Friday, December 27, 2013

#ARTWORK1


MENGGAMIT NOSTALGIA GADIS POLKA DAN GADIS MAGENTA

seperti mana bintik-bintik polka itu
seperti itu juga aku.
banyak serta bertaburan.
banyaknya rasa yang aku pendam pada nya
bertaburan fikiran memikirkan tentang dia
dua warna kontra jadi beza
begitu juga antara kita
polka..seringkali ada dari mereka bertanya
kenapa polka?? kenapa..
sudah puas aku perjelaskan
hingga kini masih aku bertahan
sabar untuk bercerita
dan masih mahu berbicara
masih menunggu setia
walau tiada penghujung yang nyata.

kerana ini hikayat si Gadis Polka.
ada nostalgia yang pernah tercipta.

Apa penyudah pada Gadis Magenta?
seperti sebelumnya yang telah aku bicara
Gadis magenta hanya muncul sekali-sekala
seperti saat warnanya menjelma di kaki langit
dia hanya watak yang menjadi pengait
antara satu cerita pada cerita yang lainya

Tiada lagi Gadis Magenta
ceritanya lama sudah aku tamatkan
pengakhirannya juga telah ku jelaskan
dia kini sudah berbahagia.
dan akan terus menjadi nostalgia.

Thursday, December 26, 2013

BUAT PEREMPUAN BERJIWA LANGIT

Luas, tinggi.
kadangnya nyaman tenteram, adakalanya bergolak ribut dan taufan,
di hujung hujungnya ia akan reda
dan mentari kembali bersinar dibalik awan-awan yang kembali memutih.
bersama-sama membawa sang pelangi yang mucul buat seketika.
disiangnya terkebil-kebil kau melihat kedada langit,
dimalam hari kau tenung dalam-dalam memerhati bintang bekerdip
biar seterik mana dan segelap mana langit itu
masih kau mendongak memerhati pada langit yang satu

sepertimana langit itu yang maha luas dan tidak tergapai akan dek ketinggian
begitu jua dengan satu jiwa yang bernama perempuan.

-Misteri

buat perempuan berjiwa langit



*Puisi yang terilham dari salah seorang follower. Kredit untuk beliau

HAIKU YANG TERPERAM

Wahai cermin, terima kasih sudi tersenyum kembali saat aku bersedih dihadapanmu.
Walau aku tahu Cuma sekadar menipu, sekurangnya kau jujur tanpa selindung.
Dari watak nyata yang sekadar omong kosong. Celaka.

Pada sang pari pari mimpi. Adakah kau masih belum serik? Datang dalam mimpiku meracik racik,
Lunyai kau kerjakan segalanya sehinggalah  aku celik!

Lima, Tujuh, Lima

1.
Di tepi Tingkap,
Awan berat merangkak,
Hujan di hati.

2.
Lama menunggu,
Penat memikirkanya,
Hari berganti.

3.
Suka dan duka,
Hati terus direnyuk,
Mati bicara.

4.
Lafaz bismillah,
Terus kaki melangkah,
Masa terhenti.

5.
Lupakah dia,
Aku ini siapa?,
Bayang sahaja?.

6.
Bila bermula,
Bulatan kehidupan?
Cepat berakhir.





7.
Hidup nan gelap,
Alah pada silauan,
Focus dan mara.

8.
Tak tahu apa,
Berlegar tiap waktu,
Pedih dan ngilu.



9.
Semua takdir,
Tiada kebetulan,
Walau celaka.

10.
di ufuk senja,
gelap hadirkan diri,
itu magenta!

11.
Degilah hati,
Mengalah itu akal,
Asyik berdangkal.

12.
Waktu tersunyi,
Terbayang macam macam,
Riuh semacam.

13.
Ikut sahaja,
Dan janganglah membentak,
nanti kau ngerti.

14.
Bingit dan bising,
Terus aku berpaling,
Mereka diam.

15.
Pintu tertolak,
Hanya angin menerpa,
Tertulis tarik!

16.
Bayangan hitam,
Kilau mata merenung,
Nyawa diracik.


17.
Penat dan bosan,
Jiwa dan benak sebu,
sedut nikortin.

18.
Gelak dan tawa,
Cukup untuk sekejap,
Bahagianya!

19.
Amboi jelingan,
Buat jantan tertawan,
Ditangan pisau.

20.
Sikit lagi hoi!
Jeritan dari jauh,
Lain dimensi.












Haiku

i.
Cinta ku satu,
Pada si awan terbang,
Pemukau jiwa.

ii.
Kadang kadang je,
Buat aku terasa,
Diam membatu.

iii.
Pedulikan lah,
biar aku sahaja,
rasa seksanya!.

24.
Kepada malam,
Sejuk kau menggigit tau!
Seperti rindu.

25.
Rindu mendatang,
Kala malam berlabuh,
Tahukah dia?

26.
Syukur nikmatNya,
Segalanya sempurna,
Terima kasih!

27.
Berakhir cepat!
Aku dah tak tertanggung
Bunuh sahaja.


Bahagia itu engkau yang punya..peduli apa orang kata. Mereka tu yang buta apa maksud bahagia.

28.
Malasnya diri,
Bila subuh memanggil,
Pekakkan hati.

29.
Cik adik manis,
Senyuman mu menawan,
Tapi kau buta.

30.
Rancang tak laku,
Serahkan pada takdir,
Laku tak rancang.

31.
Bukan mahu mu,
Hanya apa kau perlu,
Serahkan padaNya.

32.
Kau mahu pergi,
Tanpa ku merelakan,
Terduduk diam.


ANUGERAH

PROLOG

Di atas longgokan batu batu besar yang terdampar di Tanjung Arang, kelihatan seorang pemuda sedang duduk termenung jauh kearah selat Melaka, kejadian yang menimpa kepada dirinya malam semalam masih menghantui dan meresahkan kotak pemikiranya. Seketika dia bangkit sambil melihat tanganya, di buka jemari tangan kanan lalu di acu kepada sebuah bongkah batu sebesar peti ais bersaiz sederhana. Seluruh permukaan batu bergetar perlahan dan semakin kuat apabila dia memaksa seluruh cakranya untuk mengalihkan batu tersebut. Terapung, bongkah batu tersebut perlahan-lahan terangkat dari kedudukan asal dan mengapung di awangan, kemudian statik di antara jarak dua kaki dari tanah. Fared melihat ke arah batu tersebut dan digenggam jemari nya menjadi penumbuk. ”brukkk” berderai batu itu apabila Fared menggunakan kuasa cakranya. Dia mendepakan tanganya kearah laut selat Melaka yang terbungkam dihadapan lalu menjerit, untuk apa dan pada siapa hanya Fared saja yang mengetahui.

Tanjung Arang, September 2013.
Sekembalinya Fared ke Tanjung Arang dari kehidupan kota metropolitan setelah peristiwa antara dia, hana dan hani berlalu lebih kurang dua minggu, masanya banyak dihabiskan dengan cuba untuk menghadam dan merungkai kejadian kejadian yang menimpa dirinya sepanjang perkenalan antara mereka bertiga. Fared gumam. Segala kejadian itu di luar kemampuan dan batas norma manusia sepertinya, manusia di seluruh dunia. Sejak dari kejadian itu juga Fared lebih gemar bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan membuat research yang berkaitan. Di dalam bilik dirumah peninggalan orang tuanya, Fared menghamburkan badan keatas katil, cuba untuk pejamkan mata setelah mengharungi perjalanan selama dua jam. Makin lama, kelopak matanya mulai rapat dan kejap. Fared terlelap begitu saja.

“Setiap dari kita ini di anugerahkan dengan kemampuan yang luar biasa, samada kita sedar atau tidak Fared” perlahan Hana menghilang menjadi kabus beterbangan di pekat malam itu. Fared terbaring lesu di permukaan jalan yang masih belum diturap. Di tengah hutan yang dia sendiri tidak tahu dimana. Kedengaran jeritan sayup dari jauh memanggil namanya. “Hani!” bentak Fared, dia cuba mengumpul segala daya yang tersisa untuk bangkit. Perlahan dia memaksa kudratnya untuk memapah jasad sendiri untuk bangun, Fared terbongkok sedikit sambil mengesat mulut dan hidungnya yang mengalir darah. Dia mendorong kaki melangkah kehadapan, setapak dua lemah, tiga empat tapak mula tampak gagah lima enam Fared laju mara ke satu arah. Dia perlu pantas, “Hani!!!” jeritan padu dari Fared mengegak gempitakan seluruh kawasan belukar berhampiran nya, segala ungas dan mamalia berhampiran bertempik dengan kejutan. “zapp” satu cahaya terang benderang muncul di sekitar Fared atau lebih tepat dari Fared sendiri. Sepantas kilat Fared hilang dari kawasan itu sambil halo cahaya masih kekal menandakan Fared telah ter teleportasi ke tempat lain.


