Tuesday, February 11, 2014

Gerila Puisi : Ah ah ah

lemah langkah,
henti melepas lelah,
perlahan kembali menongkah..
dan disetiap langkah,
datang beribu masalah,
musuh menerjah,
puas setiap satu diri meningkah,
dan di setiap langkah,
hati gundah,
jiwa resah,
menanti sudah,
harap cepat masa berubah,
atau maut datang menjengah,
diri ini sudah pasrah,
dunia ini sudah parah,
segalanya penuh musibah,
segalanya penuh tipu helah,
oleh jiwa yang rakus menjamah,
nyawa nyawa yang lemah.

Gerila Puisi : Cahaya

Cahaya itu satu kurniaan,
cahaya..
Tanpanya kita akan teraba-raba dalam kegelapan,
tanpanya bulan tidak akan kelihatan,
bintang tidak begemerlapan,
cahaya..
teruskanlah kau bernyala,
masih ada jiwa yang mahu mara!

Thursday, February 06, 2014

GERILA PUISI : BILA MATA TIDAK MAHU PEJAM

mata ini masih tidak mahu tertutup

jika mata tidak mahu lelap,
janganlah biarkan hati ini sedih menyingkap..
segala kenangan lama yang masih lagi melekap.

jika mata masih tidak mahu pejam,
biarkan hati ini tenteram..
berimaginasi tentang keindahan alam

merenung jauh sang bulan,
yang cahaya nya balam balam kelihatan,
memerhati si bintang yang berkelip-kelip gagah di langit gelap

bila sang pari mimpi datang menyinggah..
jangan kau sergah,
mungkin dihujung-hujung ada kata indah..mungkin
atau mungkin bukan benda yg indah,
tapi seribu satu masalah,
kau sergah atau kau diam tidak kisah?

Saturday, February 01, 2014

LINDUNG

Di tempat itu

Letih, penat, lelah, kalah.
Perlahan dan tiada maya aku langkah.
mencari tempat berteduh
tempat untuk aku menghempas tubuh.

Gembira, ketawa, senyum, girang.
laju langkah melayang-layang
mencari tempat untuk bersorak riang.
tempat untuk berkongsi menang.

di tempat itu.
segalanya lengkap serba satu
tiada kurang walau dari apa sudut pandang
bagi aku, disitu satu syurga untuk aku seorang

di tempat itu.
segala kenangan, segalanya
pahit, manis, suka, duka
kau bilang apa sahaja
kalau bisa
di situ aku mahu semua bermula
kalau bisa
di situ juga aku mahu berakhir segala cerita

setia melindung
satu jiwa, satu nyawa
dari badai, terik, lebatnya cuaca
setia menanti
dari mulanya hari hingga kelam dinihari

di tempat itu.
bisa jadi syurga,
bisa jadi neraka duniaku.
tapi tetap aku mahu
kerana ia rumahku.

TAJUKNYA? KAU BACA DAN KAU SENDIRI BERI

Ketika waktu remaja dulu
Entah kenapa aku
Nak sangat keluar dari tempat itu
Aku rasa dipenjara
Pemikiran aku meronta mahu keluar segera
Acap kali aku bilang "aku menyampah!, aku bosan!"

Sehingga kini
Aku rasa bodoh dan bangang
Yelah, tak pernah aku terfikir waktu dulu
Aku ni remaja yang hanya ikut nafsu semata

Sekarang
Untuk sekian lama
Kembali aku ke tempat itu
Aku pulang dengan rasa rindu

Redup, tenang, tenteram
Umpama satu pelukan hangat
Membuat segala sebak di dada pergi tanpa tersisa
Alangkah indah rasa ini
Hingga tanpa sedar air mata aku menitis

Seluruh isi tempat ini menyambut mesra
Anak yang dulu asyik meronta mahu pergi
Yang dulu cukup benci dan asyik mahu lari
Akhirnya kembali semula ke rumah ini