Monday, August 13, 2018

ANUGERAH

Yang selama ini hanya angan
tak tersangka tuhan sampaikan
mahu saja terus hidup
tapi pada ketikanya
kembali kita pada yang Esa

maka dari ini
meski tak tertunjuk rasa hati
ku harap kamu mengerti

anugerah ini aku semat dalam sanubari.

Tuesday, December 06, 2016

Sa-dar

Merebahkan diri seketika,
bangkit di-tarik masa.

Menghela nafas dunia,
diam aku tersalah ketika.

Sedar di tepuk diri yang dua..

Ra-sa

Melata seluruh tanah,
terhantuk pokok tertunduk,
ketawa bersama angin,
menangis bersama air,
memerhati dengan hati,
menafsir dengar akal,
melontar dengan jiwa..



biar semua rasa.

Wednesday, March 09, 2016

MARCH

KEEP ON MARCHING

Sedikit sahaja lagi..terus bertahan meski kadang rasa berbelah bahagi..

Pasak hati pada illahi.

Thursday, February 11, 2016

SISI

Dalam masa yang berlalu, aku terkhayal dengan bayang senyummu
yang selalu memerhati gerak geri tingkah laku ku.
Lantas aku tersengih sendiri malu-malu jika ada mata-mata perasankan ku.
terus laju jemari menaip setiap patah kata untuk ku luah rasa cinta
terhadap kekasih yang dekat tapi jauh terasa.
meski baru saja bersua rindu itu meruap resap ke seluruh jiwa.
Apakah rasa ini sebenarnya? dapatkah kau rasa seperti ku jua?
mahu saja aku mencipta sebuah mesin masa,
menghentikan gerak waktu yang deras memusing dunia
biar waktu saat kita bertemu terhenti,
agar bisa aku melihat sepuas-puas wajah kekasih hati.
tak mahu aku waktu berjalan kerana aku mahu kau sentiasa meneman.
dapatkah akan terus aku berada atau kau sentiasa disisi ini cinta?
sampai bilakah kita tetap akan bersama kerna terus terang aku tak mahu
ajal jemput aku atau kamu biar kita tetap bersama.

aku rindu semuanya tentang kamu. aku mahu terus merindu walau saat
itu kau telah berada disisi ku.