Monday, June 10, 2013

PT2 : HIKAYAT GADIS POLKA VS GADIS MAGENTA

PT2 : Hikayat Gadis Polka vs Gadis Magenta
ARGHHHHHH..FAK FAK, bangun. Mandi.
8.15 a.m
gedegang!! Klik” berdentum aku tutup pintu rumah, kunci.
Kucar kacir aku sarung chuck taylor pada kaki. Lari.
Walaupun pada dasarnya aku lewat, tapi kalau ikut hukum kerelatifan masa aku masih awal jika sampai di ofis nanti sebab mesin punch card tu masa dia lambat lima minit. Tapi disebabkan taknak bersesak sesak naik lrt. Aku pantaskan sikit langkah kaki ni, peluh mula memercik di dahi, sedikit panas.aku longgarkan sikit zip hoodie. Nasib, ngam-ngam sampai stesen, lrt pun sampai. Berhimpit himpit aku masuk kedalam pintu. Ting!
Celaka betullah!
Sedang aku berhimpit-himpit masuk tadi, entah celah mana ada sekor manusia ni nak keluar. Disebabkan ruang yang hampir tiada untuk dia keluar, aku terpaksa mengundurkan sikit badan kebelakang. Dia berusaha untuk keluar dan tertolak sedikit badan aku, akibat tidak stabil dan tak sempat nak pegang handle bar, aku terbabas sedikit ke belakang, dan terhuyung balik ke depan menghantuk kan kepala aku pada seseorang.
aduhhhh “ toleh.
Aku usap dahi.sakit.
-“maaf, maaf” aku tunduk sedikit kepala. Sambil anak mata perhatikan susuk tubuh di depan aku. Berblaus magenta tudung litup. Anggun.
takpe-takpe” dia bersuara sambil mengusap kepala juga, tapi mata nya melilau ke bawah lantai mencari sesuatu.
-”sori..err, Cari apa??”
Diam.
-”ehem, sori ye..dan kau cari apa tu?” aku kuatkan sikit pertanyaan tadi.
”Takda apa..it’s okay, lrt right. common”
ish, malang betul lah..” ujar dia perlahan. Sambil menjarakkan sikit diri dari aku.
Masih mampu aku mendengar. Entah apa yang malang entah.
Samada dia malang atau aku si pembawa malang. Ralit aku perhatikan dia yang sedang tercari-cari sesuatu di atas lantai. Malas aku nak tanya banyak kali cari apa, sedangkan yang pertama tadi pun jawab acuh tak acuh je yang penting aku dah minta maaf, aku rapat kan diri ke pintu. Setapak kaki kebelakang.
Pijak. Lembik. Ah sudah, apa ni. Aku pandang ke bawah.
Cokelat!!
awak!!” perlahan dia menjerit selepas pencarian sesuatu dia tadi membawa ke arah diri aku balik, belum sempat dia bersuara, aku dah terpijak cokelat dia.
Alamak, takkanlah lagi sekali..
-”alamak, maaf lagi sekali..” kali ni aku sedikit segan.
Entah apa nasib dua hari ni, semalam langgar, pijak cokelat orang. Hari ni pun sama jugak. Nasib je lah orang nya tak sama. Oh ya! Pasal Semalam.
Pantas reflek tangan aku menyeluk beg sandang mencari sesuatu.
Pandangan mata dia masih tertancap pada aku, samada pelik dengan tingkah aku yang mencari sesuatu atau kesal dengan cokelat yang lunyai aku pijak.
Jumpa!. Aku melangkah dua tapak rapat ke arah dia, hulur.
-”nah, Cokelat kau” spontan aku hulur bar cokelat pada dia
Apa ni??”
-”amiklah, sebagai ganti cokelat kau yang aku terpijak ni”
oh takpe, bukan awak sengaja pun, tapi kalau nak ganti agak-agaklah!!”
-”apesal pulak?”
takpelah, lupakan”
Ting! Dia keluar setelah sampai di stesen berikut, tinggalkan aku terpingga-pingga
-”woii!!”
Wahhhh. Demand ke sombong makwe sekor ni??. Aku nak ganti balik coklat dia pun taknak.
Bergerak. Aku rapatkan kepala aku ke cermin, Aku perhatikan dia sambil lrt bergerak meninggalkan stesen. Dia mengerakkan tangan ke kepala. Keluar jari telunjuk, dekatkan ke tepi dahi dan membuat pergerakkan bulatan beberapa kali. Sewel!
-”Cis!! Dasar kerek punya pompuan, siap sempat buat isyarat cakap aku gila pulak tu” aku hempas bar cokelat ke telapak tangan.
Eh?! Apa ni?
-”Lahhh, padanlah dia taknak. Dah terbukak rupanya..”
Aku lupa masa berlari ke stesen tadi aku pergi kokah sikit cokelat ni, disebabkan lambat bangun dan tak sempat nak bersarapan, cokelat yang kononya aku simpan nak ganti pada orang yang sepatutnya jadi gantian.. Hadoi!
Ting!
Melangkah keluar. Aku seluk balik cokelat bar tadi ke dalam poket. Keluarkan rokok, nyala. Lighter baru.
Gadis magenta.
Senyum.
**
AKU TAK TAHU APA DIA, TAPI RASA ITU BERLEGAR-LEGAR DI SEKITAR RUANG MASA.
KADANG-KADANG RASA ITU MENJERUT PERASAAN BUAT HATI INI HIBA.
**
PT3 : Hikayat Gadis Polka vs Gadis Magenta
Ahad bagi sesetengah orang amat amat lah menyeronokkan, tapi..ia adalah satu hari di mana bosan itu berganda ganda bagi aku. Keseorangan itu sial.
Aku kerling jam dekat dinding, 11.36 a.m.
Malas aku bangkit, perlahan. Menuju ke bilik air.
Usai siap secara ala kadar. Aku sembur perfume gatsby cool seluruh badan, wangi. Tujuan, ke kedai mamak bersarapan.
Sesampai sahaja di kedai mamak yang selalu aku pergi, aku mencari port yang selalu aku duduk, paling hujung di dalam kedai itu, dari tempat yang aku duduk aku boleh melihat keseluruhan suasana di dalam kedai mamak itu.
”Nescafe tarik satu, roti kosong banjir ayam beriani peha..” pinta ku pada ane yang datang ambil order. Dia mengangguk. Aku seluk xperia miro dalam poket seluar. Aku tekan icon burung biru, keluar timeline. Scroll ke bawah, naik atas, bawah semula.
”ane, ais kosong satu” aku meinta pada ane selepas dia menghantar makanan dan air yang aku order sebelumnya. Mengangguk lagi serupa robot.
“Bismillah..” suap.
Ralit aku menyuap kan roti kari banjir cicah ayam beriani, datang sekujur tubuh duduk bersebelahan dengan meja aku.
Toleh.
Aku hirup Nescafe tarik perlahan, kejap. Macam kenal, Aku toleh buat kali kedua, Dia!! Polka!
Asalamualaikum..” perlahan aku ucap.
-”Walaikumsalam, ya?” dia jawap
”Ingat aku tak?”
-“siapa?”
Lrt? Langgar, cokelat? Ingat?”
-”oh awak!..dah langgar orang blah macam tu je kan?”
bila masaa...” terhenti
Datang pula seorang lelaki duduk berhadapan dia. ”Kenal ke?”
-”kenal, tapi..”
Sori lah pasal hari tu, aku bukan blah macam tu je..aku pegi kedai beli cokelat nak gantikan cokelat kau yang aku pijak tu, tapi bila aku datang balik, kau dah blah..” laju aku potong perbualan mereka.
Terpinga sekejap mamat depan dia tak faham apa yang kami bualkan.
-”takpelah, lupakan je” cepat-cepat dia matikan perbualan. Borak.
okay” ujar aku. Biarkan mereka. Aku teruskan sesi suapan, entah kenapa tiba-tiba rasa menyampah pulak duduk sebelah dua orang ni. Cepat makan!.
Dikaunter, aku masih perhatikan gelagat si gadis polka tadi dengan teman dia. Bayar, aku melangkah keluar. Berhenti.
Aku rapat ke kaunter balik, aku capai satu bar cokelat berbungkus biru, bayar. Laju aku melangkah ke meja mereka.
Nah” perlahan aku letakkan cokelat bar di atas meja. Berlalu laju aku dari situ.
-”Eh? Awak!” dia memanggil
Aku cepatkan langkah. Kaget, bertembung dengan ane kedai mamak, buk! Ane mengangguk maaf, aku pandang ane, ah lantaklah, cepat keluar dari kedai ni. Laju lagi.
Dia memandang aku terpinga-pinga. Hilang
**
PERASAAN ITU CELAKA, PADA APA DAN PADA SIAPA TAK KIRA DIMANA DAN MASANYA
SUKA, HAMPA, HIBA BERCAMPUR CAMPUR MENYESAK DADA
**
“Entah apa lah yang aku pikirkan tadi, dah dia cakap lupakan yang aku gatal-gatal nak beli apahal?”
Aku mempersoalkan tindakkan aku sebentar tadi, dan dah kenapa mesti aku kelam kabut pun aku tak tahu, entahlah. Aku melangkah lagi. Niat mahu pergi kedai buku.
ting tong!” bising bunyi alarm tanda orang masuk. Meliar mata aku cari rak letaknya buku buku novel fiksi. Belek dan belek, dah ada, dah ada, dah ada..aha! ni takda. Getus hati bila jumpa buku yang baru direleasekan. Kegilaan apakah tentang buku novel fiksi keluaran publisher publisher indi ni pun aku tak tahu, mungkin kerana gaya penulisan, cerita mereka jauh lari dari norma norma novel mainstream yang lain mungkin, lebih telus, jujur dan dekat dengan jiwa barangkali. Aku gapai novel tersebut, tuju ke kaunter. Beratur.
Walau tak panjang mereka yang beratur di kaunter pembayaran, sedikit lama juga nak menunggu giliran aku sampai. Sabar.
Sampai giliran aku. Gadis di kaunter senyum. Aku serah buku, dia scan, ”tett” bunyi scanner, “RM 19.90 bang, ada kad ahli? Jika ada, diskaun 15% akan diberikan” ujar nya lancar. Aku senyum,”ada, sekejap ye”
Seluk poket belakang, seluk, seluk..bangsat!!
Menggagau aku seluk poket depan belakang kiri kanan, mana pulak dompet aku ni.
Kejap ye” ujar aku pada gadis kaunter. Aku dah tak tentu arah, dompet aku takda pada tempat yang sepatutnya. Gusar, bimbang, malu bercampur-campur. Ahhh..sudah, confirm hilang!
err, maaf, dompet saya hilanglah..tak jadi, sori” ujar aku, ”okay” balas gadis kaunter.
-”kenapa ni?” terdengar satu suara dari belakang. Aku toleh.
Dia!! Magenta!
”eh kau!..how come?..err, Takde apa, dompet aku hilang”
-”apa kau??, tak sangka..oh yeke, so bad..dekat mana hilang?”
tak taulah..sori pasal hal dalam lrt haritu.”
-“hmm takpe, sori cakap awak ni (sambil buat jari dekat dahi)..rileks, dan cuba ingat balik, kalau gelabah susah nak ingat”
its okay, my bad also dan..oh ya!” belum sempat aku bercakap hal cokelat sebelum tu tiba-tiba aku teringat ane tadi, ya, mungkin akibat terlanggar ane tu, dompet aku cicir..aku mahu cepat ke kedai mamak tu balik.
thanks, aku dah ingat dekat mana!” aku berlalu pantas tinggalkan dia, lari lagi.
-“so kay awak….” tak habis bicara. ”hmm, clumsy guy”
dia nak beli apa tadi?” bertanya gadis magenta pada gadis kaunter. ”Ni” diangkat sedikit buku tu.
Senyum. -Puisi ku untukmu- karya : awanterbang
**
SETIAP APA YANG BERLAKU ITU TAKDIR, TERIMANYA DAN LALUINYA DENGAN SABAR WALAU GETIR

**

HIKAYAT GADIS POLKA VS GADIS MAGENTA

**
BULATAN KEHIDUPAN, TIADA PERMULAAN TIADA PENGAKHIRAN
CUMA HIDUP DAN MATI ITU SUATU KEPASTIAN
DENGAN LAFAZ BISMILLAH
AKU TETAPKAN LANGKAH
**
INTRO
Berat aku melangkah kan kaki dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, seperti kebiasaanya rakyat marhaen di ibu kota raya, berpusu-pusu mereka meredah kepesatan umat di pagi hari demi mencari rezeki ataupun melakukan aktiviti masing-masing. Begitu juga dengan aku, meneruskan ritual yang saban hari hampir sama sejak kali pertama dan kini genap dua bulan aku bermaustatin di kota ini. Pagi aku sama seperti pagi-pagi dua bulan yang sudah, tepat pukul 8 aku sudah keluar dari rumah sewa di pinggir kota, jarak perjalanan jika menaiki kereta mengambil masa setengah jam, tapi aku yang baru mahu mencari sekelumit rezeki halal carian sendiri, terpaksa menaiki kenderaan awam demi kelangsungan hidup,maka ia menjadi satu jam perjalanan serta tambahan bonus dapat melihat keletah ragam manusia yang macam macam. Makin lama aku di sini menjalani rutin yang “hambar dan bosan”, makin aku terpikir ke arah mana hala tuju hidup hidup yang bakal mendatang. Leka aku mengelamun, langkah aku terhenti di depan pintu ofis, sampai sudah. dalam-dalam aku tarik nafas dan tolak pintu yang tertulis ”TARIK”, fak u bitches door!!

P1: Hikayat Gadis Polka vs Gadis Magenta
-Kerja-
ketak!” Merdu bunyian mesin Punch card melegakan sikit sesak dekat dada setelah seharian menghadap monitor komputer dan memerah idea sebagai designer yang terampil. Malas-malas aku kemas untuk balik, tak tahu mana nak pergi, kalau balik pun, memang takda apa yang akan aku buat selain dari baca novel novel fiksi karya penulis-penulis indi yang kini dah tak indi lagi, makin mainstream gamaknya. Kawan? Aku lebih selesa berseorangan jika diluar waktu kerja. Hanya itu sahaja masa masa berkualiti bagi aku buat masa sekarang. Cukuplah rakan sejawat di tempat kerja. Lagipun kawan bila bila masa boleh cari. Cuma pencarian sahabat itu sukar. Di kota raya ini aku perlu berhati hati memilih sahabat. Tunggu masa dan ketika nanti. Makwe? Come on.. aku pun tak tentu arah lagi hidup. Makan, pakai pun cukup cukup, makwe manalah nak lekat tengok kedaifan diri ni. Bukan niat di hati taknak bermakwe, sama juga dengan pencarian sahabat tu..tunggu sahaja.
Seret kaki menuju pintu ofis.
Aku tarik pintu yang tertulis ”TOLAK”. Mengkerekot bunyi daun pintu dikerjakan aku. Menderu angin masuk dari luar, aku lihat gelap.
Gerimis. Hujan.
Ahhhh..perlahan aku lepaskan lelah, Celaka, basah lah aku kejap lagi ni kalau redah hujan naik lrt. Perlahan aku seluk tangan dalam poket keluarkan kotak rokok separuh renyuk dan separuh kosong. Tergagau aku seluk poket kiri kanan, depan belakang cari lighter. Second fak for this day. Hampa.
Hasil kajian aku mendapati kebiasan bagi perokok kehilangan lighter lagi tinggi dari pecinta pecinta di luar sana kehilangan pasangan. Melilau mata aku perati sekeliling, mana tahu kalau-kalau jumpa komrad perokok, nak pow lighter katanya. Lagi sekali hampa. Yang ada hanya minah-minah, makcik-makcik satu bangunan sahaja yang berada di sekitar, mungkin menunggu driver atau balak serta laki mereka jemput pulang. ”Ahhhh, kan best kalau ada makwe jemput aku balik kerja” aku mengelamun dalam hati. Kahkahkah....
Sinsing hujung seluar, Aku nekad, kencang aku berlari menuju ke seberang jalan untuk pergi ke sebuah kedai runcit berhampiran stesen lrt. Walaupun jarak antara ofis aku dan stesen lrt tidaklah berapa jauh, hanya di pisahkan satu blok bangunan dan jalan ber lane empat, tapi dengan kelajuan serta rintik-rintik hujan buat aku mengah dan malu pada masa yang sama tatkala mata-mata liar memerhati gelagat aku. Selamat, janji aku selamat sampai tempat tujuan.
Basah.
Sambil berjalan nak tuju ke kedai runcit, aku seluk poket untuk pastikan rokok tak basah. Sedang sibuk-sibuk seluk poket dan lagi beberapa tapak nak sampai, tak semena-mena datang sekujur tubuh dari arah depan yang sedang leka juga membelek sesuatu menghampiri aku dan pertembungan dua tubuh badan di dalam kesesakan manusia di sekeliling beratmosferakan suasana angin menderu laju dan hujan selebat-lebatnya berlaku, perlahan dan laju. Semuanya berlaku dengan efek slow-mo dan fast forward. Impak perlanggaran yang sedikit kuat buatkan aku tersasar sedikit ke belakang, tangan masih didalam saku, tubuh manusia bersalut baju kurung polka biru putih, bertudung bawal yang aku langgar tadi pula jatuh terjelupuk ke lantai dalam keadaan terduduk sedang mencari sesuatu. Perlahan aku keluarkan tangan dari poket.
Patah.
Celaka!!, rokok aku patah saat bertembung tadi.
Licin.
Kaki aku terpijak akan sesuatu, terasa licin dan lembik. Aku kalih pandangan ke bawah. Cokelat!
Tajam.
Dia merenung tajam ke arah aku. Aku Diam, kaku. Dia Merah, genit, cantik. Bengis.
Buta ke!!” ”Jalan mata letak dekat mana?”
-”sori..”
Ini siapa nak ganti??” jari tuding ke lantai.
-”Apa?”
Apa?? Iniiii!! Cokelat ni!!”
-”oh..”
Entah apa setanla lidah ni kaget dengan permasalah yang berlaku. Tangan aku mengaru kepala yang tak gatal. Segan. Tapi dalam masa yang sama geram. Bukan salah aku sorang.
-“kau tunggu kejap” aku tunjukkan isyarat jari. Terkocoh-kocoh aku melintasi dia pergi ke kedai runcit.
”Hei!” dia menjerit. Aku buat donno. ”Kejap, kejap!” aku balas.
”Winston light, lighter satu” ujar aku pada tokey kedai.
“uncle, u takda jual cokelat ke??”
-“tu” tokey kedai juih bibir tunjuk ke arah rak.
Aku gapai sekeping cokelat berbungkus biru. Bayar. Keluar.
Melilau aku cari kelibat manusia yang aku langgar tadi. Ahh, sial. Mana pulak minah ni..cari dan cari..aku pusing balik pada tempat kejadian tadi, cokelat. “Mana dia..?” getus aku sendiri.
Jauh aku merenung siling bersawang dalam bilik aku. Dengan tangan kanan di dahi, tangan kiri didada memegang bar cokelat. Teringat peristiwa nak balik kerja tadi.
-Lelap-
**
BIASAKAN DIRI DENGAN KEGELAPAN
ALAHKAN DIRI PADA CAHAYA BERKILAUAN
FOKUS DAN TERUS MARA KEHADAPAN
**

Wednesday, May 01, 2013

Pernah taip :


Febuari 7

"Sebab awaklah saya mahu buka mata bila pagi menjelma..dan sebab awaklah saya rela pejamkan mata bila malam tiba..celik untuk lihat awak,pejam untuk mimpi awak..biar hati ini hanya awak yang menghuni.."

Febuari 8

"Saat awak paling sedih dan sunyi, saya mahu teman dan pinjamkan bahu untuk awak sandar lepaskan lelah dan resah..saat awak paling bahagia dan gembira, saya mahu lihat wajah awak yang ceria, tapi..mungkinkah, sedangkan awak mentah mentah menolak saya.."

Buku tak bertajuk


Bab ke 3, Jilid pertama..

Muka surat ini masih kosong tanpa catitan, yang ada cumalah contengan yang sukar hendak dibaca..masih tercari-cari kata pembuka, bukan kerana pena tak berdakwat..cuma pengarang buntu apa yang mahu dibuat..watak-watak masih belum menghayati perwatakkan, tanpa rasa dan jiwa..kosong.

Teruskanlah menyelak helaian helaian seterusnya..moga moga terjumpa satu bab yang betul betul ada cerita yang boleh dibaca, tapi jangan harap ada penyudah pada bab serta jilid ini..kerana pengarang sendiri masih tercari-cari..

Sinopsis : "Seseorang yang menanti untuk dicintai dan seseorang yang hidup dalam delusi..dunia dimana hati itu hanyalah batu keras yang telah berkali kali dihempas serta boneka yang mengharap jiwa dan nyawa"

Puisi untuk dia


Naluri hati ini terdetik saat melihat dirimu,
Untuk kesekian kalinya aku terjatuh ke dalam lembah yang sama,
Rugi kalau aku tolak takdirNya, lantas aku biar diri terjerumus kedalamnya.

Ya, aku sedar..perhubungan bukan sekadar rasa cinta, tapi merangkumi segalanya,
Aku juga sedar segala kekhilafan aku terhadapmu,
Saat aku tersedar, semuanya telah terlewat..
Makin jauh jurang antara kita berdua,
Izinkan aku merubah segala dan bermula semula,
Nanti kau akan ku jawa sepenuh jiwa raga..