Saturday, December 28, 2013
Friday, December 27, 2013
MENGGAMIT NOSTALGIA GADIS POLKA DAN GADIS MAGENTA
seperti mana bintik-bintik polka itu
seperti itu juga aku.
banyak serta bertaburan.
banyaknya rasa yang aku pendam pada nya
bertaburan fikiran memikirkan tentang dia
dua warna kontra jadi beza
begitu juga antara kita
polka..seringkali ada dari mereka bertanya
kenapa polka?? kenapa..
sudah puas aku perjelaskan
hingga kini masih aku bertahan
sabar untuk bercerita
dan masih mahu berbicara
masih menunggu setia
walau tiada penghujung yang nyata.
kerana ini hikayat si Gadis Polka.
ada nostalgia yang pernah tercipta.
Apa penyudah pada Gadis Magenta?
seperti sebelumnya yang telah aku bicara
Gadis magenta hanya muncul sekali-sekala
seperti saat warnanya menjelma di kaki langit
dia hanya watak yang menjadi pengait
antara satu cerita pada cerita yang lainya
Tiada lagi Gadis Magenta
ceritanya lama sudah aku tamatkan
pengakhirannya juga telah ku jelaskan
dia kini sudah berbahagia.
dan akan terus menjadi nostalgia.
seperti itu juga aku.
banyak serta bertaburan.
banyaknya rasa yang aku pendam pada nya
bertaburan fikiran memikirkan tentang dia
dua warna kontra jadi beza
begitu juga antara kita
polka..seringkali ada dari mereka bertanya
kenapa polka?? kenapa..
sudah puas aku perjelaskan
hingga kini masih aku bertahan
sabar untuk bercerita
dan masih mahu berbicara
masih menunggu setia
walau tiada penghujung yang nyata.
kerana ini hikayat si Gadis Polka.
ada nostalgia yang pernah tercipta.
Apa penyudah pada Gadis Magenta?
seperti sebelumnya yang telah aku bicara
Gadis magenta hanya muncul sekali-sekala
seperti saat warnanya menjelma di kaki langit
dia hanya watak yang menjadi pengait
antara satu cerita pada cerita yang lainya
Tiada lagi Gadis Magenta
ceritanya lama sudah aku tamatkan
pengakhirannya juga telah ku jelaskan
dia kini sudah berbahagia.
dan akan terus menjadi nostalgia.
Thursday, December 26, 2013
BUAT PEREMPUAN BERJIWA LANGIT
Luas, tinggi.
kadangnya nyaman tenteram, adakalanya bergolak ribut dan taufan,
di hujung hujungnya ia akan reda
dan mentari kembali bersinar dibalik awan-awan yang kembali memutih.
bersama-sama membawa sang pelangi yang mucul buat seketika.
disiangnya terkebil-kebil kau melihat kedada langit,
dimalam hari kau tenung dalam-dalam memerhati bintang bekerdip
biar seterik mana dan segelap mana langit itu
masih kau mendongak memerhati pada langit yang satu
sepertimana langit itu yang maha luas dan tidak tergapai akan dek ketinggian
begitu jua dengan satu jiwa yang bernama perempuan.
-Misteri
buat perempuan berjiwa langit
*Puisi yang terilham dari salah seorang follower. Kredit untuk beliau
HAIKU YANG TERPERAM
Wahai cermin, terima kasih sudi tersenyum kembali saat aku bersedih
dihadapanmu.
Walau aku tahu Cuma sekadar menipu, sekurangnya kau jujur tanpa
selindung.
Dari watak nyata yang
sekadar omong kosong. Celaka.
Pada sang pari pari mimpi.
Adakah kau masih belum serik? Datang dalam mimpiku meracik racik,
Lunyai kau kerjakan
segalanya sehinggalah aku celik!
Lima, Tujuh, Lima
1.
Di tepi
Tingkap,
Awan
berat merangkak,
Hujan di
hati.
2.
Lama
menunggu,
Penat
memikirkanya,
Hari
berganti.
3.
Suka dan
duka,
Hati
terus direnyuk,
Mati
bicara.
4.
Lafaz
bismillah,
Terus
kaki melangkah,
Masa
terhenti.
5.
Lupakah dia,
Aku ini siapa?,
Bayang sahaja?.
6.
Bila bermula,
Bulatan kehidupan?
Cepat berakhir.
7.
Hidup nan gelap,
Alah pada silauan,
Focus dan mara.
8.
Tak tahu apa,
Berlegar tiap waktu,
Pedih dan ngilu.
9.
Semua takdir,
Tiada kebetulan,
Walau celaka.
10.
di ufuk senja,
gelap hadirkan diri,
itu magenta!
11.
Degilah hati,
Mengalah itu akal,
Asyik berdangkal.
12.
Waktu tersunyi,
Terbayang macam macam,
Riuh semacam.
13.
Ikut sahaja,
Dan janganglah membentak,
nanti kau ngerti.
14.
Bingit dan bising,
Terus aku berpaling,
Mereka diam.
15.
Pintu tertolak,
Hanya angin menerpa,
Tertulis tarik!
16.
Bayangan hitam,
Kilau mata merenung,
Nyawa diracik.
17.
Penat dan bosan,
Jiwa dan benak sebu,
sedut nikortin.
18.
Gelak dan tawa,
Cukup untuk sekejap,
Bahagianya!
19.
Amboi jelingan,
Buat jantan tertawan,
Ditangan pisau.
20.
Sikit lagi hoi!
Jeritan dari jauh,
Lain dimensi.
Haiku
i.
Cinta ku satu,
Pada si awan terbang,
Pemukau jiwa.
ii.
Kadang kadang je,
Buat aku terasa,
Diam membatu.
iii.
Pedulikan lah,
biar aku sahaja,
rasa seksanya!.
24.
Kepada malam,
Sejuk kau menggigit tau!
Seperti rindu.
25.
Rindu mendatang,
Kala malam berlabuh,
Tahukah dia?
26.
Syukur nikmatNya,
Segalanya sempurna,
Terima kasih!
27.
Berakhir cepat!
Aku dah tak tertanggung
Bunuh sahaja.
Bahagia itu engkau yang
punya..peduli apa orang kata. Mereka tu yang buta apa maksud bahagia.
28.
Malasnya diri,
Bila subuh memanggil,
Pekakkan hati.
29.
Cik adik manis,
Senyuman mu menawan,
Tapi kau buta.
30.
Rancang tak laku,
Serahkan pada takdir,
Laku tak rancang.
31.
Bukan mahu mu,
Hanya apa kau perlu,
Serahkan padaNya.
32.
Kau mahu pergi,
Tanpa ku merelakan,
Terduduk diam.
ANUGERAH
PROLOG
Di atas longgokan batu batu besar yang terdampar di Tanjung
Arang, kelihatan seorang pemuda sedang duduk termenung jauh kearah selat
Melaka, kejadian yang menimpa kepada dirinya malam semalam masih menghantui dan
meresahkan kotak pemikiranya. Seketika dia bangkit sambil melihat tanganya, di
buka jemari tangan kanan lalu di acu kepada sebuah bongkah batu sebesar peti
ais bersaiz sederhana. Seluruh permukaan batu bergetar perlahan dan semakin
kuat apabila dia memaksa seluruh cakranya untuk mengalihkan batu tersebut.
Terapung, bongkah batu tersebut perlahan-lahan terangkat dari kedudukan asal
dan mengapung di awangan, kemudian statik di antara jarak dua kaki dari tanah. Fared
melihat ke arah batu tersebut dan digenggam jemari nya menjadi penumbuk. ”brukkk”
berderai batu itu apabila Fared menggunakan kuasa cakranya. Dia mendepakan
tanganya kearah laut selat Melaka yang terbungkam dihadapan lalu menjerit,
untuk apa dan pada siapa hanya Fared saja yang mengetahui.
Tanjung Arang,
September 2013.
Sekembalinya
Fared ke Tanjung Arang dari kehidupan kota metropolitan setelah peristiwa
antara dia, hana dan hani berlalu lebih kurang dua minggu, masanya banyak
dihabiskan dengan cuba untuk menghadam dan merungkai kejadian kejadian yang
menimpa dirinya sepanjang perkenalan antara mereka bertiga. Fared gumam.
Segala kejadian itu di luar kemampuan dan batas norma manusia sepertinya,
manusia di seluruh dunia. Sejak dari kejadian itu juga Fared lebih gemar
bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan membuat research yang
berkaitan. Di dalam bilik dirumah peninggalan orang tuanya, Fared menghamburkan
badan keatas katil, cuba untuk pejamkan mata setelah mengharungi perjalanan
selama dua jam. Makin lama, kelopak matanya mulai rapat dan kejap. Fared
terlelap begitu saja.
