Friday, January 30, 2015

DIAM



Diam..didalamnya akan ada sebuah jawapan.
Tentang segalanya. Biar masa berlalu tanpa aku,
tapi diantara masa itu ada kamu..
sementara itu hadam dalam dalam.

Kenapa aku diam.

DISISI (DECISION) to DECEPTION

Aku mahu pergi..
sebentar.
kalau takdir tertulis
disisi aku itu kamu
jadi jangan gusar.

Aku mahu pergi..
tenangkan sedikit hati.
yang selalu bersangka liar
akan diri kau dan aku
buat aku resah berdebar

Aku mahu pergi.
sekejap.
mencari kekuatan
untuk aku teruskan
sebuah perjalanan
bersama kau
berharap.

Aku mahu pergi..
masih mahu
disisi kamu
tapi jika tertulis bukan aku
sekurangnya pergi aku
samada berhabis juang
atau dibiar kau membuang

Aku mahu pergi..
bukan soal perlukah aku
tapi soal apa yg kamu laku?
jika kau menahan
menarik tangan
supaya aku tidak
berlalu perlahan.

Aku mahu pergi..
ke kayangan
bersama kamu disisi
duhai kesayangan.

Tuesday, January 13, 2015

Berikan aku satu patah kata.

Suatu hari, bilamana aku bangun di awal pagi sebelumnya matahari,
dan bulan masih menampakkan diri disebalik awan awan yang berarak pergi,
serta bintang yang masih berkelip kelipan menerangi
segenap ufuk langit seluas mampu aku memerhati.
Aku terpaku seketika..
mengenangkan semalam yang pada aku sedikit menganggu
entahlah, tentang apa yang menganggu itu aku sendiri kadang tak mampu
untuk menerangkan dalam sebuah bentuk ayat yang nyata
tapi dalam satu patah perkataan aku beritahu yang aku KECEWA.

Masa, usia dan segala jiwa manusia yang berada dalam cerita cerita semalamku
yang penuh suka duka hiba malah pilu.
Ada silapnya mereka tapi lebih banyaknya salah aku
dalam berbicara perbuatan atau pergerakkan bahasa tubuhku

Salah aku. Terlalu percaya, memberi harapan yang melangit
sedang aku sedar tak semua mereka mampu membalas balik
sedang aku tunggu selama mana aku mahu
jika Dia tiada berkehendakkan mana mampu aku???

Aku masih terpaku menghayati sisa sisa lewat malam yang masih berbaki
sebelum matahari memancar sinar menerangi awal pagi
menghangatkan tubuh yang digigit sejuk lewat malam tadi
mengeringkan airmata yang tanpa sedar berguguran ditarik graviti
memberi sedikit pengharapan untuk aku mengharungi lagi sehari.

Kadang ada masa, ada ketika kita perlu jujur sahaja.
Perasaan yang kadang kau simpan bisa membinasa.

Sebuah pengenalan tentang kekecewaan.

Thursday, January 08, 2015

MAAF SEMALAM, AKU PILIH HARI INI

Masih mengenang silam?
sedang mentari tiap bagi bersinar terang..
sedang bulan selalu menyinari malam.

Masihkah kau tetap mahu mengenang silam?
yang selalu menghempas semangat mu ke lantai
buat jiwa mu longlai,
buat kau rebah,
berat mahu melangkah
hingga seluruh tubuh mu lemah.

Sudah sayang,
Bilang maaf pada semalam..
bangun, kepal jemari
tumbuk ke langit meninggi
bilang kau pilih untuk hidup hari ini.
itu hidup yang sebenar
hidup yang tak di selubungi kisah lepas yang pudar.

Maaf semalam, dia pilih hari ini.
kau mungkin boleh cuba lagi
tapi yang pasti
dia kini sudah bisa berlari..

HUJAN HIBA