Thursday, January 08, 2015

MAAF SEMALAM, AKU PILIH HARI INI

Masih mengenang silam?
sedang mentari tiap bagi bersinar terang..
sedang bulan selalu menyinari malam.

Masihkah kau tetap mahu mengenang silam?
yang selalu menghempas semangat mu ke lantai
buat jiwa mu longlai,
buat kau rebah,
berat mahu melangkah
hingga seluruh tubuh mu lemah.

Sudah sayang,
Bilang maaf pada semalam..
bangun, kepal jemari
tumbuk ke langit meninggi
bilang kau pilih untuk hidup hari ini.
itu hidup yang sebenar
hidup yang tak di selubungi kisah lepas yang pudar.

Maaf semalam, dia pilih hari ini.
kau mungkin boleh cuba lagi
tapi yang pasti
dia kini sudah bisa berlari..

HUJAN HIBA


Thursday, November 06, 2014

Antara aku dan Pencipta

Jarak antara aku dan Dia
boleh diibarat hanya sekelip mata
Tidak kira dimana
Bila dan bagaimana caranya.

Sejujurnya masa sudah dekat untuk ku
Untuk pulang..kembali pada yang Satu
untuk dituntut janji yang telah aku lupa dulu.

Moga kepulangan itu nanti cukup segala bekal,
agar kelak aku tidak sesal,
agar yang ditinggal terus cekal.

Sesungguhnya juga tidak pernah aku bersedia,
belum cukup segala-galanya.

Sunday, November 02, 2014

Konversasi II

Aku perlu sedar tentang sesuatu.

Tentang peribahasa..bertepuk sebelah tangan.

Segala konversasi berteraskan rasa yang tidak terlunas malah tidak bertuntas.

Konversasi yang datang dari sebelah pihak mendesak menghentak..jangan sampai timbul rasa semak di sebelah lain pihak. mohon aku ingat dibenak.

Maafkan aku jika selalu menganggu. sedang itu bukan niat utama ku.
aku cuma mahu ada di setiap kamu.

Cuma pinta satu, mahu kamu tahu yang aku ini sifatnya juga toleransi mahu faham isi hati. Aku ini sifatnya mudah andai engkau luah apa yang mahu madah.

Jika rasa semak khabar nada lunak, jika rasa sangsi beritahu isi hati, jika mata mahu rebah bilang agar bisa aku bibit kata indah.

Iya kadangnya kelihatan aku memaksa, kadangnya aku berkonversasi penuh rasa tidak kira, gurau, marah, suka. tapi kamu juga bisa bilang agar aku berpada pada dalam setiapnya.

contohnya seperti..jika aku mahu marah, bilang..awak jangan marah sangat. iya akan aku beringat. jika kamu kantuk bilang, awak saya mahu lelap mata..masakan aku mahu paksa kamu berjaga.

selalu aku risau akan hal ini bakalan terjadi. malah sudah terjadi pada tidak sedarnya. Sungguh aku khilaf dalam konversasi..cuba untuk aku jaga agar tidak ada terasa. maaf maaf maaf.

Sekali lagi harus aku sedar rasa ini bertepuk sebelah tangan..salah aku akan bisa buat kehilangan sedang itu sedaya upaya aku elakkan..

maaf maaf maaf disetiap ucap kata taipan aksara dalam konversasi kita.

Aku cuba dan masih baiki segalanya agar hubungan dalam kesempatan ini baik baik saja.

Tetap jua aku pinta maaf buat gadis polka.

Thursday, September 25, 2014

Riddle On you

Negatif mimpi menjadi mainan,
Untuk sekian kali bermain di celik kehidupan,
Rindu kian menebal dalam fikiran,

Setiap saat, detik waktu
Yakinku kepada doa menjadi catu
Apakah dimimpi itu kamu?
Imagin susuk yang memanggil manggil
Debar nadi tersedar menggigil
Adakah petanda yang dihantar?
Tuhan, ku mohon biar jelas jangan samar.
Untuk terakhir kalinya
Lepaskan aku kepada yang nyata

Ambisiku kepada mu,
Lantas aku membiarkan hati dibelenggu,
Lemas didalam bayangan rindu..
Imiginasi terusan menghentak jiwa,
Yang sering mengintai setiap ruang yang ada,
Akhirnya aku menyerah segala rasa.
Hanya kepadaNya aku meminta.



Permudahkanlah.