Tuesday, January 13, 2015

Berikan aku satu patah kata.

Suatu hari, bilamana aku bangun di awal pagi sebelumnya matahari,
dan bulan masih menampakkan diri disebalik awan awan yang berarak pergi,
serta bintang yang masih berkelip kelipan menerangi
segenap ufuk langit seluas mampu aku memerhati.
Aku terpaku seketika..
mengenangkan semalam yang pada aku sedikit menganggu
entahlah, tentang apa yang menganggu itu aku sendiri kadang tak mampu
untuk menerangkan dalam sebuah bentuk ayat yang nyata
tapi dalam satu patah perkataan aku beritahu yang aku KECEWA.

Masa, usia dan segala jiwa manusia yang berada dalam cerita cerita semalamku
yang penuh suka duka hiba malah pilu.
Ada silapnya mereka tapi lebih banyaknya salah aku
dalam berbicara perbuatan atau pergerakkan bahasa tubuhku

Salah aku. Terlalu percaya, memberi harapan yang melangit
sedang aku sedar tak semua mereka mampu membalas balik
sedang aku tunggu selama mana aku mahu
jika Dia tiada berkehendakkan mana mampu aku???

Aku masih terpaku menghayati sisa sisa lewat malam yang masih berbaki
sebelum matahari memancar sinar menerangi awal pagi
menghangatkan tubuh yang digigit sejuk lewat malam tadi
mengeringkan airmata yang tanpa sedar berguguran ditarik graviti
memberi sedikit pengharapan untuk aku mengharungi lagi sehari.

Kadang ada masa, ada ketika kita perlu jujur sahaja.
Perasaan yang kadang kau simpan bisa membinasa.

Sebuah pengenalan tentang kekecewaan.

No comments: