Wednesday, January 15, 2014

CARI APA?

Sedarlah kau,

Jika kau datang ke mari
untuk melihat beberapa rangkap puisi
jujurnya aku sudah habis idea
mahu buat apa.

idea yang puas aku cari
tapi tak pernah muncul setiap kali
aku cuba-cuba hingga satu ketika
aku termenung sahaja

buntu, kosong, menyampah
aku mula letih dan rasa susah
nak menaip setiap aksara bagi melengkap satu prosa
segalanya jadi serba tak kena bila aku mula

setiap kali aku menaip, kebanyakkan rasa itu datang dari silam
datang dari satu bayang bersusuk, berwajah
tapi segala silam itu mula semakin kelam
bayang bersusuk, berwajah itu mula pergi, hilang

pinta ku, hanya mahu membina kembali suatu kenangan
hanya mahu melihat kembali satu bayang bersusuk serta berwajah
supaya ada puisi yang dapat aku karang
ada satu nyawa yang bisa aku julang, sayang

4 comments:

Anonymous said...

beb kau cakap pasal sape nie? dak pompuan yg kau post gamba dy dulu tue erh?
hehehee.
still mengharap ke? or kau susah nak lepaskan pergi?

**sori beb. aku busybody sket meh. dulu aku rajen usha blog ang nie haa. peace.

sukehatisaye said...

kahkahkah, yeke beb..thanks la ada jugak yg dok baca, kakaka, entahlah beb, nk kata mengharap tu tak pulak..nak cerita jodoh ni susah beb.

Anonymous said...

haha. entah. mmg bab2 jodoh tue susah sket nak cakap.
tapi usaha tangge kejayaan an.
so pilihlah yg betul2 kena dgn hati tue. kengkadang nak melepaskan 'someone' tue bukan senang. takes time kate oghang putih haa. haha ;)
yang penting yakin dengan janji DIA. semua dah tertulis. pjg lebar pulak haa ak merapu. hikss

sukehatisaye said...

Hahaha. Apa2 pun terima kasih