Saturday, September 29, 2012

Gadis Polka vs Gadis Magenta

bleghhh..tajuk entri kemain gempak..aku tak tahu sebenarnya nak taip apa, tapi hati, jari jemari ini membuak-buak semangatnya hendak menulis..jadi aku akan taip apa yang sedang bermain dan terlintas difikiran aku je..baca lah engkorang..

Seharian..eh masuk hari ini jika dia masih tiada..bermakna sudah dua hari aku tidak bertempur dengan keyboard bersama Gadis Polka..dan dua hari itu juga aku jadi tak tenang walaupun aku cuba berfikiran positif..tapi hasilnya macam haram..kejap-kejap aku stalk beliau..dan makin gelisah bila tiada apa yang berkaitan  boleh menenangkan hati aku..mana lah beliau menghilang ni..atau beliau sibuk dengan sesi pembelajaran dan persediaan final beliau..masuk akal juga tu..tapi aku masih tak berpuas hati jika dia sendiri tak bagitahu dekat aku..

sedang sibuk aku memikirkan tentang perihal Gadis polka..tiba tiba sahaja muncul sisa sisa cerita gadis magenta..pada aku takde lah menganggu sangat cerita beliau..tapi plot penceritaan tentang gadis magenta itu ada kena mengena sedikit dengan gadis polka..di tengah-tengah kemelut gua hadir tanpa diduga..menjadi penyelamat serta pemusnah pada masa yang sama..penyelamat untuk diri nya dan pemusnah pada diri aku sendiri..harapan yang aku sebarkan memakan seluruh jiwa raga..tapi atas dasar keihklasan..aku merelakan segala galanya walau dihati sedikit kecewa..tapi asalkan mereka bahagia..itu sudah cukup..sehingga kini, aku masih membantu kedua-duanya.dan akan terus membantu selagi mampu dan terdaya..

Buat Gadis Magenta..semoga engkau berbahagia denganya..

pada Gadis Polka..saya rindu awak :'(

Monday, September 24, 2012

Persediaan..

Hari ni aku ke hulur ke hilir mengambil kesempatan cuti..memandangkan aku dah tukar jadual cuti aku pada hari ahad dan isnin supaya memudahkan aku hendak berurusan dengan mana-mana jabatan kerajan mahupun swasta..

Perkara pertama pagi tadi aku settle kan urusan bank..jenuh juga lah nak beratur, dengan prepare dokumen semua bagai..terasa baru nak jadi orang sekejap tadi pagi..kalau tak aku tak pernah terfikir pun pasal saving ape semua bagai ni..kakaka, ade lah dekat 2 jam lebih aku berkampung dekat bank..disebabkan simpanan yang ada sebelum ni sudah makin surut, aku mengambil tindakan drastik dengan buat loan Asb..perit juga rasa nak buat kira-kira ni..tapi aku layankan juga..dah settle semua aku rasa lega..sekurang-kurangnya kalau aku takde lagi nanti adalah juga peninggalan buat waris aku..

Siap-siap dekat bank..aku pergi Jpn..tukar alamat dan cip ic yang macam haram tak boleh nak baca..sumpah seranah juga masa dekat bank tadi..dia boleh buat hal pulak, dah la sekarang ni urusan semua nak kena pakai mykad..bila cip rosak dah jadi satu masalah..lepas siapkan ic..aku gerak pergi Kwsp..cek penyata dan update dokumen..Nasib aku dah betulkan mykad..jadi aku tak payah susah payah beratur pepanjang..

Lepas tu aku pegi survey aset-aset yang harus aku ada..yang ni aku lebih banyak mendengar dan berfikir, kalau ikut cakap salesman ni memang lah senang..hati gua dah berbelah bagi..lepas je dengar, aku terus cakap bagi aku masa sikit..nanti-nanti aku datang balik..kepala aku dah pening dah..rupanya dah dekat pukul 2, aku tak makan lagi rupanya..lepas makan aku lepak dengan member aku kejap..sambil melepak tu, gua buat kira kira bajet..cehh, ye ye je..

huh..akhirnya settle semua..kalau tak, rasa tak tenang jiwa..tak payah gua nak risau pape jadi lepas ni..sebenarnya malam sebelum tu mak gua bising-bising..kekekeke, kalau bising pasal aku je tak kisah lagi..tapi kalau tetiba dah masuk bab kahwin,anak bini..mana aku nak larat..ceh.."buat persediaan tu dulu.." cakap mak aku..

Gadis Polka : Teman

sejak beberapa hari ni..malam-malam ku bertarung dengan hati, jiwa dan jemari di papan kekunci bagi mentafsirkan kata-kata menjadi aksara yang membentuk prosa..komunikasi di alam maya bersama gadis polka..

tapi yang tak best nya gua kadang-kadang terpaksa mempercepatkan ending perbualan sebab kondisi waktu tidur gua yang tak mengizinkan kerana perlu kerja keesokkan harinya..gua tak merasa puas dengan keadaan itu..dah la gua borak ntah pape je..jari ni pun satu..lain yang otak gua fikir, lain pula yang di taip..ciss

ish..gua rasa kalau orang nampak gelagat gua masa menaip ketika berbicara dengan beliau, orang mesti syak gua gila sebab senyum sensorang..ahh lantaklah..janji gua bahagia..kekekeke

"Teman"..bleghhh..gua meloncat kot saat baca taipan beliau ni..

harap-harap esok gua dapat teman beliau lagi..

ok dah..pipi gua dah krem ni senyum sejak dari tadi..gua nak mimpi gadis polka..babai~~

Wangi..kau lalu

Langkah ku terhenti..Bau wangian itu menusuk hidung ku..bau yang amat-amat aku kenal dan ingat..ya, bau wangian si Dia yang suatu ketika dulu pernah mengisi segenap ruang hidupku..bau yang selama lima tahun aku hidu..

Walaupun sekali imbas..aku memang cam sangat itu bau dia..lantas aku menoleh semula dari mana datang arah bau itu..aku perhatikan sekeliling di kawasan pusat beli belah itu..mata ku meliar mencari sang kelibat empunya bau badan..

Lovillea sweet floral bewarna purple..

tiba tiba mata aku berhenti dari mencari dan fokus kepada satu pasangan di penjuru restoran yang terdapat di dalam kawasan mall..kurang lima meter dari tempat aku berdiri..tegak aku menyaksikan gelagat mereka..gembira..itu memang Dia

Pandangan mata ku beralih semula dek panggilan seorang rakan.."wei, kau tengok apa?..jom lah gerak.."

"Ok-ok..kejap" aku toleh semula pandangan pada pasangan itu tadi..aku tersenyum..segala kenangan lama mula bermain di kotak fikiran ku..dadaku terasa sebak seketika, aku berdehem melepaskan benak di jiwa..

"Ejat..singgah watson kejap..aku nak beli barang.." pinta ku pada Ejat..

sampai di Watson..aku terus ke rak wangian..

"Tadi aku nampak dia masa kita lalu depan mekdi tu..kau okay?" ejat bersuara ketika menurun kan aku di depan pintu rumah..

Aku lemparkan satu senyuman pada ejat.. "okay je"

Sunday, September 23, 2012

<< Rewind . Stop > Play

Haikal rebah ke bumi..terasa berat dan panas kepalanya..sesekali terasa nyawanya ditarik..dia mengerang kesakitan..pandangan mata nya semakin kabur..terbaring di sebelahnya jasad seorang wanita yang amat dikenali, di genggaman tangan nya tersemat sejambak bunga ros merah..sudah tidak bernyawa..darah membuak-buak keluar dari kerongkong akibat kesan kelaran..air panas mengalir jatuh dari kelopak matanya dan mengalir perlahan di pipi Haikal, tangan Haikal bergerak lemah ingin mencapai sesuatu dari poket, sambil pandangan Haikal masih kejap pada wajah wanita itu, semakin lama semakin kelam..gelap!


***************************************************************

Jam lonceng mengejutkan lena Haikal pagi itu..seperti seminggu sebelumnya..celik mata sahaja, sudah tersedia sarapan dan baju yang harus dipakai olehnya hari ini..Haikal bangun dengan senyuman yang meleret..dia mengambil bingkai gambar yang diletak di atas meja tepi sudut katil..tersenyum Haikal merenung wajah wanita berbaju polka dot hitam, merah jambu dan bertudung bawal di dalam gambar itu..dia kembali mengambil sesuatu di atas meja..kotak yang dibaluti baldu rona merah itu di buka..sebuah cincin silver bertahkta batu permata di tilik..dia menutup kembali dan menarik nafas panjang..lekas-lekas dia bangun sambil mencapai tuala menuju ke bilik air..

Haikal merenung bias wajah dirinya di cermin..seakan mengatakan sesuatu kepada dirinya sendiri..seperti sudah puas hati, beliau terus menuju ke muka pintu bilik sebelum berhenti seketika..ahh, dia pusing kembali..terlupa sesuatu..di ambil kotak baldu berona merah itu lalu di sisip ke dalam poket seluar..tap! tap!,  telapak tangan nya menepuk nepuk poket kembali..


***************************************************************


Zulaikha menaip sesuatu di telefon bimbit nya..kepalanya berdenyut pening..kalau tidak kerana rindu, tak sanggup rasanya untuk keluar esok hari, tapi kerana Haikal mendesak membuat kan dia mengalah..lagipun sudah lama rasanya dia tidak bertemu dengan kekasih hatinya itu sejak Haikal mula bekerja di KL...terasa kasihan pula dia hendak menolak permintaan untuk berjumpa, Haikal mengambil cuti untuk balik ke rumah Ibunya di seremban..dan kata Haikal lagi..ada sesuatu yang ingin diperkatakannya..Zulaikha masih meneka neka..


..Haikal membuka pintu kereta untuk Zulaikha..selepas mengambil Zulaikha di rumah tadi, mereka berdua bersarapan di sebuah kedai bersama sama, setelah itu, dia membawa Zulaikha ke Dataran Seremban..betul-betul di tengah bandar Seremban..dia mengarahkan Zulaikha menunggu di salah sebuah kerusi taman di kawasan tersebut..tanpa bertanya Zulaikha terus mencari tempat duduk, kepalanya masih pening sedikit...dia merebahkan punggung ke kerusi di bawah teduhan Pokok yang merimbun..tidak berapa lama, dia melihat Haikal menuju ke situ sambil tangan nya tersembunyi di belakang badan..

"Untuk awak.." Haikal menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Zulaikha..

Zulaikha mencapai bunga itu sambil tersenyum.."Terima kasih awak.."

