Wednesday, May 01, 2013

Buku tak bertajuk


Bab ke 3, Jilid pertama..

Muka surat ini masih kosong tanpa catitan, yang ada cumalah contengan yang sukar hendak dibaca..masih tercari-cari kata pembuka, bukan kerana pena tak berdakwat..cuma pengarang buntu apa yang mahu dibuat..watak-watak masih belum menghayati perwatakkan, tanpa rasa dan jiwa..kosong.

Teruskanlah menyelak helaian helaian seterusnya..moga moga terjumpa satu bab yang betul betul ada cerita yang boleh dibaca, tapi jangan harap ada penyudah pada bab serta jilid ini..kerana pengarang sendiri masih tercari-cari..

Sinopsis : "Seseorang yang menanti untuk dicintai dan seseorang yang hidup dalam delusi..dunia dimana hati itu hanyalah batu keras yang telah berkali kali dihempas serta boneka yang mengharap jiwa dan nyawa"

Puisi untuk dia


Naluri hati ini terdetik saat melihat dirimu,
Untuk kesekian kalinya aku terjatuh ke dalam lembah yang sama,
Rugi kalau aku tolak takdirNya, lantas aku biar diri terjerumus kedalamnya.

Ya, aku sedar..perhubungan bukan sekadar rasa cinta, tapi merangkumi segalanya,
Aku juga sedar segala kekhilafan aku terhadapmu,
Saat aku tersedar, semuanya telah terlewat..
Makin jauh jurang antara kita berdua,
Izinkan aku merubah segala dan bermula semula,
Nanti kau akan ku jawa sepenuh jiwa raga..

ubah? berubah?

aku sanggup pikul beban atas bahu daripada hati pendam rindu..
setiap kali mendengar nama engkau dekat telinga ibarat pukulan keras pada jiwa..
tertanya tanya juga sampai bila, aku perlu ubah atau kau tak mahu berubah?

Terima Kasih Malam

Ingin bertanya tapi apa yang harus aku kata,
takut nanti semua jadi tak kena..
Malam..cukup cukuplah engkau memudarkan ku dalam pekat gelapmu..
Sedangkan siang pun masih tidak mampu menjelmakan aku dihadapannya..
Tapi, terima kasih malam..sekurang-kurangnya kau dapat menyembunyikan perasaan sayu aku..

Tuesday, April 30, 2013

Baca lah..tak paksa pun

Salam, baru aku sedar 2013 aku takde post entri apa apa pun..tak produktif sungguh..kebarangkalian aku busy satu hal, lain lain hal pun ada..banyak hal lah..sebenarnya aku lebih kepada penulisan pada buku yang masih dalam pembikinan..lain daripada itu, aku tengah dapatkan cerita daripada rakan-rakan yang mahu aku menulis bagi pihak mereka dan insyaAllah aku nak buat zine sendiri..dan juga beberapa short film akan direleasekan oleh seseorang kalau skrip aku diluluskan..ahohoho..kemain.

Salam hari pekerja, dah masuk bulan lima rupanya bagi tahun ni..dan selama lima bulan tu bermacam macam benda berlaku pada diri aku ni..dalam bermacam macam benda yang berlaku tu mungkin aku akan cerita kan sedikit pada entri yang lain..cuma dekat sini aku nak bebelkan apa yang aku nak je..

so thanks pada yang membaca sebab takde apa pun dekat entri ni..kahkahkah..