Tuesday, June 11, 2013

PT 3 : HIKAYAT GADIS POLKA VS GADIS MAGENTA

PT 4 : Hikayat Gadis Polka vs Gadis Magenta.

Fuuuu..apalah nasib aku hari ni, kehilangan dompet, kimak. Duit tu takdehal sangat lah, last yang aku tau ada dalam tiga puluh ringgit enam puluh sen je tadi. Yang penting i.c , lesen dengan kad bank tu. Perghh, nak kena buat report bagai. Aku masih pantas berjalan pergi kedai mamak balik, mana tau nasib aku baik, mamak tu tolong jagakan dompet aku, yelahkan, regular customer kot, itu pun kalau dia jumpa, kalau orang lain? Ahh, masak masak..makin pantas aku berjalan sambil kepala pikir bukan bukan dan mulut menyumpah seranah.
Sampai. Aku perhatikan sekeliling dulu tanpa buat apa-apa, rapat ke kaunter bayaran.
”Uncle, you ada nampak apa-apa cicir ka dekat kedai u ni tadi?”
Uncle kedai jerit pada ane, ane jerit pada tukang buat air, tukang buat air tanya tukang tebar roti, tukang tebar roti cakap ”Roti telur siap!”, aku garu kepala, ane geleng geleng kepala, uncle kedai cakap balik dekat aku yang tukang lap meja kata ada sorang budak perempuan kutip dompet aku, dan dia cuba panggil aku tapi aku menonong laju keluar. ARGHHHHH!!!! GADIS POLKA TU!!!
Aku duduk dekat bus stop berdekatan dengan kedai mamak tadi memikirkan apa harus aku buat sekarang ni. Hmmm, agak lama juga aku mengalamun hingga aku ambil keputusan balik jalan kaki ke rumah. Stress pulak rasanya kehilangan dompet ni dan buat aku tak boleh berfikiran waras. Nak buat report rasa malas. Lagipun dekat rumah ada lah duit sikit dalam tabung, esok lusa aku pi lah buat repot semua tu, Cuma harap-harap tak kena tahan polis discaj pendatanga sing sudahlah. Bangun, jalan perlahan. Celaka haus!!
Sepanjang-panjang deretan kaki lima yang aku lalui untuk sampai ke rumah sewa aku sudah beberapa kali aku bertembung dengan kedai jual air kelapa, air soya, air mata kucing dan budak budak togok air depan aku, telan air liur rasanya. Ah dugaan dugaan, pejam mata.  Berhenti.
”awak, awak!!”
Toleh, siapa? Mana?
“awak, sini-sini!!” pandang seberang jalan, dia! Gadis magenta.
Eh, macam mana lah asik terserempak dengan dia ni, dan macam mana lah pulak dia perasan aku, stalk aku ke?.
Lintas, pin-pin! Aku pandang kerek kereta yang hon aku, apehal! Getus hati kecil.
”apa?” soal aku rapat ke cermin kereta dia.
”awak nak kemana ni?” soal dia pula, ”balik” jawab aku ringkas.
”nak tumpang? Duduk mana? Jom saya hantarkan?” ajak dia
Dah kenapa pulak dia ni nak buat baik dekat aku, tak takut ke kalau kalau aku ni jantan psiko yang nak rompak dia atau culik dan paling ganas rogol mahupun bunuh walau aku tahu aku tak sejahat itu, takat nakal nak usha usha pompuan tu adalah sikit.
”eh takpelah, tak jauh pun, tak payah susah susah, lagipun tak takut ke kalau kalau saya ni orang jahat?” hekeleh ayat aku, klise sangat.
”okay lah kalau macam tu, bye!” dia tekan pedal minyak bergerak kehadapan sedikit. Brek!
Hulur kepala keluar tingkap, “cepatlah!!” amboi dia ni, paksa paksa aku pulak dah kenapa?
Lari aku pergi ke pintu tempat duduk penumpang, bukak, masuk, duduk, tutup pintu.
“awak!!!” –“ye? Apahal lagi?” “duduk depan lah! Ingat teksi ke?”
Loh? Apa perangai aku ni, cepat cepat aku keluar balik pergi ke depan.
”terima kasih” ucap aku segan, kalih pandangan ke arah lain.
”sama sama” ujar dia. Lirik mata pandang aku.
”awak duduk mana?” –”aku duduk sebelah kau lah” selamba aku jawab
”ish, main main, awak tinggal dekat mana? Rumah awak?” balas dia balik.
“soalan tu clear sikit lah, aku duduk flat aman makmur, empat blok dari sini, tau?”
-”oh flat aman makmur, tau-tau..jauhnya awak jalan dari mall dan balik rumah, jalan kaki?”
”naik lrt masa pergi, naik kaki masa balik, dompet hilang, lupa?”
-”oh, sori-sori, so jumpa tak dompet awak?”
”jumpa, tapi bukan aku, orang lain..”
”orang lain? Siapa?”
”gadis pollllll...err, entah, kenal tapi tak tahu siapa”
-”eh, macam tu pun boleh? So dah buat report?”
Diam, aku tak tahu nak jawab macam mana. “nantilah, malas” ringkas. Aku tak betah bicara sekarang ni.
Dan entah kenapa lah dia ni baik sangat dan banyak mulut pulak tu, aish, cepat cepatlah sampai rumah!
Brek, “terima kasih, susah kan kau je.” ujar aku sambil keluar dari kereta.
”sama-sama, by the way..saya hani, awak?” –“ed, panggil aku ed je”
“ok ed, jumpa lagi kalau ada rezeki, dan jangan sombong sangat ye, jangan lambat sangat buat report dompet hilang tu..dan nah, untuk awak” di hulurkan satu bungkusan kepada aku. Ambil.
“apa ni?” –“dari penulis sendiri” ujar dia selamba, hairan. Aku pandang hingga hilang kenderaan nya dari mata aku.  Pelik. Macam ni punya orang pun ada ke?.
Aku buka perlahan bungkusan plastik tu. Keras.
-puisiku untukmu- karya awanterbang
Buku ni!! Aku selak cover muka depan, ada sebaris aksara tulisan tangan ”ganti balik cokelat saya kalau saya jumpa awak lagi nanti! – signature, awanterbang” wah!! Dia? Penulis? Biar betul!! Arghhh mimpi ke aku sekarang ni, aku tersenyum sorang sorang depan flat sambil orang perati lalu lalang. Ah pedulikan. Diorang tahu apa pasal perasaan aku sekarang ni. Dan aku hampir terlupa hendak bertanya pada dia macam mana boleh jumpa aku tadi dan kenapa dia baik hati nak tumpang kan aku dan kenapa dia belikan buku ni dan kenapa ada sekeping not lima puluh ringgit dan kenapa banyak sangat soalan ada dalam kepala otak aku sekarang ni dannnn.. pin!!!!! ”hoi gila ke diri tengah jalan!!” jerkah seorang pemandu van yang di halang laluan nya oleh aku, senyum sambil angkat tangan, ”sori bro!” jerit aku pada dia. Aku terlupa sekejap pada masalah kehilangan dompet aku. Pantas aku panjat anak tangga menuju ke rumah sewa. Hairan dan girang pada masa sama. Lantaklah, takdir tuhan itu kadang-kadang penuh misteri.
Buk!, aku jatuhkan diri pada empuk tilam katil bujang. Lega, setelah aku menogok air sejuk dari dalam peti ais, di tiup pula dengan kipas siling yang tanpa jemu menghembus kan bayu ke seluruh bilik aku. Nyaman dan tenang di dalam, kecuali di luar, hiruk pikuk tetangga itu bagi aku Cuma bunyian latar halwa telinga. Aku gapai buku pemberian hani tadi, hmmm..hani, tak sangka pula si gadis magenta itu awanterbang dan tak sangka pula si awan terbang itu hani. Aku selak muka surat pertama, serangkap puisi ”awan magenta” tajuknya.
