Sunday, September 07, 2014

RAP-E

Sering kau berangan angan
segala terjadi sempurna dipandangan
sedang itu cuma khayal bayangan
tapi masih setia kau mengharapkan
Takut pada ketidaksempurnaan
tak mahu buruk cela diperkatakan
terus kau mula membuat andaian
yang kau manusia sempurna luar dalaman
dijentik setiap cela
kau menempik menggila
membabikan orang buta buta
jadi kau sama sepertimana mereka
Apa yang sebenarnya cuba kau jadi
diri sendiri atau aristrokasi
mahu dipuja disayangi
dijunjung melangit sehingga kau tuli?
sedar sedar mana ruang kau terbang
mana tanah kau menghinjak julang
jangan tinggi sampai lupa diri
takut jatuh mati hati mati diri
Tak salah mahu jadi agung
tapi salah cara jika macam panggung
cantik sempurna hanya dicanggung
tapi luar nyata kau masih berak cangkung
Busuk busuk baja masih tetap berguna
sedang kau busuk hati pada apa pada siapa
mengapa kata nista hanya mahu jadi sempurna
sedang jujur itu lebih tajam dari kata kata
Bidas segala balas
biar diam diri jangan ada rasa was was
aku cakap bernas kata kata aku berkias
baru engkau diam tidak tahu mahu caras
Cergas cergas lupakan segala silap
kita manusia kadang alpa kadang khilaf
itu tujuan kata maaf yang tersingkap
supaya kita saling lengkap melengkap