Saturday, January 18, 2014

PADA SUATU PETANG, SEDIKIT BUAL BICARA

Aku belek handphone petang tadi,
eh? bila masa ada misscall ni?
nombor tak dikenali
aku cuba untuk hubungi..

panggilan disambungkan..
bersama satu suara dihujung talian.

Assalamualaikum,
dah lama tak berbicara,
macam mana?
sihat? makin bahagia?
maaf kiranya menganggu,
cuma mahu beritahu sesuatu,
yang saya akan mulakan suatu cerita baru,
bersama dengan seseorang yang sudi bersatu.
jika tidak keberatan dan kelapangan,
mahu menjemput datang kenduri yang bakal dilangsungkan.


diam......diam
aku tarik nafas dalam-dalam

okay, tahniah!

laju laju aku tekan button end call, sekian sahaja.
moga kau berbahagia hendaknya.

4 comments:

Anonymous said...

sakitnya hati ini woi! haha.
**betul2 jadi kat kau ke beb?? kalau ye simpati jela aku boleh bagi. heh

sukehatisaye said...

Yup..cerita betul ni. Tapi aku okay je

Anonymous said...

yeke okey nie? hahahaa.
parut tetap ad weh. dy pernah ade dlm memori. kan? kan?
**ak tau rase tue.

sukehatisaye said...

kakakak..parut memang lah ada, rasa dah tak kot