“Setiap dari kita ini di anugerahkan dengan kemampuan yang
luar biasa, samada kita sedar atau tidak Fared” perlahan Hana menghilang
menjadi kabus beterbangan di pekat malam itu. Fared terbaring lesu di permukaan
jalan yang masih belum diturap. Di tengah hutan yang dia sendiri tidak tahu
dimana. Kedengaran jeritan sayup dari jauh memanggil namanya. “Hani!” bentak
Fared, dia cuba mengumpul segala daya yang tersisa untuk bangkit. Perlahan dia
memaksa kudratnya untuk memapah jasad sendiri untuk bangun, Fared terbongkok
sedikit sambil mengesat mulut dan hidungnya yang mengalir darah. Dia mendorong
kaki melangkah kehadapan, setapak dua lemah, tiga empat tapak mula tampak gagah
lima enam Fared laju mara ke satu arah. Dia perlu pantas, “Hani!!!” jeritan
padu dari Fared mengegak gempitakan seluruh kawasan belukar berhampiran nya,
segala ungas dan mamalia berhampiran bertempik dengan kejutan. “zapp” satu cahaya terang benderang muncul di
sekitar Fared atau lebih tepat dari Fared sendiri. Sepantas kilat Fared hilang
dari kawasan itu sambil halo cahaya masih kekal menandakan Fared telah ter
teleportasi ke tempat lain.
Bersambung...
*Patutnya cerita ini kesinambungan setelah habis/tamatnya hikayat Gadis polka vs Gadis Magenta..tapi tangan dan akal gatal jugak nak menulis padahal cerita GPVSGM tak habis lagi. so sedikit draft yg aku taip agar aku nampak sedikit jalan cerita yang bakal aku buat. mungkinlah..sebab dah start malas sebenarnya*
PT 4 : HIKAYAT GADIS POLKA VS GADIS MAGENTA
PT 6 : Hikayat
Gadis Polka Vs Gadis Magenta
Aku bangun dengan
kepala yang paling berat sekali setelah dikejutkan oleh penggera yang berbunyi
memekik daripada telefon bimbit. Teraba-raba aku mencari di mana letaknya
telefon tersebut. Jumpa, tekan punat dismiss. Lega. Perghh, apa punya mimpi lah
malam tadi, alamak!! Dah pukul 7 lebih. Laju aku bangkit dari pembaringan
menuju ke bilik air, sambil jalan, aku tanggal kan semua, telanjang. Masuk ke
bilik air.
Bismillah, aku
teguk air kopi berusia dua hari lepas dari dalam peti sejuk. Segar tekak, aku
nyalakan rokok dan sedut dalam-dalam, hari isnin dan mood nak pergi kerja tu
rasa macam kimak. Berjalan aku menuju ke muka pintu rumah sambil belek telefon
bimbit, 7 miscall dan 3 mesej dari hana, aku buka mesej pertama, ”awak, saya
dah sampai stesen sri aman, awak dekat mana ni?”. mesej kedua ”awak!! Mana ni?
Angkat lah telefon tu?” dan mesej terakhir
”buang masa betul tolong orang macam awak ni!”.
Aku tahu salah
aku sebab tertidur mati petang semalam masa tengah baca buku hani, dan mimpi,
ya. Tersangat lah seperti kejadian sebenar mimpi aku tu semalam. Pantas aku
tekan punat dail semula dan buat panggilan kepada hana. Sekali, dua kali, tiga
kali. Arghhh, buat hal betul budak sekor ni. Keluar, kunci pintu. Pantas aku
berjalan menuju ke stesen sri aman.
Dalam perjalanan
menuju ke tempat kerja menaiki lrt, aku membelek buku pemberian hani di tempat
duduk, kusyuk. ”hai, ed!” tegur seseorang. Aku pandang ke atas, ”eh, hani!” aku
senyum. ”kusyuk baca?” dia bertanya. ”buku orang bagi, haruslah” balas aku segan.
”dah jumpa dompet awak?” tanya dia ”dah, tapi belum dapat, ada dekat sorang
budak ni” jawab aku ”oh lagi satu aku nak tanya ni, macam mana kau jumpa aku
semalam? Dan Kau ke penulis buku ni? Awanterbang?” soal aku.
Ting!.
”sori ed, lain
kali lah persoalan tu hani jawab ye. Dah sampai?” selamba je dia jawab sambil
bergerak keluar. Lagi sekali aku pandang dia hilang dari pandangan di balik
cermin monorel, dai lambai tangan senyum. Aku terpinga-pinga. Tersangat misteri
lah perangai si hani ni. Dimana-mana aku ada pasti akan terjumpa dia, samada
dia jumpa aku atau dia memang kaki stalker. Bertambah persoalan dalam benak
minda aku sekarang ni berkeaitan hani. Oh hana!, aku seluk telefon bimbit dari
dalam saku, dail.
Beberapa kali
juga aku cuba call dia sebelum panggilan diangkat, ting! Pintu monorel terbuka,
aku melangkah keluar, ”hello, hana?. Sori pasal semalam, aku tertidur.” jawab
aku, nak juga aku sambung cakap yang aku mimpi dia, tapi aku batalkan niat
sebelum dia pikir aku ni yang bukan-bukan. ”amboi senang betul ye jawab
tertidur?” nyaring suaranya di hujung talian ”brrr, rilek la, sori
sangat-sangat, so macam mana kau nak bagi dompet aku ni?” –”mau tak marah! Petang
nanti kita jumpa,tapi ada syarat, awak kena belanja sebab saya dah jumpa dan
tolong simpankan untuk awak.” –“err, petang ni? Okay-okay. Nanti kau halo aku
lah” –”orait, okaylah. Hana nak masuk kerja ni, apa-apa nanti hana inform ye,
asalamualikum ed” –”okay,salam” toot. Aku melintas di hadapan kedai dimana kejadian aku terlanggar hana minggu
lepas, berhenti. Aku mengundur setapak dua, buat lencongan masuk kedalam kedai
tersebut. Aku gapai dua bar cokelat berbungkus biru, “bos, berapa?” aku hulur
sekeping not kuning. Ambil baki, berjalan pergi. Aku lihat jam di lengan. 8.59 a.m, lari!.
Di depan monitor
dalam kubikel kerja aku.
Aku sandar kepala
atas meja. Sambil jemari melakar-lakar di atas sekeping kertas bewarna putih.
Cari idea, arghh. Tension. Aku hempas pensil. Bangun. Jenguk kubikel sebelah,
”topek!”
-”sup?” topek masih tenang memerhati screen lcd monitor.
“sap kok jom?”
pelawa aku.
Dia balas dengan tangan buddha. Talk to the hand. Ahh,
tengah lasso lah tu.
“fak u” aku
tinggalkan topek dengan dimaki selepas aku tekan papan kekunci dia. Lumrah bagi
designer kalau tengah guna lasso, pantang dikacau.
Aku tolak pintu
rintangan api menuju ke tepi tingkap di ruangan tangga. Aku buka sedikit cermin
kaca bagi melepaskan asap rokok dan bagi udara masuk. Luas pemandangan luar.
Segar seketika walau pada dasarnya cuaca agak gelap dan bakal hujan di tambah
dengan hiruk pikuk kesesakan jalan diluar. Tapi cukup buat aku tenang selepas
kepala otak penat memerah idea sejak dari pagi lagi. Sampaikan lunch pun
menghadap monitor. Satu jam lagi sebelum balik. ”janganlah hujan” pinta aku
tanpa tuju pada sesiapa atau apa. ”bak kok tang!!” terkujat aku di jerkah topek
dari belakang, hampir-hampir jatuh lah rokok yang aku sisip dekat bibir, ”babi
kau” sambil aku hulur kotak rokok pada dia. Borak apa yang boleh.
”mungkin jodoh
kot?” ujar topek dihujung hujung perbualan aku dengan dia sedari tadi sebelum
dia meninggalkan aku dan masuk semula ke ruang kerja. Habis semua aku cerita
pada dia kisah yang terjadi pada aku sebelum ni. Hmmm, jauh aku renung ke luar
tingkap semula. Aku tarik dalam-dalam asap rokok sebelum puntungnya aku jentik
ke luar. Tutup tingkap, kembali ke kubikel kerja.
”yibaa!! Balik”
jerit topek dari kubikel sebelah.
”ed, aku chow! Papehal halo lah kalau nak lepak” dia
melangkah tuju ke pantri, mungkin nak rembat stok air 3 in 1 atau instant mee.
“orait bro” jerit
aku sambil mengemas ruang kerja dan menutup plug. Aku silang beg sandang.
Tet! Tett!! Bunyi
mesej masuk, aku gapai telefon dari atas meja. Baca ”A’kum ed, hana tunggu
dekat tempat ed langgar hana ye, 6.30 ni and make sure yang ed datang, kalau
tak hana buang je dompet ed ni!”. aku kerling jam di dinding ofis, 6.15 p.m
Bergegas aku
berlari menuruni anak tangga walhal boleh menggunakan lif, tapi disebabkan tak
mau membuang masa menunggu aku gagahkan jua turun 4 tingkat bangunan, sampai ke
ground floor, buka pintu. BERDENTUM!! Bunyi guruh dan menderu hujan turun
selebat-lebat. Arghh,celaka!!
Aku usha
keliling. Tiada sesiapa yang aku kenal nak tumpang ataupun pinjam payung. Aku
lihat jam di tangan. 6.20 p.m. aku capai
telefon bimbit, taip. ”hana, aku lambat sikit ye, hujan lah!” selang lima saat –”no! be there or
beware!” balas dia, arghh pompuan ni. Entah kenapa lah pulak aku rasa cuak bila
dia mesej macam tu, apa je dia nak buat kalau aku lambat sekalipun. Tapi disebakan perasaan takut tu aku nekad
kan diri meredah hujan lebat ni, basah pun basah lah asalkan tak kena marah. Eh?
Apahal pulak, patutnya aku risaukan dompet aku dari kena marah dengan si hana
ni, ah sudah. Aku berlari dan lari dan basah. Agak tak selesa di celahan
kelengkang.
Sampai di stesen,
basah. Celaka lah, macam mana aku nak naik lrt basah-basah macam ni. Sial.
Marah aku pada diri sendiri.
Aku lihat jam,
6.37 p.m
-”hai ed!” aku
toleh ke arah si pemanggil.
”ha, mana dompet
aku?” jerkah aku pada hana. –”eh, janganlah marah” jawab dia
”ni, puas?” aku
tunjuk diri aku yang basah pada dia.
-”yang pergi redah buat apa?” senang dia jawab.
”dah kau yang jugak mesej, be there or beware.”
-“bagus betul ikut cakap orang, nah amik ni lap rambut”
balas dia sambil menghulurkan sehelai kain kepada aku. Capai.
-“hana saja je cakap macam tu,kan hana dah mesej balik lepas tu, ed ad abaca tak?”
Aku tengok pada inbox telefon bimbit, satu mesej diterima,
buka. Ahh, setan betul. Aku diam
sambil keringkan apa yang patut. Hana memandang aku sambil tersenyum.
-”kesian dia, nah dompet awak” dia hulur, aku gapai. “jom
lah kita keringkan pakaian awak tu.dekat surau rasanya ada kain pelikat.” Ujar
dia sedikit tergelak. “kejap” pinta aku pada dia. Aku bergerak ke tandas awam.
Salin baju, dah menjadi kebiasaan pada aku membawa baju dan seluar lebih ketika
keluar rumah, tabiat sejak dari dulu lagi sebab aku ni kaki travel dan jarang
balik rumah dulu. Kalau beg aku ni orang rompak, mungkin orang akan menyangka
yang mereka terompak almari pakaian yag lengkap dengan segala mala nya, dari
pada ubat gigi sampai ke seluar kecik semua ada. Siap, aku sembur wangian ke
seluruh badan, ahh.segar. pakaian basah aku sumbat kedalam beg plastic termasuk
kain hana kedalam beg. Keluar.
“wah? Dah bertukar?” terkejut hana bila aku tukar baju
semua.
“hiker and backpacker rules” jawab aku.
“wah, lasak lah kiranya ni?” Tanya dia.
“well said” aku balas sambil bahu terjungkit sikit.
“ceh berlagak” dia jelak. “kita maghrib dulu lepas tu kita
pergi makan eh?, hana laparlah. Ed
belanja kan?” soal dia.
”okay” pantas aku
pusing membelakangkan dia. Berjalan. ”hei!! tunggu” jerit hana.
Mari lah kita solat, marilah menuju kejayaan.
**
IKUTKAN SAHAJA
RENTAK DAN JANGAN MEMBENTAK!
**
Tuesday, December 24, 2013
SUNGKUR
Jatuh, tersungkur..apa sahaja perkataan yang seangkatan kau khabarkan.
makna nya sama..sebabnya berbeda, siapa, dimana, mengapa, bila..
kadang-kadang tak payah tuding jari pada orang lain..kerana punca nya datang dari kita sendiri.
Ya kau!!..kau yang menjadi puncanya..kegagalan datang dari kita sendiri, yang lain itu cuma sebagai penambah rasa pada kegagalan kau..renungkan kembali bagaimana ianya bermula..tanpa kau sendiri yang mulakan segala apa yang kau gagalkan itu tak akan berlaku, takkan bila berjaya kau hanya berbangga pada diri sendiri tidak mahu menuding pada orang lain yang bersama-sama ada saat kau berjaya, bahagia..kau hanya mahu semua orang tahu itu hanya hasil usaha kau seorang sahaja?? tapi saat gagal kau tak mahu tanggung sendiri, malah kau heret sama semua orang sekali dalam episod kegagalan kau?? kenapa?
sebab tu aku kata "Kadang-kadang, kita sendiri punca tersungkur.."
malah aku kini betul-betul tersungkur atas sikap aku sendiri..
Sunday, December 22, 2013
SATU
Satu nama yang akan aku ingat sampai bila-bila..
segala suka-duka..susah senang, kau selalu ada
saat aku menyakiti disakiti..kau masih disisi
kau pernah pergi, hilang..dan kau kembali pulang
pulang kau memimpin aku, mengangkat aku..
dulu kita satu..kini masih satu
cuma tidak seperti dulu
selamat berbahagia "kawan"..
kau bilang mahu aku sentiasa ada walau suasana berbeza
kau mahu aku janji aku juga harus ada
tapi cukup cukuplah..kau harus bahagia..
aku harus pergi sejauh-jauhnya
dan hari itu,
aku ucap kata selamat,
aku amat bangga.
melihat senyuman di bibir kau kembali tersemat..
Tahniah!! moga jodoh kau dipanjangkan sehingga sampai ke kata pengikat..amin
DIAM
Diam..dan biar mereka berbicara,
diam bukan maksud kau tak tahu apa-apa
bukan makna kau malu pada mereka
bukan kerana tiada apa yang kau mahu kata
tapi mereka lagi petah, mereka lagi cerdik maha bijaksana
sedang pandangan kau pada mereka langsung tak ada guna
diam..diam
diam, aku lebih rela diam dari berkata apa yang aku rasa
jika luah itu hanya memburukkan suasana
mencipta satu sengketa
membuat mereka rasa bodoh dan pendusta..
diam..
kunci rapat semua pengalaman
tanam dalam semua ilmu dan pengetahuan.
sebab mereka tak peduli semua yang kau punya
mereka mereka itu kan lebih mengenali dunia
mahu cerita apa pengalaman, apa pengetahuan
cerita pada mereka yang sama sama diam..
diam mereka itu diam berisi
jika kau cerita padanya mereka juga sudi berkongsi
yang bising-bising tadi? kau usah peduli
mereka tu tuli..masih belum erti
mengerti satu pepatah asli,
yang diam ubi itu berisi.
diam bukan maksud kau tak tahu apa-apa
bukan makna kau malu pada mereka
bukan kerana tiada apa yang kau mahu kata
tapi mereka lagi petah, mereka lagi cerdik maha bijaksana
sedang pandangan kau pada mereka langsung tak ada guna
diam..diam
diam, aku lebih rela diam dari berkata apa yang aku rasa
jika luah itu hanya memburukkan suasana
mencipta satu sengketa
membuat mereka rasa bodoh dan pendusta..
diam..
kunci rapat semua pengalaman
tanam dalam semua ilmu dan pengetahuan.
sebab mereka tak peduli semua yang kau punya
mereka mereka itu kan lebih mengenali dunia
mahu cerita apa pengalaman, apa pengetahuan
cerita pada mereka yang sama sama diam..
diam mereka itu diam berisi
jika kau cerita padanya mereka juga sudi berkongsi
yang bising-bising tadi? kau usah peduli
mereka tu tuli..masih belum erti
mengerti satu pepatah asli,
yang diam ubi itu berisi.
Saturday, December 14, 2013
SATU PERTEMUAN
Pertemuan..satu benda yang paling bermisteri bagi aku, kita takkan tahu, bila, dimana, siapa atau dengan apa yang kita akan bertemu..
Ya, itulah yang terjadi kepada aku..satu pertemuan yang masanya, tempatnya dan orangnya yang paling aku tak jangka, perasaan dia pun tak dapat nak digambarkan atau diluahkan, rasanya bercampur-campur. Nak dijadikan satu cerita..
Ceritanya bermula begini..
Jam menunjukkan Pukul 5.30 petang dan sudah sampai masanya untuk aku balik, tepat jarum minit ke angka 31, cepat-cepat aku angkat kaki dan pegi thumb print. Tujuannya sebab aku nak pergi cari port tengok Bola pasukan cap ayam lawan cap (Insert jenama berkualiti tinggi), dan aku seperti mereka mereka yang lain, tetaplah juga dengan menyokong cap ayam ni walau dah berbakul bakul kata caci maki diberi, nak buat macam mana..kononya Tanah tumpahnya darahku menjadi panji. Okay lupakan benda ni, aku taip ni pun dah boleh buat sakit hati mengenangkan liku-liku team ni.
Sambil menonton perlawanan, aku pun selingkan dengan makan serta minum, yelah..pergi stadium pun kunyah-kunyah bro, lu chant 90minit game pun ada rest masa first half, lepas makan aku sedut rokok berbatang batang sebagai melunas rasa keras setelah tak hisap rokok 8 jam waktu bekerja.
Ahh skip skip lah cerita makan bola tu..habis je game, aku terus memandu pulang ke rumah, dan di sini lah kisahnya menjadi semakin menarik. Aku kerja di KL dan setiap hujung minggu aku akan pulang ke rumah keluarga aku di PD, so faham faham lah engkorang dengan macam mananya keadaan trafik masa tu. Punya lah slow dan menyakitkan hati, dengan mana degilnya sikap sesetengah manusia yang agaknya dalam kepala otak dia, Dia paling cepat nak kena sampai rumah. Suka suka hati dia je nak selit sana, potong sini..fak! dan punyalah heavy jammed dia sampai aku rasa kalau main game gta, kau dah boleh complete mission aku rasa, kahkahkah.
Aku ni dha lah drive sensorang, so apa yang aku praktikkan selalu saat melalui benda benda sesak ni, aku akan buka lagu-lagu pilihan dan nyanyi seperti di dalam bilik karoake. Kena pulak time tu aku dengar lagu Ziana zain, Madah berhelah..perghhh sampailah tang High Note tu, sekali aku tarik, tiba-tiba usus perut aku tertarik sekali sampai buat aku rasa nak tercirit, ah sudah..jahanam..efek roti banjir kuah kari tambah neskepi tadi dah mula memberi kesan mendalam. Aku start gelabah dah, yelah..dahlah jammed, aku tengok sign untuk rest stop jauh lagi, dan yang paling berhampiran pun lebih kurang 1.5km iaitu stesyen Minyak. Makin gelabah aku.
Trafik masih bergerak perlahan tapi mulut aku makin laju menyumpah seranah sambil perut hebat melakukan ritualnya. Aku terpaksa melakukan petua-petua kuno dan cakap "Kepala,lutut" berulang-ulang kali dalam skala yang laju. Hasilnya, pergi jahanam dengan penipuan ni, makin menjadi-jadi dia punya nak terkeluar tu. Dah dihujung-hujung kepala bak kata orang.
Lebih kurang 10minit aku menahan dan meredah dengan amarah jammed tadi, akhirnya aku tiba ke destinasi yang memberikan seribu sinar dan impian. Aku park secara membuta tuli, tarik handbreak, matikan enjin, keluar, tekan punat kunci dan berlari ke bilik air. Engkorang faham faham lah situasi bilik air dengan pam minyak ni macam mana rupa dia, Dengan keluasan yang tak seberapa, hanya ada Tiga jamban, Dua jamban duduk satu lagi cangkung, dua tempat kencing berdiri, dan satu singki air. Sampai sahaja di muka pintu bilik air ni, aku terus pulas tombol pintu dengan kuat tanpa melihat apa-apa sign pun sebab aku yakin simbol dekat luar tu satu mahkluk tak pakai skirt. Disebabkan kelajuan dan kegopohan aku pulas pintu, satu bunyi kuat terhasil kerana engsel pintu tu dah jahanam, dan pada masa yang sama kedengaran bunyi terkejut dari dalam bilik air lagi satu. Katanya "Hoi!"..aku buat tak tahu, cepat-cepat aku masuk jambam, kunci pintu, tanggal seluar dan.....(segala perilaku di dalam jamban terpaksa di potong atas nama menghormati privasi)
Okay, sedang aku layan feel membuang ni, kedengaran di dalam jamban sebelah suara seseorang mengeluh, aku tak ambil pusing, aku keluarkan rokok dan nyalakan, baru lah makin ada feel. Tiba-tiba orang sebelah bersuara, "oi"..aku buat bodoh lagi..takde maknanya aku nak layan..tapi dia tak berputus asa, masih memanggil-maggil sambil ketuk ketuk partition yang memisahkan ruang antara aku dan dia, kalau takde partition ni, kami mungkin sedang duduk berdua-duan sebelah menyebelah..mesti rasa janggal yang amatkan?. Aku dah start menyampah dah, aku balas ketukkan sebelah, Dia ketuk-ketuk lagi sambil berkata "Bro!", aku balas - "Ye apehal" aku yakin dia melayu sebab cara panggil bro dia tu bro jawa. "Bro, dalam bilik air kau ada tisu ke? baldi air ke? ada tak bro?." Soal dia.
Di hati kecil aku mula terdetik perasaan tidak sedap, aku perati sekeliling susun atur jamban yang aku sedang pakai ni, aku guna jamban cangkung. Yang ada dalam jamban ni tiada yang lain hanya ada satu kepala paip dan getah paip semata-mata. "Takdelah bro! kenapa??" aku balas..dan masa itulah aku terdengar satu ayat yang paling celaka sekali dalam masa setahun untuk tahun ini. kata brader sebelah tu.. "Bro kau tahu tak, bilik air ni takde air bro!!" ..FUCKKKKKKKK.
Kami sama-sama terdiam, aku termenung akan masa depan aku sambil brader sebelah ni cuba untuk memeriahkan sedikit suasana yang muram ni dengan flashback lawak-lawak celaka MLMega minggu lepas. aku ketawa paksa sambil tangan meraba-raba poket seluar atau baju, mana tahu ada cebis cebis tisu yang aku simpan, namun hanya tinggal satu harapan yang tak berkunjung tiba.
dan part yang paling best masa tu ialah. Sedang aku dan brader ni cuba menyelesaikan masalah kami berdua, kedengaran seseorang membuka pintu dari luar, aku cepat cepat jerit, "Bro, uncle!!" namun hanya disahut dengan bunyi pintu tertutup dari bilik air sebelah aku pula, perlahan je brader tu jawab dari sebelah. "Kau nak aku cakap ke, kau nak cakap sendiri??"
Aku balas, "Biarkan dulu..lambat-laun dia sendiri akan cakap dengan kita".
-TAMAT-
;Penyudah cerita ini ialah, kami bertiga terpaksa terperuk lebih kurang 20Minit dalam jamban itu sebelum ditemui oleh pekerja pam minyak dalam keadaan meyayat hati dan dia sudi menghulurkan bantuan meringankan beban kami. Saat itu, aku bersyukur di atas pertemuan kami dan saling bantu membantu satu sama lain di saat-saat yang paling getir.
Selesai sahaja insiden itu, aku bertemu lagi dengan brader tersebut di R&R seterusnya dan kemudianya kami menjadi lebih akrab. yang sorang lagi tu?? aku dah tak jumpa sebab dia paling lambat keluar.
Friday, December 06, 2013
?
Persoalanya :
- samada hari ini ialah hari yang paling tua untuk aku jalani
atau yang paling muda pernah aku rasai??
- samada hari ini ialah hari yang paling tua untuk aku jalani
atau yang paling muda pernah aku rasai??
BOLA KRISTAL
Bola..
bergolek-golek ke kaki..
kristal..
berkelip-kelip sinarnya..
terus aku gapai dan genggam erat-erat
datang seorang wanita..
"maaf, ini bola kristal saya.."
terkebil-kebil bertentang mata..
-"boleh tak kita kongsi bersama?"
bergolek-golek ke kaki..
kristal..
berkelip-kelip sinarnya..
terus aku gapai dan genggam erat-erat
datang seorang wanita..
"maaf, ini bola kristal saya.."
terkebil-kebil bertentang mata..
-"boleh tak kita kongsi bersama?"
SESI BERCAKAP DENGAN CERMIN
ada satu hari itu segala apa kau buat tidak menjadi,
kalau boleh semua kau mahu maki, caci, keji..
sini, aku ada solusi..
hadap ke cermin, kau bilang "PADAN MUKA!"
nah..sekarang kau maki lah diri sendiri puas-puas
tiada siapa pun akan membidas..
kalau boleh semua kau mahu maki, caci, keji..
sini, aku ada solusi..
hadap ke cermin, kau bilang "PADAN MUKA!"
nah..sekarang kau maki lah diri sendiri puas-puas
tiada siapa pun akan membidas..
APA MAHU MU?
sekejap sekejap kau jeling,
dia pandang kau paling..
kejap karang kau jeling lagi..
dia pandang kau paling..
sampai bila mahu begini?
katakan yang jujur itu perlu berani
khabarkan yang bohong itu hanya ilusi yang kau berani..
katakan saja..
dia pandang kau paling..
kejap karang kau jeling lagi..
dia pandang kau paling..
sampai bila mahu begini?
katakan yang jujur itu perlu berani
khabarkan yang bohong itu hanya ilusi yang kau berani..
katakan saja..
SOMETIME, WE NEED TO PUT THE GLASS DOWN..
Lupakan sekejap semua masalah kau
atau masalah orang yang kau sibuk ambil kisah
atau masalah dunia yang kau letak pada bahu kau
lupakan..
makin kau fikir..
makin ia jadi beban..
makin ia jadi masalah..
yang buat kau kalah..
atau masalah orang yang kau sibuk ambil kisah
atau masalah dunia yang kau letak pada bahu kau
lupakan..
makin kau fikir..
makin ia jadi beban..
makin ia jadi masalah..
yang buat kau kalah..
ANGAN
sering aku berangan
mungkin mereka mereka juga sering berangan
tak kisah lah apa saja angan itu..
angan yang buat kau lupa seketika pada dunia
sering aku berangan
tapi tetaplah cuma angan-angan
masih tak mampu gapai impian
masih tetap aku berangan
sering aku berangan..
mungkin mereka mereka juga sering berangan
tak kisah lah apa saja angan itu..
angan yang buat kau lupa seketika pada dunia
sering aku berangan
tapi tetaplah cuma angan-angan
masih tak mampu gapai impian
masih tetap aku berangan
sering aku berangan..
PUISI PAGI
puisi pagi
bersama secangkir kopi,
sang burung kicau bernyanyi,
menunggu terbitnya sang mentari..
hirup, tiup, hirup, tiup..
kopi masih panas
keluarkan sepuntung nikotin,
sedut sampai puas..
satu hari lagi sudah tiba,
sudah sediakah untuk hari ini?
lakukan apa yang kau rencana..
atau duduk sahaja sepanjang hari?
tanpa buat apa-apa?
hirup, hirup, hirup..
kopi sudah sejuk
rokok sudah lunyai dipijak
aku masih duduk tidak berganjak..
sang mentari lewat sikit hari ini
hirup, hirup..kopi tiada berbaki
aku capai towel tuju bilik mandi
apa motif puisi pagi ni? buang masa..
engkau cuma tahu cari motif sahaja..
tau tak makna cari mood? jangan sampai aku "shoot"
bersama secangkir kopi,
sang burung kicau bernyanyi,
menunggu terbitnya sang mentari..
hirup, tiup, hirup, tiup..
kopi masih panas
keluarkan sepuntung nikotin,
sedut sampai puas..
satu hari lagi sudah tiba,
sudah sediakah untuk hari ini?
lakukan apa yang kau rencana..
atau duduk sahaja sepanjang hari?
tanpa buat apa-apa?
hirup, hirup, hirup..
kopi sudah sejuk
rokok sudah lunyai dipijak
aku masih duduk tidak berganjak..
sang mentari lewat sikit hari ini
hirup, hirup..kopi tiada berbaki
aku capai towel tuju bilik mandi
apa motif puisi pagi ni? buang masa..
engkau cuma tahu cari motif sahaja..
tau tak makna cari mood? jangan sampai aku "shoot"
Tuesday, November 26, 2013
Sunday, November 10, 2013
CINTA ITU BUTA
Masa aku dok bertuit..
aku tertaip rangkap ayat ni "cinta itu buta" klise kan..tapi masa ni aku terkeliru sikit tentang persoalan yang diajukan, soalan nya "apa perasaan bila bercinta dengan orang yang tua dari kita?" lebih kurang macam tu lah soalan dia, dan aku jawap, "tak ada beza, cinta tu kan buta, kononya terima apa saja..sama" mana yang terangkan tentang perasaan? - mana aku nak tau penerangan perasaan bercinta dengan orang yang muda atau lebih tua pada orang lain..semua rasa lain-lain kot, sebab tu mungkin aku terjawap cinta itu buta, untuk describe secara keseluruhan..cinta tu memang buta, yang buta itu cinta, yang bercinta itu tak, celik..buta sebab kita akan ada perasaan pada apa, sesiapa, bila, dan dimana saja..kan? so bila kita dah cinta apa atau sesiapa tu cara perlaksanaan makna cinta tu yang bezakan buta nya cinta kita pada apa atau sesiapa dengan celiknya cara kita mencintai cinta itu. Dapat tak??
So perasaan, susah nak jelaskan perasaan ni, lain lah kalau nak jelaskan beza bercinta org muda dari kita dengan tua dari kita, yang muda ni gedik sikit ke, yang tua ni degil ke "contohnyalah"..kan senang nak bagitau beza..kalau perasaan..hmm Muda, tua atau berumur lebih dari kita..aku dah rasa dua dua, dan ada perbezaan pada rasa mencintai atau dicintai itu, tapi tidak ada beza pada rasa cinta itu..amboi kemain..susah betul nak jelaskan benda ni..senang cerita sapa sapa yang soal benda ni pergi lah bercinta sendiri..senang..aku bukan pandai sangat pun, diri sendiri pun tak betul..
"Allah s.w.t maha mencintai"
Suasana
secara tiba tiba..
suasana sekarang agak tenang selepas hujan di Tanjung arang..tenang dan sunyi..yelah pagi kot, pagi buta atau lebih tepat saat aku menaip ni 4.17 a.m..
so kalau dah suasana nya macam tu, tambahan pula kau sorang dan takde benda apa nak dibuat..macam macam lah kau akan berimaginasi dalam bahasa indah nya atau berangan..kepala otak aku ni mula flashback suasana suasana yang agak bertepatan dengan keadaan sekarang dan boleh pulak dia pilih satu moment ni yang buat aku sengih sengih sambil dok tuit..aku nak berpuisi sebenarnya..tapi dah macam aku quote imaginasi aku je gaya..so lantaklah..
"Kadang-kadang kita rindu, bukan pada orangnya tapi pada suasananya..iya aku rindu suasana itu, Masih ingat waktu mula-mula kita bertegur sapa? Di mana aku kena paksa tolong start motor kau sampai lenguh kaki aku..masih terasa lenguh tu, Oh itu bukan yang mulanya..mulanya kita bersebelahan meja..segala kata janggal terasa, nak panggil kau? Awak? Aku? Saya? Bukan mula lagi? Ada lagi awal katanya? Masa mata bertentangan, kau aku terpaku seketika?..kaget, pantas mengalih pandang, aku senyum sorang, Aku rindu..rasa suasana itu.."
bila aku dah menaip satu phrase tu makin lama dia develop secara detail keadaan tu..aku nak gambarkan suasana tu dan rasa nya bagaimana..amboi dah macam kupas puisi sendiri dah gayanya.. pedulikan..aku cuma nak ingat rasa suasana tu, masa start motor, suasana dia ber angin, waktu petang..dan rasa terpaksa, aku macam kaget tak tahu nak buat apa, rasa macam robot..masa duduk bersebelahan suasana dia tenang, luaran..tapi dalaman macam ribut, suasana masa bertentang mata, masa tu aku belum tegur sesiapa dan aku nampak dia..time tu memang gila awkward..
faham ke tak ni apa aku nak sampai..kadang-kadang memang kita lebih rindukan suasana saat itu, bukan orang di dalam suasana itu walaupun benda tu faktor utama..dan buat kita rasa nak ulang balik, dan rasa nak ulang balik tu mungkin buat kita rasa hidup..dengan orang lain mungkin tak sama, dengan orang yang sama mungkin tak akan terjadi dan segalanya mungkin..banyak lagi sebenarnya suasana yang aku rindu..suasana masa kanak-kanak terutamanya..
Saturday, November 09, 2013
PERASAAN
PERASAAN
pada aku..bila orang bertanya
Perasaan susah nak describe kan?, - yup..betul
Perasaan tu apa? - kau
Perasaan tu macam mana? - macam air
kenapa? - kau haus? - yup
kau rasa hauskan?- yup - kau minum
kau rasa panas? - yup - kau mandilah, minum air sejuk
kau rasa sejuk? - yup - ni aku ada air panas, minumlah, taknak minum? wap panas? heater?
bila kau sedih kau nangis? - yup - keluar airmata kan?
bila kau gembira? airmata kegembiraan? paling tidak pun mata kau bergenang..
kau suka orang, kau marah orang, kau benci, kau geli, kau seram, takut dan apa-apalah..berpeluh tak?tertelan air liur tak?
perasaan ni macam air sebab, kita ada banyak jenis perasaan yang kadang-kadang kita tak tahu nak describe kan rasa itu sendiri, datang tak semena mena entah bila, dimana, apa, dengan siapa waima sekalipun..dan perasaan tu cepat-cepat akan selubung kau, cepat cepat memenuhi segala rongga dan organ kau..penuh sampai padat sampai kau tak tertahan..bila kau luah hasilnya? merembes? terpancut? terkencing? takut sampai nangis? ketawa sampai berairmata?..70% dari badan..dari sel..air..perasaan kau, kau terhasil pun dari mana air apa?
mari minum? kau belanja..boleh, aku ada perasaan yang nak dikongsi ni
pada aku..bila orang bertanya
Perasaan susah nak describe kan?, - yup..betul
Perasaan tu apa? - kau
Perasaan tu macam mana? - macam air
kenapa? - kau haus? - yup
kau rasa hauskan?- yup - kau minum
kau rasa panas? - yup - kau mandilah, minum air sejuk
kau rasa sejuk? - yup - ni aku ada air panas, minumlah, taknak minum? wap panas? heater?
bila kau sedih kau nangis? - yup - keluar airmata kan?
bila kau gembira? airmata kegembiraan? paling tidak pun mata kau bergenang..
kau suka orang, kau marah orang, kau benci, kau geli, kau seram, takut dan apa-apalah..berpeluh tak?tertelan air liur tak?
perasaan ni macam air sebab, kita ada banyak jenis perasaan yang kadang-kadang kita tak tahu nak describe kan rasa itu sendiri, datang tak semena mena entah bila, dimana, apa, dengan siapa waima sekalipun..dan perasaan tu cepat-cepat akan selubung kau, cepat cepat memenuhi segala rongga dan organ kau..penuh sampai padat sampai kau tak tertahan..bila kau luah hasilnya? merembes? terpancut? terkencing? takut sampai nangis? ketawa sampai berairmata?..70% dari badan..dari sel..air..perasaan kau, kau terhasil pun dari mana air apa?
mari minum? kau belanja..boleh, aku ada perasaan yang nak dikongsi ni
AKU RASA..MASA SILAM..
