Monday, September 03, 2012
Dia kata Aku kata
sayang betul dia kat aku.
aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.
Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?
Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tujal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dian nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menagis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku, sebab dia nak terus sayang aku.
Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata aku agak dah, aku kagum dengan firasat dia.
Dia dah tak tahu nak kata apa, aku kata, jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh, biar aku lawan untuk jodoh ini!"
- Zahiril Adzim
Selagi ada sayang..cinta takkan hilang
Puisi untukmu..
ruangku sempit,waktu ku perlahan..
jiwaku kosong, fikiranku buntu
terluka..terjatuh
hidupku hampa
saat aku mulai kalah, tatkala itu takdir menerjah
bergolak jiwaku..senyum kupura
lemah langkahku..yakinku berbelah
datangmu beralah, tutur mu bermadah
ku sapa biasa..dirimu ramah
waktu berputar, silam mu terkisar..
tanpa sedar..hatiku berubah
sabar kau sabar, waktu dan ruang kau putar
entah dimana aku berada
jiwaku tenang, hatiku girang
kalah ku tak endah..menang ku tak kisah
hatiku mekar..tapi tak berakar
kau beri kan bunga..tapi mana tangkainya?
tika ku sedar.. akulah tangkainya
pasu ku sedia..dan mekarlah cinta
sama membaja menyemai sang bunga
percaya pasu..cinta akar..aku tangkai..engkau bunga
selagi ia bersama..kekal selamanya
selagi ada sayang..cinta takkan hilang
-sukehatisaye 12/3/2012 2.43 am
Nama Dia Alliyah
Alang-alang sudah berada di Penang gua sepatutnya mengambil kesempatan meneroka apa yang patut. Mana Rapid Penangnya lagi, Lim Guan Eng dan KAMDAR.
Jadi hari ni gua ambil satu keputusan dengan azam yang teguh.
Hampir jam 1 gua pun naik eskalator ke tingkat panggung wayang.
Ketika itulah gua nampak dia.
Dup! Dup! Dup! Dada gua berbunyi.
Adakah ini yang dinamakan cinta?
Gadis itu ada di depan gua sekarang.
Nama dia Alliyah. Bisikku sambil tersenyum puas.
***
Dia menjeling ke arah lohong hitam pada dadaku.
" Ya. Ambillah, sekarang ia kepunyaan awak. " kata aku sambil tersenyum.
fin.
Jadi hari ni gua ambil satu keputusan dengan azam yang teguh.
Alang-alang hari Isnin, baik gua merayau ke panggung wayang berdekatan dengan menggunakan student card ye dak?
Berbekalkan baju singkat Paul Smith yang berwarna hijau ni gua mengatur gerak. Kurang sejam gua sampai di tempat kejadian dan membeli tiket wayang Narnia jam 1.15 petang. Untuk menunggu sampai masa tayangan gua pun merayau-rayau ke mana-mana kedai yang berkenaan. Biasalah, naluri window shopping gua masih belum luntur walaupun sudah lama tidak berjumpa kompleks membeli-belah.
Hampir jam 1 gua pun naik eskalator ke tingkat panggung wayang.
Ketika itulah gua nampak dia.
Dari belakang gua perhatikan dia. Gua nampak 3/4 wajah dia dari belakang. Pipi boleh tahan. Kurang tembam banyak jika mahu dibandingkan dengan angel hitam gua. Kulit pula lagi putih dari kawan Yakuza gua.
Dup! Dup! Dup! Dada gua berbunyi.
Adakah ini yang dinamakan cinta?
Gua tak puas hati. Gua kena juga lihat muka dia. Sampai di tingkat atas gua pura-pura buat satu pusingan yang besar semata-mata mahu memandang wajah dia.
Matanya redup ayu. Bibirnya jernih, pink dan lembut. Kulitnya mulus. Dan dia bergerak ke kaunter membeli tiket wayang.
Gua berbisik dalam hati, kalau dia beli Narnia juga mesti dia ada jodoh dengan gua.
Gua masuk dewan menonton mengharapkan dapat melihat wajah dia. Tapi ternyata gua tersilap. Di sebelah gua hanya 3 sekawan yang giat bertutur dalam bahasa Tamil. Gua hampa.
Habis Narnia gua bergerak keluar. Mungkin dia di luar sedang menunggu untuk masuk ke dalam wayang, kata gua untuk motivasi diri.
" Alliyah tunggu! " jerit seorang perempuan free hair memanggil Dia depan gua memecahkan igauan angan-angan gua. Gua terpana.
Gadis itu ada di depan gua sekarang.
Nama dia Alliyah. Bisikku sambil tersenyum puas.
***
Dan bebola merah itu bergolek ke arah dia. Golek, golek dan golek. Sehingga mengenai kakinya.
" Hairan. Hati siapa yang berbentuk seperti bebola dan berada di kaki aku ini? "
Barangkali itu yang diujarkan olehnya diam di dalam hati. Dan pada masa itu juga dia memandang wajahku.
Mata kiri aku bertentang dengan mata kanannya dan mata kanannya bertentang dengan mata kiriku.
Dia menjeling ke arah lohong hitam pada dadaku.
" Ini awak punya? " tanya dia sambil menghulurkan bebola kecil itu padaku.
" Ya. Ambillah, sekarang ia kepunyaan awak. " kata aku sambil tersenyum.
fin.
Just read it..
To be or not to be; for what is man in nature. The universe is full of magic so try not to become a man of success but rather try to become a man of value when one believes a thing is impossible they are to make it so. And fiction reveals truths that reality obscures so we should all do unto others as you would have others do unto you. so don't worry, be happy, and try to remember that the future is not something we enter; the future is something we create....
September
Salam..
2:46 a.m
lewat pagi Isnin
Tanjung Arang
2:46 a.m
lewat pagi Isnin
Tanjung Arang
..di depan lappy sambil duduk di kerusi banquet depan meja stadi yg berkhidmat selama lebih kurang tujuh tahun dengan aku..
Sebenarnya takde tujuan pun aku nak tulis entri ni..tapi disebabkan tak boleh tidur sambil memikir masa depan dan merindui seseorang yang entah sedar atau tidak akan kehadiran aku..so, aku ambil keputusan drastik dengan menghias atau sesaja nak godek balik blog ni..
entah apa sebab pun aku tak tahu..dan rasa nya takde kepentingan kot aku nak buat entri..tapi tu lah..nafsu dah ada, cuma bila harus aku laksana kan untuk bergiat aktif berblogging ni pun aku tak tahu..dari awal tahun aritu..kemain semangat menipu diri sendiri dengan berjanji nak taip apa bagai..sudah nya camni je..
oh aku dah mengarut dah..apa tadi ek aku nak sampaikan..oh..ok aku dah tahu..tapi tu untuk entri lain..maafkan aku sebab dah buang masa korang baca entri yang takde makna ni..dan itupun kalau ada orang baca..hmm sedih..tapi bila pikir balik, peduli apa saya..ahohoho..ok lah..malas taip pepanjang..
babai..
Subscribe to:
Posts (Atom)