Tuesday, August 24, 2021
Wednesday, July 21, 2021
Take Me Home
What will i do when you gone?
do i have to go away too?
No matter were you are, i'll be there,
Home for me is where you are.
because no one can take your place.
I'm all alone..
the last time you said,
it'll only be a while,
but a while lasts forever,
without you..
How far i have drifted?
never predicted, what will i do?
when you gone??
do i have to go away too?
because you are the reason why.
send out the alarms!
take me home, take me
to your arms
i'm all alone! no matter where you are, i'll be there..
Nothing can stop..
Home for me is where you are.
Friday, October 12, 2018
Ecdnts
Tergaris baris-lekuk indah dibibir mekar,
menenangkan hati sipenerima.
Dibalik sinis memaksa-maksa..
jangan biar mereka tahu dalam ini terseksa jiwa-raga
untuk apa? senyum itu..
kenapa? senyum itu..
sampai bila? senyum itu..
senyum ini.
lantas kau lantunkan.
;diam adalah jeritan yang paling kuat.
Paranoia
Salam,
terkhilaf menyangka lobus parietal,
lantas skizo menerpa persis si psiko terkonsum narkotik yang terisolasi.
si delusi
menaip cerita mengemis simpati manusiawi yang buta hati sampai bila..
terus meyakin diri itu somatic lantas menganggap manusia lain persekutori
sedangkan kau dalam campuran kekeliruan.
terpicu jauh berhalusinasi
pancaindera jelas keliru
Wednesday, September 19, 2018
Dibalik kelopak mata.
Pejamkan mata.
Dengar.
Sepi ini adalah nyata, bising-hingar dunia ilusi halwa.
Buat apa kau hiraukan,
setiap langkah kau ambil tiada siapa tatihkan.
jatuh bangun kau mereka hanya perhatikan.
bangkit.
Jalan yang kau lalu tak pernah lari dari halatuju yang sudah termetri,
kau tidak pernah jauh, malah dekat dengan apa yang kau ingin kecapi.
hanya dibalik kelopak mata yang sedang kau pejam sedari tadi.
Dengar.
Sepi ini adalah nyata, bising-hingar dunia ilusi halwa.
Buat apa kau hiraukan,
setiap langkah kau ambil tiada siapa tatihkan.
jatuh bangun kau mereka hanya perhatikan.
bangkit.
Jalan yang kau lalu tak pernah lari dari halatuju yang sudah termetri,
kau tidak pernah jauh, malah dekat dengan apa yang kau ingin kecapi.
hanya dibalik kelopak mata yang sedang kau pejam sedari tadi.
Monday, August 13, 2018
KUN
Hari ini
waktu ini
cinta
atas rasa yang terlahir dari jiwa
rahsia yang paling Maha
dan jiwa itu rahsia
jika berkehendakkan temu
cinta itu hidup
atas kehendakNya
masa dan dimana
maka tiada apa yang bisa menyanggah
berteraskan rasa
yang terlahir dari jiwa
dan jiwa itu rahsia
aku hidup kerana cinta
hari ini waktu ini
kerna
kehendak kuasa
yang paling Maha
ANUGERAH
Yang selama ini hanya angan
tak tersangka tuhan sampaikan
mahu saja terus hidup
tapi pada ketikanya
kembali kita pada yang Esa
maka dari ini
meski tak tertunjuk rasa hati
ku harap kamu mengerti
anugerah ini aku semat dalam sanubari.
tak tersangka tuhan sampaikan
mahu saja terus hidup
tapi pada ketikanya
kembali kita pada yang Esa
maka dari ini
meski tak tertunjuk rasa hati
ku harap kamu mengerti
anugerah ini aku semat dalam sanubari.
Tuesday, December 06, 2016
Sa-dar
Merebahkan diri seketika,
bangkit di-tarik masa.
Menghela nafas dunia,
diam aku tersalah ketika.
Sedar di tepuk diri yang dua..
bangkit di-tarik masa.
Menghela nafas dunia,
diam aku tersalah ketika.
Sedar di tepuk diri yang dua..
Ra-sa
Melata seluruh tanah,
terhantuk pokok tertunduk,
ketawa bersama angin,
menangis bersama air,
memerhati dengan hati,
menafsir dengar akal,
melontar dengan jiwa..
biar semua rasa.
terhantuk pokok tertunduk,
ketawa bersama angin,
menangis bersama air,
memerhati dengan hati,
menafsir dengar akal,
melontar dengan jiwa..
biar semua rasa.
Wednesday, March 09, 2016
MARCH
KEEP ON MARCHING
Sedikit sahaja lagi..terus bertahan meski kadang rasa berbelah bahagi..
Pasak hati pada illahi.
Sedikit sahaja lagi..terus bertahan meski kadang rasa berbelah bahagi..
Pasak hati pada illahi.
Thursday, February 11, 2016
SISI
Dalam masa yang berlalu, aku terkhayal dengan bayang senyummu
yang selalu memerhati gerak geri tingkah laku ku.
Lantas aku tersengih sendiri malu-malu jika ada mata-mata perasankan ku.
terus laju jemari menaip setiap patah kata untuk ku luah rasa cinta
terhadap kekasih yang dekat tapi jauh terasa.
meski baru saja bersua rindu itu meruap resap ke seluruh jiwa.
Apakah rasa ini sebenarnya? dapatkah kau rasa seperti ku jua?
mahu saja aku mencipta sebuah mesin masa,
menghentikan gerak waktu yang deras memusing dunia
biar waktu saat kita bertemu terhenti,
agar bisa aku melihat sepuas-puas wajah kekasih hati.
tak mahu aku waktu berjalan kerana aku mahu kau sentiasa meneman.
dapatkah akan terus aku berada atau kau sentiasa disisi ini cinta?
sampai bilakah kita tetap akan bersama kerna terus terang aku tak mahu
ajal jemput aku atau kamu biar kita tetap bersama.
aku rindu semuanya tentang kamu. aku mahu terus merindu walau saat
itu kau telah berada disisi ku.
yang selalu memerhati gerak geri tingkah laku ku.
Lantas aku tersengih sendiri malu-malu jika ada mata-mata perasankan ku.
terus laju jemari menaip setiap patah kata untuk ku luah rasa cinta
terhadap kekasih yang dekat tapi jauh terasa.
meski baru saja bersua rindu itu meruap resap ke seluruh jiwa.
Apakah rasa ini sebenarnya? dapatkah kau rasa seperti ku jua?
mahu saja aku mencipta sebuah mesin masa,
menghentikan gerak waktu yang deras memusing dunia
biar waktu saat kita bertemu terhenti,
agar bisa aku melihat sepuas-puas wajah kekasih hati.
tak mahu aku waktu berjalan kerana aku mahu kau sentiasa meneman.
dapatkah akan terus aku berada atau kau sentiasa disisi ini cinta?
sampai bilakah kita tetap akan bersama kerna terus terang aku tak mahu
ajal jemput aku atau kamu biar kita tetap bersama.
aku rindu semuanya tentang kamu. aku mahu terus merindu walau saat
itu kau telah berada disisi ku.
Tuesday, January 19, 2016
Jalan Terus
Manusia.
Merancang cuma,
segala ketentuan telah pun diatur sempurna oleh yang Maha kuasa.
Jarang mahu menulis apa-apa sejak beberapa bulan yang lalu sebagai langkah untuk aku muhasabah dan melihat kembali sisi lama aku yang penuh liku-liku dan segala baik buruk cerita.
Sedar akan kekurangan dan kelemahan, aku mengambil langkah untuk berdiam diri dan sembunyi pada satu sudut yang kecil tapi luas dan jelas sudut pandang. Ada ketika terasa diri dikejar dosa-dosa lama, ada ketika aku dapat merasa yang masa itu benar benar pergi meninggalkan aku jauh tidak terkejar.
Aku manusia yang bersalah pada manusia serta pencipta.
Maaf, maaf, maaf..
Hidup ini perlu terus, selagi nyawa masih ada, cerita baru aku terima seadanya.
Menanti untuk beberapa bulan mendatang.
Menunggu hari yang itu tiba. antara jodoh dan maut mana satu akan aku ketemu dahulu.
Merancang cuma,
segala ketentuan telah pun diatur sempurna oleh yang Maha kuasa.