Masa silam..
silam/lepas/sudah/lama benda yang memang kau takkan dapat balik. Aku sangat sangat tak suka orang yang asik berkisar pasal silam dia, asik nak hidup dalam dunia lama dia yang kadang-kadang tu melampau-lampau..kalau benda mendatangkan kebaikan tu takpelah juga, tapi kalau menyusahkan diri sendiri, boleh menyebabkan kemurungan, rendah diri, rasa terasing nak buat apa, apa yang kau heboh sangat nak kenang masa silam kau tu..okaylah kalau kau nak cakap masa silam tu banyak mengajar atau bagi kau satu layer of protection..hey, sedar tak benda yang kononya benda yang mengajar kau tu ajar supaya tak berulang dan bukan buat kau rasa benda tu akan berulang..kau terlalu peduli kan atau takut benda tu berulang kau sendiri yang buat benda tu faham?..kau sendiri yang cipta benda tu, kau berimaginasi dan kau zahirkan dia dalam satu bentuk nyata yang kau mungkin tak sedar dan kau anggap orang lain buat benda tu dekat kau..tapi kau langsung tak nampak.
percayalah, memang susah nak lupa masa silam, tapi faham tak erti kata benda dah jadi? apa kau ada sifat yang boleh predict benda ni akan berulang ke? ya mungkin akan..habis tu kau nak duduk diam tak buat apa-apa atau buat sesuatu yang annoying supaya benda ni takkan berlaku lagi ke? kalau macam tu baik kau tak payah hidup untuk hari esok kalau hari ini kau hidup mengenangkan cerita semalam..
kau jatuh semalam supaya hari ini kau bangun agar esok hari kau akan kuat berlari..
takkan ada hari ini kalau semalam kau mati dan esok apatah lagi..kau pilih jalan hidup kau sendiri
teruskan lah dengan cerita silam kau kalau kau sendiri pilih..aku tak mati, orang lain takkan mengerti..cuma meluat dengan gerak geri kau yang tak sudah sudah, memang tak menyusahkan, tapi kau bukan hidup sorang diri. memang tak payah ambil tahu pasal orang, tak payah peduli apa orang nak kata, tapi dalam ramai-ramai tu, ada yang peduli, ada yang ambil tahu..orang tu tak minta apa-apa..asal tahu kau boleh hidup gembira je, tu dah cukup..
simpan dalam dalam kisah yang lepas ,buka ruang baru luas-luas..
untuk satu lagi cerita baru yang akan lengkapkan kau..
Monday, October 07, 2013
CELIK DAN PEJAM
Setiap kali pejam mata,
akan terfikir bisakah akan celik semula..
Setiap kali celik mata,
terfikir pula bilakah akan pejam selamanya..
dan di saat mata itu terpejam,
apakah sudah aku bersedia dari segalanya?
atau aku kan pergi dengan sia-sia?
moga dapat aku melunaskan segalanya..
moga pergiku nanti dalam tenang tanpa siksa..
pejam
celik
pejam
celik
waktu terus berdetik
akan terfikir bisakah akan celik semula..
Setiap kali celik mata,
terfikir pula bilakah akan pejam selamanya..
dan di saat mata itu terpejam,
apakah sudah aku bersedia dari segalanya?
atau aku kan pergi dengan sia-sia?
moga dapat aku melunaskan segalanya..
moga pergiku nanti dalam tenang tanpa siksa..
pejam
celik
pejam
celik
waktu terus berdetik
MENAIP SELAGI MAHU
Bukan mengharap, cuma itu yang aku rasa.
Mungkin kau juga pernah alaminya, dan kau fikir sendiri kesannya pada aku pula..
kekal dan selamanya.
Selagi mampu menunggu, selagi hati ini membatu..
selagi itu aku mahu.
Mungkin kau juga pernah alaminya, dan kau fikir sendiri kesannya pada aku pula..
kekal dan selamanya.
Selagi mampu menunggu, selagi hati ini membatu..
selagi itu aku mahu.
SEMUANYA TENTANG KAU
Kau pandang
kau senyum
kau sapa
kau cakap
kau suka
kau tertawa
kau datang
kau sayang
kau cinta
kau rasa
kau bahagia
kau sedih
kau menjauh
kau berubah
kau mengalah
kau marah
kau maki
kau benci
kau pergi
dan kau hilang..
aku?
masih disini mengharap agar kau kembali..
ulang semula, cuma itu sahaja.
kau senyum
kau sapa
kau cakap
kau suka
kau tertawa
kau datang
kau sayang
kau cinta
kau rasa
kau bahagia
kau sedih
kau menjauh
kau berubah
kau mengalah
kau marah
kau maki
kau benci
kau pergi
dan kau hilang..
aku?
masih disini mengharap agar kau kembali..
ulang semula, cuma itu sahaja.
SERANGKAP PUISI
Serangkap puisi yang tak bisa di ungkap,
hanya hela nafas lemah keluar mencungap,
di sudut hati yang paling gelap mengharap,
pada sang cinta agar jiwa ini di dakap,
moga disana kau masih belum mahu melupa,
dan selagi itu aku masih ada,
hanya kau penguat jasad ini,
agar tidak pernah lari dari realiti,
lindung aku dengan redupmu,
reda kan resahku dengan hujan rahmatmu,
moga awan itu sentiasa ada,
agar terik tidak bisa membinasa.
hanya hela nafas lemah keluar mencungap,
di sudut hati yang paling gelap mengharap,
pada sang cinta agar jiwa ini di dakap,
moga disana kau masih belum mahu melupa,
dan selagi itu aku masih ada,
hanya kau penguat jasad ini,
agar tidak pernah lari dari realiti,
lindung aku dengan redupmu,
reda kan resahku dengan hujan rahmatmu,
moga awan itu sentiasa ada,
agar terik tidak bisa membinasa.
Tuesday, June 11, 2013
PT 3 : HIKAYAT GADIS POLKA VS GADIS MAGENTA
PT 4 : Hikayat
Gadis Polka vs Gadis Magenta.
Fuuuu..apalah
nasib aku hari ni, kehilangan dompet, kimak. Duit tu takdehal sangat lah, last
yang aku tau ada dalam tiga puluh ringgit enam puluh sen je tadi. Yang penting
i.c , lesen dengan kad bank tu. Perghh, nak kena buat report bagai. Aku masih
pantas berjalan pergi kedai mamak balik, mana tau nasib aku baik, mamak tu
tolong jagakan dompet aku, yelahkan, regular customer kot, itu pun kalau dia
jumpa, kalau orang lain? Ahh, masak masak..makin pantas aku berjalan sambil
kepala pikir bukan bukan dan mulut menyumpah seranah.
Sampai. Aku
perhatikan sekeliling dulu tanpa buat apa-apa, rapat ke kaunter bayaran.
”Uncle, you ada
nampak apa-apa cicir ka dekat kedai u ni tadi?”
Uncle kedai jerit
pada ane, ane jerit pada tukang buat air, tukang buat air tanya tukang tebar
roti, tukang tebar roti cakap ”Roti telur siap!”, aku garu kepala, ane geleng
geleng kepala, uncle kedai cakap balik dekat aku yang tukang lap meja kata ada
sorang budak perempuan kutip dompet aku, dan dia cuba panggil aku tapi aku
menonong laju keluar. ARGHHHHH!!!! GADIS POLKA TU!!!
Aku duduk dekat
bus stop berdekatan dengan kedai mamak tadi memikirkan apa harus aku buat
sekarang ni. Hmmm, agak lama juga aku mengalamun hingga aku ambil keputusan
balik jalan kaki ke rumah. Stress pulak rasanya kehilangan dompet ni dan buat
aku tak boleh berfikiran waras. Nak buat report rasa malas. Lagipun dekat rumah
ada lah duit sikit dalam tabung, esok lusa aku pi lah buat repot semua tu, Cuma
harap-harap tak kena tahan polis discaj pendatanga sing sudahlah. Bangun, jalan
perlahan. Celaka haus!!
Sepanjang-panjang
deretan kaki lima yang aku lalui untuk sampai ke rumah sewa aku sudah beberapa
kali aku bertembung dengan kedai jual air kelapa, air soya, air mata kucing dan
budak budak togok air depan aku, telan air liur rasanya. Ah dugaan
dugaan, pejam mata. Berhenti.