**
LARAT AWAN TERBANG DI UFUK SENJA, MEGA CAHAYA BERCAMPUR WARNA.
SAAT SURIA MENGINTAI DI BALIK AWAN, SATU CAHAYA MULA KELIHATAN,
SEKEJAP, MASIH MAMPU KORNEA MENANGKAP. HILANG, CANTIK TANPA SEMPAT DIKENANG.
LARAT AWAN TERBANG PERGI DENGAN CAHAYA, HILANG SUDAH WARNA MAGENTA!
**
FUUUUU deep woi! Kusyuk. Terus membaca, terpegun dan hilang dalam puisi dia.

PT 5 : Hikayat gadis polka vs gadis magenta

**
KAU KENANG MASA SILAM, KAU LUPA TENTANG ADANYA MASA DEPAN,
KAU TETAP KENANG WALAU HANYA PILU YANG KAU LALU
 KAU TOLAK YANG AKAN DATANG MAHU MEMBANTU.
DEGIL ITU HATI, MENGALAH ITU AKAL
 MANA MUNGKIN AKAN BERSATU MALAH ASYIK BERDANGKAL
**
Tet tett! Tet tettttt! Gema bunyi tanda mesej masuk dari telefon bimbit aku, argghhh, siapa pulak yang mengacau aku ahad ahad ni. Aku lipat sedikit hujung buku, buat tanda sampai mana aku baca, letak di tepi birai katil.
Slide to unlock. Click’ . buka inbox, satu mesej diterima, baca. “Assalamualaikum fared, awak dekat mana ni?” ahh, siapa pulak ni, no. aku tak kenal siap panggil nama aku fared lagi ni, setahu aku hanya budak-budak kampong je tahu nama aku. Kalau orang kota panggil aku ed je waima satu tempat kerja sekalipun kalau ada yang mesej. Reply, ”rumah,siapa?” send. 45 saat kemudian, tet! Tetetete! Buka, baca. ”saya hana, kalau awak kenal lah, tapi rasa kenal kot sebab awak pijak cokelat saya.” hana? Maksud dia hani ke? ”kenal, kenapa?” balas aku was was tentang hani. ”awak tercicir dompetkan? Saya jumpa masa awak terlanggar mamak dekat kedai tengahari tadi, sekarang saya pegang, sori selongkar dompet awak,nak cari apa yang patut untuk hubungi awak, mujur jumpa bisnes kad awak” gadis polka!! Hana! Amboi nama, dekat dekat dengan nama hani si gadis magenta!. ”oh thanks, kau dekat mana ni? Nanti aku datang collect” send. ”saya tunggu dekat stesen lrt sri aman boleh? Follow alamat awak ni?” ”ok cun, dekat sikit aku dengan area aku” send. Aku kerling jam di dinding, 5.47 p.m , Bingkas bangun dari katil, aku sarung slack, sarung hoodie, sarung chuck taylor.keluar.kunci pintu.klak!.
Fuh nasib lah dia ni yang jumpa, memang nasib aku berganda ganda baik hari ni. Thanks to god!
Sampai, aku perhati keliling. ”aku dekat tepi kaunter tiket.” send. Lima minit, sepuluh minit,setengah jam. ”woi,hana..kau dekat mana ni?” send. Satu jam kemudian. ”engkau datang karang taulah nasib engkau!” send.satujam lima belas minit lebih kurang,  Amarah aku memuncak, kesabaran aku dah tak boleh dibendung lagi. ”kimak lah kau!”send. Sial, samada hana ni game aku atau aku ni bodoh sangat percaya ada orang nak pulangkan balik dompet yang diorang jumpa. Celaka!. aku nyalakan rokok. Fuhhh, melangkah. Buk!.
”oi buta ke?!!” bentak aku lepas geram sebab tunggu orang. Pandang atas. Takda orang?
Aku perhatikan sekeliling kawasan stesen sri aman, lengang, hanya ada aku sahaja dan beberapa kelibat manusia yang kedudukan mereka agak jauh dari aku. Aku kerling jam, maghrib! Astaga! Aku cepat-cepat langkah tuju ke surau di stesen itu. Selesai ambil wudhuk aku kerjakan solat maghrib.