Haikal mengambil tempat duduk di sebelah Zulaikha.. " Saya..err, saya ingat.." tergagap-gagap Haikal melontar kata.. " Saya nak jadikan awak isteri saya.." sekali nafas Haikal bercakap..

Muka Zulaikha pucat..kejadian berlaku terlalu pantas, satu hayunan kayu tepat hinggap di kepala Haikal..kata-kata terakhir dari mulut Haikal masih membekas di telinga nya sedang dia belum sempat membalas pertanyaan itu sebelum beg tangan diragut oleh dua lelaki yang datang dari arah depan Zulaikha..Haikal cuba melawan sebelum dia rebah akibat pukulan kayu itu..Zulaikha menjerit meminta pertolongan..tindakannya itu memburukkan lagi keadaan, dek kerana terkejut dengan jeritan Zulaikha, salah seorang peragut itu mengeluarkan pisau lipat dan terus menerkam Zulaikha dan mengelar lehernya tanpa prejudis..

Tudung bawal yang melilit kepala Zulaikha beterbangan ditiup angin..Haikal cuba untuk bangun tapi kesan pukulan itu menyebabkan dia tidak berdaya..tatkala pandangan matanya melihat Zulaikha dikelar dan dua peragut itu melarikan diri..Haikal terasa dunia nya bergerak perlahan..dia sedaya upaya bangun menuju ke arah Zulaikha..setapak dua Haikal termampu..Di mendongak ke langit..cahaya matahari tepat memancar ke matanya..pejam!

***************************************************************



Tegak Haikal berdiri....

Seketika Haikal seakan-akan lupa dimana dia berada..di pandang sekelilingnya..deretan kereta yang bergerak perlahan serta bingit hon akibat kesesakkan di dataran Seremban sedikit menggangu dirinya..Haikal menggenggam kepala..terasa berat dan berdenyut..fikiran nya kosong..jiwa nya tiada

"Haikal..jom balik"..puan Hani memanggil anaknya..sejak dari tadi dia mengikut Haikal..sudah seminggu  puan Hani mengikut Haikal dari jauh berulang dari rumah ke situ setiap pagi sejak Haikal tersedar dari koma selama sebulan di Hospital..dan setelah Haikal berdiri beberapa ketika di situ, dia hanya akan memerhati sekeliling seperti cuba mengingat sesuatu..

puan Hani mengesat air mata nya..dia mengimbas seketika

"Mak..Haikal nak jumpa Zulaikha kejap lagi..doakan orang ye.."

"Hati-hati tu kal..goodluck!"..tersenyum puan Hani..baru sahaja sampai semalam di rumah dari KL, Haikal terus menceritakan yang dia mahu melamar Zulaikha..

Thursday, September 20, 2012

The Feeling

cewahh..tajuk kemain mat saleh...wikikiki

semalaman aku mendengar sebuah muzik yang di luar lingkungan arus perdana masa kini..band band indie yang betul-betul underground..tiada publisiti melampau daripada mana mana media massa atau media cetak, cuma menggunakan saluran laman sosial dan kebergantungan pada internetsitasi semata..ternyata, kualiti muzik dan lirik-lirik mereka sangat di luar jangkauan aku, kadang-kadang cukup dengan lantunan instrumen mereka, aku sudah terbuai dalam imaginasi bunyi yang disampaikan..turun naik nota muzik yang mendebarkan dan menusuk ke seluruh jiwa..itu belum lirik-lirik yang mengguna pakai bahasa-bahasa tinggi lagi tu..makna kata yang cukup padat tepat dan sampai terus walaupun kadang-kadang ada sesetengah perkataan tu aku harus rujuk pada kamus..nampak tak impak dia, sampai aku sanggup selak kamus tu..dan kalau nak di bandingkan dengan muzik2 yang mainstream sekarang..aku rasa bertiang lampu dia tinggalkan, aku pun tak faham pada penulis lirik serta komposer masa kini, adakah mereka lebih cenderung menghasilkan muzik demi keuntungan atau kepuasan mereka sendiri? kadang-kadang lagu tu langsung takde makna dan boleh berdarah terlinga kalau dengar..

takde point pun aku buat entri ni sebenarnya..cuma untuk kepuasan diri sendiri..seperti mana aku dengar muzik ni..memuaskan hati sendiri itu jauh lebih bermakna dari puas kan hati orang lain dalam terpaksa..sampai satu tahap tu, orang boleh terima dengan apa yang kita buat sebab jauh lebih ikhlas daripada di buat-buat..

engko orang nak tahu lagu apa? carilah sendiri..sebab bila kita berusaha untuk mencari yang terbaik, kepuasannya tak dapat digambarkan dengan kata-kata..umpama lagu itu milik kita seorang..nyinyinyinyi

sesambil dengar muzik ni..aku mengilap gilap bebola kristal..sampai pada suatu hari nanti, aku akan golekkan ke gadis polka untuk dia miliki.. :)

si ahli falsafah jalanan bermain dengan kata katanya..menjadi senandung irama meruntun jiwa

boleh bagi definisi perkataan ni tak dan bina ayat dengan nya? : polysyllabic, modicum, fragmented, luminosity ..terasa tak termampu aku nak gunakan dalam percakapan seharian..

ah, terasa betapa sampah dan pasar nya bahasa aku :'(

Tuesday, September 18, 2012

kecelaruan

Ye..hari ni hari aku merasakan tahap kecelaruan yang amat2 sangat..

Mana tidaknya..aku rasakan tido aku malam semalam umpama tidur lima saat dan bermimpi tiga hari..terasa mimpi tu sangat lama dan sangat sangat tak masuk akal mimpi aku..dah nama pun mimpi kan..kekompem la tak masuk akal..tapi tu lah..mimpi yang real..langsung takde kena mengena dengan apa yang aku hajatkan sebelum tidur..aku malas nak story pasal mimpi tu..skip sampai terjaga..bila dah terjaga tu, kepuasan tidur memang takde langsung..perasaan mimpi tu terbawa sehingga tersedar..dan aku dah lambat..

Kalau ikutkan,hari masih awal..tapi lambat untuk perjalanan aku..so sebab nak catch up time perjalanan tu, aku sesiap mana yang patut dan aku togok neskepi semalam, nasib baik elok lagi..kelam kabut juga lah pagi aku semalam, dengan cuti 3hari tetiba kena masuk mod kerja, bleghhhhh..semamai mamai jiwa aku..masa atas motor pun ntah pape ntah aku pikir,sedar-sedar dah sampai..terasa pelik dan lagi pelik, aku sampai 20 minit awal..mak oi, terkejut juga sebab kalau ikutkan kerelitifan hukum masa..aku sepatutnya sampai lewat 5 minit lepas pukul sembilan..sesambil terasa pelik tu, aku langkah kan kaki menuju ke kedai makan di tepi Opis..sambil nyalakn rokok pertama untuk hari tu, aku pun order lah "Air Nes' O + Roti Kosong banjir" dan yang sampai air "Nes'Lo dan roti telur..dem, aku salah order atau yang amek order tu salah dengar?..aku tak banyak soal dan bedal dengan rasa kecelaruan bertambah..

Dan semakin bertambah bila mana, aku ditugaskan dalam bahagian latihan dan marketing yang sememangnya amat2 aku tak suka dan tak gemar untuk ajar mahu pun tunjuk ajar orang..sebab kalau orang lambat pick up apa yang aku tunjuk, aku boleh naik hangin..sesapa yang dulu aku jadi instruktor untuk LI tahulah perangai aku macam mana..belum habis lagi, tambah lagi tahap celaru tu..memang best kalau tengah sesedap rasa design, komputer anda rosak..ye ROSAK!!...arghh stress woi..

Melegakan sikit tahap stress dan kecelaruan otak memikir bila makan free hari ni..sesambil cuci mata dekat gegadis, borak2 kosong..huha sana huha sini dan berasap..

Ok sambung celaru lagi..masa balik, dan semenjak dua menjak ni, aku asik terjumpa wajah2 manusia yang sememangnya aku tak pernah jumpa mahupun kenal apantah lagi berkawan..datang tegur aku siap tau nama aku semua..wadeheee is happen to my memories u scumbag brain!!! aku langsung tak boleh ingat siapa mereka yang tegur aku tu..tadi masa balik, adelah 2-3 ekor mamat naik superbike ducati weii, tegur aku..memula cuak jugak brader motor ni apehal pelahan sebelah gua siap fullface helmet..kejap lagi hulur tangan salam aku..perghhh terasa pemes amos kejap..siap kenal aku tu tak leh tahan..

sampai rumah aku dah capai segelas neskepi panas dan panadol activfast..kepala aku dah start berpinar dah..tak leh nak brain apa yang terjadi hari ni..dan tadi tengah sedap buat skecth idea untuk kerja esok, mak aku boleh tegur pulak.."engko ni kerja ngadap komuter, balik ngadap komputer..tak keluar ke dgn awek?" warghhhh T_T..ibu, masa cek tak kerja ibu bising suh cari kerja, jangan asik melanguk tak tentu hala..ni cek dah kerja baik punya ibu sekolahkan cek pulak pasai awek..wuuuu sedeh betei..mana nak cekau marka ni?ah lantak lah..gua nak tunggu gadis polka gua jugak..no dakwa dakwi atau kenen kenen..k lah babai, gua nak kurangkan rasa celaru dengan stalk wajah kesayangan gua..come to my heart gadis polka..

ahh lega dapat mengarut..lantak korang lah baca ke tak..kekekeke

Friday, September 14, 2012

Beautiful sadness

I love life

Huh? but you just got dumped..

well yeah, and i'm sad

But at the same time , i feel happy that something can make me feel that way..
Its like, it makes me feel alive, you know?

It makes me feel human. The only way i can feel this sad now, is if i felt something really good before.
So i have to take the bad with the good. So i guess what i'm feeling is like a beautiful sadness.

-Southpark

Thursday, September 13, 2012

live the life..

There could be a beauty in tragedy..

ye..aku takrifkan 3 hari aku sebelum ni sebagai tragedi..terasa takde life at all..bangun pukul 6, usai solat bersiap dan breakfast..aku gerak pergi kerja..perjalanan yang agak jauh sedikit membebankan..di dalam perjalanan, pelbagai benda yang aku fikirkan atau terfikir, bayang wajah kerinduan juga turut hadir..sambil berzikir..

Perjalanan sejam disusuli meredah sesak trafik pun kadang-kadang menguji diri untuk bersabar..adakala aku memerhati kemalangan, mengajar untuk aku lebih berhati-hati..

Sampai di Ofis..memerah otak pula untuk mencari segenap idea, so far tiada tekanan di tempat kerja, aku masih cuba untuk membiasakan diri..dah lah aku ni jenis kalau baru baru kenal pendiam nak mati..sekarang aku jadi orang yang kalau boleh cuba mengelak dari berbual..nasib2 je la kalau staff lain dapat borak dengan aku, habis kalau dah kerja ngadap komputer mana aku nak pandang benda lain..masa aku untuk melepak pula ketika lunch dan solat..

petang dalam pukul 6 aku gerak balik..dan sama dengan cerita masa perjalanan pergi..fikiran aku terlalu jauh menerawang..hati aku masih membibit zikrullah..

sampai rumah je magrhib..jadi lepas mandi dan solat, samada aku rehatkan diri atau makan..badan toksah cerita lah penat dia, bekerja, memerah otak, meredah perjalanan..letih..kemungkinan untuk aku tertidur ketika baring adalah sangat tinggi..nak keluar melepak memang dah takde semangat langsung...

makna kata aku takde contact orang langsung masa sekarang..jadual harian aku total berubah..bangun, kerja, balik, tidur..dan pagi tadi aku terasa sunyi yang teramat dengan gaya hidup aku sekarang secara tiba tiba..bagi aku satu tragedi..

Tapi aku masih mampu tersenyum ketika ini..
cukup sekadar melihat gambar dan berinteraksi dengan si gadis polka dan cukup sekadar aku mengadu nasib pada sang Pencipta..

Moga ada keindahan dihujung-hujung hidup aku..

Tuesday, September 11, 2012

Ku pendam sebuah duka..

6.58 p.m

Aku baru balik dari kerja..penat meredah perjalanan sejauh lebih kurang 50km..

Laci meja study aku buka..tangan meraba raba mencari sebiji android..
aku tekan punat untuk menyalakannya..

Aku dapat satu voice note..dari seseorang rakan..konon nya nak menceriakan..

"Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimpi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan..."

"selamat gagal kali keberapa dah ni woi..wakakaka..jom karok, aku belanja"

menyesal aku berkongsi rasa dengan dia..ingat dapat tolong..
dan sekarang..perasaan aku macam sial !! sial !! dan sial !!

Mimpi

Entri ni aku taip lebih kurang sepuluh minit selepas sebaik aku tersedar dari tidur..

MIMPI

Hari ini..aku mimpi..bayangan wajah yang selalu hadir melatari segenap ruang lenaku..aku berjalan seorang diri di persisiran pantai, air laut bewarna ungu..ombak nya tidak menggulung tetapi melambai..ufuk horizon nya bewarna biru lembut..di dada langit beterbangan unggas-unggas yang aneh bentuk nya..aku duduk menghadap ke laut..aku merasakan air panas mengalir di pipi..aku kesat perlahan, ya aku mengalirkan air mata tanpa mengetahui apa punca..

Di saat aku mahu berjalan terus masuk ke dalam air bewarna unggu..dari belakang tangan ku digapai..tersentak dengan itu aku menoleh kebelakang, terkedu aku melihat wajah yang amat ku kenal..susuk tubuhnya seakan bercahaya, berkabus dan telus..umpama bayang-bayang yang jelas kelihatan..dia menarik ku kembali ke pantai sambil tersenyum..mata ku masih tidak berkedip melihat wajah itu..

Dia melepaskan genggamannya..sambil tangan nya menunjukkan sesuatu lohong kosong di bahagian dada nya..ia nya seakan-akan lutsinar dan boleh nampak apa yang berada di belakang..seperti ingin menyampaikan sesuatu..aku masih tertanya-tanya tanpa sebarang jawapan..saat aku cuba untuk menutup lohong itu..angin bertiup..lantas aku cuba melindungi dirinya yang bersifat seakan kabus itu..aku depakan tangan menahan kencang angin..seluruh tubuhku tersentak dan menggigil dengan angin yang menggila itu..aku pejamkan mata dan bertahan..di saat aku mahu rebah itu..aku dapat merasakan dia memegang bahu ku dan ada sesuatu yang di perkatakannya tapi kurang jelas..aku cuba toleh kebelakang..perlahan ku buka kelopak mata..dan

Aku tersedar dari mimpi..dan muka ku betul betul menghadap tingkap yang terbuka..di luar angin kencang seakan mahu hujan..diri ku masih cuba membezakan realiti dan mimpi saat terbangun itu..aku masih dapat merasa lekit air di bawah mata dan pipi..mata ku berair..aku tadah telapak tangan dan berdoa..lantas kuraup kemuka..Astagfirullah..pukul enam..

mengapa aku masih mimpi kan dikau..mengapa mesti engkau..

Monday, September 10, 2012

Aku yang tersakiti



Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkan ku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Demi Hati

"demi hati..aku tak mahu berterusan sepi sendiri meratapi si dia yang tak mengerti.."

mungkin ada benda yang harus aku biarkan..meski aku tak sanggup..biarlah aku meruntun sendiri..lagipun, aku datang tanpa di undang, jadi tiada masalah aku pergi tanpa di ratapi..dan bukan nya dia sedar pun akan kehadiran aku..semoga dia bahagia sentiasa..

Kerja

Hari ini hari pertama kerja di tempat Baru..

yup..aku dah jadi orang yang bekerjaya tetap kembali..walaupun aku cuba lari dari bidang yang aku minat..tapi akhirnya aku terpaksa bersemuka semula..mungkin rezeki aku memang dah ditetapkan dalam bidang design ni..maka aku terima seadanya..tapi, ya ada tapi nya..barulah cerita melayu..ahaha

Tapi itu ialah..keadaan kali ni agak berbeza..pertama-tama nya..aku tak mintak kerja ni, dan aku tak jangka dapat kerja ni..kedua, jarak tempat kerja dan rumah yang agak jauh..sejam perjalanan, ketiga, waktu bekerja, ya..waktu kerja yang teramat fleksibel bagi seorang designer..untuk sebulan ni, aku perlu check in dekat ofis, mungkin sesi penyesuaian diri dan suai kenal..selepas sebulan, aku boleh bekerja terus dari rumah dan datang ofis hanya bila diperlukan..perghh, freetime betul tu..lepas tu, kerja lima hari, ahad dah memang tentu cuti dan satu hari lagi aku boleh pilih enam hari yang lain dalam seminggu..heaven!..gaji Alhamdulillah, boleh la tahan..lagi ke berapa ek?, kejap aku cek balik..oh ke empat..Segala idea dan masa menjadi hak milik mutlak aku..dalam erti kata lain, aku bebas untuk mencurahkan apa yang aku mahu demi kepuasan..ini yang aku impikan dari dulu lagi dalam jadi seorang designer..dan aku juga bebas mengkritik apa jua ketidak puas hatian dalam berkarya..wehooooo..seronok beronok ronok..

Aku tidak pernah menjangkakan apa yang bakal aku hadapi sehingga kini..

Hurmmm..apa yang aku dapat pelajari apa yang aku lalui sehingga hari ini ialah..selagi kita bersyukur dengan apa yang kita ada, bersabar dalam mengharungi sesuatu benda, redha dengan apa yang berlaku dan jangan sesekali berputus asa..dan sentiasa berdoa kepadaNya..percayalah..Dia sentiasa mendengar dan akan membantu Hamba Nya..sekali lagi aku bersyukur..Alhamdulillah..

Makanya..aku perlu menormalkan kembali waktu tidur aku..sekurang kurangnya untuk sebulan ini..dan perlukan ketahanan badan untuk mengharungi perjalanan jarak jauh..

Kali ini aku akan kembali dengan Lebih yakin dan Fokus..kalau dulu aku mengeluh..kali ini aku akan berikan segala apa yang telah aku pelajari sebelumnya..Demi untuk diri sendiri dan masa depanku..

Sunday, September 09, 2012

Cerita Dia




Sempurna...
Cerita yang tak sempurna..
Apakah alasannya..
Siapakah di hatinya...

Bahasaku...
Mungkin tidak seindah..
Lafaz kata pujangga..
Namun ku bersumpah...

Rela ku tunggu..
Jawapanmu...
Masihkah aku ada..
Di hatimu...saat ini..

Biar tubuhku kan terpaku..
Biar jasadku..
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...

Semangat!!

there is always a light at the end of the tunnel..

Gadis Polka : visi

Mata nya..mempesona, senyuman nya..manis sempurna
wajah yang sentiasa berlegar di alam nyata dan meneman lena..

Budak perosak parti!

Naif sungguh tajuk entri aku kali ni..hewhewhew..masuk hari ni empat hari sudah berlalu sejak kali terakhir aku merasa umur 23..sedih..dan kesedihan itu terubat sedikit pada hari semalam..meh sini meh dengar aku cerita..bawa bertenang dan mari berjoget..

Hari sabtu..aku takde aktiviti yang hendak dibuat..cuma petang sahaja mahu pergi berkaraoke bersama rakan rakan..kalau pergi berdua tu boleh guna rakan rakan tak?..apa apa je lah..so sementara nak menunggu petang tu..aku menghabiskan masa tengok tv dengan family aku..cerita Thor..walaupun tv dah menayangkan cerita tu pada mereka..aku tetap menjadi narrator pada jalan cerita tersebut..makna kata, aku memang tak boleh fokus nak layan cerita tu..

Sebabkan dah kebosanan nak menunggu kawan aku datang, aku amek keputusan untuk menerjah beliau di rumah dia..takde lah awal sangat pun aku pergi, dalam 10 minit dari masa yang dijanjikan..aku pun gerak lah dengan takde rasa bersalah masa tu..

Sebelum sampai ke rumah dia, aku amek keputusan untuk singgah kedai beli rokok..lepas tu tergerak hati nak call dia..call punya call tak diangkat..punya lah payah nak becakap dengan mamat ni macam nak date dengan presiden je gaya..tiba tiba mata aku dapat menangkap body solid kereta kawan aku..so dengan gaya penyiasat pencen, aku follow dia dari belakang..dalam hati berkira mungkin dia nak pergi rumah aku kot..tapi jangkaan firasat hati aku nyata meleset..hamboi, berbahasa aku ye..haha, okay fokus, kereta dia menuju ke mekdi tepi laut dekat tanjung arang..aish, aku dah suspek mamat ni mesti pegi dating ni, ciss dasar jantan..awek punya pasal kau lupakan aku ye..rasa sedikit kecewa aku masa tu..disebabkan dah sampai mekdi tu, kebetulan perut mengidam Mcflurry..aku pun pergi lah masuk dalam mekdi tu..

Masa masuk tu, aku dah rasa kelainan..ada dua tiga kelibat lain yang aku kenal..eh, ni kebetulan ke berjanji ni..hati aku berkata lagi, oi hati..kalau kau nak cerita..kau handle je la blog ni malas dah aku, asik nak celah je..okay la okay..engko sambung la cerita, bisik hati..tau pun takut, bisik aku..bahahahaha..

