Thursday, May 14, 2015

Epilog

Sebuah catatan ringkas penghujung bahagian dua puluh enam.

Kalau dulu, dilewat bahagian dua puluh ke dua puluh dua..
aku selalu, malah kerap memasang angan dan juga impian,
Menjadikan dunia sesempurna dalam kotak fikiran,.
sehingga realiti keras menghentam segala harapan..
lalu aku terduduk menahan segala sakit berseorangan.
saat itu, aku tiada sesiapa, malah tidak punya apa apa kecuali tekad,
tekad yang menyusur kesegenap ruang diri,
hati bahawa dunia yakni realiti itu sebangsat bangsatnya.
Aku lalu menyendiri selama mana aku mahu,
hidup aku ketika itu, hanya berteraskan hari ini
tanpa mengharapkan keesokkan hari untuk menjelma kembali.
Segalanya aku pandang sepi,
hambar..aku tebar kebencian, dendam kesumat terhadap imaginasi..
aku simpan dalam dalam segala harapan yang dulu memberi sedikit sinar buat motivasi,
aku tak peduli.

Sehingga lewat dua puluh tiga,
ketika mana aku masih berterusan tidak peduli pada imaginasi,
Sekali lagi realiti datang menghentam,
kali ini biarpun dari segenap ruang,
aku sudah pasrah.
malah pasrah aku dalam redha
dan lebih bersedia menerima segala celaka yang menimpa.
Aku kembali menongkah hidup satu persatu,
mengangkat kembali tiang runtuhan imaginasi yang dulu
aku hayunkan benci sehingga tersungkur rebah jatuh kebumi..
perlahan lahan biar beratnya tak tertanggung dek kudrat yang aku punya..
masih aku mahu, tabah dalam pilu.

Iya, benar realiti itu bangsat celaka segala,
tapi itu mengajar aku menjadi manusia..
biar masih tidak sempurna
dan malah bukan sempurna yang aku pinta,
Sekurang-kurangnya aku lebih bersedia dari sebelumnya,
dilewat dua puluh lima 
sekali lagi realiti menghiris perlahan jiwa sanubari..
aku terus terima dengan rela hati, pergi mati, aku tak peduli..
hirislah perlahan lahan realiti, sehingga kau puas permainkan diri ini.

Kerna diketika ini, taburlah segala cuka garam resam kehidupan,
aku mampu tahan biar kadang rasa ingin melawan,
kadang rasa ingin berteriak mahu minta dihentikan!
sedarlah, diketika ini, tiang imaginasi aku sudah tegak berdiri
berpaksi pada tekad yang masih tersisa untuk aku harung dunia,
hidup aku diatas muka bumi atas kerana dia
malah dia yang punya segala,
bukan kau realiti babi!
ini imaginasi manusia! 
yang tak mungkin mampu kau melawan kerana ini yang membezakan..
imaginasi manusia tiada terkawal..
aku punya impi, dicampur aduk harap dan tekad, aku terus jadi kuat..

Tak mahu aku biarkan mereka disekeliling,
kalah dalam percaturan kau.
Kerna selagi hidup aku,
bernyawa dan disetiap hembus nafas yang aku hela..
akan aku pastikan mereka mereka yang aku cinta 
takkan pernah untuk merasa apa yang aku rasa.
Iya, biar aku maki sendiri maki mereka, biar aku sendiri buat mereka luka,
kerna biar mereka dapat salahkan pada sesuatu yang nyata!
bukan seperti aku, mana hala mahu menuding pada semua yang telah berlaku?
mahu menuding kelangit?? aku tidak mahu.

....realiti.
Imaginasi..

epilog ini akan kudendang pada awal dua puluh tujuh nanti

No comments: