Wednesday, February 25, 2015

MAAF

Yang salah ini diri,
pelaku segala silap.

Dan untuk melangkah selepas salah,
amat payah..

Takut mengulang silap dalam segala tingkah.

Bicara perlu aku susun baik baik,
agar nanti waktu berbicara tiada hati yang aku robek.

Lain..segalanya lain.
Malu..tak sanggup untuk berkata apa pada kamu.

Apatah lagi mengangkat muka memandang dunia,
inikan pula mahu melangkah ke hari esok yang bakal tiba.

tak mampu..tapi aku mahu..

Mahu mengalah..
tapi aku bukan mengalah kepada kamu,
aku cuma taknak kalah dalam memiliki susuk jiwa itu,
segalanya mula jadi tak tentu arah pada aku..

Maafkan betapa tidak sempurnanya aku.
Aku berserah Pada Dia.

untuk bagaimana sambungan pada sebuah cerita seterusnya..
Jatuhlah hukum segala apa..aku redha.

Kerana yang silap itu aku.

Monday, February 23, 2015

SEDAR

Dan bila sampai di satu tahap..kau kena sedar diri sedar ruang.

Sedar diri, tentang tidak sempurnanya diri sendiri..

sedar ruang, tentang dunia yang kau menumpang.

Aku cuma jadi aku, cuma cari aku..dalam meniti hari hari yang berlalu

dan segala yang telah dan bakal berlaku.

Jadi aku cuba jujur dengan diri sendiri dengan perasaan sendiri..

silapnya aku jujur.

Salah aku, iyakan. Setiap bait kata, laku tingkah..silap aku. Iyakan.

Sebab aku jadi aku, cari aku..

Bukan bertopeng kesempurnaan yang manusia lain canangkan,

bermodal agama, rupa dan kata madah indah buat yang lain alpa teruja. Ikut ikutan.

Aku cuma jadi aku, cari aku..sedar tentang diri,

sedar perihal ruang agar tidak lupa diri agar tidak bermegah julang.

Maka yang ternampak zahir itu jadi aku, dan batin terselindung itu cari aku..

sedar diri ini menumpang dalam satu ruang..

Bila bila masa sahaja tidak kira dimana, aku tak akan sedar, diri ini dipanggil pulang.

Selesai. Sedar diri, sedar ruang..lupakan erti kesempurnaan.

Terima dengan rasa syukur segala pemberian.

SEGALANYA TENTANG KAMU

Segalanya, yg kita bualkan,
Tentang impian atau angan angan.
Sudah tiada dalam perbualan kita sehari harian..
Kamu hanya desah gelisah terselit amarah.

Tentang segala benda segala kata,
Segalanya aku rasa semakin menuju ke satu titik hambar..
Kamu tiada seperti sebelumnya, diawal waktu kita..

Kamu seperti mahu menjauh sedang aku,
berusaha untuk mendekat..
bisakah kita kembali mula seperti diawalnya.

- Segalanya tentang kamu.

Wednesday, February 18, 2015

Sonet untuk Julai

Julai di dalam numeric berwakilkan Tujuh.
Hari kesebelas buat aku ternanti nanti
Melantunkan susun madah sonet dengan suara utuh.
Agar bisa buat kau rasa dihargai.

Sejak tahun ke sembilan belas sembilan puluh.
melangkau tahun demi tahun menempuh kehidupan
Tetaplah kau yakin dan jangan mengeluh.
Dihujung hujung pasti ada kebahagian.

Sonet untuk julai ku ulang baca.
istimewa hanya buat Gadis polka.

MAAF ATAS RASA INI.



Nuansa kau dari manusia norma yang lain buat aku teruja.
Untuk keberapa kalinya terus menerus aku mengalirkan rasa di jiwa.
Rentetan dari itu, maka aku nukilankan sebuah puisi untuk kau yang disana.

Setiap dari tutur madah, derai tawa, lirik senyum, celik pandang..persona.
Yang kalau berkali aku kata kepada kau, mungkin kedengaran sinikal ditelinga
Atau yang selalu kau lontar poyo. tapi pada aku itu jelas nyata.
Ingin selalu aku perhatikan sesusuk jiwa yang bisa buat aku merasai kehidupan.
Disetiap hari yang berlalu semahunya aku ada kamu walau hanya satu patah perkataan.
Apatah lagi segala esah marah, rungut rajuk semua aku bisa telan.
Tetapi ada satu rasa, yang membesar disanubari tentang diri ini.
Ulang setiap hari tertanya apakah aku ini bisa mendampingi?
Lantas rasa tidak layak untuk aku berdiri disebelah kau mahupun duduk disisi.

Aku ini jauh tidak sempurna, banyak cela dari apa yang kau damba.
Lelah, penat..sedih juga setiap kali kita terlintas dikepala, Bimbang tak mampu untuk beri kau segala.
Langkah ini kadang goyah untuk diteruskan menempuh masa hadapan.
Inikan pula untuk merancang segala pengharapan. Takut tidak kesampaian seperti kau sangkakan.
Ya, kita mampu merancang tapi segala ketentuan ditangan Tuhan.
Aku pasrah andai satu hari, langkah ini terhenti atas khilaf diri dan takdir dari Maha mengetahui
Harap dihari itu, kau mampu untuk memaafkan aku..



Sempurnanya diri ini hanya jika Dia ku Temui..
..dan Bila hanya kau ada disisi..