So disebabkan dah ada member yang lain, aku pun bebuat la tegur diorang..masa tegur tu, muka sekor sekor macam terkejut tengok kecomelan aku..haish, susah jadi warga comel ni..lepas tu memasing menggelabah seperti keli..ahaha, perumpamaan baru aku belajar hari ni..masa diorang menggelabah dekat kaunter tu..datang member aku yang memula tadi dengan bawak kek sambil cakap.."eh, cepat betul kau datang?, aku mesej kau baru 3 minit tadi.."tanya dia pada aku.."yeke? aku atas motor la tadi tak perasan.." jawap aku selamba sambil ada brader tu jeling kat aku..oh aku termasuk que rupanya..maap maap, sengih aku pada brader tadi..

"Kata nak amek aku?" soal aku pula..

"Memang nak amek kau, tapi aku tertinggal kek kau dekat rumah ni tadi..tunggu kau datang, lepas tu nak prank kau" jawap dia selamba..

Member member yang lain dah tepuk dahi.."yang kau pegi cakap buat apa mangkuk!!" bidas remi..

"Cakap apa ni?" tanya aku kepelikkan..langsung tak terpikir prank tu untuk aku..

time tu keadaan menjadi sedikit awkward..member aku yang tengah pegang kek tu pun masih steady cool..dia pergi dekat kaunter sambil cakap sesuatu dekat pekerja mekdi..

aku yang masih tak dapat tangkap apa yang sedang berlaku pun buat-buat cool..lepas tu ramai-ramai beratur dekat kaunter untuk amek order..sampai turn kitorang, memasing pun order lah makan sendiri..sambil tunggu..masa order dah siap tu..semua pekerja mekdi datang kearah grop aku sambil bawak order sorok sorok..kemudian..

Pada masa lagu Happy birthday tu berkumandang..masa tu jugak lah handphone aku berbunyi dan dengan tindakan refleks aku yang cepat aku jawap call tadi sambil cakap.. "Diam woi diam..mak aku call!!"..

"HEKELEHHHHHHHHHH, BOOOOOO" serentak rakan-rakan aku dan seluruh pekerja mekdi bersuara..

Hahahaha..lepas jawap call, kitorang buat lagi sekali..tapi dalam suasana takde thrill langsung..yep, aku menjadi party crasher untuk party aku sendiri..cooliawww weyyy!! bukan selalu dapat..achievement unlocked..

p/s : Tiramisu yang paling tak sedap pernah aku makan..thanks kawan..

Friday, September 07, 2012

Rindu

Seperti selalu..

Selang sehari tanpa bayangan dan taipan
Gadis polka.. Gusar dan gundah jiwa terasa..


..Rindu

Awek 7e

Selepas sahaja salam kedua..aku menadah tangan memanjatkan doa kepada sang pencipta..terkumat kamit mulut aku membaca sedikit doa berbahasa arab diiringi segala apa yang terbuku dihati dalam bahasa rumi..lantas kuraup telapak tangan ke muka..amin

Berpusu-pusu manusia keluar dari rumah ibadat usai melakukan ibadah solat Jumaat..ramai, seperti aku..kebanyakkan mereka tidak menunggu lama untuk mebiarkan imam menghabiskan doa..tak tahulah mengapa, mungkin mereka ada tujuan lain dan harus lekas..aku pula? aku sakit perut sebab masa dengar khutbah sebelum tadi, aku menyibukkan mulut dengan mengunyah pisang..entah berapa biji yang aku telan tadi..memulas mulas perut..memang pelawas yang jitu betei pisang ni..

Lengang..perkarangan masjid hanya tinggal mereka yang veteran atau pemandu kereta yang park paling dalam..susah nak keluar..sebaik melepaskan hajat, aku terus ke garaj motor..ku pulas tombol seat untuk mengambil kotak rokok..ciss, hampa betul bila melihat tiada isi di dalam, yang tinggal hanya sisa sisa tembakau..perasaan hampa tu ibarat di dumb oleh awek yang dah lama kita minat..aku menggerutu dalam hati, bila masa pulak habis pun aku tak tahu..puas aku monolog dalam hati baru aku teringat rokok aku di pow oleh jaga Majlis..

Aku tekan elektrik starter ego Lc yang berusia enam bulan ni..senyap dan mantap bunyinya..motor ni pernah beat kancil tahu dekat atas highway..jangan main-main..dan aku tetapkan pendirian untuk singgah ke 7e..ku seluk poket seluar bagi memastikan duit mencukupi..sebab tadi aku tak bawak wallet mahupun handset..ngam ngam sepuluh ringgit, tadi dua ringgit dah aku masukkan dalam tabung derma..

Aku berhenti kan motor di kaki lima betul betul berhadapan pintu masuk..7e ini kerap aku singgah sebab tak ramai yang datang..aku pun tak tahu sebab apa, tapi aku suka suasana yang macam ni..aku jeling kedalam kedai, seperti biasa tiada pelanggan lain mahupun pekerja..yang aku heran pasal 7e ni satu ialah sebab pekerja mereka tak pernah tetap, kalau minggu ni aku pergi orang lain..tiga hari kemudian jumpa orang lain, nak kata shift tak juga sebab siang malam aku selalu datang..dan aku tak pernah sempat nak kenal sorang pun dari pekerja kedai ni..hahaha, macam takde kerja pulak nak kenal orang ye dak? tapi apa salahnya mencari rakan baru..

Aku masuk diselang dengan bunyi paling biasa kita akan dengar kalau masuk mana mana kedai 7e..aku terus ke kaunter untuk beli rokok..tiada orang, aku perhatikan sekeliling sambil memanggil "Enibadi hom?"..perghh speaking katanya..tiba-tiba, mata aku tertumpu pada satu susuk tubuh kecil molek yang datang dari belakang kedai..suasana dan masa bertukar pada efek slow motion..langkah susuk tubuh genit itu dihiasi dengan angin yang sayup sayup dan gemilau cahaya mengasyikkan..aku seakan terpana dengan efek tersebut..

Kecil molek, senyuman nya menggoda..matanya memukau Bundar tapi galak..tak tau lah kalau dia pakai lens, anak matanya sedikit bewarna..aku terpaku sekejap..lupa apa tujuan datang ke situ..sambil awek tu bertanya aku nak beli apa, mulut ni telah mengeluarkan suara itik mengawan..nyaring..ciss fail betei kotak suara ni depan awek..aku berdehem sekali sambil berkata "Winston light"..sambil tersengih kerang..awek ni pun membalas sebaik mungkin senyum buatan aku tu..fuhh, mengucap sekejap aku tengok dia senyum..

Di hulurkan pada aku kotak rokok..aku sambut dan dibalas dengan not sepuluh ringgit..jemari mulus nya melakukan contact pada jemari aku..halus dan lembut kurasa..serta merta bulu roma di bahagian tengkuk meremang..ah sudah..dan secara kebetulan mata kami bertentang..Masa terhenti selama tiga saat..satu..dua..tiga..

Aku rentap tangan aku dan mula gerak menggelabah ke muka pintu..Tolak, masa naik motor, aku sempat melempiaskan pandang beserta senyuman paling ikhlas yang termampu kuberikan..kemudian, awek tersebut turut membalas senyuman sambil melambai kan tangan..ahhh, dunia terasa seperti aku yang punya..girang hati sambil bernyanyi..aku bawak motor sambil tersengih sorang sorang..

sampai dekat rumah..aku seluk poket untuk mencari kunci rumah..tetapi ada sedikit kepelikan.."aik, mana pulak pergi duit aku ni?.." aku mempersoalkan diri, tadi ada sepuluh, beli rokok lapan ringgit setengah..mana baki nya?..dan saat itu juga aku tersedar akan lambaian awek 7e tadi..

"jilaka, aku lupa ambil belen!!"

tunggu tiga hari kemudian sebelum aku pergi balik ke 7e tersebut..harap-harap dah tukar pekerja..

Malu

Harapan #2


"Malam ini hanya satu harapan saya..
 ..agar semua impian awak akan jadi kenyataan.
Walau dalam impian itu adanya saya atau tidak wujudnya saya.."

"Harapan awak kedengaran seperti awak tidak mampu menyimpan harapan?"

"Kalaulah kita mampu meramal masa depan,
seperti kita mampu meramal kedatangan gerhana bulan,
saya takkan pernah berhenti berharap. Walau satu detik."

baca lebih lanjut di sini >> - Gadis Masa Depan 

sumber : bilamentolmenyala

Perli atau Puji

"Aku salute dengan orang yang banyak kali tukar kerja. They got many experienced and faced many people to handled.."

aku terdiam sejenak..

berfikir.

Sedikit cuma #3

Harapan

Biarkan aku terus hidup dengan kegilaan. andai di situ terletaknya harapan dan impian

Thursday, September 06, 2012

Sedikit cuma #2

KOMITMEN

Komitmen?

"dengan Tuhan pun komitmen aku bersepah tak tentu arah..ini kan pula aku nak cerita komitmen pada sesama manusia..ceh"

kata-kata seorang rakan ketika aku tanya perihal hujung cinta beliau dengan kekasih hati..

Sedikit cuma #1

andai aku disamakan dengan bintang bintang yang bertaburan di dada langit malam..aku mungkin bintang yang paling kerdil dan malap, hinggakan pada saat kau sedar akan kehadiran cahaya ku..aku sudah pun lama terpadam dan hancur dek letusan supernova cinta yang memakan diri..

Rezeki

Hari ini aku terpaksa buat kira-kira hasil pendapatan..

Jumlah masuk lebih sedikit dari jumlah yang akan keluar nanti..

Hadoilahai..macam mana aku nak pinang gadis polka ni..

Kerja seminggu dapatlah menampung hidup aku untuk tiga minggu yang akan datang..itu pun setelah ditolak dan dibendung sedikit keinginan yang bukan bukan seperti mentekadarah di Restoran kapitalis, nak pergi legoland, nak..ahh pendek kata macam macam la benda aku nak yang pada dasarnya bukan keperluan, tapi kemahuan..aku muhasabah diri kejap..dahulukan benda yang penting..simpanan harus ada, roadtax harus dihidupkan *time duit masuk, time tu la beliau nak expired* , rokok itu kewajipan..haaa, keinginan yang ni aku memang tak dapat nak bendung, puas aku fikir macam mana, lantas aku buat buat tak nampak je dekat lejar aku selit kan rokok dalam kolum peruntukkan liabiliti..ahahaha parah betul kalau sekolah dulu amek aliran akaun..

"undilah diri sendiri untuk menjadi pemerintah yang sewajarnya !!" 
- masa buat kira-kira tadi, sempat lah juga aku mendesignkan potrait ala2 poster mengundi ni..
takde kaitan dengan entri sebenarnya..ahohoho.. 
aih la rezeki..punya susah untuk dicari..dan senang senang ia pergi..

Sepatah Dua Kata

Aku masih leka membelek kertas kerja yang aku usulkan dua hari lepas..walaupun hari tu cuma Briefing khas sempena tamatnya projek usahasama aku dengan salah satu Hotel di Tanjung Arang..konsentrasi aku sebenarnya sedikit terganggu gara-gara Breifing yang dimulakan awal pagi tanpa aku bersarapan..makanya perut mula mengambil alih peranan berfikir secara waras..serba tak senang duduk dibuatnya..aku cuba kembali fokus..namun disebabkan ruang tempat kami Breifing ini agak terbuka, ialah buat dekat Lounge Hotel..mata aku lebih tertarik pada gelagat manusia manusia yang berjalan mundar mandir di situ..aku cuba mengintai sedikit ruang untuk melepaskan diri sekejap..so aku ambil keputusan dengan menyatakan yang aku mahu ke tandas..

Aku berjalan di kaki lima Hotel mencari Rest room..tapi tujuan utamanya ialah nak mencari makan..aku langkah kan kaki aku ke Restoran Hotel..fuhhhh, bersepah makanan yang tersaji, tanpa fikir panjang..aku meneruskan misi mengisi perut..

Aku perhatikan dari jauh para committe yang sedang leka bermesyuwarah..asap berkepul keluar dari mulut aku..bila perut dah kenyang ni, hati mula lah senang..sambil sambil aku bertwitter..usai habis sebatang rokok..aku kembali masuk ke Breifing pagi itu..pada aku tak kisah pun apa yang aku terlepas..kerja sudah selesai semuanya..takde aku nak pening-pening, lepas dengar apa semua ni..aku cuma perlu sain beberapa kertas dan ambil payment..hati mula mencongak congak apa nak buat dengan duit tersebut..hahaha, tiba - tiba..

"Kami ingin mempersilakan orang yang bertanggungjawab dalam mengusulkan idea dan menafsirkan ia menjadi realiti..di persilakan Encik Faiz untuk memberi sepatah dua kata.."

Aku masih berkhayal dan terasa seperti mereka sedang bergurau..Speech? apa benda yang aku nak cakap? gila betul..tak bagitahu aku pun yang aku kena buat ucapan..hati aku mula tak sedap, ah sudah..kalau ajak borak pasal bola ke apa ke boleh la jugak, tak pun kalau yang didepan aku ni semua kawan-kawan, mampu lagi aku nak goreng ayat..aku masih berkata di dalam hati sambil kaki dengan berat cuba untuk berdiri..

Walaupun tak berapa ramai, dalam lingkungan lapan ke sepuluh orang aku dah lupa..tapi agak gugup juga bila nak buka mulut..Dah rasa macam leader group MLM pula..ahaha, aku gagahkan diri..dan mula membuka mulut..maka..

15 Minit telah berlalu..aku seperti tidak percaya bahawa aku mampu untuk melakukan ucapan yang pada dasar nya aku pun tak tahu isi-isi di dalam nya..lebih banyak kemengarutan dan punchline lawak yang aku hidang kan..rasa baru lepas habis buat show maharaja lawak pulak..hahaha..baru aku tahu betapa berhantunya istilah "Sepatah dua kata" tersebut..selama ni kalau time sekolah ke, kolej ke..aku bukan main angin lagi kalau Cikgu mahupun moderator membebel dengan kononnya nak cakap sepatah dua sahaja..bila dah kena batang hidung, baru aku sedar..

percayalah..tiada pembohongan yang paling hebat selain Sepatah dua kata..entri ni pun seakan satu pembohongan pada diri aku, kononnya tak nak buat lebih dari tiga perenggan..hahaha, korang tabahkan jelah hati baca ye dak?..itu lah sahaja sepatah dua kata dari aku, kalau aku nak selit kan apa yang aku cakap masa Breifing tadi, makanya entri ini akan menjadi entri yang berEpisod..so baik aku lupakan sebab aku kasihan pada pembaca pembaca yang lebih gemarkan bahan bacaan santai..

sekali bercakap..susah berhenti

Setahun lagi

12.00 a.m
6 September 2012

Hari ini aku melihat cermin..

Selamat Hari Kelahiran!

bias kaca mengukir senyuman..

umur meningkat setahun lagi..masih tiada kedutan..itu sudah cukup..seperti tahun-yahun sebelumnya..tiada sambutan yang dibuat..cukup dengan sekadar ucapan dari mereka yang mengetahui..aku tak berapa kisah sebenarnya..yang aku kisah kan perancangan yang aku buat..tinggal lagi setahun sebelum rancangan itu berakhir..gaya gaya kegagalan semakin terserlah..dan tinggal lagi setahun sebelum masuk ke suku abad kehidupan..gaya bercakap seolah aku bakal hidup seratus tahun pulak..hahaha..wallahualam siapa tahu..

aku kembali melihat cermin..hidup perlu diteruskan.."berikanlah yang terbaik pada orang lain andai kau tidak mampu berikan untuk diri sendiri..apa legasi yang kau bakal tinggalkan? "..

"aku tahu kau mampu.." lalu bias kaca itu menghilang..

Lamunan aku terhenti saat telefon berbunyi..

Satu mesej diterima..

Ahhh..Dia

si Dia yang tak pernah lupa dan gagal untuk sama meraikannya..selama lima tahun dan sehingga kini..walaupun tiada apa lagi ikatan antara aku dan dia..Terima kasih..

dan pada bonda.. sama ada itu ucapan atau bebelan yang berbekas dekat jiwa..aku terima seadanya..haha, pandai orang tua punya perli..

dan jika kebiasaan orang lain menyalakan lilin di kek dan meniupnya tanda simbolik..aku menyalakan rokok dan menghisapnya dengan selamba..fuhhh ini baru nikmat..

Wednesday, September 05, 2012

Esok

7.03 a.m
Hari ini aku bangun dengan kemalasan yang paling menebal..aku pun tak tahu kenapa, dan kenapa aku tulis ayat skemarama ni..ini tidak boleh diterima langsung..usai bangkit kemalasan, aku mengambil botol mineral lantas kugogok rakus sambil berselawat..fuhh kelegaan..aku capai kain sal dan menuju ke bilik air..

"Malas.." hatiku berkata saat melihat kepala shower..tangan masih di pili sambil kepala mengisar sedikit pendapatan samada mahu buka atau tunggu sekejap..badan masih tak sedia nak menerima tujahan air sejuk di pagi ini..ahh, aku lilit tuala di pinggang keluar dari bilik air..masuk balik ke bilik dan mencapai kotak rokok..

"Tinggal ni je?.." aku berbisik, tiga batang..

aku menyalakan sebatang sambil bersidai di anjung bilik, dari anjung ini aku melihat panorama belakang rumah, walaupun tak seindah mana pemandangan..tapi cukup menyegarkan, aroma udara pagi sungguh mengasyikkan diserta dengan kicauan burung pipit dan spesis lain yang aku tak ketahui kumpulan famili nya..Tanjung arang hari ini sedikit mendung..sudah tiga hari cuaca sebegini, mendung tanpa hujan..suram seakan mengetahui perasaan hati..

sedar-sedar rokok di tangan dah hampir habis..ku tarik dalam dan ketis keluar rumah..aku masuk semula kebilik air..fast forward..

Aku usap muka sambil menghela nafas lesu..ku tilik wajah di cermin.."kenapa tak bermaya ni?" aku soal diri sendiri..seakan satu perasaan yang membelenggu diri, tapi aku tak tahu apa perasaan itu..aku sandar ke sofa single seat warna merah..aku seluk poket seluar lantas mengeluarkan handphone nokia baling anjing..satu mesej diterima, aku membaca..ahhh, sial..

Aku tanggalkan semula baju dan seluar..aku sarung track suit tiga suku dan berlenggeng..aku rebahkan semula badan ke katil.."jilaka betul" aku gumam sendirian.."penat aku siap-siap pepagi ni"..sambil aku mengherdik dan memaki hamun..aku tidak sedar bila masanya aku terlelap..

8.10 p.m
Kucapai kotak rokok..sambil tak mahu melihat isi dalam walaupun aku tahu jika aku hisap sebatang maka tinggal yang terakhir..aku capai jua lantas kunyalakan..seharian 2 batang dan satu batang terakhir..aku lihat jam Everlast yang tak long lasting langsung tali nya.. jam bernilai RM 250.00 tersadai di atas meja, aku sempat pakai selama sebulan sebelum talinya putus direntap lahanat mana entah.."malas betul nak keluar beli.." aku kerling semula kotak rokok yang hampir renyuk..Esok..ya esok sahaja aku beli..

ketika aku menaip entri ini..aku telah melunaskan rokok yang terakhir dan sekarang aku kesangapan yang teramat..

Esok..

ahhh kejadah nak tunggu esok..aku capai kunci motor dan ku publish kan entri ini tanpa berfikir panjang..ahahaha..

Jatuh cinta

Mari kongsi rasa..

Pernah jatuh cinta? jika pernah..pernah tak pula Putus cinta ? ok..aku tak nak cerita pasal putus..mari kita jatuh cinta bersama hari ini..ahohoho..

Jika anda manusia tulen, bukan Klon mahupun robotik..maka nya engko orang punya hati dan perasaan..ada rasa kan?..dan secara tak langsung korang ada rasa suka dan lain lain elemen tentang rasa..aku tak payah nak intro panjang-panjang..mari kita berkongsi rasa, aku nak kongsi kan bagaimana rasa jatuh cinta sesama manusia yang tiada pertalian darah dan berlainan jantina mengikut norma alam..yang geng geng LGBT atau sumbang mahram tak tahu lah pulak aku..lantok keme la..

Disaat ini aku baru jatuh cinta dengan gadis polka..walaupun baru putus..tapi rasa hati itu tak boleh dibendung..terasa kali ini paling cepat untuk aku Move On..mungkin hasil dari kebangkitan aku kot..

Bila dah jatuh cinta pada seseorang tu..mulah lah asik nak dok bayang je wajah kesayangan kan..secara tak langsung, kita tanpa sedar menjadi seorang psyko dan mental..boleh jadi senyum sorang sorang..asik nak stalk orang yang kita suka..seboleh bolehnya kita nak tahu apa yang terjadi dalam kehidupan seharian mereka..dan begitulah yang aku alami sekarang..aku telah menjadi si psykopat cinta..