Jarang mahu menulis apa-apa sejak beberapa bulan yang lalu sebagai langkah untuk aku muhasabah dan melihat kembali sisi lama aku yang penuh liku-liku dan segala baik buruk cerita.
Sedar akan kekurangan dan kelemahan, aku mengambil langkah untuk berdiam diri dan sembunyi pada satu sudut yang kecil tapi luas dan jelas sudut pandang. Ada ketika terasa diri dikejar dosa-dosa lama, ada ketika aku dapat merasa yang masa itu benar benar pergi meninggalkan aku jauh tidak terkejar.
Aku manusia yang bersalah pada manusia serta pencipta.
Maaf, maaf, maaf..
Hidup ini perlu terus, selagi nyawa masih ada, cerita baru aku terima seadanya.
Menanti untuk beberapa bulan mendatang.
Menunggu hari yang itu tiba. antara jodoh dan maut mana satu akan aku ketemu dahulu.
Monday, August 24, 2015
Suara Sumbang atau menyumbang kritikan?
Suara Sumbang atau Menyumbang Kritikan
Jangan keliru dengan kedua penyataan diatas, bukan sekadar mencari kesalahan tapi memberi kritikan walau pedas, tentang kenyataan yang kau tak nampak, orang lain taknak kau nampak dan apa yang aku mahu kau nampak. Sebenarnya aku boleh je taknak ambil peduli dengan apa yang sesetengah orang buat, boleh je aku cakap, ah lantak kaulah sana, dah besar patutnya boleh fikir apa yang sedang kau buat, dah macam attention whore pulak, semurah itukah kau? tidak bukan? jadi dengar..bebal ke aku? ye aku bebal kalau biar kau terus macam tu. Sebab dah besarlah patutnya aku menegur dan bukan sekali dua, tapi berkali-kali juga aku tegur tentang perkara ini, kira sia-sialah malam tu aku bercerita tentang segala apa yang aku rasa tentang sebuah seni kalau kau ambil jalan mudah. Aku bukan sekadar beromong kosong. Ini tentang dedikasi aku pada satu benda yang kau anggap sekadar mencari ke"populariti"an
Dengar sini, aku belajar art, aku ambil jurusan/bidang yang memang aku akan dedikasikan masa hadapan aku dengan art dan sekarang aku bekerja dengan art, setiap bulan gaji aku itu hasil dari art, bukan sekadar minat atau hobi masa lapang, atau sekadar trend ikut ikutan yang sedang berlaku lambakkan sekarang. Jadi aku ada hak walau secebis untuk aku mempertahankan seni yang aku juangkan ini.
Iya seni itu tersangat universal, hidup ini pun satu seni, seni itu halus..tiada maksud seni itu sampah, tapi yang menyampahkan seni itu ialah kau sendiri. Cari balik dimana kehalusan seni tersebut tak kisahlah dari segi apa yang kau anggap seni, menipu itu juga seni..dan kalau nak menipu sekali pun tukarlah, janganlah dicedok 100%,50% atau 0.26% peratus pun hasil orang lain, kau cuma boleh "mencuri" idea atau dalam kata halus, terinspirasi idea dari hasil orang lain, buat kau punya sendiri dan pastikan itu memang hasil kau. Sebab apa aku bilang begitu? sebab aku tahu betapa jerihnya mahu memerah kepala otak ni nak cari idea, betapa berkorbannya seseorang dalam memberi masa, tumpuan bila mula menjadikan idea mereka itu sesuatu yang nyata. Ini kau senang-senang tak sampai lima minit kopipes dan claim itu kau punya tanpa sekelumit pun rasa bersalah dan menyesal, atleast bagilah disclaimer, kredit atau pun hint-hint darimana datang karya kau tu, bukan jadikan ia milik kau. Sebab aku belajar dahulu, kami pinjam idea dari orang pun kami tulis "idea bersama"
Jadi salahkah aku memberi kritikan meskipun aku memaki hamun sedang ini tentang seni yang aku jadikan sebagai sumber periuk nasi aku. Bukan kau yang baru jumpa jalan, baru terbuka mata apa itu seni? semurah itukah seni pada pandangan mata kau? Maaf kalau terkasar. Ini antara sebab mengapa aku berkasar.
