika berjaya,megah bila dipuja.

Sugul,tiada noktah.

Hanya kembali menyembah bila diduga

Angkuh bila berjaya.

Adakah ini norma kehidupan mainan ciptaan manusia ?

Hitung dosa,tolak pahala,hanya kerana sekelumit dunia.

Dunia yg penuh tipu daya,dunia yg penuh dengan sandiwara.

Dunia yg sementara dikejar,akhirat selamanya terbiar.

Bagus anak muda,bagus.

Tatkala engkau bangga dengan kejayaanmu,

syaitan gembira tidak terperi.

Apa kau lupa dengan perjanjianmu dulu ?

Perjanjian yg hanya kau dan Dia ketahui.

Mungkin,telah lama kau lupakan.

Tapi,bukan Dia.

Bukan Dia.

PUISI MEJA MAKAN

Nak makan apa?

-makan hati bang - darah lebih - masin air mata kurang - lebihkan kasih sayang

Nak minum apa?
-hmm, kebetulan sy dahaga perhatian. bagi lah mata air sorang
-Berapa semua sekali ni bang?
Mahal ni dik, nilai dia seluruh hidup kau..mampu?