Bersambung...





*Patutnya cerita ini kesinambungan setelah habis/tamatnya hikayat Gadis polka vs Gadis Magenta..tapi tangan dan akal gatal jugak nak menulis padahal cerita GPVSGM tak habis lagi. so sedikit draft yg aku taip agar aku nampak sedikit jalan cerita yang bakal aku buat. mungkinlah..sebab dah start malas sebenarnya*

PT 4 : HIKAYAT GADIS POLKA VS GADIS MAGENTA

PT 6 : Hikayat Gadis Polka Vs Gadis Magenta

Aku bangun dengan kepala yang paling berat sekali setelah dikejutkan oleh penggera yang berbunyi memekik daripada telefon bimbit. Teraba-raba aku mencari di mana letaknya telefon tersebut. Jumpa, tekan punat dismiss. Lega. Perghh, apa punya mimpi lah malam tadi, alamak!! Dah pukul 7 lebih. Laju aku bangkit dari pembaringan menuju ke bilik air, sambil jalan, aku tanggal kan semua, telanjang. Masuk ke bilik air.
Bismillah, aku teguk air kopi berusia dua hari lepas dari dalam peti sejuk. Segar tekak, aku nyalakan rokok dan sedut dalam-dalam, hari isnin dan mood nak pergi kerja tu rasa macam kimak. Berjalan aku menuju ke muka pintu rumah sambil belek telefon bimbit, 7 miscall dan 3 mesej dari hana, aku buka mesej pertama, ”awak, saya dah sampai stesen sri aman, awak dekat mana ni?”. mesej kedua ”awak!! Mana ni? Angkat lah telefon tu?” dan mesej terakhir  ”buang masa betul tolong orang macam awak ni!”.
Aku tahu salah aku sebab tertidur mati petang semalam masa tengah baca buku hani, dan mimpi, ya. Tersangat lah seperti kejadian sebenar mimpi aku tu semalam. Pantas aku tekan punat dail semula dan buat panggilan kepada hana. Sekali, dua kali, tiga kali. Arghhh, buat hal betul budak sekor ni. Keluar, kunci pintu. Pantas aku berjalan menuju ke stesen sri aman.
Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja menaiki lrt, aku membelek buku pemberian hani di tempat duduk, kusyuk. ”hai, ed!” tegur seseorang. Aku pandang ke atas, ”eh, hani!” aku senyum. ”kusyuk baca?” dia bertanya. ”buku orang bagi, haruslah” balas aku segan. ”dah jumpa dompet awak?” tanya dia ”dah, tapi belum dapat, ada dekat sorang budak ni” jawab aku ”oh lagi satu aku nak tanya ni, macam mana kau jumpa aku semalam? Dan Kau ke penulis buku ni? Awanterbang?” soal aku.
Ting!.
”sori ed, lain kali lah persoalan tu hani jawab ye. Dah sampai?” selamba je dia jawab sambil bergerak keluar. Lagi sekali aku pandang dia hilang dari pandangan di balik cermin monorel, dai lambai tangan senyum. Aku terpinga-pinga. Tersangat misteri lah perangai si hani ni. Dimana-mana aku ada pasti akan terjumpa dia, samada dia jumpa aku atau dia memang kaki stalker. Bertambah persoalan dalam benak minda aku sekarang ni berkeaitan hani. Oh hana!, aku seluk telefon bimbit dari dalam saku, dail.
Beberapa kali juga aku cuba call dia sebelum panggilan diangkat, ting! Pintu monorel terbuka, aku melangkah keluar, ”hello, hana?. Sori pasal semalam, aku tertidur.” jawab aku, nak juga aku sambung cakap yang aku mimpi dia, tapi aku batalkan niat sebelum dia pikir aku ni yang bukan-bukan. ”amboi senang betul ye jawab tertidur?” nyaring suaranya di hujung talian ”brrr, rilek la, sori sangat-sangat, so macam mana kau nak bagi dompet aku ni?” –”mau tak marah! Petang nanti kita jumpa,tapi ada syarat, awak kena belanja sebab saya dah jumpa dan tolong simpankan untuk awak.” –“err, petang ni? Okay-okay. Nanti kau halo aku lah” –”orait, okaylah. Hana nak masuk kerja ni, apa-apa nanti hana inform ye, asalamualikum ed” –”okay,salam” toot. Aku melintas di hadapan  kedai dimana kejadian aku terlanggar hana minggu lepas, berhenti. Aku mengundur setapak dua, buat lencongan masuk kedalam kedai tersebut. Aku gapai dua bar cokelat berbungkus biru, “bos, berapa?” aku hulur sekeping not kuning. Ambil baki, berjalan pergi. Aku lihat jam di lengan. 8.59 a.m, lari!.
Di depan monitor dalam kubikel kerja aku.
Aku sandar kepala atas meja. Sambil jemari melakar-lakar di atas sekeping kertas bewarna putih. Cari idea, arghh. Tension. Aku hempas pensil. Bangun. Jenguk kubikel sebelah, ”topek!”
-”sup?” topek masih tenang memerhati screen lcd monitor.
“sap kok jom?” pelawa aku.
Dia balas dengan tangan buddha. Talk to the hand. Ahh, tengah lasso lah tu.
“fak u” aku tinggalkan topek dengan dimaki selepas aku tekan papan kekunci dia. Lumrah bagi designer kalau tengah guna lasso, pantang dikacau.
Aku tolak pintu rintangan api menuju ke tepi tingkap di ruangan tangga. Aku buka sedikit cermin kaca bagi melepaskan asap rokok dan bagi udara masuk. Luas pemandangan luar. Segar seketika walau pada dasarnya cuaca agak gelap dan bakal hujan di tambah dengan hiruk pikuk kesesakan jalan diluar. Tapi cukup buat aku tenang selepas kepala otak penat memerah idea sejak dari pagi lagi. Sampaikan lunch pun menghadap monitor. Satu jam lagi sebelum balik. ”janganlah hujan” pinta aku tanpa tuju pada sesiapa atau apa. ”bak kok tang!!” terkujat aku di jerkah topek dari belakang, hampir-hampir jatuh lah rokok yang aku sisip dekat bibir, ”babi kau” sambil aku hulur kotak rokok pada dia. Borak apa yang boleh.
”mungkin jodoh kot?” ujar topek dihujung hujung perbualan aku dengan dia sedari tadi sebelum dia meninggalkan aku dan masuk semula ke ruang kerja. Habis semua aku cerita pada dia kisah yang terjadi pada aku sebelum ni. Hmmm, jauh aku renung ke luar tingkap semula. Aku tarik dalam-dalam asap rokok sebelum puntungnya aku jentik ke luar. Tutup tingkap, kembali ke kubikel kerja.
”yibaa!! Balik” jerit topek dari kubikel sebelah.
”ed, aku chow! Papehal halo lah kalau nak lepak” dia melangkah tuju ke pantri, mungkin nak rembat stok air 3 in 1 atau instant mee.
“orait bro” jerit aku sambil mengemas ruang kerja dan menutup plug. Aku silang beg sandang.
Tet! Tett!! Bunyi mesej masuk, aku gapai telefon dari atas meja. Baca ”A’kum ed, hana tunggu dekat tempat ed langgar hana ye, 6.30 ni and make sure yang ed datang, kalau tak hana buang je dompet ed ni!”. aku kerling jam di dinding ofis, 6.15 p.m
Bergegas aku berlari menuruni anak tangga walhal boleh menggunakan lif, tapi disebabkan tak mau membuang masa menunggu aku gagahkan jua turun 4 tingkat bangunan, sampai ke ground floor, buka pintu. BERDENTUM!! Bunyi guruh dan menderu hujan turun selebat-lebat. Arghh,celaka!!
Aku usha keliling. Tiada sesiapa yang aku kenal nak tumpang ataupun pinjam payung. Aku lihat jam di tangan. 6.20 p.m.  aku capai telefon bimbit, taip. ”hana, aku lambat sikit ye, hujan lah!”  selang lima saat –”no! be there or beware!” balas dia, arghh pompuan ni. Entah kenapa lah pulak aku rasa cuak bila dia mesej macam tu, apa je dia nak buat kalau aku lambat sekalipun. Tapi disebakan perasaan takut tu aku nekad kan diri meredah hujan lebat ni, basah pun basah lah asalkan tak kena marah. Eh? Apahal pulak, patutnya aku risaukan dompet aku dari kena marah dengan si hana ni, ah sudah. Aku berlari dan lari dan basah. Agak tak selesa di celahan kelengkang.
Sampai di stesen, basah. Celaka lah, macam mana aku nak naik lrt basah-basah macam ni. Sial. Marah aku pada diri sendiri.
Aku lihat jam, 6.37 p.m
-”hai ed!” aku toleh ke arah si pemanggil.
”ha, mana dompet aku?” jerkah aku pada hana. –”eh, janganlah marah” jawab dia
”ni, puas?” aku tunjuk diri aku yang basah pada dia.
-”yang pergi redah buat apa?” senang dia jawab.
”dah kau yang jugak mesej, be there or beware.”
-“bagus betul ikut cakap orang, nah amik ni lap rambut” balas dia sambil menghulurkan sehelai kain kepada aku. Capai.
-“hana saja je cakap macam tu,kan hana dah mesej balik  lepas tu, ed ad abaca tak?”
Aku tengok pada inbox telefon bimbit, satu mesej diterima, buka. Ahh, setan betul. Aku diam sambil keringkan apa yang patut. Hana memandang aku sambil tersenyum.
-”kesian dia, nah dompet awak” dia hulur, aku gapai. “jom lah kita keringkan pakaian awak tu.dekat surau rasanya ada kain pelikat.” Ujar dia sedikit tergelak. “kejap” pinta aku pada dia. Aku bergerak ke tandas awam. Salin baju, dah menjadi kebiasaan pada aku membawa baju dan seluar lebih ketika keluar rumah, tabiat sejak dari dulu lagi sebab aku ni kaki travel dan jarang balik rumah dulu. Kalau beg aku ni orang rompak, mungkin orang akan menyangka yang mereka terompak almari pakaian yag lengkap dengan segala mala nya, dari pada ubat gigi sampai ke seluar kecik semua ada. Siap, aku sembur wangian ke seluruh badan, ahh.segar. pakaian basah aku sumbat kedalam beg plastic termasuk kain hana kedalam beg. Keluar.
“wah? Dah bertukar?” terkejut hana bila aku tukar baju semua.
“hiker and backpacker rules” jawab aku.
“wah, lasak lah kiranya ni?” Tanya dia.
“well said” aku balas sambil bahu terjungkit sikit.
“ceh berlagak” dia jelak. “kita maghrib dulu lepas tu kita pergi makan eh?, hana laparlah. Ed belanja kan?” soal dia.
”okay” pantas aku pusing membelakangkan dia. Berjalan. ”hei!! tunggu” jerit hana.
Mari lah kita solat, marilah menuju kejayaan.
**
IKUTKAN SAHAJA RENTAK DAN JANGAN MEMBENTAK!