Bila kau paparkan sebuah karya kau pada orang, sebenarnya apa kau mahu dari itu? penipuan atau kejujuran..ia memang seni itu salah satu alat eskapisma kau. Tapi kau bereskapisma sebab kau mahu menjadi jujur tentang rasa, jadi begitu juga aku, kalau sekadar mahu memuji, sepuluh dari orang yang memuji kau, belum tentu dari sepuluh itu memberi pandangan yang jujur. Dan maki itu sudah pasti jujur, sebab kau akan tahu dia tak suka, dan jangan fikir dia tak suka, tapi fikir "kenapa"?
Ingat..suara aku memang sumbang, suara aku sumbang sesuatu. Ini tentang hidup aku, seni itu masa hadapan aku..cita-cita aku sedari kecil..aku menyumbang hidup aku untuk seni.
Thursday, August 13, 2015
Disclaimer
Nak membebel.
Sebenarnya, setiap apa yang terjadi..berlaku atas kehendak Nya. Tu kalau konsep percaya Tuhan, kalau tak percaya pulak, setiap yang berlaku..ada punca > punca datang dari “Kuasa” atau force dan kuasa itu pula adalah sesuatu yang tidak dicipta, kerana kuasa itu memang ada, telah ada dan hanya perlu punca/sedikit trigger untuk kuasa itu meletus dan bergerak pada trajactile yang tak boleh dijangka, walau dalam konsep chaostic sekali pun kerana banyak keberangkalian yang perlu diambil kira dalam menafsir dan membuat analisis tepat tentang pergerakkan kuasa tersebut, kemana, dimana dan apa kesan akibatnya pula.
So kembali semula pada Setiap apa yang terjadi.
Tak kisahlah kau percaya atau tidak pada Qada dan Qadar Tuhan iaitu Takdir yang telah ditetapkan sebelum kelahiran kita diatas mukabumi ketika kita berada di alam Roh. Ataupun kau seorang yang realis, percaya pada fakta dan nyata.
Benda kalau nak jadi, akan terjadi dan tetap terjadi..kau cuma boleh kenang, tafsir apa yang dah terjadi, kau takkan mampu nak ulang balik sekalipun kau mampu untuk melakukannya buat kali kedua. Mesti akan ada satu aspek yang kau akan tertinggal, yang takkan terjadi dua kali sama. Kau hanya mampu mengubah kejadian tersebut dalam akal fikiran kau je. bukan dalam realiti kehidupan.
Berhenti.
Kau perlu berhenti. Tak perlu sebut, cerita, kenang..atau mungkin kau tak mampu untuk berhenti, tapi
lambat laun kau perlu..jangan guna/habiskan masa dan tenaga kau pada benda yang dah jadi dan sia-sia.
Kau perlu jadi relevan dalam berusaha. Jangan buta-buta ikut “Gagal sekali, bukan bermakna gagal selamanya.” Ia kebenaran pada ayat tersebut, tapi kau perlu relevan dalam menggunapakai konsep ayat tersebut pada sesuatu yang masuk akal..Pada aku, ayat tersebut lebih cenderung pada sesuatu “Benda” dan bukan manusia kerana manusia adalah entiti luar kawalan, kau tak mampu nak kawal manusia atau lebih tepat, makhluk bernyawa, kerana mereka ada naluri untuk survive.
Berbalik kepada benda yang dah jadi. Berhentilah. Bukan kau seorang yang lalui, ada 7 billion manusia dalam dunia ni dan masing-masing ada masalah tersendiri, aku tak menyalahkan kau nak meratap sedih dengan kehidupan kau, tapi biarlah bertempat dan betul cara serta pada siapa kau meratap tu..sejak dari mula sampailah harini, memang jelas nampak hidup kau asik nak meratap semua benda tak kena, itulah inilah. Menyampah tahu tak?.
Apa memang setiap hari kau bermasalah? takde sekelumit pun kebahagian ke dalam hidup kau? jadi apa guna kau hidup asik nak mengeluh susah sedih? Ke gila perhatian? nak semua tertumpu pada kau? maaf, aku mengorbitkan diri pada matahari macam mana bumi berputar pada paksi dan bulan yang tetap pada haluan selari bumi serta mentari. Setiap hari berlalu, setiap hari itu hari baru dalam hidup aku, aku pun dah puas nak kenang masa lepas dan nak kejar benda yang takkan mampu aku kejar.
Percaya pada takdir, redha, tawakal..kau bukan akan sentiasa dapat apa yang kau nak, kau hanya akan dapat apa yang kau perlukan sahaja..Kalau dah takdir kata sesuatu tu bukan hak kau, usahalah sampai titisan darah terakhir sekalipun hilang suara berteriak sedih marah. Takkan kau dapat. Dan sebaliknya, kalau dah memang hak kau, duduk diam je pun tau tau dah datang dalam genggam.
Okay, dah bye..salam damai. Senyum terus lalui hari-hari mendatang..may the force be with you.
Akan datang satu hari yang indah.
Wednesday, August 05, 2015
Sang Pemimpi
Simfoni malam berharmoni sepi
sekadar ekspresi lagu berbunyi sunyi.
Larat awan berarak menyelimuti bulan tidak bercahaya
sedang bintang ditelan langit gelap gelita..
Dan seorang insan teraba-raba diatas tilam kecewa
mencari sekelumit mimpi indah buat berbantal lena.
sekadar ekspresi lagu berbunyi sunyi.
Larat awan berarak menyelimuti bulan tidak bercahaya
sedang bintang ditelan langit gelap gelita..
Dan seorang insan teraba-raba diatas tilam kecewa
mencari sekelumit mimpi indah buat berbantal lena.
Tuesday, August 04, 2015
Mantera beradu
Pelan-pelan awan berat menitis semangat.
Menyegar harap kering kontang dek kemarau usaha tersejat.
Menderu rakus angin sejuk menenang jiwa malam gelita..
roma naik pinta diulit mimpi bidadari jelita.
Menyegar harap kering kontang dek kemarau usaha tersejat.
Menderu rakus angin sejuk menenang jiwa malam gelita..
roma naik pinta diulit mimpi bidadari jelita.
Benak.
Baik berganjak sebelum dipijak.
Terhentak nafsu disentak dek kehendak
langsung terus terpijak nyata senak hilang rentak.
yang dipijak membentak rakus lunak.
Teratak kuasa bakalan retak..
Hulubalang didalam balang
hilang taring tidak berbayang,
pendekar terikat berakar
segala bunga hilang mekar.
Jurus hilang bagai kabus.
Dayang disayang
gundik bergoyang
patik bersembah hamba terngadah.
Duli maha beradu lena di singgahsana
jelata merana derhaka dimurka.
Kuli yang maha mulia menyusur selinap
bakal berentap dalam senyap..
Terhentak nafsu disentak dek kehendak
langsung terus terpijak nyata senak hilang rentak.
yang dipijak membentak rakus lunak.
Teratak kuasa bakalan retak..
Hulubalang didalam balang
hilang taring tidak berbayang,
pendekar terikat berakar
segala bunga hilang mekar.
Jurus hilang bagai kabus.
Dayang disayang
gundik bergoyang
patik bersembah hamba terngadah.
Duli maha beradu lena di singgahsana
jelata merana derhaka dimurka.
Kuli yang maha mulia menyusur selinap
bakal berentap dalam senyap..
Friday, July 31, 2015
Kita perlu ruang bertenang
Kaku termangu
luaran seperti tiada apa berlaku
sedang fikiran celaru
segala perihal asak bertalu
langsung terus buntu
waktu waktu terus berlalu
jasad masih diam membisu
cuba menafsir dengan akal yang satu
dalam masa yang bergerak
diri masih tidak berganjak
dek rasa liar yang mengasak
membuat diri jadi benak
anak mata liar melihat sekitar ruang
cuba menidentifikasi sedikit peluang
dalam spektrum cahaya yang terkurang
agar kembali terkait fikiran yang terawang.
makin jauh termenung
semakin ligat idealogi bertarung
agar manifestasi tidak canggung
yang dari dulu kau juang tanggung
kembali pada titik mula
kenapa kau terdiam sahaja
apa punca fikiran menjadi lewa
kenapa mengapa dimana siapa
bila bagaimana jadi tanda tanya
pening berpusing terus jadi runsing
terdetik dihalwa hati berdesing
rugi masa hidup terasing
kau paksa diri hidup meruncing
sekarang sedar dalam jurang jangan pincang
erti maksud sebenar makna bertenang
duduk hayati jangan biar resah buat kau mahu pulang
pandang dunia dari segenap luas yang terhidang
kita sebenarnya masih punya banyak peluang.
cuma perlu celik mata sedar ruang.
