Tuesday, May 05, 2015

HATI PEREMPUAN

Tentang satu dunia penuh misteri,
yang kuberi nama; hati,
empunya pemilik pada satu ciptaan,
Yang kita kenali sebagai; perempuan..

Jika hati Perempuan itu langit,
berlapis lapis tingkat harus kau tembus,
Jika hati perempuan itu tanah,
berkaki dalam harus kau gali..
sampai disuatu tahap, kau akan terkambus.

Kerana apa?
Setiap tingkat langit yang kau sampai,
setiap kaki dalam tanah yang kau gali,
kau seakan masuk ke lain dimensi,
tak kau sedar mana satu fantasi atau realiti..

Perempuan;
yang kau nampak cuma permukaan,
sedang dasarnya jauh tak terlangkau dek pemikiran,
sepertimananya aku bilang,
ianya seperti satu dunia lain,
yang tak pernah dijejak mana mana kudrat yang ada sekarang.

Kau lelaki takkan pernah faham,
setiap gerak geri, gemersik tona suara,
yang kau nampak, dengar hanya sebahagian saja..
sedang sebenar benar maksud,
perempuan itu sendiri terjerut..
mahu luah, pendam harus dihitung bilang,
samada luah makan hati atau pendam membunuh diri..
bukan secara zahir..tetapi batin.

Bukan maksud aku mahu menjunjung julang,
pada susuk ciptaan maha esa bernama perempuan,
tapi lebih kepada hormatnya pada kekomplekskan terbina..
hati perempuan yang jika mahu dibicara,
dikupas diselidik, jamin aku ini takkan ada kesudahannya.

Raikan saja setiap detik,
pastikan ada walau hanya sekejap saja..
ucapkan kata bukan sekadar bicara,
tetapi beserta gerak laku yang nyata..
tak perlu faham,
kerna sehabis waktu kau takkan dapat hadam..

Hargai, cukup pada aku ini sebagai lelaki..
untuk bisa sedikit memahami..pada misteri sebuah hati,

Terima kasih perempuan,
kerna itu saja yang bisa buat lelaki rasa,
kami belum cukup mahir pada semua benda didunia..

No comments: