Saturday, March 07, 2015

Pertama Kali

Melihat senyuman merah diatas bibir bergincu
Kerdip mata ayu buat jiwaku terganggu
Berbaju kurung bercorak polka
buat hati meruntun berdebar debar
Derai tawa bukan sekadar tanpa tujuan
Biar jiwa terjerat korban untukku memasang harapan

Wangi haruman mu semerbak membius pusat saraf
Ku mengharapkan kehadiran untuk melepaskan keresahan
Bergejolak jiwa, semuanya aku cuba berontak
dan ketika aku hampir kalah terus aku lari mengelak

Jadi entahkan sampai bila aku mampu bertahan
Untuk menghindar lari dari kenyataan..
Mungkinkah terpikir, lepas belenggu hitam
Hidup ini selalunya penuh dengan warna-warni..
Andai hanyut dalam mimpi maka susah untuk terima realiti..
Tapi setiapnya akan tiba satu masa untuk kau sedar..
Jalan keluar ada didepan mata andai kau tahu apa kau mahu.
Jadi buat apa yang kau perlu.

No comments: