Monday, August 24, 2015

Suara Sumbang atau menyumbang kritikan?

Suara Sumbang atau Menyumbang Kritikan


Jangan keliru dengan kedua penyataan diatas, bukan sekadar mencari kesalahan tapi memberi kritikan walau pedas, tentang kenyataan yang kau tak nampak, orang lain taknak kau nampak  dan apa yang aku mahu kau nampak. Sebenarnya aku boleh je taknak ambil peduli dengan apa yang sesetengah orang buat, boleh je aku cakap, ah lantak kaulah sana, dah besar patutnya boleh fikir apa yang sedang kau buat, dah macam attention whore pulak, semurah itukah kau? tidak bukan? jadi dengar..bebal ke aku? ye aku bebal kalau biar kau terus macam tu. Sebab dah besarlah patutnya aku menegur dan bukan sekali dua, tapi berkali-kali juga aku tegur tentang perkara ini, kira sia-sialah malam tu aku bercerita tentang segala apa yang aku rasa tentang sebuah seni kalau kau ambil jalan mudah. Aku bukan sekadar beromong kosong. Ini tentang dedikasi aku pada satu benda yang kau anggap sekadar mencari ke"populariti"an

Dengar sini, aku belajar art, aku ambil jurusan/bidang yang memang aku akan dedikasikan masa hadapan aku dengan art dan sekarang aku bekerja dengan art, setiap bulan gaji aku itu hasil dari art, bukan sekadar minat atau hobi masa lapang, atau sekadar trend ikut ikutan yang sedang berlaku lambakkan sekarang. Jadi aku ada hak walau secebis untuk aku mempertahankan seni yang aku juangkan ini.

Iya seni itu tersangat universal, hidup ini pun satu seni, seni itu halus..tiada maksud seni itu sampah, tapi yang menyampahkan seni itu ialah kau sendiri. Cari balik dimana kehalusan seni tersebut tak kisahlah dari segi apa yang kau anggap seni, menipu itu juga seni..dan kalau nak menipu sekali pun tukarlah, janganlah dicedok 100%,50% atau 0.26% peratus pun hasil orang lain, kau cuma boleh "mencuri" idea atau dalam kata halus, terinspirasi idea dari hasil orang lain, buat kau punya sendiri dan pastikan itu memang hasil kau. Sebab apa aku bilang begitu? sebab aku tahu betapa jerihnya mahu memerah kepala otak ni nak cari idea, betapa berkorbannya seseorang dalam memberi masa, tumpuan bila mula menjadikan idea mereka itu sesuatu yang nyata. Ini kau senang-senang tak sampai lima minit kopipes dan claim itu kau punya tanpa sekelumit pun rasa bersalah dan menyesal, atleast bagilah disclaimer, kredit atau pun hint-hint darimana datang karya kau tu, bukan jadikan ia milik kau. Sebab aku belajar dahulu, kami pinjam idea dari orang pun kami tulis "idea bersama"

Jadi salahkah aku memberi kritikan meskipun aku memaki hamun sedang ini tentang seni yang aku jadikan sebagai sumber periuk nasi aku. Bukan kau yang baru jumpa jalan, baru terbuka mata apa itu seni? semurah itukah seni pada pandangan mata kau? Maaf kalau terkasar. Ini antara sebab mengapa aku berkasar.

Bila kau paparkan sebuah karya kau pada orang, sebenarnya apa kau mahu dari itu? penipuan atau kejujuran..ia memang seni itu salah satu alat eskapisma kau. Tapi kau bereskapisma sebab kau mahu menjadi jujur tentang rasa, jadi begitu juga aku, kalau sekadar mahu memuji, sepuluh dari orang yang memuji kau, belum tentu dari sepuluh itu memberi pandangan yang jujur. Dan maki itu sudah pasti jujur, sebab kau akan tahu dia tak suka, dan jangan fikir dia tak suka, tapi fikir "kenapa"?


Ingat..suara aku memang sumbang, suara aku sumbang sesuatu. Ini tentang hidup aku, seni itu masa hadapan aku..cita-cita aku sedari kecil..aku menyumbang hidup aku untuk seni.