Usai solat, aku duduk di kerusi kayu yang terletak dihadapn bilik surau, aku gapai chuck taylor di bawah kerusi, eh? Apa ni! Aku jenguk kebawah, dompet aku!! Aku perhatikan keliling mana tahu kalau kalau kelibat hana ada dekat situ, memnag aku maki dia kalau betul ada! Tapi hampa, masih lengang sambil sebuah komuter melintas dihadapan aku. Menderu angin tujahan komuter menerpa aku, meremang naik bulu roma! Seram. Cepat cepat aku sarung kasut. Blah!
Sebelum naik ke atas rumah sewa di tingkat tiga paling atas, aku singgah di kedai burger yang terletak di bawah flat aman makmur, ada dua tiga pemuda sedang melepak bersama jaki si pembuat burger merangkap mat lepak flat aman makmur paling unggul sejak sekian lama flat ini gah berdiri.
”ed! Mana?” tegur jaki. ”jalan ki, daging satu, sayur tok se” ujar aku lembut sambil nyala rokok. Duduk atas motor seorang budak motor member jaki. Mereka sedang rancak berbual, aku malas ambil port, sambil leka sedut asap rokok, aku terkesima kejap dengan topik perbualan mereka, ”nang, engko tau tak, semalam aku mimpikan arwah si mengka ko tau!” ”dia datang jumpa aku mintak tolong” rancak nang bercerita pada rakan dia yang lain bahawasanya arwah si mengka datang mintak tolong si nanang, masa eksiden tengah beracing tu cincin bakal tunang mengka tercicir, so mengka minta tolong nanang carikan dekat dekat area dia eksiden tu, kalu jumpa bagi dekat bakal tunang tak jadi dia. Aku tersenyum, bullshit betul, sah nanang stone weed masa tengok cerita misteri nusantara ni, ”kau high ke nang?” ujar jaki. ”butoh ki, aku cakap betul ni, engko jangan sampai arwah mengka datang jumpa engko nanti” ujar nanang selamba. ”berapa ki?” soal aku selepas jaki serahkan bungkusan burger yang sudah siap pada aku, ”dua ringgit je la ed,brohood punya price” aku serahkan dua ringgit pada jaki sambil senyum. Dia terima sambil kenyit mata. Caya lu bro!
Klak! Bunyi pintu dikunci, aku campak gugusan kunci atas meja makan. Aku rebahkan jubo atas sofa tiga seat di ruang tamu, nyalakan tv. Seluk celah celah sofa cari remote astro. On. Walaupun aku baru kerja dua bulan di kota ini, hasil simpanan duit gaji yang munasabah dengan jawatan aku sebagai designer, membolehkan aku hidup serba selesa sebagai bujang dengan kelengkapan rumah yang hampir lengkap. Set katil bujang, sofa tiga seat, tivi flat screen second hand 24in, astrok pakej Rm 48 sebulan, peti ais cabuk, dapur gas dan meja makan pemberian ikhlas jiran depan rumah cukup selesa bagi aku. Bulan depan dah boleh berangan bayar muka beli motor.
Perlahan aku buka balutan kemas burger jaki, bismillah.. aku sua kan ke mulut. Tap!! Blackout. Ah sudah. Aku meraba raba dalam gelap mencari handphone, jumpa. Dengan bantuan cahaya malap itu, aku berjalan perlahan serupa orang buta pergi ke kotak suis utama, ketak! Aku tolak tombol suis, ting! Lampu menyala kembali.  Di kaca tivi terpasang klip video kau, aku dan waktu nyanyian izzue islam dalam cerita bunga merah punya di tv9 suatu ketika dahulu.  Sambil mengunyah terhentak hentak kaki aku mengikut irama muzik tersebut sehinggalah part  ”Tuhan tolonglah, aku pinta Cuma satu nyawa, agar dapat aku, sebut namamu..”
”fared!”
Terdiam aku dari hentakkan kaki, mulut aku berhenti dari mengunyah! Arwah mengka!
