Saturday, February 15, 2014

Gerila Puisi : Lagi kisah pasal Cahaya



Datang sepertinya cahaya,
terangnya sekejap,
bahangnya melekap,

just go and run,
leave the negativity behind

Gerila Puisi : Persimpangan

Satu jalan panjang lurus nan terbentang
kau sampai di satu simpang..

arah mana yang akan kau mahu
yang membawa kau ke arah yang kau sendiri tak tahu

kanan, kiri..itu jika kau hadap ke depan,
kau pusing ke belakang, jadi kiri, kanan,

sabar dulu, usah terburu..
masa memang tidak menunggu
tapi hati dan akal kau itu tahu apa kau mahu

cuma perlu tenang
jangan goyang

nah, hisap dulu rokok sebatang..
kemudian, pilih jalan dan jangan toleh belakang

Thursday, February 13, 2014

Gerila Puisi : Andai

andai aku punya satu permintaan..
aku ingin kembali ke masa dulu,
bukan untuk ubah kesilapan lalu
tapi untuk meneman diri aku pada saat yang paling sepi dan pilu
bukan kerana masa kini aku bahagia,
bukan..

tapi kerana diri ini sudah bisa kuat
untuk hadap segala apa celaka yang pernah
terjadi suatu masa

Tuesday, February 11, 2014

PARI-PARI MIMPI

berdiri di tepi birai katil umpama di atas gunung, perlahan tapi nyaring aku melaung, sebenarnya lebih pada melolong..

apa sedang aku buat? menjerit menyeru si pari pari mimpi yang sudah lama diam menyepi..tidak tahukah dia lena ku kosong semata-mata?

perlahan dia datang dengan sayap hampir lunyai di kerjakan sang pemimpi sial..hanya mimpi tentang nafsu dunia, kasihan aku melihat

aku papah dia, perlahan aku sandarkan pada dinding, ku usap ubunnya perlahan..dia tersenyum tawar menahan sakit yang tidak nampak pada zahir

dan lantas ku katakan, "tidak mengapa jika lena nanti kosong tanpa mimpi, biarlah aku rasa sepi dari berimaginasi tapi menyeksa hati"

Gerila Puisi : uang

bicara aku bukan pada lidah,
yang sepanjang masa asik meludah,
dan menyumpah liur liur sampah..
bicara aku ikhlas,
tiada beralas,
malah jelas dengan segala nas nas,
yang tidak bisa kau bidas,
aku berlagak seperti si bodoh,
agar kau tidak rasa mahu angkuh,
tapi silap bila kepala ini kau tonyoh-tonyoh,
tergelak aku kenang,
apa yang sedang aku juang,
tapi kau tak habis habis buat kerana mahu di julang,
penat aku mahu ulang..
penat aku mahu pulang..