Tuesday, February 10, 2015

JUSTIFIKASI

Bukan orang baik mahupun yang terbaik,
tapi cuba untuk jadi yang terbaik.
Aku tidak jahat tapi aku terjahat.
di antara terbaik jadi cuba engkau lihat.
Jangan lihat pada masa yang lalu
demi cipta cerita hidup baru
sama tongkah andai silap jangan patah.
sama langkah biar nanti kita tidak acah acah
silap mana betul siapa sama kita tegur
nanti sampai suatu masa hidup kitakan teratur
Hidayah yang mengetuk lembut hati
jadi terus pasak hati jangan terus tuli
cuba perlahan jangan gopoh nanti roboh
iman masih ada cuma jangan sombong menadah
minta pada yang maha memberi hidayah.

Justifikasikan Jahat? definisikan baik.
Tak perlu kita berbalah mari kita sama sama naik.
kemana? itu biar takdir yang esa tentukanya
andai jodoh kita kuat tak mengalah nanti akan sampai masa
Orang kata tinggalkan untuk yang lebih baik?
tapi pada aku itu bukan yang terbaik.
kenapa tak terima dan tukar diri segala
benda yang terbaik datang jangan kau biar tersia
ubah, jadi berubah apa yang peru digubah
jangan gundah terima jangan rasa gelisah.

Terbaik antara yang baik
bukan sembang tapi itu yang nyata terang
Sudah, cukup tak perlu yang lalu
jangan dikenang jika sekadar pilu
tak perlu alasan sebagai pengajaran
andai itu halangan untuk kau kehadapan.

Sini..aku mahu beritahu
pegang pada kata kalimah satu.
Niat pasak jangan keliru
Insyallah, Dia akan sentiasa bantu.

Tuesday, February 03, 2015

Ya!! Hari-Hari Ada

Nanti!
Untuk apa?
Rahsia

Sekejap!
Ye baik
Awak lama lagi?
Ingatkan dah lupa..
Dah dah sudah.
Apa je buat tu?
Tunggu awaklah
Untung tahu.
Lama mana pun tunggu.

Apa je yang nak dicakap??-
Lebih lebih nanti.
Letih pulak nak menjawab.
Ingatkan dah taknak tanya..
Ye, ada..banyak benda nak dicerita.
Awak punya pasal..
Hari hari saya ada masa.

Friday, January 30, 2015

DIAM



Diam..didalamnya akan ada sebuah jawapan.
Tentang segalanya. Biar masa berlalu tanpa aku,
tapi diantara masa itu ada kamu..
sementara itu hadam dalam dalam.

Kenapa aku diam.

DISISI (DECISION) to DECEPTION

Aku mahu pergi..
sebentar.
kalau takdir tertulis
disisi aku itu kamu
jadi jangan gusar.

Aku mahu pergi..
tenangkan sedikit hati.
yang selalu bersangka liar
akan diri kau dan aku
buat aku resah berdebar

Aku mahu pergi.
sekejap.
mencari kekuatan
untuk aku teruskan
sebuah perjalanan
bersama kau
berharap.

Aku mahu pergi..
masih mahu
disisi kamu
tapi jika tertulis bukan aku
sekurangnya pergi aku
samada berhabis juang
atau dibiar kau membuang

Aku mahu pergi..
bukan soal perlukah aku
tapi soal apa yg kamu laku?
jika kau menahan
menarik tangan
supaya aku tidak
berlalu perlahan.

Aku mahu pergi..
ke kayangan
bersama kamu disisi
duhai kesayangan.

Tuesday, January 13, 2015

Berikan aku satu patah kata.

Suatu hari, bilamana aku bangun di awal pagi sebelumnya matahari,
dan bulan masih menampakkan diri disebalik awan awan yang berarak pergi,
serta bintang yang masih berkelip kelipan menerangi
segenap ufuk langit seluas mampu aku memerhati.
Aku terpaku seketika..
mengenangkan semalam yang pada aku sedikit menganggu
entahlah, tentang apa yang menganggu itu aku sendiri kadang tak mampu
untuk menerangkan dalam sebuah bentuk ayat yang nyata
tapi dalam satu patah perkataan aku beritahu yang aku KECEWA.

Masa, usia dan segala jiwa manusia yang berada dalam cerita cerita semalamku
yang penuh suka duka hiba malah pilu.
Ada silapnya mereka tapi lebih banyaknya salah aku
dalam berbicara perbuatan atau pergerakkan bahasa tubuhku

Salah aku. Terlalu percaya, memberi harapan yang melangit
sedang aku sedar tak semua mereka mampu membalas balik
sedang aku tunggu selama mana aku mahu
jika Dia tiada berkehendakkan mana mampu aku???

Aku masih terpaku menghayati sisa sisa lewat malam yang masih berbaki
sebelum matahari memancar sinar menerangi awal pagi
menghangatkan tubuh yang digigit sejuk lewat malam tadi
mengeringkan airmata yang tanpa sedar berguguran ditarik graviti
memberi sedikit pengharapan untuk aku mengharungi lagi sehari.

Kadang ada masa, ada ketika kita perlu jujur sahaja.
Perasaan yang kadang kau simpan bisa membinasa.

Sebuah pengenalan tentang kekecewaan.