**

Tuesday, December 24, 2013

SUNGKUR

Jatuh, tersungkur..apa sahaja perkataan yang seangkatan kau khabarkan.

makna nya sama..sebabnya berbeda, siapa, dimana, mengapa, bila..
kadang-kadang tak payah tuding jari pada orang lain..kerana punca nya datang dari kita sendiri.
Ya kau!!..kau yang menjadi puncanya..kegagalan datang dari kita sendiri, yang lain  itu cuma sebagai penambah rasa pada kegagalan kau..renungkan kembali bagaimana ianya bermula..tanpa kau sendiri yang mulakan segala apa yang kau gagalkan itu tak akan berlaku, takkan bila berjaya kau hanya berbangga pada diri sendiri tidak mahu menuding pada orang lain yang bersama-sama ada saat kau berjaya, bahagia..kau hanya mahu semua orang tahu itu hanya hasil usaha kau seorang sahaja?? tapi saat gagal kau tak mahu tanggung sendiri, malah kau heret sama semua orang sekali dalam episod kegagalan kau?? kenapa?

sebab tu aku kata "Kadang-kadang, kita sendiri punca tersungkur.."

malah aku kini betul-betul tersungkur atas sikap aku sendiri..

Sunday, December 22, 2013

SATU


Satu nama yang akan aku ingat sampai bila-bila..
segala suka-duka..susah senang, kau selalu ada
saat aku menyakiti disakiti..kau masih disisi

kau pernah pergi, hilang..dan kau kembali pulang
pulang kau memimpin aku, mengangkat aku..

dulu kita satu..kini masih satu
cuma tidak seperti dulu

selamat berbahagia "kawan"..
kau bilang mahu aku sentiasa ada walau suasana berbeza
kau mahu aku janji aku juga harus ada
tapi cukup cukuplah..kau harus bahagia..
aku harus pergi sejauh-jauhnya

dan hari itu,
aku ucap kata selamat,
aku amat bangga.
melihat senyuman di bibir kau kembali tersemat..

Tahniah!! moga jodoh kau dipanjangkan sehingga sampai ke kata pengikat..amin



DIAM

Diam..dan biar mereka berbicara,
diam bukan maksud kau tak tahu apa-apa
bukan makna kau malu pada mereka
bukan kerana tiada apa yang kau mahu kata

tapi mereka lagi petah, mereka lagi cerdik maha bijaksana
sedang pandangan kau pada mereka langsung tak ada guna

diam..diam

diam, aku lebih rela diam dari berkata apa yang aku rasa
jika luah itu hanya memburukkan suasana
mencipta satu sengketa
membuat mereka rasa bodoh dan pendusta..

diam..
kunci rapat semua pengalaman
tanam dalam semua ilmu dan pengetahuan.
sebab mereka tak peduli semua yang kau punya
mereka mereka itu kan lebih mengenali dunia

mahu cerita apa pengalaman, apa pengetahuan
cerita pada mereka yang sama sama diam..
diam mereka itu diam berisi
jika kau cerita padanya mereka juga sudi berkongsi

yang bising-bising tadi? kau usah peduli
mereka tu tuli..masih belum erti
mengerti satu pepatah asli,
yang diam ubi itu berisi.

Saturday, December 14, 2013

SATU PERTEMUAN

Pertemuan..satu benda yang paling bermisteri bagi aku, kita takkan tahu, bila, dimana, siapa atau dengan apa yang kita akan bertemu..

Ya, itulah yang terjadi kepada aku..satu pertemuan yang masanya, tempatnya dan orangnya yang paling aku tak jangka, perasaan dia pun tak dapat nak digambarkan atau diluahkan, rasanya bercampur-campur. Nak dijadikan satu cerita..

Ceritanya bermula begini..

 Jam menunjukkan Pukul 5.30 petang dan sudah sampai masanya untuk aku balik, tepat jarum minit ke angka 31, cepat-cepat aku angkat kaki dan pegi thumb print. Tujuannya sebab aku nak pergi cari port tengok Bola pasukan cap ayam lawan cap (Insert jenama berkualiti tinggi), dan aku seperti mereka mereka yang lain, tetaplah juga dengan menyokong cap ayam ni walau dah berbakul bakul kata caci maki diberi, nak buat macam mana..kononya Tanah tumpahnya darahku menjadi panji. Okay lupakan benda ni, aku taip ni pun dah boleh buat sakit hati mengenangkan liku-liku team ni.

Sambil menonton perlawanan, aku pun selingkan dengan makan serta minum, yelah..pergi stadium pun kunyah-kunyah bro, lu chant 90minit game pun ada rest masa first half, lepas makan aku sedut rokok berbatang batang sebagai melunas rasa keras setelah tak hisap rokok 8 jam waktu bekerja.

Ahh skip skip lah cerita makan bola tu..habis je game, aku terus memandu pulang ke rumah, dan di sini lah kisahnya menjadi semakin menarik. Aku kerja di KL dan setiap hujung minggu aku akan pulang ke rumah keluarga aku di PD, so faham faham lah engkorang dengan macam mananya keadaan trafik masa tu. Punya lah slow dan menyakitkan hati, dengan mana degilnya sikap sesetengah manusia yang agaknya dalam kepala otak dia, Dia paling cepat nak kena sampai rumah. Suka suka hati dia je nak selit sana, potong sini..fak! dan punyalah heavy jammed dia sampai aku rasa kalau main game gta, kau dah boleh complete mission aku rasa, kahkahkah.

Aku ni dha lah drive sensorang, so apa yang aku praktikkan selalu saat melalui benda benda sesak ni, aku akan buka lagu-lagu pilihan dan nyanyi seperti di dalam bilik karoake. Kena pulak time tu aku dengar lagu Ziana zain, Madah berhelah..perghhh sampailah tang High Note tu, sekali aku tarik, tiba-tiba usus perut aku tertarik sekali sampai buat aku rasa nak tercirit, ah sudah..jahanam..efek roti banjir kuah kari tambah neskepi tadi dah mula memberi kesan mendalam. Aku start gelabah dah, yelah..dahlah jammed, aku tengok sign untuk rest stop jauh lagi, dan yang paling berhampiran pun lebih kurang 1.5km iaitu stesyen Minyak. Makin gelabah aku.

Trafik masih bergerak perlahan tapi mulut aku makin laju menyumpah seranah sambil perut hebat melakukan ritualnya. Aku terpaksa melakukan petua-petua kuno dan cakap "Kepala,lutut" berulang-ulang kali dalam skala yang laju. Hasilnya, pergi jahanam dengan penipuan ni, makin menjadi-jadi dia punya nak terkeluar tu. Dah dihujung-hujung kepala bak kata orang.

Lebih kurang 10minit aku menahan dan meredah dengan amarah jammed tadi, akhirnya aku tiba ke destinasi yang memberikan seribu sinar dan impian. Aku park secara membuta tuli, tarik handbreak, matikan enjin, keluar, tekan punat kunci dan berlari ke bilik air. Engkorang faham faham lah situasi bilik air dengan pam minyak ni macam mana rupa dia, Dengan keluasan yang tak seberapa, hanya ada Tiga jamban, Dua jamban duduk satu lagi cangkung, dua tempat kencing berdiri, dan satu singki air. Sampai sahaja di muka pintu bilik air ni, aku terus pulas tombol pintu dengan kuat tanpa melihat apa-apa sign pun sebab aku yakin simbol dekat luar tu satu mahkluk tak pakai skirt. Disebabkan kelajuan dan kegopohan aku pulas pintu, satu bunyi kuat terhasil kerana engsel pintu tu dah jahanam, dan pada masa yang sama kedengaran bunyi terkejut dari dalam bilik air lagi satu. Katanya "Hoi!"..aku buat tak tahu, cepat-cepat aku masuk jambam, kunci pintu, tanggal seluar dan.....(segala perilaku di dalam jamban terpaksa di potong atas nama menghormati privasi)

Okay, sedang aku layan feel membuang ni, kedengaran di dalam jamban sebelah suara seseorang mengeluh, aku tak ambil pusing, aku keluarkan rokok dan nyalakan, baru lah makin ada feel. Tiba-tiba orang sebelah bersuara, "oi"..aku buat bodoh lagi..takde maknanya aku nak layan..tapi dia tak berputus asa, masih memanggil-maggil sambil ketuk ketuk partition yang memisahkan ruang antara aku dan dia, kalau takde partition ni, kami mungkin sedang duduk berdua-duan sebelah menyebelah..mesti rasa janggal yang amatkan?. Aku dah start menyampah dah, aku balas ketukkan sebelah, Dia ketuk-ketuk lagi sambil berkata "Bro!", aku balas - "Ye apehal" aku yakin dia melayu sebab cara panggil bro dia tu bro jawa. "Bro, dalam bilik air kau ada tisu ke? baldi air ke? ada tak bro?." Soal dia.

Di hati kecil aku mula terdetik perasaan tidak sedap, aku perati sekeliling susun atur jamban yang aku sedang pakai ni, aku guna jamban cangkung. Yang ada dalam jamban ni tiada yang lain hanya ada satu kepala paip dan getah paip semata-mata. "Takdelah bro! kenapa??" aku balas..dan masa itulah aku terdengar satu ayat yang paling celaka sekali dalam masa setahun untuk tahun ini. kata brader sebelah tu.. "Bro kau tahu tak, bilik air ni takde air bro!!" ..FUCKKKKKKKK.