Jalan jangan goyang.
Manusia yang tidak suka kita
akan terus terusan mencari silap punca kita
dalam segala hal yang mereka rasa
dalam segala tingkah yang kita punya
seiring dengan hidup kita dari sehari ke sehari
sehingga nyawa masih kekal dalam diri
sehingga berdiri tubuh tidak mati
begitu juga dengan parasit parasit ini
yang akan terus kita jumpa lagi dan lagi.
yang akan terus mengecam tindak tanduk
mempersoal segala sehingga kau terduduk
terus mengetuk semangat seumpama tiada lagi hari esok.
saranan aku biarkan..bukan biar tidak berbalasan
tapi itu perihal takdir kehidupan
yang pentingnya apa yang kau lakukan
refleksi saat terima segala kata nista cemuhan
adakah kata kata mereka itu sebenar benar kejadian?
adakah kau lemah hina seperti disangkakan??
tidak bukan? atau iya kau anggukkan?
jika tidak terus mara kehadapan
meskipun pahit kau sendiri punya jalan.
jika sebaliknya pula maka tuju pada perubahan
walau mereka mereka ini mentertawakan.
jangan kau hilang pedoman
atau putus segala pengharapan.
kerna mereka mereka ini tidak ada masa
mendengar segala yang kau keluhkan..
kadangkala..
kita cuma perlu biarkan.
akan terus terusan mencari silap punca kita
dalam segala hal yang mereka rasa
dalam segala tingkah yang kita punya
seiring dengan hidup kita dari sehari ke sehari
sehingga nyawa masih kekal dalam diri
sehingga berdiri tubuh tidak mati
begitu juga dengan parasit parasit ini
yang akan terus kita jumpa lagi dan lagi.
yang akan terus mengecam tindak tanduk
mempersoal segala sehingga kau terduduk
terus mengetuk semangat seumpama tiada lagi hari esok.
saranan aku biarkan..bukan biar tidak berbalasan
tapi itu perihal takdir kehidupan
yang pentingnya apa yang kau lakukan
refleksi saat terima segala kata nista cemuhan
adakah kata kata mereka itu sebenar benar kejadian?
adakah kau lemah hina seperti disangkakan??
tidak bukan? atau iya kau anggukkan?
jika tidak terus mara kehadapan
meskipun pahit kau sendiri punya jalan.
jika sebaliknya pula maka tuju pada perubahan
walau mereka mereka ini mentertawakan.
jangan kau hilang pedoman
atau putus segala pengharapan.
kerna mereka mereka ini tidak ada masa
mendengar segala yang kau keluhkan..
kadangkala..
kita cuma perlu biarkan.
Wayang Sulit - prolog
Melewati tirai lusuh kusam
terpalit beribu kisah silam.
namun birai ini masih kekal terpacak menegak hak..
cuba mengasimilasi dalam masa namun masih tidak berganjak.
ada bahagian yang pernah dipancar gemilau dian.
yang sebelumnya bebayang rancak menari seiring rentak gamelan.
Dalang dibalik tirai menyingkap berbagai cerita
segala apa disampai dalam cereka satira
seperti tangan tangan ghaib
dalang rancak bermain wayang sulit.
menyusun bait-bait prosa tidak berbunga-bunga
namun menjadi taboo kerna lari dari norma
kerana itu perihal tersurat harus tidak jelas
agar yang tersulit semat rahsia sehabis kemas.
dalang bijak berbahas bahasa sehingga
derai tawa menjadi seling pada cerita berpusing-pusing.
masih menanti jelas perihal tersulit.
namun tersurat kemas sudah terpalit.
tiada jelaskah masih bayang-bayang?
bilang pada tok dalang
pancar dian lagi terang
biar kelir terbakar julang.
Subscribe to:
Posts (Atom)