”awak, awak!!”
Toleh, siapa? Mana?
“awak,
sini-sini!!” pandang seberang jalan, dia! Gadis magenta.
Eh, macam mana
lah asik terserempak dengan dia ni, dan macam mana lah pulak dia perasan aku,
stalk aku ke?.
Lintas, pin-pin!
Aku pandang kerek kereta yang hon aku, apehal! Getus hati kecil.
”apa?” soal aku
rapat ke cermin kereta dia.
”awak nak kemana
ni?” soal dia pula, ”balik” jawab aku ringkas.
”nak tumpang?
Duduk mana? Jom saya hantarkan?” ajak dia
Dah kenapa pulak
dia ni nak buat baik dekat aku, tak takut ke kalau kalau aku ni jantan psiko
yang nak rompak dia atau culik dan paling ganas rogol mahupun bunuh walau aku
tahu aku tak sejahat itu, takat nakal nak usha usha pompuan tu adalah sikit.
”eh takpelah, tak
jauh pun, tak payah susah susah, lagipun tak takut ke kalau kalau saya ni orang
jahat?” hekeleh ayat aku, klise sangat.
”okay lah kalau macam tu, bye!” dia tekan pedal minyak
bergerak kehadapan sedikit. Brek!
Hulur kepala keluar tingkap, “cepatlah!!” amboi dia ni,
paksa paksa aku pulak dah kenapa?
Lari aku pergi ke pintu tempat duduk penumpang, bukak,
masuk, duduk, tutup pintu.
“awak!!!” –“ye?
Apahal lagi?” “duduk depan lah! Ingat teksi ke?”
Loh? Apa perangai
aku ni, cepat cepat aku keluar balik pergi ke depan.
”terima kasih”
ucap aku segan, kalih pandangan ke arah lain.
”sama sama” ujar
dia. Lirik mata pandang aku.
”awak duduk
mana?” –”aku duduk sebelah kau lah” selamba aku jawab
”ish, main main, awak tinggal dekat mana? Rumah awak?” balas
dia balik.
“soalan tu clear
sikit lah, aku duduk flat aman makmur, empat blok dari sini, tau?”
-”oh flat aman
makmur, tau-tau..jauhnya awak jalan dari mall dan balik rumah, jalan kaki?”
”naik lrt masa pergi,
naik kaki masa balik, dompet hilang, lupa?”
-”oh, sori-sori,
so jumpa tak dompet awak?”
”jumpa, tapi
bukan aku, orang lain..”
”orang lain?
Siapa?”
”gadis
pollllll...err, entah, kenal tapi tak tahu siapa”
-”eh, macam tu pun boleh? So dah buat report?”
Diam, aku tak tahu nak jawab macam mana. “nantilah, malas”
ringkas. Aku tak betah bicara sekarang ni.
Dan entah kenapa lah dia ni baik sangat dan banyak mulut
pulak tu, aish, cepat cepatlah sampai rumah!
Brek, “terima
kasih, susah kan kau je.” ujar aku sambil keluar dari kereta.
”sama-sama, by the way..saya hani, awak?” –“ed, panggil aku
ed je”
“ok ed, jumpa lagi kalau ada rezeki, dan jangan sombong
sangat ye, jangan lambat sangat buat report dompet hilang tu..dan nah, untuk
awak” di hulurkan satu bungkusan kepada aku. Ambil.
“apa ni?” –“dari
penulis sendiri” ujar dia selamba, hairan. Aku pandang hingga hilang kenderaan
nya dari mata aku. Pelik. Macam ni punya
orang pun ada ke?.
Aku buka perlahan
bungkusan plastik tu. Keras.
-puisiku untukmu-
karya awanterbang
Buku ni!! Aku
selak cover muka depan, ada sebaris aksara tulisan tangan ”ganti balik cokelat
saya kalau saya jumpa awak lagi nanti! – signature, awanterbang” wah!! Dia?
Penulis? Biar betul!! Arghhh mimpi ke aku sekarang ni, aku tersenyum sorang
sorang depan flat sambil orang perati lalu lalang. Ah pedulikan. Diorang tahu
apa pasal perasaan aku sekarang ni. Dan aku hampir terlupa hendak bertanya pada
dia macam mana boleh jumpa aku tadi dan kenapa dia baik hati nak tumpang kan
aku dan kenapa dia belikan buku ni dan kenapa ada sekeping not lima puluh
ringgit dan kenapa banyak sangat soalan ada dalam kepala otak aku sekarang ni
dannnn.. pin!!!!! ”hoi gila ke diri tengah jalan!!” jerkah seorang pemandu van
yang di halang laluan nya oleh aku, senyum sambil angkat tangan, ”sori bro!”
jerit aku pada dia. Aku terlupa sekejap pada masalah kehilangan dompet aku.
Pantas aku panjat anak tangga menuju ke rumah sewa. Hairan dan girang pada masa
sama. Lantaklah, takdir tuhan itu kadang-kadang penuh misteri.
Buk!, aku
jatuhkan diri pada empuk tilam katil bujang. Lega, setelah aku menogok air
sejuk dari dalam peti ais, di tiup pula dengan kipas siling yang tanpa jemu
menghembus kan bayu ke seluruh bilik aku. Nyaman dan tenang di dalam, kecuali
di luar, hiruk pikuk tetangga itu bagi aku Cuma bunyian latar halwa telinga.
Aku gapai buku pemberian hani tadi, hmmm..hani, tak sangka pula si gadis
magenta itu awanterbang dan tak sangka pula si awan terbang itu hani. Aku selak
muka surat pertama, serangkap puisi ”awan magenta” tajuknya.
**
LARAT AWAN TERBANG DI UFUK SENJA, MEGA CAHAYA BERCAMPUR
WARNA.
SAAT SURIA MENGINTAI DI BALIK AWAN, SATU CAHAYA MULA
KELIHATAN,
SEKEJAP, MASIH MAMPU KORNEA MENANGKAP. HILANG, CANTIK TANPA
SEMPAT DIKENANG.
LARAT AWAN TERBANG PERGI DENGAN CAHAYA, HILANG SUDAH WARNA
MAGENTA!
**
FUUUUU deep woi! Kusyuk. Terus membaca, terpegun dan hilang
dalam puisi dia.
PT 5 : Hikayat gadis polka vs gadis magenta
**
KAU KENANG MASA SILAM, KAU LUPA TENTANG ADANYA MASA DEPAN,
KAU TETAP KENANG WALAU HANYA PILU YANG KAU LALU
KAU TOLAK YANG AKAN
DATANG MAHU MEMBANTU.
DEGIL ITU HATI, MENGALAH ITU AKAL
MANA MUNGKIN AKAN
BERSATU MALAH ASYIK BERDANGKAL
**
Tet tett! Tet tettttt! Gema bunyi tanda mesej masuk dari
telefon bimbit aku, argghhh, siapa pulak yang mengacau aku ahad ahad ni. Aku
lipat sedikit hujung buku, buat tanda sampai mana aku baca, letak di tepi birai
katil.
Slide to unlock. Click’ . buka inbox, satu mesej diterima,
baca. “Assalamualaikum fared, awak dekat mana ni?” ahh, siapa pulak ni, no. aku
tak kenal siap panggil nama aku fared lagi ni, setahu aku hanya budak-budak
kampong je tahu nama aku. Kalau orang
kota panggil aku ed je waima satu tempat kerja sekalipun kalau ada yang mesej. Reply,
”rumah,siapa?” send. 45 saat kemudian, tet! Tetetete! Buka, baca. ”saya hana,
kalau awak kenal lah, tapi rasa kenal kot sebab awak pijak cokelat saya.” hana?
Maksud dia hani ke? ”kenal, kenapa?” balas aku was was tentang hani.
”awak tercicir dompetkan? Saya jumpa masa awak terlanggar mamak dekat kedai
tengahari tadi, sekarang saya pegang, sori selongkar dompet awak,nak cari apa
yang patut untuk hubungi awak, mujur jumpa bisnes kad awak” gadis polka!! Hana! Amboi nama, dekat dekat dengan nama
hani si gadis magenta!. ”oh thanks, kau dekat mana ni? Nanti aku datang collect”
send. ”saya tunggu dekat stesen lrt sri aman boleh? Follow alamat awak ni?” ”ok
cun, dekat sikit aku dengan area aku” send. Aku kerling jam di dinding, 5.47
p.m , Bingkas bangun dari katil, aku sarung slack, sarung hoodie, sarung chuck
taylor.keluar.kunci pintu.klak!.
Fuh nasib lah dia
ni yang jumpa, memang nasib aku berganda ganda baik hari ni. Thanks to god!
Sampai, aku
perhati keliling. ”aku dekat tepi kaunter tiket.” send. Lima minit, sepuluh
minit,setengah jam. ”woi,hana..kau dekat mana ni?” send. Satu jam kemudian.
