Tuesday, April 28, 2015

NIAN

Nian indah kerdip bintang bercahaya
Asyik aku mendongak kelangit sana
Jiwa aku tenang menghayati suasana
Leka hingga tidak sedar kau sudah tiada
Aku kembali menunduk kebumi hampa..

Kisah yang dulunya selalu aku cerita
Hanya tinggal kenangan belaka
Ambisi tak sempat bertuntas tunasnya
Impian hancur musnah tidak bersisa
Remuk redam hati mengenang segala
Ini realiti yang perlu aku hadap nyata
Namun imaginasi masih mahu percaya
Aku ini masih mencintai dia..

No comments: