Tuesday, September 04, 2012

Move On!!

bila bercakap pasal move on..mesti melibatkan kes kes kekecewaan hati..

yup, dan aku pun tak lari dari kes sebegitu..
sudah banyak kali rasanya aku kecewa, baik dari masalah sendiri, kerja atau cinta..dan banyak kali lah juga aku move on..

Move on..mara ke depan..salah satu cara untuk kau teruskan hidup..sekecewa mana pun kita..hidup kena diteruskan, lainlah kalau iman kau dah takde dan ambil keputusan singkat dengan terjun tiruk di mana mana bangunan tinggi atau kes suicide yang lain..kemonlah..jangan jadi bodoh..

Benda yang lepas adalah benda yang harus dijadikan pedoman, bukan untuk kita hidup didalamnya..aku bukanlah pakar dalam nak bagi nasihat dekat orang dalam hal-hal sebegini..tapi aku berkata melalui pengalaman sendiri..berkali-kali aku gagal dan masih gagal sehingga kini..tapi itu sesuatu yang harus aku lalui..dan jadi semakin yakin dan tabah untuk hadapinya..sampai bila kita nak sedih mengenangkan nasib? sampai bila?..

tak mahukah kau tersenyum? tak mahu kah kau gembira?..mungkin kau takut benda itu berulang?..ia siapa tahu..tapi kalau kita tak cuba..kita pun tak tahu apa hasilnya, mungkin berjaya atau mungkin gagal sekali lagi..tapi setiap kegagalan itu yang bisa mencorak kita..berani untuk berhadapan dengan ketakutan..jangan biarkan kita kalah dengan perasaan sendiri..

malas aku nak cerita banyak jika jiwa dan akal kau masih dibelenggu dengan pemikiran takut..

tolonglah, siapa yang nak yakinkan kau kalau bukan diri kau sendiri..move on!!..

Monday, September 03, 2012

Terlintas di fikiran..

Masanya akan tiba..samada sedia atau tidak, tetap akan bersua..
dan masa tak pernah menunggu kita..


kadang kadang bukan semua peluang itu datang pada masa yang sesuai..sangat sukar untuk lepaskan, tapi tetap perlukan keputusan..bukan rezeki



Kadang Kadang pekara yg mendatang kebaikan dn pengajaran tu kita tak suka Dn nk elak sgt walaupun pekara baik tu telah menunggu kita..

Kembalilah kepadanya


mahukah kamu mencium ku?

sebab ciuman adalah bukti kepada cinta...

kau terikat pada ku kerana wajah ku,

maka dia meminta bibirku untuk kau cium...

tetapi jika hati ini yang membawa cintaku kepada mu

maka kau pun harus mencium hati ku jua...

pilih yang mana?

kembalilah kepada Al-Quran yang suci,

lalu kembalilah kau kepada ku dengan seluruh cinta mu..

insya-allah aku akan menunggu mu...

Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Dia kata Aku kata


sayang betul dia kat aku.
aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.

Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tujal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dian nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menagis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku, sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata aku agak dah, aku kagum dengan firasat dia.

Dia dah tak tahu nak kata apa, aku kata, jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh, biar aku lawan untuk jodoh ini!"

- Zahiril Adzim

Selagi ada sayang..cinta takkan hilang


Puisi untukmu..

ruangku sempit,waktu ku perlahan..
jiwaku kosong, fikiranku buntu
terluka..terjatuh
hidupku hampa
saat aku mulai kalah, tatkala itu takdir menerjah
bergolak jiwaku..senyum kupura
lemah langkahku..yakinku berbelah
datangmu beralah, tutur mu bermadah
ku sapa biasa..dirimu ramah
waktu berputar, silam mu terkisar..
tanpa sedar..hatiku berubah
sabar kau sabar, waktu dan ruang kau putar
entah dimana aku berada
jiwaku tenang, hatiku girang
kalah ku tak endah..menang ku tak kisah
hatiku mekar..tapi tak berakar
kau beri kan bunga..tapi mana tangkainya?
tika ku sedar.. akulah tangkainya
pasu ku sedia..dan mekarlah cinta
sama membaja menyemai sang bunga
percaya pasu..cinta akar..aku tangkai..engkau bunga
selagi ia bersama..kekal selamanya
selagi ada sayang..cinta takkan hilang

-sukehatisaye 12/3/2012 2.43 am