Tersembul peluh jantan dekat dahi aku, kimak betul nasib. Takkan jumpa hantu kot. Menggigil aku ketakutan. Aku pejam mata rapat –rapat. ”fared!!” makin kuat, aku campak burger dan tutup telinga sambil mulut terkumat kamit baca doa makan yang aku terlupa tadi. Mungkin arwah mengka datang nak warning aku pasal doa makan tadi. Tapi..”hei  fared zulfadli!” hamboi hantu mengka ni, siap tahu nama penuh aku pulak, tapi sejak bila hanu mengka ni suara perempuan dan aku pun bukan pernah kenal dengan mengka ni, aku kuat kan semangat, perlahan-lahan aku buka mata, sebelah, celik. Dua belah, celik. Aku pandang keliling, hening, terdengar bunyian motor berlumba dari luar rumash sayup sayup. Di bahagian runag tamu masih lengang. Sehingga aku toleh ke belakang.
”arhgggggghhhhh..!!!!” gedebuk. Hitam, gelap.
------------celik perlahan----------------
Silau------celik lagi------gelap---------
Pang! Arghh!! Terkejut aku dari mimpi apabila ditampar, fuhh nasib mimpi.
Eh kejap? Siapa tampar, aku toleh ke sebelah kanan!! Arghhh, bukan mimpi!!
Bingkas aku bangun dari lantai lari masuk kedalam bilik. Kelekak! Kunci!
”apa kau nak haaaa!” ”macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku ni?”
”kau tau tak aku ni lelaki, kau tu perempuan, bukan muhrim..karang kena tangkap basah sia sia je”
Alamak, apa aku nak cakap ke orang kampung ni ke emak aku kalau kalau JAIS buat raid selepas dapat aduan dari tetangga aku berdua duaan dengan perempuan.
”wei hana!, kau blah la. Cokelat kau tu baru dua ringgit lapan puluh sen, duit aku dalam dompet dekat depan atas meja makan tu, ada tiga puluh ringgit enam puluh sen, kau amik tiga puluh je, lepas tu kau blah!”
Haish, macam mana lah si hana ni boleh masuk dalam rumah aku. Gila punya perempuan. Psiko nak mati!
Diam. Diam. Diam.
Pelik, dah keluar gamaknya perempuan sekor ni. Aku buka pintu perlahan lahan, jenguk ke ruang tamu, alamak, tak blah lagi si hana ni, ”woi!, kau makan burger aku apahal!” cepat aku ke ruang tamu, hana selamba bedal baki burger aku sambil tengok chefterulung selebriti musim ke dua dan ketawa berdekah dekah macam tengok hulubalang lawak musim ke tujuh. Aku berdiri tegak depan dia, hadang dari tivi. Dia gerak kan sikit kepala ke kiri, aku kalih ke kiri, dia geleng ke kanan aku gerak ke kanan. Dia pandang aku, aku tenung dia. Seram sejuk tiba tiba. ”awak, tepi sikit boleh?” pintanya. ”kau berambus boleh?” jawab aku. Dia hanya senyum ”amboi garang nya” balas dia selamba. ”aku cakap kau keluar, keluar lah dari rumah aku ni, kau nak bagi dompet kan? Ni kau dah bagi, nak suruh aku ganti cokelat kau? Nah duit, dan tolonglah keluar, karang datang jkkk buat raid karang kau nak ke kawen free? Aku nak!!” selamba aku cakap. Dia hanya pandang aku senyum senyum gila. ”awak tepi sikit lah, saya nak tengok tivi ni” lembut dia menjawab. ”blah!” tengking aku sambil buat gaya tangan tunjuk arah pintu. ”okay” dia menjawab, bangun perlahan. Pling!!! Hilang!!
Wadefakkkkk! Pitam.
**
SAAT PALING SUNYI, KAU MULA BERKHAYAL TENTANG MACAM MACAM,
SEDANGKAN BILA RIUH KAU MULA BERPERANGAI SEMACAM.

**

No comments: