Tuesday, December 11, 2012

*tiada tajuk

*aku kata..

Sepi dan gelap malam sesepi dan gelapnya hati ini..
kerana tiada bulan cinta kau menyinari..
tiada bintang rindu yang menghiasi..
yang ada..hanya awan mendung yang mencurahkan hujan resah..
membekukan rasa dalam jiwa..
dimanakah awan harapan yang membawa diriku terbang di awangan?..
khabarkan padanya aku perlukan dia..

*******

*dia kata..

Cuma rindu..
rasa nak disayangi..
tempat bermanja..
tempat meluah..
walau saya menyepi..
tak bermaksud saya melupai atau membenci..

********

*aku kata lagi..

Di kaki langit..
sang awan bercahaya bersama sinar mentari pagi..
bila melihat..
rasa tenang di jiwa..
wahai cahaya mega..
titipkan ucap kata selamat pagi cinta pada si dia..

8 comments:

Anonymous said...

matahari kata..

aku mengikut arahan sang pencipta
sinar aku bermanfaat utk semua
utk gadismu aku titipkan sinaran bahagia
moga dia ceria tidak berduka

semua rindu
duka lara
dendam setia
gundah gelana
aku tebarkan ke pelusok aksara
kerana akulah sang mentari mega

#tibai je.

sukehatisaye said...

Wah..tibai macam pro ni..boleh tahan

Anonymous said...

ahaha.serius aku gelak sengsorang bila baca balik.

#take as compliment bro.tq

sukehatisaye said...

Kenapa gelak pulak?..okay la tu..touchup sikit sikit..perfect

Anonymous said...

sebab terasa mcm kelaka.
aku tak penah pon buat puisi ke gurindam ke sajak n papejela pasal sastera nie.

sukehatisaye said...

so kira aku ni jadi trigger la pada bakat terpendam kau ni..pehhh..

Anonymous said...

err. bolehlah dikatakan begitu.
kihkihkih.

#ak salute kat bhs sastera kau.smooth je.

sukehatisaye said...

jika kata lahir dari jiwa..tak perlu pandang siapa berkata..cukup dengan bahasanya..samada pedih terasa atau tersentuh dengan makna..