Saturday, February 01, 2014

LINDUNG

Di tempat itu

Letih, penat, lelah, kalah.
Perlahan dan tiada maya aku langkah.
mencari tempat berteduh
tempat untuk aku menghempas tubuh.

Gembira, ketawa, senyum, girang.
laju langkah melayang-layang
mencari tempat untuk bersorak riang.
tempat untuk berkongsi menang.

di tempat itu.
segalanya lengkap serba satu
tiada kurang walau dari apa sudut pandang
bagi aku, disitu satu syurga untuk aku seorang

di tempat itu.
segala kenangan, segalanya
pahit, manis, suka, duka
kau bilang apa sahaja
kalau bisa
di situ aku mahu semua bermula
kalau bisa
di situ juga aku mahu berakhir segala cerita

setia melindung
satu jiwa, satu nyawa
dari badai, terik, lebatnya cuaca
setia menanti
dari mulanya hari hingga kelam dinihari

di tempat itu.
bisa jadi syurga,
bisa jadi neraka duniaku.
tapi tetap aku mahu
kerana ia rumahku.

No comments: