Monday, March 24, 2014

Gerila Puisi : Buat..

kedu..
sungguhnya aku terkedu..
malam ini sungguh pilu..
kehadiran berita yang ditunggu-tunggu,
menjawab segala penantian berminggu..

kedu,
berita ini sungguh ngilu,
perasaan ini sungguh sendu,
walau aku bukan ada pertalian namun tetap aku kaku.

aku ini juga manusia
yang punya rasa,
tahu apa itu perit hilang nyawa
nyawa yang kita cinta
engkau juga pikir aku punya rasa,
tapi kenapa?
aku tanya kenapa?
dimabukkan oleh politik dunia,
konspirasi segala?
apa hati kau buta?
apa kau mahu sebenarnya wahai manusia?
sungguh aku pelik tertanya-tanya..

mohon, aku mohon..
hentikan segala benda yang tidak masuk akal ini,
sekalipun kau yakin dengan apa jua pegangan anutan dan teori gila kau
aku mohon, berhenti seketika..senyap cuma aku pinta..
yang di atas pesawat itu manusia, punya keluarga,
keluarga yang punya rasa..
kau faham apa maksud rasa wahai manusia?

sekalipun kau bijak pandai, punya ijazah dan pangkat yang berkilat dijilat,
tapi sepatah ayat sudah bisa buat kau dilaknat,
peduli apa jika kau mahu jatuh hukum,
kerana kau sendiri tak reti nak tunjuk simpati..
seolah kau tak mengerti apa yang terjadi..
aku pelik, pelik, jelik dengan perangai ini.

ahh, buat apa aku nak ambil kisah,
buat hati ini resah
pikirkan kau seperti masalah..

dan buat jiwa-jiwa..
terbang dan damailah kau disana

11 comments:

Anonymous said...

fuh fuh fuh
bersawang dah haa blog hang nie woihh
haha saja menyinggah

**salam ramadhan dari anon sekeluarga yg jauh diperantauan. ;) ehh sory ehh komen takdak kaetan ngn post huhu

sukehatisaye said...

Apehal tak keluar komen ni

sukehatisaye said...

Hahaha. Maafkan blog yg berhabuk ni. Bizi manjang je la ni.

Salam ramadhan dan selamat.hari raya juga buat.anon sekeluarga. Terima kasih atas.komen2 selama ni dan sudi.membaca. Haha, siapalah gerangan anon ni

Anonymous said...

hamboi cepat je kau kan.
aku igt lama lagi kau nak mereply nie. haha
siapakah saya itu tidak penting
yg penting im your supporter. haha
acah speaking pulak kan.
aku suka baca ayat2 kau. tapi tak semualah. yang agak2 pendek ringkas and senang paham je aku bace. haha

sukehatisaye said...

Sebab takde buat apa. Tu yang pantas reply.

Apa2 pun thanks again sudi baca.

Ayat2 aku pun biasa biasa je. Bukan power mana, main bedal ikut Suka

Anonymous said...

most welcome boss. ;)
weh gadis polka kau sehat? lama tak denga cite dy. haha
acah2 kenal je aku kan. hihi. byk sgt gadis dlm hidup kau nie.
just pilih satu je oke.

**nampak tak aku dah ke laot? haha

sukehatisaye said...

Haha, bukan ramai sekaligus..tapi dalam jarak masa yang berbeza..

Alhamdulillah, semoga gadis polka sihat Sentiasa. Lagipun pasal dia aku rajin menulis. Tak tau kenapa..haha

Anonymous said...

masa mematangkan usia kata orang. tak gitu? haha
nie maknenye jodoh panjang nie. kang nak mkn nasi minyak jgn lupe jemput noh.
ku tunggu nasi minyakmu. walah! haha

sukehatisaye said...

Masa mmg mematangkan usia, tp bab jodoh, ajal semua ditangan dia. Insyaallah jika takdir. Alhamdulilah. Sebab.kadang2 benda yg kita nak sgt ni samada takkan dapat.atau susah utk didapatkan. Sesungguhnya dia memberi apa yg kita perlu. Bukan yg apa kita mahu.

Anonymous said...

absolutely yes. semua dah tertulis dah. cepat atau lambat. jadi atau tidak. jodoh dan maut.
kita nie pelakon je. DIA direktor kita.
kalau jadi apa-apa moga kita redha. ;)

sukehatisaye said...

Yup..redha sajalah