Kami sama-sama terdiam, aku termenung akan masa depan aku sambil brader sebelah ni cuba untuk memeriahkan sedikit suasana yang muram ni dengan flashback lawak-lawak celaka MLMega minggu lepas. aku ketawa paksa sambil tangan meraba-raba poket seluar atau baju, mana tahu ada cebis cebis tisu yang aku simpan, namun hanya tinggal satu harapan yang tak berkunjung tiba.

dan part yang paling best masa tu ialah. Sedang aku dan brader ni cuba menyelesaikan masalah kami berdua, kedengaran seseorang membuka pintu dari luar, aku cepat cepat jerit, "Bro, uncle!!" namun hanya disahut dengan bunyi pintu tertutup dari bilik air sebelah aku pula, perlahan je brader tu jawab dari sebelah. "Kau nak aku cakap ke, kau nak cakap sendiri??"

Aku balas, "Biarkan dulu..lambat-laun dia sendiri akan cakap dengan kita".

-TAMAT-

;Penyudah cerita ini ialah, kami bertiga terpaksa terperuk lebih kurang 20Minit dalam jamban itu sebelum ditemui oleh pekerja pam minyak dalam keadaan meyayat hati dan dia sudi menghulurkan bantuan meringankan beban kami. Saat itu, aku bersyukur di atas pertemuan kami dan saling bantu membantu satu sama lain di saat-saat yang paling getir.

Selesai sahaja insiden itu, aku bertemu lagi dengan brader tersebut di R&R seterusnya dan kemudianya kami menjadi lebih akrab. yang sorang lagi tu?? aku dah tak jumpa sebab dia paling lambat keluar.


Friday, December 06, 2013

?

Persoalanya :
- samada hari ini ialah hari yang paling tua untuk aku jalani
atau yang paling muda pernah aku rasai??

BOLA KRISTAL

Bola..
bergolek-golek ke kaki..
kristal..
berkelip-kelip sinarnya..

terus aku gapai dan genggam erat-erat

datang seorang wanita..
"maaf, ini bola kristal saya.."

terkebil-kebil bertentang mata..
-"boleh tak kita kongsi bersama?"

SESI BERCAKAP DENGAN CERMIN

ada satu hari itu segala apa kau buat tidak menjadi,
kalau boleh semua kau mahu maki, caci, keji..
sini, aku ada solusi..
hadap ke cermin, kau bilang "PADAN MUKA!"
nah..sekarang kau maki lah diri sendiri puas-puas
tiada siapa pun akan membidas..

APA MAHU MU?

sekejap sekejap kau jeling,
dia pandang kau paling..
kejap karang kau jeling lagi..
dia pandang kau paling..
sampai bila mahu begini?
katakan yang jujur itu perlu berani
khabarkan yang bohong itu hanya ilusi yang kau berani..
katakan saja..

SOMETIME, WE NEED TO PUT THE GLASS DOWN..

Lupakan sekejap semua masalah kau
atau masalah orang yang kau sibuk ambil kisah
atau masalah dunia yang kau letak pada bahu kau
lupakan..
makin kau fikir..
makin ia jadi beban..
makin ia jadi masalah..
yang buat kau kalah..

ANGAN

sering aku berangan
mungkin mereka mereka juga sering berangan
tak kisah lah apa saja angan itu..
angan yang buat kau lupa seketika pada dunia

sering aku berangan
tapi tetaplah cuma angan-angan
masih tak mampu gapai impian
masih tetap aku berangan

sering aku berangan..

PUISI PAGI

puisi pagi

bersama secangkir kopi,
sang burung kicau bernyanyi,
menunggu terbitnya sang mentari..

hirup, tiup, hirup, tiup..
kopi masih panas
keluarkan sepuntung nikotin,
sedut sampai puas..

satu hari lagi sudah tiba,
sudah sediakah untuk hari ini?
lakukan apa yang kau rencana..
atau duduk sahaja sepanjang hari?
tanpa buat apa-apa?

hirup, hirup, hirup..
kopi sudah sejuk
rokok sudah lunyai dipijak
aku masih duduk tidak berganjak..

sang mentari lewat sikit hari ini
hirup, hirup..kopi tiada berbaki
aku capai towel tuju bilik mandi

apa motif puisi pagi ni? buang masa..
engkau cuma tahu cari motif sahaja..
tau tak makna cari mood? jangan sampai aku "shoot"