Setiap hari, hari aku dimulakan dengan menatap gambar beliau..kemudian diteruskan dengan sesi melawat laman sesawang seperti facebek dan tuitjer gadis polka..atau istilah manja muda mudi sekarang ialah stalker..aku memang dah takde kerja lain selain ini..dan kalau ada kerja pun aku sanggup abaikan demi melihat apa yang beliau buat..itulah bahana jatuh cinta..itu baru rasa..belum declare lagi kan..bahaya betul bermain cinta ni..ahohoho..

Tapi tulah..sebab kan belum declare..Title stalker dan psykopat cinta ni seakan menghantui diri aku..jika tak tengok apa-apa saja yang berkaitan beliau, Hari aku jadi tak lengkap..gundah gulana gitu..tu jelah kot yang aku nak kongsikan pasal jatuh cinta ni..engko orang rasa camne? taknak kongsi? jatuh cinta tak dengan entri ni? baik cakap jatuh..kalau tak aku tolak engko kasi jatuh nanti..ahahaha

Haish..Gadis polka..bila awak nak jatuh cinta dengan saya ni..


Putus cinta

Mari berkongsi rasa..

Sementara aku masih diberikan ilham untuk menaip entri ni..aku nak Taip dua entri sekaligus, topik lagi satu ialah Jatuh cinta , engko orang klik je situ..tu pun kalau berjaya dilaksanakan..hari ni aku kepagian, mungkin kerana aku tidur tak ikhlas kot..semalam selesema, lantas aku mengambil keputusan makan ubat lalu terus membongkang..bila kesan nya dah habis, resultnya haruslah terjaga ye dak?..tu yang tak best tu..tidur aku kosong sekosong kosong nya..amboi banyak betei kosong..ok dah, takyah nak cerita banyak..tadi masa bangun je, aku terasa nak mengongsi kan..ahaha, lain macam bunyi perkataan tu..lantok le..aku nak kongsi pengalaman aku Putus cinta..Rasa putus itu dan bagaimana aku handle kejatuhan empayar cinta aku..chewah..yang engko orang baca je kalau nak, kalau taknak pun aku tak pedulik..aku nak cerita jugak.

Bila sebut Putus cinta, ianya bermakna kegagalan dalam suatu perhubungan kan..macam mana nak putus kalau tak bertaut..ketika sekarang ini kalau aku putus cinta, ianya dah jadi seakan aku menghisap rokok..dah habis tu habis lah walaupun rasa macam nak hisap lagi..paham tak? tak paham takpe..diamkan je..makna kata aku tak berapa ambil kisah, rokok lain masih lagi ada..ahohoho..paling aku terasa ialah saat aku putus tunang, ia..putus tunang dan putus cinta tu lebih kurang kot? pada aku..sakitnya tuhan saja yang tahu, kecewa, hilang semangat..terasa nyawa direntap saat itu..aku pun tak tahu bagaimana ianya berakhir dengan kegagalan..setelah bertahun lama aku memberikan prestasi yang konsisten malahan maksima..hampir kepada garisan penamat, aku kecundang..mungkin kerana faktor alam semesta dimana berlaku pelanggaran kosmik-kosmik yang tidak kita jangka..impak nya bertebaran kemerata..

Kesan dari kegagalan itu membuatkan aku cuba lari dari kenyataan..aku mengasingkan diri dari dunia nyata, aku mencipta dunia aku sendiri..segala-galanya berputar 360 darjah..agak lama, makan aku tidak kira masa, tidur tak tidur aku tak ambil kisah..kesihatan diri terjejas..ahh, perasaan dia memang sangat jilaka ketika itu..aku hilang punca..ibarat free fall dari ketinggian 20 000 kaki..cuma menunggu masa tersembam ke bumi..putus harap untuk terus hidup..lebih kurang 3 bulan lamanya aku menghadapai kecelaruan diri..hampir 5 bulan aku menyepi..dan setahun untuk aku pulih sepenuhnya..bayangkan setahun aku menyeksa diri sendiri akibat dari kegagalan itu..itulah kali pertama dan terakhir aku kalah dalam menghandle masalah diri..dicampur dengan kegagalan kerjaya..itu yang buatkan aku rasa nak tarik nyawa..bukan literal, tapi perumpamaan..harap maklum

Selama setahun itu..aku berterima kasih pada Tuhan, kawan kawan..keluarga?..hurmm, aku tak pernah babitkan masalah aku dengan mereka..selepas setahun itu baru aku berani buka mulut bagitahu masalah aku..sebab aku taknak mereka tengok aku ini lemah..dan jenis aku memang tak pernah nak cerita dekat siapa-siapa kalau aku ada masalah..cuma saat itu, pada tuhan saja aku mampu bicara..kawan kawan pun hanya perasan sebab aku jarang keluar rumah..maka mereka terpaksa datang mencari aku..nasib baik time tu aku duduk menyewa, kalau duduk rumah sendiri, macam mana nak sorok dari famili..

Perlahan-lahan aku bangkit..aku belajar kembali cara bergaul..aku belajar cara bertutur, aku belajar macam mana hendak bergelak ketawa, iya pada kawan kawan, mereka mungkin menganggap aku ni jenis kelakar, sentiasa buat orang ketawa..takkan aku nak buat diorang mennagis pulak kan?..mau kena penyepak nanti..aku berjaya pendamkan masalah..mungkin sebab terlalu lama aku pendam..ianya sudah menjadi kerak yang sukar ditanggalkan..makanya nya bila aku gagal bendung, ianya menjadi penyakit pada diri sendiri..bila aku bangkit dari kegagalan itu.aku menjadi lebih matang dalam berfikir, segala apa yang terjadi itu ada sebab dan hikmah tersendiri..

Kini, jika bercerita tentang kegagalan itu..ianya hanya mendatangkan senyuman kepada ku..ia, langsung tidak menjadi bekas dan kesan dalam hati..sampai bila harus aku kenang jika aku mampu untuk hadapi kisah baru..itu yang aku rasa apabila putus cinta, engko orang punya rasa? pernah putus cinta?..cubalah dan rasalah..tapi kesan nya tanggung sendiri..ahahaha

saat aku menaip entri ni..aku baru lepas putus cinta untuk kesekian kalinya..rasanya? rabak? sikitlah..tapi hendak taknak terima apa saja..pada bekas tunang, PerMysuriku dan juga bekas kekasih gadis lolipop saya..terima kasih atas segalanya..anda adalah hal yang terindah masa lalu..bukan masa sekarang atau masa depan saya..itu cerita lain..jika rindu atau terkenang..ianya hanya pada suasana nya..bukan orangnya..

Bagaimana aku bangkit?

begini..

Bangkit..

Sedikit cuma

SUSAH

Mana lebih susah?

lupakan masa silam..

atau

hadapi masa depan..


PILIHAN

Ketawa kerana sedang bersedih

atau

Sedih di ketewakan kan

kau pilih yang mana?

KEPUTUSAN

mahukah kau berundur setapak kebelakang

untuk

Kau mara beribu langkah kehadapan..

CAKAP

cakap memang senang

nak buat tu yang susah..

benda yang buat kita jadi rajin dan malas pada masa yang sama..CAKAP

rajin Bercakap, malas melakukan..

Bintang

takkan kerana tiada bulan kelihatan,
kau tidak mahu memandang ke langit?..

percayalah..
masih ada sinar bintang kelihatan di atas sana untukmu

Gadis polka

"..Gadis polka.."

Nama timangan yang aku berikan pada gadis bayangan..bukan gadis imaginasi illusi aku ya..beliau wujud in real life..sampai hati pada mulut-mulut kepochi di luar sana yang mendakwa aku berkhayal LSD mahupun marijuana..sangat berdosa besar fitnah kalian..sebab mengapkah gadis polka?siapa beliau?apa gadis polka? dan berbagai bagai persoalan yang merogol telinga aku sejak dua menjak ini..iya siapa gadis polka? adakah gadis polka itu sedar bahawasanya beliau lah gadis polka yang dimaksudkan?..crush aku? entah lah..aku sendiri gusar dan gundah nak menjawap segala galanya..mari aku cerita sedikit..

Hari tu aku tidur seperti kebiasaan hari hari yang lain..bersama boxer sahaja aku beradu..mungkin aku penat sangat hari tu..elok je aku baring atas katil seminit dua aku terus masuk ke alam tidur..dah alang-alang tidur tu, tak salah rasanya kalau aku bermimpi sepam dua..adakah aku sendiri mereka mimpi imaginasi aku?entah lah..sebab selama ini aku memang tak pernah terfikirkan pun akan wajah seorang gadis bergelar gadis polka ini..kawan? kalau sekadar jumpa, senyum dan cakap sepatah dua itu dikira kawan..mungkin..crush?..cehh, sejak dari mula dia bukan gadis yang menjadi pilihan aku, walaupun wajahnya manis, matanya bundar dan senyuman nya..aduh cair bak hang kalau tengok..tapi memang tak dinafikan, tiada sekelumit perasaan pun aku dekat beliau sebelum sebelum ini..sehinggalah..

Kalau sekali dua, ataupun jarang..boleh juga aku terima..tapi kalau dalam seminggu 3hari berturut turut..sebulan berapa kali?cuba korang kira kekerapan aku berjumpa dia di dalam mimpi..walau seboleh-bolehnya aku taknak mimpi dia..aku seakan tak boleh lari dengan mimpi aku..aku takut untuk tidur..chewahh..tapi serius buat kan jiwa aku gundah..aku perlu lakukan sesuatu..dan Gadis polka itu harus tahu..Dia mungkin tahu..

"Mungkin kita tak pernah bersama di alam nyata..tapi percayalah..kita selalu berjumpa di alam lena" ini ayat yang kalau boleh aku nak kabo kan ke Gadis polka in real life kalau ada peluang..tapi tu lah, Peluang nya entah bila..tapi aku pernah cakap ayat selain itu dekat Gadis polka..hmmm entah la apa kata putusnya..sehingga kini, aku masih bermimpi dia..sehingga kini, aku masih mengharap dan menanti akan kehadiran nya di alam nyata..

izinkan saya mencuri hati awak..

Aku yang asing Bab 1

Bab 1


Tidur aku hari ni diganggu apabila ada orang masuk ke bilik dan membuka lampu..ya, aku pantang betul kalau belum ready nak bangun orang terjah bilik ni..tapi nak buat macam mana, rumah dia kan..aku ni je yang macam orang takde rumah..semalam lepas melepak main pes..aku ambil keputusan terus stay dekat rumah Daus..malas aku nak balik rumah..kalau balik pun jawapan nya aku tak jumpa matahari lah hari tu..aku masih terbaring di atas katil, terasa berat anak mata nak buka..aku kerling Daus..dia tengah on the phone..awek mana pun aku tak tahu lah..

Malas-malas aku bangkit, aku tengok jam..ciss bukan main pagi lagi..baru pukul lapan, mamat ni tak reti tido ke? bisik ku dalam hati..sambil tangan meraba bawah katil mencari rokok dan lighter..belum sempat aku nyalakan..otak berputar ligat..ahh, aku lupa petua orang tuaku..sebaik bangkit, ku bersila menghadap kiblat, bersyukur pada yang esa dan berselawat ke atas nabi..aku bangun menuju ke dapur kemudian..mencari botol air masak..aku teguk rakus dalam lingkungan 3 gelas..inilah dia petua orang tuaku..mulakan hari dengan bersyukur, minum air masak sebaik bangkit..aku amalkan sehingga kini..

aku menuju ke ruang tamu..daus masih bergayut..ah lantaklah, aku nyalakan rokok dan masuk ke bilik tidur..semalam aku bantai call skype dengan Mira..sampai tertidur barangkali..entah apa aku bualkan pun aku tak tahu..tengah aku mengelamun..Daus masuk kebilik, "kau balik rumah tak kejap lagi?" soal Daus.. "balik lah, masuk hari ni je dah tiga hari aku tak balik.." jawabku malas..

"tak payah baliklah, kejap lagi teman kan aku jom.." balas Daus

"gi mana je?" soal ku

"Jumpa orang kejap..orang jauh" daus menjawab sambil menghidupkan rokok..dihembus asap keudara..

"awek eh?..kalau awek aku laju je..ada makan makan tak? aku lapar gila ni.."selorohku..

"Kau ikut je la..kau siap-siap lah..aku jumpa Arep kejap.." pintas Daus sambil berlalu pergi..

Aku membontoti dia sampai ke pagar luar rumah..aku berlenggeng selamba..dari jauh aku perhatikan daus bersemuka dengan Arep.. "Woi!! maksiat ke?" jerit amy gemuk kuat sambil menunggang Rxz merah dia.. "Cilaka lah kau!!" Jerit aku..sederet rumah ni semua adalah rakan rakan kami semua..sekepala..

***************************************

Mata aku dah macam panda bila melihat cermin sisi kereta..mengantuk, aku melihat cermin sambil diperhatikan Arep..bukan main segak lagi mamat sekor ni..aku rileks je pakai seluar jeans tiga suku..yang mamat dua ekor ni macam nak pegi pavi dah gaya..tak rebel la, sebagai anak jati kluang..aku pernah masuk KM pakai kain pelikat tau..ini baru jantan..

Aku berjalan lesu masuk ke dalam kereta..kejap apa model kereta ni?..ahh, malas aku nak fikir..yang penting cukup luas untuk menampung lapan sekeluarga..ahahaha..aku duduk belakang dan menyandarkan kerusi..aku perlu lelap sekejap..Daus memandu sambil arep duduk di sebelahnya..takkan nak suruh aku pangku dia pulakkan?..

***************************************

Iyla masih dengan telefon bimbitnya sedari tadi..usai bercakap..di bersiap-siap..ada tetamu yang penting akan datang ke rumah makcik dia hari ini..sebelum pulang ke ibu kota..Iyla berharap sekali untuk bertemu dia..seseorang yang kini dirasakan penting bagi dia..baru baru ini..ahh, bila bercakap soal perasaan..ia bisa berubah bila bila masa ataupun mungkin kekal selamanya..siapa jangka..sambil membelek wajah di cermin..sempurna..

Telefon bimbit Iyla berdering..

"Hello.."

Tuesday, September 04, 2012

Amira

Amira Atiqah Zulaikha

Dua belas tahun yang lepas..

aku ingat lagi kali pertama bersua..wajah putih kemerah merahan..lembut, pandangan mata nya redup..seperti kacukan cina, ia baka ibunya juga ada kacukan cina..sejak dari pertemuan pertama kali itu..aku selalu bersama..ia, boleh dikatakan aku yang selalu bersamanya..hinggalah satu hari yang tidak disangka..

ketika itu aku baru pulang dari sekolah..ku lihat didepan rumah penuh dengan orang ramai..ku dengar tangisan dari suara yang amat ku kenal..Amira..dia menangis semahu mahunya..aku seakan terpana dengan kejadian itu..tapi apa yang mampu aku lakukan..dia dibawa pergi jauh dari kehidupan ku..sangat jauh

sembilan tahun kemudian..

Aku masih bertemu Amira..tapi terasa diri ini bukan siapa siapa padanya..hendak bertanya khabar pun seakan tidak mampu..kadang kadang, aku hanya mampu melihat dia dari jauh..dan itu jugalah pertemuan kali terakhir..aku masih ingat saat itu..kutatap dan kurenung puas wajahnya..aku tersenyum dengan kelatahnya..riang

Tiga tahun sebelum hari ini..

Masih jauh..
Aku ingat lagi ketika itu aku baru selesai membeli barang harian di sebuah supermarket..seminggu sebelum aku telah dikhabarkan dengan berita yang agak mengejut, aku diminta pulang segera..tapi aku masih berdalih..dan berharap agar semua baik baik saja..aku cuba kalihkan perasaan yang bukan bukan..selesai berbelanja aku gerak pulang..ya aku harus pulang segera..

aku memberhentikan motor di persimpangan kerana lampu isyarat bertukar merah, ketika itu..perasaan mula membelenggu, tak sedap hati,aku harus cepat ke kampung halaman, tiba tiba..Handphone ku berdering..aku sambut suara di hujung talian..dan saat itu dunia seakan gelap gelita..kakiku longlai, aku tidak dapat menampung beban motor lalu rebah ke atas jalan..saat itu terasa diri ini lemah..air mata mengalir membasahi pipi..seorang pemandu kereta yang sedar dengan keadaan aku turun membantu aku..di angkat nya aku ke tepi jalan..sekali lagi aku rebah..

"Faiz, adik..adik, dia dah meninggal.." sayup kedengaran suara itu..perlahan seakan menarik semangat ku pergi

"Inna Lillah wainnalillah hirojiun"..balasku..hampir pitam

Amira Atiqah Zulaikha..walau hanya seketika, walau bukan seibu sebapa..kau tetap adik aku..aku tetap merindukan mu..aku yang mendodoikan engkau lena disaat kau masih bayi..moga engkau tenang disana adikku.. Al-Fatihah

-Arwah mengalami demam panas yang berlarutan selama 3 minggu..seminggu sebelum dia pergi..doktor mengesyaki ada ketumbuhan di dalam kepala nya..dan disaat itu segalanya sudah terlambat..arwah pergi disamping ahli keluarga yang lain kecuali aku..satu satu abangnya..

Vice versa

Hari ini sepatut nya bermula dengan baik..aku bangun seawal pagi setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja..tidur yang hanya beberapa ketika..ia, aku mulanya menyangka semua akan jadi terbaik hari ini..

Vice versa..

setelah bersiap dengan rapi, pada aku..sebab peratusan untuk aku pakai slack berkemeja dan berkasut kulit muncung tirus terjongket dihadapan adalah sangat sedikit..dunia seakan terbalik rasanya bagi aku untuk memakai itu semua..pada aku rimas, aku lebih selesa berpakaian simple..haruslah kena dengan profession aku designer..aku bukan kerja bank pun..tapi memang tabiat aku tak suka pakai benda tu semua, kali terakhir pun masa sekolah..

dan hari aku masih berjalan baik ketika aku bersarapan nasi lemak ayam, sandwich dan milo panas sambil membaca akhbar berita harian..dan sedikit demi sedikit segala perasaan baik itu mula ditarik dengan kehadiran segerombolan Polis yang mengiringi pesalah pesalah yang di tahan reman untuk dibicara kan di Mahkamah..ketika mereka duduk berhadapan meja makan aku..aku dapat rasa diri diperhatikan..dan rasa itu bukan sekadar rasa..tapi nyata, memang aku diperhatikan oleh mata-mata liar seakan aku ini sedang berbogel depan mereka..apa yang tak kena nya?..aku lupa tutup zip seluarkah?, aku perhatikan diri atas bawah..hurmm takde apa pun yang pelik..aku rasa kan diri aku dah berpakaian cukup terbaik..pada aku lah..pada mereka? vice versa mungkin..di lohong telinga terdengar sedikit umpatan..

Ahh..lantaklah..tak peduli apa orang nak kata, tak peduli walau bukan juara..ahohoho..tu chant jejangs tuk skuad hoben jang hoben tu..yaa, apa nak peduli pandangan orang..mood aku mula sedikit goyah..kemudian aku menerima satu panggilan..aku jawab dengan tenang..dan saat itu juga mood aku mula bertukar, orang yang sepatutnya menjadi partnership aku untuk presentation tadi mula mengabaikan tanggungjawab..sangat jilaka perasaan ketika itu..aku hempas handphone torchlight aku..apadahal, nokia kot..baling anjing boleh i.c.u  binatang tersebut..belum masuk setengah daripada hari lagi..tapi mood aku dah jadi macam haram..

aku tinggalkan segala mood yang tak kena itu di sisa makanan..ada tugasan yang aku perlu laksanakan..aku menuju ke salah satu Hotel paling gah di Tanjung arang..ada idea yang perlu aku usulkan..di sana segala nya kembali sediakala..cuma ada sedikit tidak kepuas hatian aku dekat situ..ahh, nanti saja aku cerita..dekat tuider pun sudah aku lunaskan rasa itu..

sebelum kejadian,

pagi tadi aku melihat cermin..Moga hari ini berjalan lancar hendaknya..
ketika tadi aku pulang kerumah..di cermin itu aku melihat calitan "VICE VERSA"

cepat-cepat aku menyalin pakaian..ku sarung jeans denim dan t-shirt pagoda..ku sarungkan topi bruno mars dikepala..aku lapar..mahu ke kedai bonda mengisi perut..

kita tak dapat nak puas kan semua orang..puas kan diri kita pun kadang-kadang salah di mata orang..apa yang betul nya?..dengan mereka pun kita rasa yang sama..

aku tak pernah ambil pusing..ini cara aku..cara kamu? sebaliknya..terima sahaja..

Aku yang asing : Prelog

31 Disember
"hey beb..cinta xperlu dipaksa,cinta xperlu di cari..dan cinta xsemestinya diluahkan..,jika dah tiba masa dan tempatnya..cinta akan cari kita..cinta akan cintai kita..bahagia bukan sekadar memberi,bahagia bukan sekadar merasa, berikanlah bahagia,rasakanlah bahagia..insyallah,kebahagian akan menemani sepanjang hidup kita..be strong,be smart,be solehah..ask at Allah s.w.t,n Allah will give it to you..love Him,love ur self first..n people will love u.."
- Faiz
**************************************** 
"Sungguh hebat ujian yang tuhan beri pada saya,dari hari pertama saya kenali dia hinggalah saat ini. tidak mengapa,saya hormat keputusan en. F ada sebab-sebabnya dia tidak menerima saya,mungkin atas faktor jauh dan mungkin atas faktor kisah lama.."
"Untuk pengetahuan tuan faiz, en. F ada menyatakan hasratnya untuk saya jadi kekasihnya tapi malangnya saya telah menolak atas faktor saya tidak mahu rasa kecewa dan pada saat itu saya akui saya mahu bersamanya seperti yang saya inginkan tapi saya menolaknya.."
 - Iyla 
Entah apa yang dia rasa ketika itu tatkala membaca apa yang aku nyatakan tentang seseorang yang bernama Mr.F..hurmm..pembohongan itu sebenarnya lebih memedihkan dari penolakan..mengapa Mr.F sanggup buat dia begitu..

****************************************

Seminggu sebelum..

"Arghhhh..kenapa mulut ni gatal sangat berjanji bukan-bukan.." Kononya nak bagi 10 sebab mengapa Iyla perlu Try Mr.F dia tu "puii..aku dah la banyak kerja nak buat, nak pikir..ini nak pikir hal lain pulak..dem.." bentak aku dalam hati..sambil itu mata aku masih melirik dekat ruangan chat di Facebook..

"Lagi lapan sebab tu nanti lah aku bagi tau.." jawabku..

"Okay..cepat ye, tawaran tutup sehingga 31hb" balas Iyla..

maka bermula sejak dari hari itu..aku perhatikan segala gelagat dan tindak tanduk manusia yang bergelar Mr.F tu..apa yang dia buat, siapa yang dia selalu berhubung..ini soal janji pada orang..aku harus tunaikan..


****************************************

Dan tiba hari yang dijanjikan..aku pun dah tak tahu macam mana caranya aku nak sampaikan hal ni pada Iyla..tak semena mena aku pula rasa bersalah dengan apa yang aku baru tahu ni..sudah lah dengan masalah yang Mr.F buat..sekarang masalah lain pula yang terjadi..ahh janji harus di tunaikan..aku mesti bagitahu Iyla pasal ni..mana sanggup untuk biarkan kawan dipermainkan..

Aku log in ke Facebook..

Aku : Silam, kini mendatang..

jarum jam tepat menunjukkan 4.30..aku baru selesai menyiapkan artwork yang di tempah member aku, ye..kejadah apa nya buat keje pagi pagi buta kan? itulah nasib yang harus di terima oleh freelance designer macam aku ni..waktu kerja yang bersepah seperti waktu orang keje gomen, waktu rehat mereka bersepah..begitu jua aku,cuma yang tak sama waktu rehat aku..lantas aku menyalakan sebatang rokok helang kotak putih, aku tarik nafas dalam dalam..fuhhhhh, nikmat setelah penat memerah otak..aku bangkit dari kerusi menuju ke bilik air..selesai membuang apa yang harus dibuang, aku merehatkan diri di anjung rumah sambil menghabiskan baki rokok yang tertinggal..

Sedang leka mengelamun, aku di datangi oleh seorang budak lelaki lingkungan 8-9 tahun, dengan rambut bertempek sikat tepi, bersama baju kartun tuck in seluar khaki, muka berbedak..aku perhatikan atas bawah..saling tak tumpah macam rupa aku..dalam kehairanan aku masih mampu untuk bertindak cool dengan tidak terkejut..tiba-tiba dia menegur aku yang sedang dalam kekeliruan.."abang ni nama Faiz kan?" perlahan suara nya..aku mengangguk kehairanan..

"Abang jangan terkejut, saya Faiz, diri abang yang berumur 9 tahun.." "abang kerja apa sekarang?" soalnya selamba..aku menyedut puntung rokok yang hampir habis..ku ketis keluar rumah..fuhhh, perlahan aku lepaskan asap.."aku tak kerja, maksud aku..kerja tetap takde lagi, tapi aku ada kemahiran sendiri..dan dengan kemahiran yang aku ada tu je lah aku cari rezeki.." jawapku spontan..riak muka budak itu berubah kelat..perlahan dia mengeluh..diubah posisi berdirinya kepada duduk bersila di lantai..kepala nya tunduk kebawah..

Aku duduk besila disebelahnya sambil memegang bahu dia.. "Relaks..aku tahu pada umur yang sebegini,aku patut ada sesuatu yang harus dibanggakan..ye aku masih tak punya apa-apa, tapi tak bermaksud aku gagal.." aku cuba menenangkan diri dia,maksud aku diri aku sendiri mungkin.. "..aku mungkin susah sekarang, tapi setidak-tidaknya, aku bukan jadi orang yang tak punya wawasan macam segelintir orang lain..aku masih mencuba jadi yang terbaik saat ini..cuma mungkin rezeki masih tidak memihak." sambungku..

"Abang dah ada orang yang istimewa?..maksud saya makwe?"..pintas dia, amboi..tak padan dengan umur dah tanya aku soalan macam tu..aku terdiam sejenak.. "Tunang..aku pernah tunang..dan sekarang aku tiada siapa.." jawabku lesu "..cuma aku nak ingatkan kau..bila tiba saat itu nanti, janganlah kau lakukan kesilapan yang sama seperti aku..hargailah dia sebaik-baiknya..peluang yang dia bagi kali kedua itu, kau tebuslah sebaik-baiknya.." aku memalingkan muka ke arah lain..terasa hiba saat berkata sedemikian..

"..Maknanya, bila saya besar nanti..saya akan menjadi seorang yang tak berguna?gagal dalam segala-galanya lah?..hurmmm" terlepas keluhan berat dihujung bicara..tepat dia memandang ke arah ku..anak matanya mula berkaca..

"Kau pun apa kurangnya..cubalah jangan main main masa belajar, jangan asik nak melawan cakap orang..macam mana budak yang selalu skor no1 dalam kelas boleh jadi macam ni bila besar?cuba kau beritahu aku?.." bidas ku..belum sempat aku bicara dia menjawap "abang adalah saya dan abang sendiri tahu saya macam mana kan? jadi jangan nak salahkan saya seorang..dan saya masa lalu..tiada apa yang harus saya ubah..abang tu masa sekarang dan abang yang harus berubah!!"..tinggi suaranya..terasa pedih hati mendengar..

Aku menghela nafas..menyeluk poket mengeluarkan kotak rokok, "sap kok?" aku menghulur padanya.. "tak..saya tak hisap sehingga 17 nanti..abang sendiri tahu"..aku menyalakan rokok dan membiarkan keadaan sunyi seketika.."buat apa kau datang sini?" tanya aku.."tiba masanya saat saya sedarkan diri abang..siapa lagi yang boleh buat abang berubah kalau bukan saya sendiri? masa lalu abang.." "Abang di masa depan itu sendiri pun tak mampu nak ubah apa-apa selain menerima masa sekarang..sebab itu saya harus lakukan sesuatu.." jawapnya..aku masih terdiam sambil menghisap rokok..fuhhh..

"cubalah abang..bukan buat untuk saya..masa lalu abang..tapi buatlah untuk dia.." sambil jari nya menunjuk ke satu susuk tubuh kerepot di hujung anjung..teramat lesu wajahnya.. "saya berharap sangat abang buat sesuatu..untuk diri abang sendiri..sedarlah sekarang" pintanya lemah..sambil perlahan menghilang di balik kelam di hujung anjung bersama susuk wajah si tua tadi.. "Berubahlah..." kata-kata terakhir yang aku dengar tatkala dia hilang seluruhnya..

Fuhhh..aku melepaskan asap dan mencucuh padam puntung rokok.."Ahh..kau sabar jelah, aku tahu apa yang aku buat.." aku bermonolog didalam hati sambil mengenangkan masa silam yang menyedihkan dan menjangkakan masa depan yang menakutkan..jemari ku menggigil..aku mengetap bibir.."Ya tuhan..kepada Mu aku berserah.."

- Mimpi

Di pagi buta ini..

ye..di pagi buta ini, saat orang lain sedang lena diulit mimpi..*cam lirik lagu pulak gayanya* aku masih duduk termangu di depan lappy sebab nk tunggu kedai gambor render file aku ni ha..sesambil tunggu tu bertuider lah kejap kan..

dan entah mengapakah aku menuit sebaris ayat yang entah sebab aku nk tarik perhatian dia atau memang niat dihati nak tarik perhatian dia..ahohoho..sama je kan bunyi nya?..lantak lah..tuit nya berbunyi begini " maafkan saya..saya tak cukup tabah untuk tegur awak.. :( " dan tidak semena mena di tab skype aku beliau menegur..so pada masa yang sama aku terfikir, adakah dia saja menegur aku atau memang niat dia nak tegur aku?..sepatutnya aku yang tegur dia kan, tapi tu lah..mungkin sebab aku menaruh harapan yang terlalu tinggi, maka aku takut untuk jatuh tersembam dan aku membuat konklusi yang dia stalk aku juga..ahohoho..

aku memang 24/7 stalk beliau..tak dinafikan..untuk melihat apa yang beliau tuit, dan aku harapkan dia tuit apa yang dia rasa dan fikirkan selain dari conversation dia dengan sesapa..tapi susah, sebab dia rajin mensi dan RT tuit orang..so aku hanya mampu baca RT perasaan orang lain yang dia RT tu..hurmmm susah nak jangka apa yg dia rasa..

Nak buat confesion?..hurmm pengakuan yang dulu tu pun rasa berat nak luahkan..dan untuk kali kedua mungkin ambil masa dan saat yang tepat..sekarang ni, aku hanya mahu dia selesa dulu dengan kehadiran aku yang secara tiba tiba ni..tapi aku tak mampu untuk bertahan lebih lama dengan rasa ni..buat kan aku makin lemas dan terasa hati..arghh, susah bermain dengan perasaan ni..

ahh..susah nak describe apa yang aku rasa sekarang ni..andai lah dia tahu apa perasaan ini..tentu senang kan?..

buat Gadis polka..
andai bisa kau rasa apa yang aku rasa..rasaku ini rasamu..
ceh sejibik aku kopipes lirik lagu..ahohoho

sudah cukup dengan mengarut aku ni..kedai gambor dah nak tutup..selesai jua design banner untuk kawan aku..tolong menolong sentiasa menenangkan diri..itu sahaja yg mampu aku buat untuk kengkawan..