”engkau datang karang taulah nasib engkau!” send.satujam lima belas minit lebih
kurang, Amarah aku memuncak, kesabaran
aku dah tak boleh dibendung lagi. ”kimak lah kau!”send. Sial, samada hana ni game
aku atau aku ni bodoh sangat percaya ada orang nak pulangkan balik dompet yang
diorang jumpa. Celaka!. aku nyalakan rokok. Fuhhh, melangkah. Buk!.
”oi buta ke?!!”
bentak aku lepas geram sebab tunggu orang. Pandang atas. Takda orang?
Aku perhatikan
sekeliling kawasan stesen sri aman, lengang, hanya ada aku sahaja dan beberapa
kelibat manusia yang kedudukan mereka agak jauh dari aku. Aku kerling jam,
maghrib! Astaga! Aku cepat-cepat langkah tuju ke surau di stesen itu. Selesai
ambil wudhuk aku kerjakan solat maghrib.
Usai solat, aku
duduk di kerusi kayu yang terletak dihadapn bilik surau, aku gapai chuck taylor
di bawah kerusi, eh? Apa ni! Aku jenguk kebawah, dompet aku!! Aku perhatikan
keliling mana tahu kalau kalau kelibat hana ada dekat situ, memnag aku maki dia
kalau betul ada! Tapi hampa, masih lengang sambil sebuah komuter melintas
dihadapan aku. Menderu angin tujahan komuter menerpa aku, meremang naik bulu
roma! Seram. Cepat cepat aku sarung kasut. Blah!
Sebelum naik ke
atas rumah sewa di tingkat tiga paling atas, aku singgah di kedai burger yang
terletak di bawah flat aman makmur, ada dua tiga pemuda sedang melepak bersama
jaki si pembuat burger merangkap mat lepak flat aman makmur paling unggul sejak
sekian lama flat ini gah berdiri.
”ed! Mana?” tegur
jaki. ”jalan ki, daging satu, sayur tok se” ujar aku lembut sambil nyala rokok.
Duduk atas motor seorang budak motor member jaki. Mereka sedang rancak berbual,
aku malas ambil port, sambil leka sedut asap rokok, aku terkesima kejap dengan
topik perbualan mereka, ”nang, engko tau tak, semalam aku mimpikan arwah si
mengka ko tau!” ”dia datang jumpa aku mintak tolong” rancak nang bercerita pada
rakan dia yang lain bahawasanya arwah si mengka datang mintak tolong si nanang,
masa eksiden tengah beracing tu cincin bakal tunang mengka tercicir, so mengka
minta tolong nanang carikan dekat dekat area dia eksiden tu, kalu jumpa bagi
dekat bakal tunang tak jadi dia. Aku tersenyum, bullshit betul, sah nanang
stone weed masa tengok cerita misteri nusantara ni, ”kau high ke nang?” ujar
jaki. ”butoh ki, aku cakap betul ni, engko jangan sampai arwah mengka datang
jumpa engko nanti” ujar nanang selamba. ”berapa ki?” soal aku selepas jaki
serahkan bungkusan burger yang sudah siap pada aku, ”dua ringgit je la
ed,brohood punya price” aku serahkan dua ringgit pada jaki sambil senyum. Dia
terima sambil kenyit mata. Caya lu bro!
Klak! Bunyi pintu
dikunci, aku campak gugusan kunci atas meja makan. Aku rebahkan jubo atas sofa
tiga seat di ruang tamu, nyalakan tv. Seluk celah celah sofa cari remote astro.
On. Walaupun aku baru kerja dua bulan di kota ini, hasil simpanan duit gaji
yang munasabah dengan jawatan aku sebagai designer, membolehkan aku hidup serba
selesa sebagai bujang dengan kelengkapan rumah yang hampir lengkap. Set
katil bujang, sofa tiga seat, tivi flat screen second hand 24in, astrok pakej
Rm 48 sebulan, peti ais cabuk, dapur gas dan meja makan pemberian ikhlas jiran
depan rumah cukup selesa bagi aku. Bulan
depan dah boleh berangan bayar muka beli motor.
Perlahan aku buka
balutan kemas burger jaki, bismillah.. aku sua kan ke mulut. Tap!!
Blackout. Ah sudah. Aku meraba raba dalam gelap mencari handphone, jumpa. Dengan bantuan cahaya malap itu, aku
berjalan perlahan serupa orang buta pergi ke kotak suis utama, ketak! Aku tolak
tombol suis, ting! Lampu menyala kembali.
Di kaca tivi terpasang klip video kau, aku dan waktu nyanyian izzue
islam dalam cerita bunga merah punya di tv9 suatu ketika dahulu. Sambil mengunyah terhentak hentak kaki aku
mengikut irama muzik tersebut sehinggalah part
”Tuhan tolonglah, aku pinta Cuma satu nyawa, agar dapat aku, sebut
namamu..”
”fared!”
Terdiam aku dari
hentakkan kaki, mulut aku berhenti dari mengunyah! Arwah mengka!
Tersembul peluh
jantan dekat dahi aku, kimak betul nasib. Takkan jumpa hantu kot. Menggigil aku
ketakutan. Aku pejam mata rapat –rapat. ”fared!!” makin kuat, aku campak burger
dan tutup telinga sambil mulut terkumat kamit baca doa makan yang aku terlupa
tadi. Mungkin arwah mengka datang nak warning aku pasal doa makan tadi.
Tapi..”hei fared zulfadli!” hamboi hantu
mengka ni, siap tahu nama penuh aku pulak, tapi sejak bila hanu mengka ni suara
perempuan dan aku pun bukan pernah kenal dengan mengka ni, aku kuat kan
semangat, perlahan-lahan aku buka mata, sebelah, celik. Dua belah, celik. Aku
pandang keliling, hening, terdengar bunyian motor berlumba dari luar rumash
sayup sayup. Di bahagian runag tamu masih lengang. Sehingga aku toleh ke
belakang.
”arhgggggghhhhh..!!!!”
gedebuk. Hitam, gelap.
------------celik
perlahan----------------
Silau------celik lagi------gelap---------
Pang! Arghh!!
Terkejut aku dari mimpi apabila ditampar, fuhh nasib mimpi.
Eh kejap? Siapa
tampar, aku toleh ke sebelah kanan!! Arghhh, bukan mimpi!!
Bingkas aku
bangun dari lantai lari masuk kedalam bilik. Kelekak! Kunci!
”apa kau nak
haaaa!” ”macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku ni?”
”kau tau tak aku
ni lelaki, kau tu perempuan, bukan muhrim..karang kena tangkap basah sia sia
je”
Alamak, apa aku
nak cakap ke orang kampung ni ke emak aku kalau kalau JAIS buat raid selepas
dapat aduan dari tetangga aku berdua duaan dengan perempuan.
”wei hana!, kau blah la. Cokelat kau tu baru dua ringgit
lapan puluh sen, duit aku dalam dompet dekat depan atas meja makan tu, ada tiga
puluh ringgit enam puluh sen, kau amik tiga puluh je, lepas tu kau blah!”
Haish, macam mana lah si hana ni boleh masuk dalam rumah
aku. Gila punya perempuan. Psiko nak
mati!
Diam. Diam. Diam.
Pelik, dah keluar
gamaknya perempuan sekor ni. Aku buka pintu perlahan lahan, jenguk ke ruang
tamu, alamak, tak blah lagi si hana ni, ”woi!, kau makan burger aku apahal!”
cepat aku ke ruang tamu, hana selamba bedal baki burger aku sambil tengok
chefterulung selebriti musim ke dua dan ketawa berdekah dekah macam tengok
hulubalang lawak musim ke tujuh. Aku berdiri tegak depan dia, hadang dari tivi.
Dia gerak kan sikit kepala ke kiri, aku kalih ke kiri, dia geleng ke kanan aku
gerak ke kanan. Dia pandang aku, aku tenung dia. Seram sejuk tiba tiba. ”awak,
tepi sikit boleh?” pintanya. ”kau berambus boleh?” jawab aku. Dia hanya senyum
”amboi garang nya” balas dia selamba. ”aku cakap kau keluar, keluar lah dari
rumah aku ni, kau nak bagi dompet kan? Ni kau dah bagi, nak suruh aku ganti
cokelat kau? Nah duit, dan tolonglah keluar, karang datang jkkk buat raid
karang kau nak ke kawen free? Aku nak!!” selamba aku cakap. Dia hanya pandang
aku senyum senyum gila. ”awak tepi sikit lah, saya nak tengok tivi ni” lembut
dia menjawab. ”blah!” tengking aku sambil buat gaya tangan tunjuk arah pintu.
”okay” dia menjawab, bangun perlahan. Pling!!! Hilang!!
Wadefakkkkk!
Pitam.
**
SAAT PALING SUNYI, KAU MULA BERKHAYAL TENTANG MACAM MACAM,
SEDANGKAN BILA RIUH KAU MULA BERPERANGAI SEMACAM.
**
Subscribe to:
Posts (Atom)