Monday, June 10, 2013

HIKAYAT GADIS POLKA VS GADIS MAGENTA

**
BULATAN KEHIDUPAN, TIADA PERMULAAN TIADA PENGAKHIRAN
CUMA HIDUP DAN MATI ITU SUATU KEPASTIAN
DENGAN LAFAZ BISMILLAH
AKU TETAPKAN LANGKAH
**
INTRO
Berat aku melangkah kan kaki dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, seperti kebiasaanya rakyat marhaen di ibu kota raya, berpusu-pusu mereka meredah kepesatan umat di pagi hari demi mencari rezeki ataupun melakukan aktiviti masing-masing. Begitu juga dengan aku, meneruskan ritual yang saban hari hampir sama sejak kali pertama dan kini genap dua bulan aku bermaustatin di kota ini. Pagi aku sama seperti pagi-pagi dua bulan yang sudah, tepat pukul 8 aku sudah keluar dari rumah sewa di pinggir kota, jarak perjalanan jika menaiki kereta mengambil masa setengah jam, tapi aku yang baru mahu mencari sekelumit rezeki halal carian sendiri, terpaksa menaiki kenderaan awam demi kelangsungan hidup,maka ia menjadi satu jam perjalanan serta tambahan bonus dapat melihat keletah ragam manusia yang macam macam. Makin lama aku di sini menjalani rutin yang “hambar dan bosan”, makin aku terpikir ke arah mana hala tuju hidup hidup yang bakal mendatang. Leka aku mengelamun, langkah aku terhenti di depan pintu ofis, sampai sudah. dalam-dalam aku tarik nafas dan tolak pintu yang tertulis ”TARIK”, fak u bitches door!!

P1: Hikayat Gadis Polka vs Gadis Magenta
-Kerja-
ketak!” Merdu bunyian mesin Punch card melegakan sikit sesak dekat dada setelah seharian menghadap monitor komputer dan memerah idea sebagai designer yang terampil. Malas-malas aku kemas untuk balik, tak tahu mana nak pergi, kalau balik pun, memang takda apa yang akan aku buat selain dari baca novel novel fiksi karya penulis-penulis indi yang kini dah tak indi lagi, makin mainstream gamaknya. Kawan? Aku lebih selesa berseorangan jika diluar waktu kerja. Hanya itu sahaja masa masa berkualiti bagi aku buat masa sekarang. Cukuplah rakan sejawat di tempat kerja. Lagipun kawan bila bila masa boleh cari. Cuma pencarian sahabat itu sukar. Di kota raya ini aku perlu berhati hati memilih sahabat. Tunggu masa dan ketika nanti. Makwe? Come on.. aku pun tak tentu arah lagi hidup. Makan, pakai pun cukup cukup, makwe manalah nak lekat tengok kedaifan diri ni. Bukan niat di hati taknak bermakwe, sama juga dengan pencarian sahabat tu..tunggu sahaja.
Seret kaki menuju pintu ofis.
Aku tarik pintu yang tertulis ”TOLAK”. Mengkerekot bunyi daun pintu dikerjakan aku. Menderu angin masuk dari luar, aku lihat gelap.
Gerimis. Hujan.
Ahhhh..perlahan aku lepaskan lelah, Celaka, basah lah aku kejap lagi ni kalau redah hujan naik lrt. Perlahan aku seluk tangan dalam poket keluarkan kotak rokok separuh renyuk dan separuh kosong. Tergagau aku seluk poket kiri kanan, depan belakang cari lighter. Second fak for this day. Hampa.
Hasil kajian aku mendapati kebiasan bagi perokok kehilangan lighter lagi tinggi dari pecinta pecinta di luar sana kehilangan pasangan. Melilau mata aku perati sekeliling, mana tahu kalau-kalau jumpa komrad perokok, nak pow lighter katanya. Lagi sekali hampa. Yang ada hanya minah-minah, makcik-makcik satu bangunan sahaja yang berada di sekitar, mungkin menunggu driver atau balak serta laki mereka jemput pulang. ”Ahhhh, kan best kalau ada makwe jemput aku balik kerja” aku mengelamun dalam hati. Kahkahkah....
Sinsing hujung seluar, Aku nekad, kencang aku berlari menuju ke seberang jalan untuk pergi ke sebuah kedai runcit berhampiran stesen lrt. Walaupun jarak antara ofis aku dan stesen lrt tidaklah berapa jauh, hanya di pisahkan satu blok bangunan dan jalan ber lane empat, tapi dengan kelajuan serta rintik-rintik hujan buat aku mengah dan malu pada masa yang sama tatkala mata-mata liar memerhati gelagat aku. Selamat, janji aku selamat sampai tempat tujuan.
Basah.
Sambil berjalan nak tuju ke kedai runcit, aku seluk poket untuk pastikan rokok tak basah. Sedang sibuk-sibuk seluk poket dan lagi beberapa tapak nak sampai, tak semena-mena datang sekujur tubuh dari arah depan yang sedang leka juga membelek sesuatu menghampiri aku dan pertembungan dua tubuh badan di dalam kesesakan manusia di sekeliling beratmosferakan suasana angin menderu laju dan hujan selebat-lebatnya berlaku, perlahan dan laju. Semuanya berlaku dengan efek slow-mo dan fast forward. Impak perlanggaran yang sedikit kuat buatkan aku tersasar sedikit ke belakang, tangan masih didalam saku, tubuh manusia bersalut baju kurung polka biru putih, bertudung bawal yang aku langgar tadi pula jatuh terjelupuk ke lantai dalam keadaan terduduk sedang mencari sesuatu. Perlahan aku keluarkan tangan dari poket.
Patah.
Celaka!!, rokok aku patah saat bertembung tadi.
Licin.
Kaki aku terpijak akan sesuatu, terasa licin dan lembik. Aku kalih pandangan ke bawah. Cokelat!
Tajam.
Dia merenung tajam ke arah aku. Aku Diam, kaku. Dia Merah, genit, cantik. Bengis.
Buta ke!!” ”Jalan mata letak dekat mana?”
-”sori..”
Ini siapa nak ganti??” jari tuding ke lantai.
-”Apa?”
Apa?? Iniiii!! Cokelat ni!!”
-”oh..”
Entah apa setanla lidah ni kaget dengan permasalah yang berlaku. Tangan aku mengaru kepala yang tak gatal. Segan. Tapi dalam masa yang sama geram. Bukan salah aku sorang.
-“kau tunggu kejap” aku tunjukkan isyarat jari. Terkocoh-kocoh aku melintasi dia pergi ke kedai runcit.
”Hei!” dia menjerit. Aku buat donno. ”Kejap, kejap!” aku balas.
”Winston light, lighter satu” ujar aku pada tokey kedai.
“uncle, u takda jual cokelat ke??”
-“tu” tokey kedai juih bibir tunjuk ke arah rak.
Aku gapai sekeping cokelat berbungkus biru. Bayar. Keluar.
Melilau aku cari kelibat manusia yang aku langgar tadi. Ahh, sial. Mana pulak minah ni..cari dan cari..aku pusing balik pada tempat kejadian tadi, cokelat. “Mana dia..?” getus aku sendiri.
Jauh aku merenung siling bersawang dalam bilik aku. Dengan tangan kanan di dahi, tangan kiri didada memegang bar cokelat. Teringat peristiwa nak balik kerja tadi.
-Lelap-
**
BIASAKAN DIRI DENGAN KEGELAPAN
ALAHKAN DIRI PADA CAHAYA BERKILAUAN
FOKUS DAN TERUS MARA KEHADAPAN
**

No comments: